twitter

Psssttttttt....!!!...abam nak share sikit berita gembira ni...excited sgt abam...hahahahaha
Abam selected Top 100 Runway Model Search 2016...
Yeaaayyyyyyyy..!!!!!...top 100...finally one step closer....lets make dream become a reality...
Tak percaya..???...
Ini bukan cobaan tapi betul-betul...!!!!
Abam terpilih top 100.....
Masih tak percaya jom baca email yg abam dapat ni...hehehehe...


Hahhhh...pecaya tak sekarang..???...
Top 100 dari beribu yg hantar penyertaan...tak sangka abam terpilih sampai tahap ni...memang abam tunggu je peluang ni...& hari ni dah terbukti...yeaayyyy...!!!!..
Wanna be on top..???..na..na..na...na...
You want be on top..??..na..na..na..na...

**1 je abam mintak doakan yg terbaik utk abam...

** lg 1 abam nak pesan kat org2 di luar sana...tak kira sapa diri anda, jika ada usaha anda pasti akan berjaya...jadikan hinaan, kutukan ejekan dr org2 sekeliling sbg pembakar semangat utk berjaya...buktikan yg anda boleh...lambat @ cepat kejayaan tu terpulang kpd takdir...yg penting usaha...chaiyok..!!!..
25 September 2016 | 0 KoMeN |
Sebelum abam masuk tido, seperti yg abam janjikan tadi...ni antara hasil photoshoot abam kat Kampar...saja nak bagi korang tengok cantiknyer bangunan kat situ...jangan tengok abam yg tak sado diri tu...hahahahaha...


























Don't say abam not umbrella ok...peace no war..!!!..hehehehe...
Good nite...sweet dream...see u next entry...muaciked...!!!..




24 September 2016 | 0 KoMeN |
Wahhhh malam ni betoi2 marathon ni...hahahaha...kali ni aku up entry pasai negeri aku lagi...ke mana pulak kita kali ni???...jom ikut aku...kita jelajah tapak peninggalan sejarah pulak...tapi sebelum tu biar aku intro sikit pasal destinasi ni...
Tanjung Tualang merupakan bandar yg terletak di daerah Kinta iaitu area Batu Gajah, Perak...terdapat 2 andaian yg mengatakan bahawa Tanjung Tualang mendapat nama sempena nama sebatang pokok Tualang yg besar & ketinggian mencecah 100 kaki yg kononnya tumbuh di kawasan tersebut. satu lagi sumber pulak mengatakan bahawa nama tersebut diperolehi dari nama syarikat Toh Allang Chinese Tin Ltd...Bandar Tanjung Tualang amat dikenali pada suatu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yg beroperasi pada skala besar hingga menjadikan negeri Perak sebagai pengeluar bijih timah terbesar di Malaysia pada ketika itu...



Terdapat beberapa buah kapal korek bijih timah terbesar di dunia iaitu kapal 1 yg digunakan ketika proses mengorek bijih timah dari lombong...sekitar tahun 1970an terdapat 5 buah kapal korek untuk kapal 1 & berbelas lagi kapal korek utk kapal 3 serta kapal 5...(kapal 1, kapal 3 & kapal 5 tu mungkin merujuk kepada nama kapal tersebut kot...aku pun agak konfius...)Tetapi kini hanya tinggal sebuah saja kapal korek di Tanjung Tualang iaitu kapal 5...tinggalan sejarah ni masih kukuh terapung di lombong Tanjung Tualang & telah di kawalselia oleh Jabatan Antikuiti & Muzium Perak...kerajaan negeri sedang giat membaik pulih struktur dalam kapal supaya para pengunjung dapat masuk ke dalam utk melihat secara dekat kapal korek tersebut...



Selepas ke Kampar, kami pun bergerak ke Tanjung Tualang...tak jauh pn sebenarnyer dari Kampar...satu laluan nak ke Ipoh...sampai je kat kawasan ni kami tengok pintu pagarnya bertutup...siap ada sign board tak di benarkan masuk....agak frust jugak la sbb kami dtg nk bergambar kat sini pulak...kami try tnya pakcik guard yg jaga kat situ...rupa2nya pengunjung boleh masuk ke dalam tapi hanya dibenarkan di kawasan luar saja...tak dibenarkan masuk ke dlm kapal tu...
Dengan bayaran serendah RM2 (harga pasti akan berubah bila siap sepenuhnya tempat ni), kami pun masuk berjalan di sekitar kapal korek tu...pergghhhh 1st time dlm hidup aku tengok kapal sebesar ini...memang besar...kami pun apa lagi, mulakan misi bergambar...cuma pemandangan tak berapa nk menarik...aku ingat boleh masuk ke dlm kapal..boleh la posing sakan...tapi sayangnya tak dibuka pada pengunjung...




Ada 1 ketika dulu kapal ni pernah di buka utk para pengunjung masuk ke dalam tapi sekarang ni dorg tengah baik pulih & dijangka siap 2017 sempena tahun melawat negeri Perak...kalau tengok dari depan memang gah sangat kapal ni tapi kalau korg pergi sebelah tepi korang akan nampak kapal ni senget sebelah...aku tak pasti sama ada kedudukan kapal tu memang mcm tu ke @ sebenarnyer kapal ni memang kene di baik pulih utk memastikan kestabilan kapal bila para pengunjung masuk ke dalamnya...





Bila tengok kapal ni kami dok bayangkan kapal ni ada ceracak besi di dasar lombong ni tapi rupanya kapal ni mcm kapal2 yg kat laut...timbul...imaginekan kapal besi yg besar tu boleh terapung atas lombong & tak tenggelam...menakjubkan...!!!..kami ada jugak bertanya dgn pakcik guard tu sama ada kapal tu bergerak @ statik je kat situ...jawab pakcik tu, kapal tu akan bergerak ke serata lombong...kami dok bayangkan mcmne nk bergerak kalau dah ada tambak pasir yg memisahkan dua buah lombong...betol tak..???...rupanya dulu mana ada tambak pasir ni...lombong ni dulu luas, kapal akan bergerak mcm kapal kat laut tu...baru la kami faham mcmne kapal korek ni digunakan...hehehehe...




Dalam berbelas2 kapal yg dulu gah mengorek hasil bumi di Perak, kini tinggal sebuah je...memang harus dipelihara sebaik mungkin khazanah berharga ni...bukan senang nak tengok kapal korek sekarang ni...mana nak ada pun dh zaman ni...kalau budak2 alaf baru ni confirm tak tahu semua ni melainkan kalau mereka tengok sendiri dgn mata sendiri...




Aku amat menyokong usaha kerajaan negeri yg mengambil inisiatif utk memulihara kapal korek ni...dlm Malaysia ni tinggal satu ni je...tempat lain tak ada dh...& kalau boleh selain para pengunjung dpt masuk ke dlm kapal tu, bina la 1 mini muzium tentang kegiatan perlombongan bijih timah ni supaya para pengunjung tahu bagaimana proses bijih timah ni di korek dr dasar lombong...kalau dapat bina muzium 3d pun ok jugak...at least para pengunjung boleh gain knowledge ttg sejarah...





Panjang pulak aku berceloteh...mentang2 la marathon entry malam ni...hahahaha...oklah sebelum tutup entry ni, sekali lagi aku nak ajak semua pembaca datang melawat ke Kapal Korek Tanjung Tualang ni tahun depan sempena tahun melawat negeri Perak 2017...pakcik guard tu kata by next year Insha Allah kapal korek ni akan dibuka kepada pengujung sepenuhnya...ate apa tunggu lagi moh ler kiter cuti-cuti ke Perak...!!!!




| 3 KoMeN |
Haiiiiiii...jumpa lagi...kan abam dah bagitau tadi, malam ni abam nk marathon entry...kalau boleh nak settle semua entry yg pending...hehehehe...
Entry yg ni abam nk up sikit pasal pekan Kampar yg terletak di negeri tercinta abam iaitu PERAK DARUL RIDZUAN...




Apalah yang menarik sgt kat Kampar ni kan...percaya tak kalau abam kata Kampar ada bangunan yang warna-warni macam dekat Riomaggiore Itali, Stockholm Sweden, Jodhpur India, Lima Peru & Buenos Aires Argentina...percaya tak??? abam pun tak percaya...
Tapi sebelum tu jom abam review sikit pasal daerah Kampar ni...menurut oleh para sejarawan Malaysia, nama Kampar diambil sempena nama bandar Kampar, Indonesia...kenapa ada persamaan??..dulukala penduduk di pekan Kampar menjalankan aktiviti perniagaan menjual tembakau & alat2 tembikar sara tembaga...kegiatan ini turut dijalankan oleh penduduk di bandar Kampar, Indonesia...so dari situ mereka menamakan pekan Kampar ini sempena nama bandar Kampar Indonesia...




Daerah yg terletak di negeri Perak ini terletak kira2 40km dari bandaraya Ipoh & 16km dari pekan Tapah. Kampar telah diisytiharkan sebagai daerah ke 10 dlm negeri Perak pada 21 Mei 2009.
Antara tempat2 yg berhampiran dgn Kampar ialah Chenderiang, Temoh, Banir, Ayer Kuning, mambang Di Awan, kampung Kinjang, Malim Nawar & Kuala Dipang....suatu ketika dulu, Sungai Kampar & Sungai Kinjang menjadi kawasan perlombongan bijih timah terpenting negeri Perak...
Kampar merupakan sebuah bandar di tepi jalan raya & menghubungkan antara Kampar dgn Ipoh Utara Selatan, Tapah, Langkap, Teluk Intan, Tanjung Malim & Kuala Lumpur...ok tu serba sikit tentang daerah Kampar yg abam google...nk lebih2 pn abam bukan penduduk Kampar..silap info nanti marah org Kampar...heheheehe..




Berbalik pada citer asal, ni semua plan kawan abam...dia rajin sgt la google merata sampai la dia terjumpa destinasi ni...dia roger abam bagitau tempat ni...siap tunjuk picture lagi...pergghhhh cantik kot....macam kat oversea je...kawan abam ni ajak p photoshoot kat sana...abam apa lg...setuju je....abam kan giler bergambar...hahahaha...
Kami pergi hari selasa time org lain dok kerja kami p melawat kawasan...hahahaha...abam ni jenis buta jalan...tak tahu nk bagitau arah jalan mana yg kami lalu...tapi yg abam ingat kami lalu ikut Batu Gajah & Malim Nawar...kami tak ikut highway sbb kawan abam kata kalau ikut highway nanti jauh nk patah balik...destinasi ni terletak dekat bandar baru kampar...so abam ikut je la...nak pergi sorg2 abam tak reti...hahahaaha...




lebih kurang dlm 45minit jugak la perjalanan kami nk ke sana...sampai je memang mambelessss....!!!!...cantik giler...tak sangka abam Kampar ada bangunan warna warni ni...time ni memang kami pulun la photoshoot kat situ...selagi ada lorong, selagi ada jalan selagi tu la kami dok bergambar...sampai habis la batery hp & camera...haahahaha...
kawan abam kata tempat ni dlm pembinaan lagi sbb tu tak banyak kedai bukak lagi...sbb tu nmpk cantik lagi...memang lengang tak sibuk kawasan ni...tapi once dh ada kedai2 bukak nnti mesti tempat ni tak cantik dh sgt mcm skg ni...nk berposing sakan pn susah nanti...percaya la cakap abam ni...
dari pagi sampai la matahari tegak kat kepala la kami sakan berposing kat sini...sementara ada peluang ni...lepas ni kita tak tahu kawasan ni jadi mcm mana...lagi 1 building depan tu dh mula penuh dgn kedai2...kawan abam kata ada 1 blok tu jadi asrama utk student UNITAR...tapi tak sure dh ada org duduk ke belum...




Elok kami sakan bergambar, pekerja bangladesh ke nepal tah tengah sibuk mengecat dlm bangunan..nampak tak kat situ yg bangunan ni belum 100% siap...cuma di luar saja dh siap..memang cantik sgt kalau sapa2 nk buat photoshoot weeding kat sini...tapi kene cepat la sebelum kawasan ni diterokai...hahahahaha....tengahari tu kami pun ke pekan Kampar utk lunch...bergambar sampai tak ingat nak makan...kat pekan Kampar tak banyak kedai melayu...so susah sikit nk cari makan...last sekali kami makan kat old town ja...huhuhuu...




Abam dah sampai kat sini, anda bila lagi???..jgn tunggu lama2..nanti menyesal...hehehehe...the colorful of Kampar...amazing...!!!!..
Sempena kedatangan Tahun Melawat Perak 2017, abam nak la promote sikit kat semua, dtg la berjalan-jalan ke Perak...di sini mcm2 ada...dari Utara Perak sampai ke Selatan Perak, semua ada...laut, tasik, hutan, gunung, taman tema, zoo, tempat sejarah, muzium, & macam2 lagi Perak ada...pilih je destinasi mana nak pergi...tak rugi pun...
Nanti abam up entry khas utk picture abam...hehehehe...




23 September 2016 | 0 KoMeN |