twitter

Sukar utk aku luahkan perasaan aku dgn kata2..bukan senang utk melepaskan apa yg telah sebati & serasi dgn diri kita...terlalu berat hati aku...susah utk aku buat keputusan ini tapi keadaan semasa yg memaksa aku utk berbuat demikian...hari terakhir di perantauan adalah hari yg amat sedih bg aku...
5 tahun bekerja di Penang, aku dh menganggap pulau mutiara tu sbg rumah transit kedua aku & rakan2 sekerja adalah family kedua aku...kami sgt close...dari 1st day aku menjejakkan kaki di sana hingga la 15/05/2015, mereka la yg menjaga, memujuk & memanjakan aku...terasa hubungan itu terlalu erat & akrab...mereka ada ketika aku senang & susah...ketika aku sihat & sakit...ketika aku gembira & sedih...pendek kata sekeliling aku ada org2 yg memerhati serta melindungi aku...aku bersyukur kerana dikurniakan kawan kerja, pegawai sahabat, kakak serta abang seperti mereka semua...banyak jasa mereka yg mungkin aku tak mampu nak balas...
sedih & sayu...hanya itu saja yg mampu menggambarkan keadaan diri aku ketika berpisah dgn mereka semua...bohong kalau aku katakan aku tak menangis...mungkin bukan di depan mereka tapi dlm hati hanya Tuhan saja yg tahu betapa sedihnyer aku...
walaupun terpisah jauh namun kenangan bersama2 mereka tetap tersemat rapi di ingatan...mereka la yg paling ohsem yg pernah aku kenal...terima kasih utk tunjuk ajar & nasihat yg diberikan kpd aku tanpa jemu...terima kasih banyak2...aku tak akan lupakannya...



















There's no one like u in history...The path of friendship leaves a trail of many blessings...Loves see all, forgives all & remember all...Your absence makes my heart grow fonder...Love Danby, TDD, Perda...
22 May 2015 | 1 KoMeN |
Seingat aku, bermula dr sekolah rendah aku tak mempunyai penyanyi idola…aku sekadar mendengar radio & menonton tv kalau ada lagu yg best penyanyi tu la yg aku suka spt Feminin, KRU, Nico…tapi mostly lagu2 lama jugak yg aku suka mcm lagu dr penyanyi Sudirman, Fransisca Peter, Aishah & beberapa penyanyi lain…Pd tahun 1996, bermula la fenomena SITI NURHALIZA…Time tu memang demam CT…tak ada sapa yg boleh sangkal kenyataan aku ni…hehehehe…


SITI NURHALIZA merupakan nama besar di dlm industri muzik Malaysia..selepas kemenangan CT dlm rancangan Bintang HMI terbitan RTM pd tahun 1995, CT telah mencetuskan 1 revolusi baru dlm dunia seni suara selepas negara kehilangan beberapa bintang seperti Sudirman…kemunculan CT bagaikan pengganti & kejayaan penyanyi it uterus melonjak naik selepas disunting oleh composer Adnan Abu Hassan…
SITI NURHALIZA telah dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah Termeloh pd 11 Januari 1979 sbg anak yg ke-4 dr 8 org adik-beradik…bapa CT, Tarudin Ismail berkerja sebagai anggota polis & ibunya pula Siti Salmah Bachik pula hanya sorg suri rumah...CT dilahirkan dlm keluarga yg amat menggemarkan muzik…Datuknya adalah sorg pemain biola terkenal, manakala ibunya pula sorg penyanyi irama tradisional…maka bermula dr itu, abang CT, Saiful Bahri, Kakak CT, Siti Norsaida & adik CT, Siti Saerah juga turut terlibat sama dlm bidang seni suara ini…CT menerima pendidikan awal di Sekolah Tabika Perkep Balai Polis Kg Awah sebelum melanjutakan pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford & Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis, Pahang..Seperti Kanak2 lain, CT turut aktif dlm pelbagai aktiviti di sekolah seperti sukan, persembahan seni & pidato…
Seusia 12 tahun, CT pernah memenangi pertandingan nyanyian pertamanya di Karnival Kuala Lipis sempena bulan kemerdekaan dgn menyanyikan lagu Bahtera Merdeka…ketika berusia 13 tahun CT telah mengikut bapa saudaranya utk membuat persembahan di kenduri2 kahwin di sekitar kampung hingga meraih sambutan baik dr masyarakat setempat…
Pada tahun 1996, ketika berusia 16 tahun CT telah menyertai pertandingan lebih besar anjuran RTM iaitu Juara Bintang HMI & ternyata rezeki berpihak pd CT…Selepas muncul sebagai juara, CT terus di lamar oleh Adnan Abu Hassan utk dijadikan artis rakaman Suria Records…pertama kali merakamkan lagu amat mencabar bg CT apabila perlu mengimbangi antara kerja & persediaan utk peperiksaan besar SPM…berkat usaha tanpa putus asa, album pertama CT berjaya dikeluarkan pd tahun yg sama dgn judul SITI NURHALIZA…lagu ‘berhantu’ Jerat Bercinta menjadi hits selepas menjuarai kategori persembahan terbaik, kategori balada & Juara Lagu 1996 terbitan TV3…CT turut dinobatkan sbg artis baru terbaik di AIM 1996…sejak tu, lagu CT sering diputarkan di corong2 radio serta menjadi siulan anak2 muda ketika itu…
Permulaan dlm industri seni CT sering dilabelkan sbg penyanyi kampung dek kerana pemakaiannya yg sederhana serta keengganan CT bergambar dgn artis lelaki…CT memilih utk bersederhana dlm segala hal & mahu menampilkan bakat serta kebolehan suaranya tanpa bersandarkan pd keseksian…
Tanpa menoleh kebelakang, CT kembali dgn album kedua pd tahun 1997 & menerusi lagu hits Aku Cinta Padamu, album CT berjaya menembusi pasaran Indonsesia…selain lagu Aku Cinta padamu, album kedua ni turut memuatkan bebrapa lagu lain spt wajah kekasih & bisikan asmara…kemunculan pertama CT di negara seberang dgn personality yg sederhana, jelita & berbakat dikatakan telah merevolusikan industri muzik Indonesia…imej yg bersih serta bersahaja CT telah menjadi penarik puji-pujian dr golongan cendekiawan islam di Malaysia serta Indonesia…
Pada tahun 1998, CT buat pertama kalinya muncul dgn album irama Malaysia Cindai & lagu Cindai & Joget berhibur sekali lagi menjadi siulan masyarakat dr pelbagai peringkat umur… album Cindai juga sekali lagi telah melonjakkan nama CT & mencetuskan revolusi Cindai di negara seberang Indonesia. walaupun album Cindai dianggap album percubaan CT, namun lagu Cindai telah dinobatkan sbg pemenang kategori irama Malaysia & muncul juara lagu 1998...CT telah membuka secara rasminya Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd sbg agen yg akan menguruskan kerjaya seninya…pada tahun yg sama CT turut muncul di upacara penutupan Sukan Komenwel ke-16 di Kuala Lumpur, berkongsi pentas bersama2 dgn Celine Dion & Rod Stewart…rancangan ini telah disiarkan di 70 buah negara & CT telah ditonton secara langsung di mata dunia…
CT telah mengeluarkan 2 album dlm tahun 1999 iaitu Adiwarna & Pancawarna…melalui album Adiwarna, lagu ciptaan Azmeer, Purnama Merindu ‘meletup’ dicorong2 radio & lagu Kau Kekasihku, ciptaan Ajai dr album Pancawarna telah diangkat sbg lagu paling hangat dari 100 buah lagu yg ada di Malaysia oleh Radio Era...Pada tahun yg sama juga iaitu 1999, CT telah mengeluarkan album duet tradisional bersama2 dgn Noraniza Idris yg berjudul Seri Balas…lagu Hati Kama, Walinong Sari, Lenggang Lenggok menjadi siulan masyarakat setempat & album ini telah dinobatkan sbg album terbaik di AIM 2000…Pada pertandingan nyanyian Shanghai Asia Music Festival yg di adakan di Shanghai China pd tahun 1999, CT telah dinobatkan sbg pemenang anugerah Emas Asia New Singer…CT sekali lagi telah mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Wanita di pertandingan South Pacific International Song & Singing Competition yg diadakan di Gold Coast, Queensland Australia…
Ibarat pepatah ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’ CT telah membuka tahun alaf baru 2000 dgn sebuah album tradisional Sahmura dgn menyelitkan lagu2 yg cukup sedap didengar spt Balqis, Ya Maulai & Mahligai Permata…
Album Safa telah dilancarkan oleh CT pd tarikh 11 January 2001 sempena ulang tahun kelahirannya yg membawa maksud suci, putih…lagu Percayalah merupakan lirik pertama yg dihasilkan oleh CT & video muzik utk lagu Lakaran Kehidupan telah dirakam dlm bentuk 3D…manakala lagu Azimat Cinta telah menjalani pengambaran video muziknya di Indonesia…Walaupun pada tahun 2001 kegiatan cetak rompak semakin berleluasa namun CT tidak sesekali menghampakan para pemintanya…CT telah melancarkan album tradisionalnya yg berjudul Sanggar Mustika dgn menyelitkan 2 buah lagu nostalgia iaitu Bunga Melor (Tan Sri P.Ramlee) & Bisikan Hati (Toh Puan Rafeah Buang)…antara lagu yg mendapat sambutan hebat dr album ke-8 CT ini ialah Nirmala, Badarsila & Kurik Kundi…
CT telah digelar sbg Voice Of Asia apabila memenangi Grand Prix Champion pd pertandingan nyanyian Voice Of Asia di Almaty, Kazakhstan pd tahun 2002…
Pada tahun 2003, CT telah menghasilkan album EMAS dgn menampilkan buat pertama kalinya komposer dr negara Indonesia Dewiq yg mengubah lagu Bukan Cinta Biasa & lagu tersebut mendapat permintaan tinggi dr para pendengar tempatan serta Indonesia…kali ini CT telah dilantik sbg duta TMnet & kebanyakan video klip CT telah melibatkan kerjasama dgn TMnet…Anugerah demi anugerah dirangkul nama CT semakin berkembang di benua Asia…CT telah ke Jepun mengadakan konsert di Yokohama selepas mengetahui lagu2nya diterima baik di nagara matahari terbit tersebut…
Album pop Prasasti Seni yg memuatkan lagu2 hits seperti Dialah Di Hati, Cinta Tak Berganti, Lagu Cinta telah dilancarkan pada tahun 2004…di saat CT sibuk dgn album barunya, gossip besar yg mengaitkan antara dirinya & sorg Biduanita Negara telah tersebar dgn meluas sekali sehingga melibatkan pihak mahkamah…Di Majlis Golden Melody Awards ke-15 di Taiwan, CT menjadi artis bukan cina pertama dijemput membuat persembahan…selain itu, CT juga diberi peluang berduet dgn LeeHom Wang…
Pada tahun 2005, CT menjadi artis pertama dr Asia Tenggara & yg ke-3 dr Asia yg mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall London dgn iringan London Symphony Orchestra…Akhbar British telah memberi gelaran kpd CT sbg Asia’s Celine Dion kerana kekuatn vocal serta persembahan yg cemerlangnya itu…CT turut tersenaraikan dikedudukan ke-2 sbg Asia’s Best Musical Artiste oleh MTV Asia & Biggest Asian Artiste oleh Channel V…Di Bangkok sempena MTV Asia Awards, Alicia Keys telah memberi gelaran The Voice Of Asia kpd CT kerana kekuatan vocal serta pencapaiannya di peringkat tempatan & antarabangsa…CT juga tidak pernah terlepas membuat persembahan di MTV Asia Awards sejak anugerah tersebut diperkenalkan pd tahun 2002…
CT muncul dgn album barunya pada tahun 2006 yg berjudul Transkripsi…album ini dianggap special kerana dirakam disaat CT sdg dilamun cinta…lagu Biarlah Rahsia yg menceritakan perihal percintaan CT telah menjadi lagu hits di Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei…sejak itu, ramai wartawan serta para peminat tegar CT ternanti2kan pengakuan CT mengenai ‘buah hatinya’…Setelah lama berahsia tentang cinta, pd Julai 2006, CT telah membuat pengumuman perkahwinannya bersama2 Datuk K @ Datuk Khalid Mohamad Jiwa di sidang akhbar…pada Ogos 2006, Majlis pernikahan CT & DK telah di adakan di Putrajaya & telah disaksikan kira2 2.86 juta penonton tv menerusi siaran langsung…Jamuan perkahwinan gilang-gemilang dgn kehadiran kerabat diraja, artis, saudara mara yg diadakan di Kuala Lumpur telah ditonton oleh 6.03 juta penonton di seluruh negara…CTDK turut mengadakan majlis perkahwinan di Kuala Lipis…perkahwinan CTDK telah disenaraikan di tangga ke-16 dlm senarai 20 perkahwinan terunggul seluruh dunia berdasarkan carian dlm Yahoo…2 bulan selepas berkahwin, CT telah dikurniakan pangkat Darjah Indera Mahkota Pahang yg membawa gelaran Dato’…
Hadiah Daripada Hati merupakan album CT yg ke-12 yg memuatkan lagu2 ciptaan composer dari Malaysia & Indonesia telah dilancarkan pd penghujung tahun 2007…album ini merupakan album ke-2 yg diterbitkan oleh syarikat CT, Siti Nurhaliza Production selepas album Transkripsi…lagu Ku Mahu telah dijadikan lagu OST drama SPA Q…Buat pertama kalinya, CT telah menerima tawaran berlakon sbg watak Azizah, kekasih misteri P.Ramlee dlm Muzikal Remy…Kisah P.Ramlee di Istana Budaya…CT turut menjadi artis Malaysia pertama yg diberi penghormatan utk memeriahkan acara di Anugerah Grammy yg diadakan di Staples Center Los Angeles pd tahun yg sama…
Tahun 2008, CT sekali lagi telah keluar dgn album etnik padang pasir yg diberi judul Lentera Timur dgn memuatkan lagu2 seperti Di Taman Teman, Jelmakan Ayumu & Di Kayangan Kita…kebanyakan lagu2 dlm album ini telah dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspress MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yg mengambil masa selama 3 hari…CT juga telah dinamakan sbg salah sorg Asia’s Idol oleh Asia News Network pada tahun yg sama…Selain itu, CT turut menjadi tokoh yg paling kerap dicari oleh pengguna Google dari Malaysia menurut data Google’s 20017 Malaysia Year-End Zeitgeist hingga mengatasi artis lain seperti Paris Hilton & Britney Spears…
Dalam bulan ramadhan 2009 CT buat pertama kalinya menampilkan sebuah album bermesejkan kerohanian yg diberi judul Tahajjud Cinta…selain lagu Ku Peracaya Ada Cinta, CT turut merakam kembali lagu Ya Rasulullah nyanyian asal kumpulan nasyid Raihan & lagu Ketika Cinta nyanyian Opick yg turut menjadi OST utk filem Perempuan Berkalong Sorban…
CT telah berkolabrasi bersama dgn penyanyi Kris Dayanti pada tahun 2009 dgn menghasilkan album CTKD yg dipasarkan di Malaysia serta Indonesia…album ini merupakan album duet pertama CT bersama dgn artis luar…antara lagu yg dimuatkan did lm album ni ialah Amarah & Jika kau Tak Datang…Kekayaan CT dianggarkan mencecah RM50juta oleh MTV Asia, sekaligus memperkukuhkan kedudukan CT sbg salah sorg jutawan dlm bidang hiburan Asia Tenggara…Tanggal 15 Feb 2009, bapa CT, Taruddin Ismail meninggal dunia ketika di usia 67 tahun akibat komplikasi jantung…sempena mengenang pemergian arwah bapanya, CT telah berkabung selama 40 hari & menghindari aktiviti hiburan sepanjang tempoh itu kecuali Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430 Hijrah…Tahun ini juga, CT telah menerima Anugerah Artis Contoh HIP TV berdasarkan undian penonton…CT turut melancarkan jenama produk kecantikan & komestik SimplySiti yg telah menjalani penyelidikan serta pembangunan di Korea & menerima kelulusan halal oleh JAKIM…tidak sampai 2 bulan pelancaran produk SimplySiti menerima pengiktirafan sbg The Best Halal Product kategori komestik oleh majalah Halal Journal Magazine…
All Your Love adalah percubaan pertama CT menghasilkan album Bahasa Inggeris sepenuhnya…album ini yg dilancarkan pd tahun 2011 telah diuruskan oleh syarikat anak tiri CT sendiri iaitu Adib Khalid…kesemua lagu dlm album ini telah dihasilkan oleh Bryan Bouro & Christian Alexanda…manakala lagu Remember You & I’ll Wait Forever telah dinyanyikan oleh CT bersama2 dgn penyanyi Sean Kingston…single pertama album ini Falling In Love telah mendapat sambutan hangat dr para peminat CT…
Selepas berehat panjang dr menghasilkan album, pada tahun 2014 CT telah mengeluarkan album berjudul Fragmen yg memuatkan lagu2 hits seperti Lebih Indah, Terbaik Bagimu & lagu yg dituju khas utk suaminya DK yg terlibat dlm kemalangan jalan raya tidak lama dulu, Jaga Dia Untukku…CT turut menerima penghargaan sbg Asian Music Legend daripada Top 10 Of Asia…
Sejak kejayaan album pertama, CT menjadi tokoh terkenal dlm muzik pop melayu dgn menghasilkan pelbagai genre muzik spt pop, R&B serta tradisional…suara & senikatanya sering disambut hangat oleh masyarakat di Malaysia, Indonesia, Brunei & Singapura…sepanjang kerjaya dlm bidang seni, CT telah berjaya mencapai jumlah penjualan sebanyak lebih 3 juta rakaman di pasaran Asia…berbekalkan dgn 16 album solo, 2 album duet, 8 album konsert, 11 album komplikasi & lebih 250 buah lagu dirakam, CT merupakan antara artis yg paling berpengaruh di alam Melayu & Nusantara…
Sehingga kini CT telah memenangi lebih dari 200 anugerah & penghargaan dari dalam serta luar negara…nama CT turut tersenarai sebanyak 2kali di dlm Malaysian Book Of Records…kejayaan ini telah memperkukuhkan nama CT sbg artis ternama di Asia Tenggara…
Selain anugerah dlm bidang seni, CT turut menerima pengiktirafan pingat dr institusi Diraja spt Ahli Ahmad Shah Pahang, SAP, DIMP dr Sultan Pahang, Darjah Paduka Mahkota Perak & Johan Setia Mahkota…Popularity & imej sederhana yg ditampilkan oleh CT telah membolehkan CT dipilih sbg duta @ jurucakap kpd badan kebajikan, persatuan serta produk…antaranya ialah sbg Duta Muhibah, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Duta Tabung Yayasan JUSCO, Maybelline, Nippon Wiper Blade, Pepsi, TMnet, Telefon Mitsubishi Trium, Maxis, Samsung, Olay & Pantene…selain menjadi duta, CTDK turut menubuhkan yayasan kebajikan bg membantu golongan yg memerlukan iaitu Yayasan Nurjiwa…
Apa lagi tentang CT…?????...tak tersenarai rasanya kalau nak cerita kat sini…memang tak muat page…sejak tahun 1996, hingga la ke hari ni, minat aku pd CT tak pernah berkurangan walaupun sikit…impak, magis & aura yg diberikan oleh insan bernama SITI NURHALIZA terlalu luar biasa…pada aku tak perlu tunggu CT tua @ pencen utk diiktiraf sbg Biduanita, skg ni pun CT sudah layak digelar sbg Legend…belum ada artis lain yg mampu menandingi rekod bersih CT & kemungkinan besar negara memerlukan 20 tahun @ lebih utk melahirkan sebutir permata yg setanding CT @ mungkin CT tiada tandingannya...


Jerat percintaanmu membuatkan aku cinta padamu…Di malam purnama merindu, muncul wajah kekasih…Nian di hati, percayalah kau kekasihku…Biar bicara manis menghiris kalbu namun janji kasih tetap tersemat menjadi azimat cinta…Akan aku melawan kesepian demi kau ku sayang…Cahaya cinta kita bukan cinta biasa…Biarlah rahsia…Andai cahaya seribu liku, pejam matamu…Moga menjadi lebih indah & terbaik bagimu…Jom joget berhibur dgn ku….hahahahahahah…


07 May 2015 | 0 KoMeN |
Aku SAIF nak cerita
Cerita pemuda-pemudi di IPOH
Umur dewasa masih bercinta
Sampai hidupnya huru-hara
Siang malam tergelak-gelak
Sampai mata dah naik bengkak
Macam orang gila bertekak
Tak menyusahkan ibu dan bapak
Mengapa kamu mengapa jadi begitu
Inilah nasib kami
Mengapa kamu mengapa jadi begitu
Inilah nasib kami

amboiiii berlagu NICO kita...teringat zaman2 rappers dulu...jangan salah lirik hokeh...yg tu bukan lirik asal...aku ubah sikit2...hehehehehe...bukan apa saja nak relatekan dgn citer aku hari ni...last week kan cuti panjang berjela...apa lg 'melonjet' sakan la aku dgn geng...tak ingat dunia dah...keluar siang balik malam...hahahahaha....
asalnyer kami p melawat best fren kami yg baru saja melahirkan baby sulung...Tahniah kat Qiesh & husband...lepas tu la bermulanyer kehidupan 'bujang' kami...hahahahaha...
mula2 kami plan makan kat Thumb Cafe...restoran ni dekat dgn area Greentown Business Center...not bad makanan & harga berpatutan...design restoran ala2 rumah melayu kampung...cantik & simple je...sini ada jual makanan melayu & western...pilih je nk apa...




-Selamat Datang Ke Thumb Cafe-

Destinasi lepak seterunyer ialah Kinta River Front...ni dekat dgn Hotel Kinta River Front...sini femes dgn lampu2 neon...ala2 mcm I-city Shah Alam la...selain tandas, ada restoran makan, ada mini muzium & kalau korg rasa nk fun sikit boleh la try berbasikal di sepanjang sungai kinta ni...ada perkhidmatan sewa basikal utk single, double, triple & 1 family pn ada...rasa malas nk mengayuh, duduk la tepi2 sungai tu sambil menikmati pemandangan lampu2 neon yg ada...




-Selamat Datang Ke Kinta River Front-

Lokasi seterusnyer ialah restoran kecil tapi cukup menarik, simple & relax je...Paklong Cafe terletak betol2 depan Kamdar...memang best kat sini...aku suke kalau nak lepak2 sini...decoration pn cantik & ringkas...sebelah cafe ni ada kedai gunting rambut ala2 Wak Doyok...ramai jugak yg dtg gunting rambut kat sini...menu sini cuma kek & minuman saja...sebab cafe ni juz utk relax2 sembang kosong...harga pun berpatutan...for sure aku akan selalu lepak kat sini lepas ni...hehehehee...






-Selamat Datang Ke PakLong Cafe-

Yo...
Cerita ini bukan tipu
Cerita ini pernah berlaku
Ini cerita aku bagi tahu
Agar korang tahu satu persatu
Oh inilah kisah kehidupan
Jangan kita sia-siakan
Cerita ini jangan jadikan teladan
Ini hanyalah satu perkongsian

Kita mulakan dgn lagu, habis pun dgn lagu la jugak...yedakkk....hehehehehe...tu saja ceriter aku utk entry kali ini...next time aku akan update lg...apa2 pun kita enjoyyyyy....!!!!!
05 May 2015 | 2 KoMeN |