twitter

Wahhhhhh....novel hebat tulisan Ahadiat Akashah dibawa ke layar filem pulak...dulu novel siri Legenda Budak Setan berjaya ditayangkan dipanggung kini yg terbaru Pilot Cafe di filem kan...seyes tak sabar nak tengok...
aku pernah baca novel2 Ahadiat Akashah ni...memang superb....aku jatuh cinta dgn gaya penulisan serta bahasa dia yg tak berat, simple & bersahaja...pernah aku baca 2,3,4 kali ulang2 novel yg sama...exspcially citer siri Lagenda Budak Setan, Untuk Semua Perempuan Yang Aku Cintai & ofcos Pilot Cafe...aku ni jenis, kalau aku suke satu2 novel tu, aku akan baca berulang kali tanpa rasa jemu...bukan tak ada keje lain nak buat tapi seronok menghayati jalan citernyer...terbuai2 perasaan aku...mcm aku pulak yg ada dlm citer novel tu...hahahaha...
kali ni, Pilot Cafe di filemkan di bawah arahan Osman Ali dgn membariskan pelakon2 yg hebat seperti Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Keith Foo & Remy Ishak (kecuali Neelofa)...rasa tak sabar nak tengok...selalunyer sentuhan Osman Ali ni ada magis sehebat jalan citer novelnyer...sama seperti filem Ombak Rindu & Lagenda Budak Setan...memang ada curlass tersendiri...aku mengharapkan citer Pilot Cafe ni sama hebat @ lebih hebat berbanding yg lain...jalan citer yg bagus utk filem yg hebat....hehehehe...


Di Pilot Cafe satu lembaran cinta telah mula berputik...
Kehidupan ini bermula di mana-mana...
Tak tentu indah ataupun gundah bila Maya kehilangan jantung hatinya...
Dia bertemu Ameer...lelaki yang hanya tahu menodai cinta...
Bermula dengan secangkir kopi panas di Pilot Cafe...
Segala-galanya berubah untuk mereka berdua...
Ameer mula merasai apa itu cinta manakala Maya belajar untuk menolak cinta yang suci...
Bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini...


Pilot Cafe mengisahkan seorang juruterbang bernama Ameer Reeza jejaka kacak yang menjadi kegilaan wanita. Dengan kekacakan yang dimilikinya, Ameer menggunakan peluang itu sebaiknya untuk menjadi seorang playboy dan kaki perempuan.
Sharmila, seorang gadis seksi dan cantik berjaya mencuri tumpuan Ameer. Bagi Ameer, perasaannya pada Sharmila sedikit berlainan dibandingkan dengan wanita yang pernah dia tiduri. Penampilan Sharmila sangat mempesonakan dan menambat hatinya. Malah, Ameer juga tidak bertepuk sebelah tangan. Sharmila turut jatuh hati pada dirinya.
Perasaan tanpa batasan menyebabkan Ameer dan Sharmila terlanjur hingga Sharmila disahkan mengandung. Mengetahui Sharmila telah hamil, Ameer berprasangka mungkin anak itu bukan benih dirinya. Memandangkan penampilan Sharmila yang sentiasa memikat selera lelaki. Selepas Ameer enggan mengaku anak tersebut bukan dari darinya, Sharmila pergi membawa diri. Ketika itu dia berjumpa dengan Dr Khaleed, akhirnya Sharmila dan Dr Khaleed berkahwin.
Pekerjaan Ameer sebagai juruterbang terhenti bila mana insiden kapal terbang terhempas menimpa kawan baiknya, Haris. Insiden yang menakutkan itu membuatkan dirinya berhenti sebagai pilot dan mengubah haluan kerjayanya. Ameer membuat keputusan untuk membuka sebuah kafe yang diberi nama Pilot Cafe.
Di Pilot Cafe itu, Ameer menemui cinta hatinya. Maya, seorang gadis naïf dan tinggal di kampung telah ditipu oleh kekasihnya, Rashid. Selepas mengetahui Maya mengandung, Rashid mengelak diri dari memikul tanggungjawab itu. Pada awalnya, Rashid memujuk Maya agar menggugurkan kandungan tersebut namun Maya enggan. Bagi Maya telah banyak dosa yang telah dia lakukan. Dosa berzina, apatah lagi bila memikirkan dia bakal menanggung dosa menggugurkan anak.
Sudah jemu memujuk Maya, Rashid bertindak melarikan diri dari kampung itu. Dia menghilangkan diri tanpa khabar berita. Takut untuk berterus terang dengan keluarganya, dan tidak mahu keluarganya menanggung malu, Maya membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur.
Sekali lagi Maya ditimpa musibah. Pemandu teksi yang menghantarnya ke Kuala Lumpur cuba untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia merancang untuk menjual Maya dan bakal menjadikan Maya pekerja di kelab malam. Maya segera menghidu niat jahat lelaki itu. Lantas Maya melarikan diri sekuat hati.
Hayunan kaki Maya melangkah jauh hingga ke Pilot Cafe. Di situlah bermulanya perkenalan antara Maya dan Ameer. Kasihan melihat nasib yang menimpa Maya, Ameer memberikan perlindungan dan tempat tinggal buat Maya sehingga dia melahirkan anak. Tanpa disedari, dirinya telah jatuh cinta pada Maya. Namun, perasaan Ameer ditolak lembut oleh Maya. Baginya, cintanya masih tersisa pada Rashid. Ameer kecewa namun menghormati permintaan Maya. 
Apakah Kesudahan cerita cinta ini? Nantikan di pawagam 30 April 2015 Pilot Cafe...
29 April 2015 | 3 KoMeN |
Assalamualaikum semua...aku kembali lagi...bukan utk membebel panjang cuma nak mem'promote' segmen baru ni pada korg semua...segmen apakah itu...????...apa lagi....segmen blogwalking la....kali ni kene catwalk pulak ke blog2 lain...hehehehehe...
Sebelum kita ber'catwalk' beramai2, jom review apakah tujuan & syarat2nyer - Papaglamz.com


Macamne...???...
dah baca syarat2nyer..??? 
senangkan...???..
Jika anda berminat, ayuh klik banner di atas....lajukan jari-jemari anda utk buat entry utk segmen catwalk ni...jangan tunggu lagi...jangan buang masa...tak rugi pun...cepattttttttttttt sebelum terlambat...
Mari kita berblogwalking menjalinkan ukhwah...
Salam perkenalan semua...

| 26 KoMeN |
Pastinya tanggal 22 September 1989 tidak mungkin dapat dilupakan oleh ahli keluarga mangsa yang terkorban di Sekolah Menengah Agama(SMA)Taufikiah Khairiah Al-Halimiah Padang Lumat, Kedah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya. 



Dalam kejadian 2.30 pagi itu telah mencatatkan sejarah hitam apabila seramai 27 orang pelajar sekolah tersebut terkorban dalam keadaan yang sungguh tragis.



Pada hari kejadian, para pelajar berkumpul di surau utk mendengar sesi tazkirah sementara menunggu qiamullail di malam harinya. Selesai usrah di surau ada pelajar yang balik ke bilik utk menyambung ulangkaji pelajaran dan ada juga yang menunggu di surau tersebut. 




Tepat jam 11pm lampu akan dipadamkan dan mereka sepatutnya tidur namun ada pelajar yang menggunakan lilin untuk meneruskan ulangkaji. Lalu bermulalah tragedi hitam apabila salah satu lilin yang dinyalakan terjatuh dan terkena tilam.



Api yang pada mulanya disangka sudah padam rupanya masih panas bara yang secara sedikit-sedikit membakar tilam serta merebak menyambar baju-baju dan tiang-tiang kayu bilik asrama berkenaan. Melihat kepada struktur bangunan yang diperbuat sepenuhnya dari kayu serta papan maka dengan mudah api marak membakar hangus bangunan asrama.



Akibat daripada kebakaran itu sebanyak 8 buah blok asrama musnah dijilat api dan mengorbankan seramai 27 orang pelajar perempuan yang difahamkan ketika itu sedang tidur nyenyak serta mengulangkaji pelajaran. Terdapat juga para pelajar yang mengalami kecederaan ringan serta serius sehingga melecur di seluruh badan.




Mangsa yang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini telah dimandikan sekali serta dikebumikan dalam satu liang lahad khas di salah sebuah kawasan perkuburan Padang Lumat.



Tragedi tersebut telah mendapat liputan meluas di media massa dan membuka mata semua pihak yang akhirnya membawa beberapa perubahan besar kepada Pondok Pak Ya dari segi struktur bangunan dan prasarana di sekolah tersebut. Sehingga ke hari ini Pondok Pak Ya terus menerima kehadiran para pelajar baru yang ingin menuntut ilmu.


Ketika kejadian ini berlaku, aku masih berusia 4 tahun dan aku tidak langsung mengingati apa-apa. Cuma melalui pembacaan di internet saja aku mengetahui tentang kejadian ini.


Al-fatihah buat 27 syuhadah yang terkorban semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan damai ‘Di Sana’…




24 April 2015 | 0 KoMeN |

mata terpejam
hati menggumam
di antara itu adanya rindu
hhhmmmm.....


17 April 2015 | 0 KoMeN |
Hallooooo...lama dh tak update blog ni...rindu nak menaip tapi sebab banyak hal nak kene urus terpaksa la lupakan seketika berblog...hari ni aku cuba jugak curi waktu utk update blog aku ni...at least tak la bersarang labah2 blog ni kan....hehehehe...
last sunday, aku sekali berpeluang utk join larian anjuran Milo di Padang Polo Ipoh...ni marathon yg kedua bg aku & yg pertama utk tahun ini....Insha Allah akan ada lg yg menyusul selepas ni...aku sedang mengatur jadual hidup aku...
actually aku dh register utk larian ni sebulan awal, cuma last week aku balik utk collect number larian & t-shirt...kali ni jarak larian aku sejauh 7km saja...tu pn aku tak pasti sama ada mampu ke tak...hhhmmmm....sehari sebelum event aku decide nk rehat kan diri..tak nak terlalu paksa diri sgt...aku takot kaki aku akan bermasalah...malam tu aku tido awal dr biasa...



seawal 5.30 pagi aku dh bangun utk get ready ke sana...kene gerak awal sikit sebab parking agak jauh dr padang...kene menapak sikit...risau tak ada  parking...sampai je, org dh start memenuhi kawasan...malas nk ambik port sgt aku warm up kat tepi padang...org makin ramai dtg...aku rasa ada kot tak kurang 1000 org dr pelbagai peringkat umur & bangsa...tak sabar pulak aku nk start berlari...hahahaha..btw pagi tu di host kan oleh Hafiz Hatim & Kelly...



lebih kurang pukul 7.30 pagi larian pun bermula...mcm biasa la aku start dgn berjalan dulu utk panaskan badan...okey, time utk start larian...permulaan yg baik...penafasan yg bagus...rentak larian yg sekata...tapi malang tak berbau, masuk kilometer ke4, kaki aku mula buat hal...aduhhhh...sejarah lama berulang kembali...tulang depan kaki aku sakit semula...aku terpaksa perlahankan larian...sampai 1 tahap aku terpaksa berjalan utk rehatkan kaki aku...so bad...!!!!!!...huhuhuhu...bila kaki aku rasa dh ok sikit, aku mula balik larian...kejar balik org2 yg dh memintas aku tadi...mungkin bukan rezeki aku, kaki aku kembali sakit & the best part is kaki sebelah aku mula rasa kebas...dugaan betol...nak tak nak aku kene jugak stop larian & berjalan sampai kaki aku hilang rasa kebas...agak2 dh stabil, aku berlari semula sampai la ke penamat...



setelah bertarung kaki, akhirnyer aku berjaya habiskan larian...bukan senang nk teruskan larian dgn kaki yg sakit....demi keseronokan yg berganda aku teruskan jugak...yg pasti masa aku nk ambik medal, aku rasa mcm nk tumbang sebab sebelah kaki aku tak rasa seperti sdg berpijak di bumi yg nyata...nasib baik tak terjelepok depan budak tu....hahahaha...



aku rehat jap sambil layan zumba kat pentas...nk terkinja2 berzumba mmg tak dapat la disebabkan kaki aku ni...kalau aku melompat sakan hilang pulak sebelah kaki aku ni...hahahahaha...kali ni aku dpt beg & breakfast free tajaan Nestle & Milo...
ni la pengalaman yg best bg aku...aku tak tahu kenapa aku suka dgn larian...bg aku bila berlari, terasa semua kekusutan & keserabutan hilang...biarpun dlm kesakitan tapi aku dpt rasakan 1 kepuasan yg tak dpt aku gambarkan di sini...lepas ni kene training lebih lg dr biasa...aku tau aku boleh lakukannyer...ada rezeki aku nk try half marathon pulak lepas ni...weeeee......
15 April 2015 | 0 KoMeN |