twitter

Assalamualaikum semua...bertemu kembali di entry yg baru..rasanyer agak lama jugak aku tak update cerita baru dlm blog ni..cuma sekadar 'blogwalking' saja...kepenatan yg melanda membuatkan aku tidak mempunyai idea utk dikongsi di sini...apa2 pun terima kasih pd yg masih lg sudi singgah membaca mahupun sekadar view saja...terima kasih banyak2...


baru2 ni, isu yg paling hangat di perkatakan di negara kita ialah tentang fenomena cuaca sejuk yg melanda pantai timur &  utara negara ni...memang tak di nafikan, aku turut merasakan perubahan cuaca...disaat mentari memancar terik namun cuaca dingin..dikala malam pula, suhu semakin sejuk...bila aku mandi pagi & malam memang menggigil kesejukan...terasa berbeza sgt perubahan cuaca kali ini...tak ketinggalan juga, ramai yg mengalami selsema, demam & batuk yg teruk...
melihat carta suhu minimum & maksimum yg dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia yg bertarikh 25 Januari 2014, ternyata berlaku perubahan mendadak pd suhu di negara ini...agak aneh & mungkinkah Malaysia bakal menerima salji tidak lama lg...???..bunyi mcm tak logik tapi tak mustahil juga kerana kawasan2 di Indonesia & Vietnam sudahpun merasai salji...


cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini mencatatkan rekod suhu terendah iaitu 19'celcius di Besut, semalam...selain tu, Kuala Krai turut merekodkan suhu serendah 17' celcius & merupakan suhu yg paling rendah direkodkan antara negeri di pantai timur...sementara itu, Perlis turut merekodkan perubahan suhu yg agak luar biasa walaupun dikenali sebagai negeri yg mencatatkan suhu paling panas iaitu 40.01'celcius pd tahun 1998...menjelang hujung minggu, suhu di sekitar Perlis dijangka turun sehingga 21 @ 20'celcius pd waktu malam tidak seperti selalu sekitar 24'celcius di sebelah siang...


catatan suhu yg rendah daripada biasa adalah disebabkan oleh musim Monsun Timur laut yg turut membawa tiupan angin sejuk dari kawasan sejuk seperti di China, Jepun & Siberia...selain itu, penurunan suhu juga boleh dipengaruhi oleh 2 faktor utama lain iaitu tiupan angin & kepulan awan...jika tiupan angin lebih kuat & kepulan awan tidak tebal @ banyak pd waktu malam, suhu akan menjadi lebih rendah...
Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran ketiga angin kencang timur laut dgn kelajuan dari 60 km sejam & laut bergelora dgn ketinggian ombak melebihi 5.5 meter kpd nelayan & org awam bg mengurangkan sebarang aktiviti pantai...


persoalan adakah Malaysia akan dilanda salji seperti yg berlaku di negara jiran adalah tidak mungkin menjadi kenyataan kerana kedudukan negara ini yg berada di garisan khatulistiwa...Malaysia akan menerima cahaya matahari yg banyak sepanjang tahun...fenomena yg melanda beberapa buah negara yg selama ini tidak pernah @ sudah lama tidak dilanda salji dipanggil 'Zaman Ais Mini' yg berpunca daripada aktiviti matahari yg berada di tahap minimum yg menyebabkan tompok letusan solar pd permukaan matahari berkurangan & matahari menyejuk...
pada 25 Januari 2014, kolam di Puncak Kinabalu menjadi ais dgn ketebalan antara setengah hingga lebih 1 sentimeter, manakala embun yg menitis membeku kelihatan seperti salji namun mencair sebaik jatuh ke bumi...laluan bertangga di kawasan puncak turut diselaputi ais hingga menyebabkan laluan pendaki menjadi licin...suhu yg dicatatkan sejak pertengahan bulan ini di Puncak Kinabalu jatuh hingga negatif 2'celcius berbanding 4 hingga 8'celcius sebelum ini...
disebabkan perubahan suhu yg agak mendadak ini, org ramai dinasihatkan supaya memakai pakaian yg bersesuaian, mengurangkan aktiviti luar pd waktu malam serta memperbanyakan minum air kosong...walaupun salji tidak lg turun di Malaysia namun org ramai sekurang-kurangnya dapat merasai sendiri cuaca sejuk dingin yg selalunya boleh dirasai di puncak2 bukit seperti Cameron Highlands, Bukit Tinggi, Genting Highlands & sebagainya...


macamne agaknyer Malaysia kalau kita mengalami musim salji...???..mesti ada yg guling2 sakan atas salji tu...lompat2...main baling2 salji...buat patung salji...pendek kata dr siang sampai ke malam la duduk luar rumah terutamanya kanak2...walauapapun cuaca yg kita alami di sini...sekurang2nyer kita tak perlu berhadapan dgn bencana yg teruk seperti negara2 luar hingga meragut beribu2 nyawa & merosakan harta benda...bersyukur dgn apa yg kita ada, jangan terlalu mencarai yg kita tiada...mungkin ada hikmah sebalik kurniaan-Nya itu...


26 January 2014 | 2 KoMeN |
Biar jarak memisahkan antara kita...
Biar mata tidak bertemu mata...
Hanya doa mampu mendekatkan diri & hati kita...



Salam perkenalan...
Ukhuwah kita untuk selamanya...

#Mari beramai-ramai join segmen Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah - Jom ke sini
25 January 2014 | 15 KoMeN |
Hai...hai...hai...jumpa lagi kan...hehehhehehe...ada cerita ada la entry baru...kalau tak ada idea, memang berhari2 hilang tanpa jejak...silap2 berminggu2...tapi jangan risau hilang aku bukannya hilang terus...ada masa aku akan menjengah ke blog ni sambil2 view ke blog2 lain...apa2 pun terima kasih pd yg sentiasa berkunjung ke blog aku ni...dari hari ke hari traffics di blog ni meningkat...thank you so much...flying kiss sikit...muahhhhh....!!!...hahahahaha...


ok la, tanpa membuang masa semua, entry yg terbaru ni berkenaan dgn SURVIVOR...aku la survivor tunggal...yessss...halloooo world....!!!...berangan jap...hahaha...actually aku nk share sikit dgn semua rancangan yg paling aku minat dari dulu sampai la ke hari ni -Survivor- lama jugak rancangan ni bersiaran di negara kita sebelum dihentikan...frust menonggeng aku...nasib baik internet ada...boleh jugak tengok musim2 yg seterusnya...


rancangan Survivor ni di kategorikan sebagai rancangan realiti...maksud rancangan realiti ialah program TV yg tidak mempunyai skrip tetap yg disertai oleh org2 biasa & menggambarkan tentang situasi kehidupan sebenar..setiap peserta perlu bersaing sesama sendiri utk menjadi pemenang...tu la maksud ringkas rancangan realiti & disebabkan tu la ramai yg suka dgn rancangan yg bergenre seperti ni sbb semuanya yg dilakukan adalah secara spontan...ditambah pula dgn elemen2 bergaduh, bertekak, tipu-menipu lg la best jadinya...sapa yg tak suka tengok adegan live mcm ni kan...memang akan di nanti2kan selalu...hahahaha...


pada tahun 2000, Mark Burnett telah mengasaskan sebuah rancangan realiti yg diberi nama Survivor...rancangan ni merupakan yg pertama disiarkan & mendapat sambutan yg di luar jangkaan...semenjak dari tu, rancangan realiti mula tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan..kiranya Survivor ni pioneer utk rancangan realiti la di seluruh dunia...Jeff Probst telah dipilih sebagai pengacara rancangan ini & kekal hingga kini...


pada musim pertama, Pulau Tiga, Sabah telah dipilih sebagai lokasi utk mencampakkan 16 org peserta yg terdiri daripada lelaki & perempuan utk meneruskan hidup di sebuah pulau terpencil tanpa sebarang kemudahan selama lebih kurang sebulan...di peringkat permulaan, para peserta  telah dibahagikan kpd 2 kumpulan dgn nama yg tersendiri & ditempatkan di 2 buah lokasi berbeza...mereka akan berlajar utk mencari makanan serta membina tempat tinggal semtara dgn menggunakan bahan2 semulajadi yg terdapat di sekeliling mereka...



setiap 3hari akan diadakan game sama ada utk merebut ganjaran @ immunity...pd kumpulan yg gagal mendapatkan immunity, mereka akan berkumpul di perjumpaan puak pd sebelah malam utk menyingkirkan ahli kumpulan yg dirasakan perlu disingkir...ketika ini la kita akan dapat melihat bagaimana ahli2 kumpulan akan membina 'empayar' sendiri utk menyelamatkan diri sendiri...pelbagai helah di gunakan utk memastikan diri tidak tersingkir...disini kebijaksanaan & strategi amat la penting...jika tersilap langkah, pasti akan membawa bencana...




selepas 7 penyingkiran, kedua2 kumpulan akan digabungkan buat pertama kali & kedua2 kumpulan perlu membuat keputusan utk memilih utk tinggal di lokasi sendiri @ pihak lawan & mereka akan hidup sbg 1 kumpulan dgn nama yg baru...namun  perlu diingatkan gabungan ini bukan la sesuatu yg baik kerana para peserta dari kedua2 buah kumpulan tidak mengenali antara satu sama lain...maka strategi yg mantap, kebijaksanaan otak menipu, manis berjanji, ikatan kumpulan yg kuat & setia perlu utk memastikan tidak disingkirkan...seperti sebelum penggabungan kumpulan, setiap 3 hari sekali akan diadakan game...kali ni mereka akan bersaing sesama sendiri utk memenangi game...individu yg memenagi cabran immunity akan terselamat dr perjumpaan puak...selalunya, individu yg memegang rantai immunity akan ditawarkan pelbagai janji oleh para peserta utk menyelamatkan diri mereka dr tersingkir...




apabila tinggal 8 org peserta akhir, 6 org yg tersingkir akan diletakkan sebagai juri pemerhati...tugas mereka akan menilai rakan2 mereka setiap kali diadakan perjumpaan puak utk menentukan siapa yg layak memegang gelaran SOLE SURVIVOR...ketika ni la para juri akan mengetahui siapa kawan & lawan mereka ketika di kumpulan dulu...di akhir rancangan, 2 peserta terbaik akan ditentukan kemenangan mereka melalui undi drpd juri...para juri akan menyoal beberapa soalan kepada perserta akhir utk mendapatkan keperincian sebelum mereka memmilih pemenangnya...selepas itu, peserta akhir pula akan diberi peluang utk memberi kata2 utk memujuk yakin kan para juri bahawa dia la yg layak utk memegang gelaran sole survivor...apabila berpuas hati dgn semuanya, para juri akan membuang undi memilih pemenang...undian terbanyak akan memegang gelaran sole survivor serta memenangi wang bernilai sejuta...




sehingga ke hari ini, rancangan survivor telah menjalani pengambaran sebanyak 28 musim di setiap negara yg berbeza di 5 buah benua...setakat ini juga, seramai 26 org peserta telah berjaya memenangi wang sejuta ringgit & hanya seorang peserta pernah memenangi dua kali gelaran sole survivor iaitu Sandra Diaz...rating penonton yg paling tinggi yg pernah dicatatkan ialah ketika musim yg kedua iaitu di Australia, manakala musim pertama iaitu di Malaysia menduduki carta kedua tertinggi...begitu hebat penangan rancangan ni...


biarpun pernah mendapat kritikan tayangannya namun rancangan ini tetap mendapat sambutan yg luar biasa setiap kali di keudarakan dulu...ditayangkan pd setiap hari jumaat jam 10 malam membuatkan aku sentiasa ternanti2kan...memang tidak dinafikan, rancangan ini serba sedikit membawa nilai negatif namun kita haruslah menggunakan akal & fikiran yg diberikan Illahi dlm menentukan yg mana baik & yg mana buruk...jgn kita pertikaikan cara pemakaian para peserta kerana budaya mereka memang berbeza dgn budaya kita...di tambah pula, pemakaian mereka adalah mengikut kesesuaian, keselesaan srta faktor cuaca ketika bertanding...dari sudut positifnya, pada aku rancangan ini banyak mengajar kita tentang erti hidup sebenar...bekerja dlm kumpulan, bertolak ansur, mengakui kelemahan sendiri, tidak berputus asa, bijak membuat keputusan, pantas serta tangkas secara tidak langsung mempengarui diri kita utk bersikap lebih terbuka, yakin diri, berusaha, kuat, sabar & berdikari dlm meneruskan kehidupan yg penuh dgn cabaran ini...


rancangan ini banyak mempengaruhi kehidupan seharian aku hingga aku menjadi diri aku seperti hari ini...di zaman sekolah dulu, aku & rakan2 amat meminati rancangan ini samaikan terbawa2 ke sekolah konon2 kami ni para peserta survivor...siap letak nama kumpulan time tu sambil menyanyikan lagu tema rancangan ni...berangan2 nk menyertai rancangan ni...pernah 1 hari tu aku & kwn2 buat game konon2 mcm survivor...berdiri atas tiang sambil sebelah tangan pegang tiang, nak tengok sapa yg paling lama bertahan...hahahaha...kelakar je bila ingat balik...


tapi serius, kalau ada rancangan ni kat Malaysia memang aku la org pertama yg akan apply utk join...dulu aku pernah ke website rancangan ni utk membaca syarat2 penyertaan tp sayang seribu kali sayang, penyertaan hanya utk warganegara Amerika saja...hampa, frust menonggeng aku...kahkahkahkahkah...apa2 pun rancangan ni mmg terbaik yg pernah aku tonton...berbanding dgn sesetengah rancangan realiti yg tenggelam timbul sambutannyer, Survivor tak pernah menghampakan setiap kali musim siarannya...hidup survivor...!!!!...kihkihkihkih...


SURVIVOR 
- FINAL EIGHT -
WHO DO YOU WANT TO VOTE OUT..??
WHO OUTWIT..OUTPLAY..OUTLAST..??



15 January 2014 | 2 KoMeN |
Salam Maulidur Rasul semua...kita bersua kembali di sini...ucapkan alhamdulillah kerana diberikan kesihatan yg baik & ruang utk bernafas di muka bumi Allah ini...
entry kali ni aku akan up satu cerita yg prnah berlaku di Butterworth...aku percaya mungkin org ramai tahu tentang kejadian ni tapi bila tahun berganti tahun, ramai yg mula melupakannyer...aku pun sebenarnyer baru pertama kali baca tentang tragedi ni...tu pun secara tak sengaja aku jumpa di google...rasanyer dari aku tahu sorang baik aku update kat dlm blog aku ni...sharing is caring maaaa....hehehehe...


tanggal 20 Mei 2001, bangunan Kompleks Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Butterworth yg menempatkan terminal bus di tingkat satu & pasaraya Parkson serta Tops di tingkat dua telah terbakar pada sekitar pukul 5 pagi hingga mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan...
sebanyak 6 buah jentera bomba dari Perai & Butterworth dgn 53 anggota telah dikerah ke tempat kejadian...selain itu, pasukan bomba turut dibantu oleh 8 pasukan bomba sukarela dari Sunagi Puyu, Permatang pauh, Bukit Mertajam, Sungai Rambai, Juru, Chain Ferry, Raja Uda & Bagan Ajam yg melibatkan hampir 200 org anggota...pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 20 minit utk memasuki ke dlm bangunan yg terbakar itu & terpaksa menggunakan air laut serta mengepam air dari tangki syarikat minyak berhampiran utk memadamkan kebakaran tersebut...


kebakaran besar yg dipercayai bermula di tingkat dua itu hanya berjaya dipadamkan sepenuhnyer dlm tempoh kurang daripada 12 jam kemudian iaitu sekitar pukul 5 petang...api yg marak telah menyebabkan kemusnahan teruk di tingkat atas yg meliputi bahagian bumbung & sekali gus menyebabkan juga bahagian2 lain bangunan lama tersebut tidak dapat digunakan seperti biasa...
menurut sorang saksi, dia yg berada di bawah bangunan bersama dgn sorg lg rakan baru bersiap sedia utk pulang ke rumah selepas bekerja lebih masa ternampak asap & api di bahagian belakang tingkat dua pasaraya Tops...kemudiannya, dia terus memaklumkan kakitangan PPSB serta menghubungi Balai Bomba Butterworth...manakala sorg peniaga restoran di tingkat satu kompleks, ketika tiba di tempat kejadian api masih kecil tetapi merebak dgn pantas sekali...pengurus pasaraya Tops yg bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan telefon daripada sorg pengawal keselamatan PPSB menganggarkan kerugian lebih daripada RM1juta...


pihak berkuasa akan menyiasat punca kebakaran meliputi semua aspek termasuk unsur sabotaj serta dakwaan beberapa org peniaga di situ mengenai kemungkinan api berpunca daripada kerja-kerja kimplan oleh pekerja penyelenggaraan bangunan yg bekerja di sebelah malam...
tingkat satu bangunan kompleks SPPP yg menempatkan kedai2 kecil, gerai makanan, yg sering menjadi tumpuan para pengguna terminal bus terpaksa ditutup & dipindahkan sementara ke kawasan lapang berhampiran Stesen Keretapi di situ...tidak lama selepas kejadian itu, bangunan Kompleks Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Butterworth terpaksa di robohkan sepenuhnyer...


selepas 13 tahun berlalu, kini terminal bus penang telah di gantikan dgn yg baru berhampiran dgn KTM...manakala para peniaga telah di tempatkan di satu kawasan yg di bina khas tidak jauh dari terminal bus...cuma aku tak pasti lokasi sebenar kejadian terletak di bahagian mana...sekarang ni terlalu byk sgt bangunan di sekitar terminal bus tu...lgpun aku bukan org Penang...ketika kejadian aku bukan di sini...hehehehe...mungkin org2 penang tahu lokasi sebenar kejadian...
14 January 2014 | 5 KoMeN |
Assalamualaikum...jumpa lg di entry baru...hehehehhehe...kali ni aku nk up entry pasal filem terbaru yg sedang hangat di tayangkan di panggung iaitu BALISTIK....
actually agak lama jugak Dato' Rosyam Nor menyepi dr dunia hiburan...jarang dpt tengok dia di tv @ panggung...tapi kali ni dia buat come back dgn sesuatu yg cukup segar & sgt menge'bomm'kan...filem Balistik merupakan keluaran terbaru Suhan Movies iaitu produksi milik pelakon hebat Dato' Rosyam Nor...membariskan pelakon2 yg terkenal dgn lakonan yg hebat seperti Adi Putra, Rita Rudaini, Adik Raykarl, Dato' Rahim Razali, Jack Lim & Mei Yan, filem ini mengangkat tema gangsterism yg penuh drama & kasih sayang selain membawa mesej tersendiri kpd penonton...


Sipnopsis :


Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai embunuh upahan. Saga juga mrupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).
Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.
Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.
Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.
 Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.

Kenapa aku suka dgn filem ni...??..jawapan aku simple jer...sebab lakonan para pelakonnyer...hebat & mantap...



Dato' Rosyam Nor

sapa yg tak kenal dgn hero melayu ni...aku mula mengenali dia melalui lakonan dia dlm filem Jimi Asmara...masa tu dia sekadar pelakon tambahan bukan hero lg...tapi lama kelamaan mula muncul fenomena Rosyam Nor...setiap drama & filem yg dilakonkan oleh dia sering mendapat sambutan hangat dr penonton...bg je apa saja watak pasti dia lakonkan dgn penuh penghayatan...watak romantik, lawak, gila, kene bomoh, watak budak terencat, sakit, gangster, nerd, sedih & mcm2 lg...semuanyer tak pernah mengecewakan peminatnyer...seyes aku mmg suka dgn lakonan dia...hebat & tak rugi kalau menontonyer...lg 1 aku mmg admire dgn cara dia bekerja...sgt komited & tekun...bermula dgn sejarah hidup dulu, dia bangkit setapak demi setapak hingga la dia mampu berdiri gah atas nama ROSYAM NOR...aku tabik spring...!!!..psttt, 1 lg rahsia yg aku & Dato' Rosyam berkongsi ialah tarikh lahir kami...hari & bulan yg sama tapi tahun yg beza...hahahaha...




Rita Rudaini
jgn kata apa la...walaupun dihimpit dgn kontroversi, aku tetap menyukai pelakon wanita ni...jatuh cinta pandang pertama time tengok drama Rafflesia...sejak tu, aku tak pernah lepas la nk tonton lakonan dia...dia antara pelakon wanita yg serba boleh...bg la apa watak pun pasti akan di lakonkan dgn sebaik mungkin...aku jugak suka tengok muka dia, nampak lembut expecially tang mata dia...mcm ada 1 tarikan yg power...walaupun dh lama menyepi dr filem, namun hasilnyer kali ni tak mengecewakan...Rita heroin yg tepat utk cerita ini...lgpun dorg berdua memang pasangan serasi...love it...hehehehe...




Adi Putra
ni lg sorg pelakon laki yg aku minat...berimej bersih di permulaan hingga la cerita yg baru ni sikit sebanyak mencalar imej jejaka dr singapore ni...tu semua tak penting sbb pd aku tu masalah personal dia...yg penting ialah komitment dia dlm dunia lakonan...seyes, setiap kali dia berlakon pasti ada aura tersendiri...tambah pulak kalau dia bawa watak sorg laki yg romantik, mmg cukup rasa...penghayatan dia mmg sampai ke hati para penonton..tu sebab aku suka tengok lakonan Adi Putra...sama spt 2 pelakon yg lain, Adi bijak melakonkan watak yg diberikan dgn baik & berkesan...susah nk cr pelakon mcm dia...kalau ada pun yg baru2 ni semua harap muka je...bakat semua ke laut...cuma aku harap, kenyataan dia tak bersalah dlm kes 'itu' adalah benar belaka...huhuhuhuhu...

dah tamat ulasan tak bertauliah aku...harap anda berpuas hati...ni 1st time aku buat ulasan utk filem...aku bukan reti sgt...hahahahaha...sebabkan nk share apa yg aku fikir & rasa dlm hati, maka aku lantik diri aku sbg pengulas filem yg tak bertauliah....enough..!!!..jgn nk mengarut lg...apa2 pun jgn lupa utk menonton filem Balistik di pawagam..sokong la industri perfileman kita...tak rugi la beb...!!!...ok babai...

13 January 2014 | 0 KoMeN |
Kepakaran kami ialah membantu golongan lelaki & wanita yang mengamalkan gaya hidup Feminine, Stylo & Nicety untuk mendapatkan perfume berjenama pada harga yang rendah & wangi dengan perkhidmatan yang mudah, cepat & mesra.



Promosi tergedik-gedik...
 * Sebotol - RM50
 * 3 Botol - RM110
Lagi gedik, beli 3 botol, kami berikan anda percuma sebotol perfume yang anda pilih.


Apa tunggu lagi....Cepat tempah....Mudah saja....Anda dilayan dengan mesra....!!!!!
12 January 2014 | 0 KoMeN |
Salam mesra, salam 1 blog dari tuan tanah kedaun...kahkahkakahkah...rasa lama pulak tak update blog ni...rindu serindu rindunyer...hehehehe..pada yg selalu view, singgah baca mahupun yg sekadar terklik blog ni, terima kasih diucapkan...lain kali datang lg...


akhir2 ni aku memang sibuk sgt...serius aku cakap, badan aku ni kalau la boleh bercakap mesti dia akan menjerit 'aku penat la woiiiii...!!!..' kesian anggota badan aku ni sebab di paksa bekerja...tapi nk buat mcmne, dh nama pun tugas...takkan aku nk duduk mengangkang goyang teloq...opppssss...sensored...hahahahaha...dgn erti kata lain, aku tak nak la di labelkan sbg makan gaji buta...susah tu nk menjawab di 'SANA'...biar penat asalkan berkat....alhamdulillah...
yg kedua, saja la nk inform aku & rakan2 baru saja memulakan business...-Dhisya Fashionline- sila klik FB/PAGE kami utk melihat2, membeli2...alhamdulillah utk permulaan perniagaan kami berjalan dgn lancar...insyallah jika tiada aral melintang, kami akan mempelbagaikan lg pilihan2 yg ada...doakan kejayaan kami...disebabkan ni jugak la aku sibuk...siang bekerja di opis, malam dok melangut depan FB ber'chat' dgn 2 lg rakan kongsi utk buat daily postmortem...apa2 pun kami sgt teruja dgn langkah berani yg kami ambil ni...
baru2 ni, aku ada la terbaca 1 iklan menjana side income...aku pun try la klik iklan tu...lebih kurang seperti Nuffnang & churp2 la jugak cuma bezanyer, yg ni tak perlu utk kita iklan di blog...daftar di iklan tu kemudian cuma copy paste link tu kat dlm chat box ke, dlm chat fb ke...setiap klik yg kita dpt akan diberi komisen...aku pun try la...tak salah mencuba...lg pun bukan kene bayar...cuma register jer pun...cuma aku ni jenis tak berapa nk rajin sgt nk paste kat org2 lain...so komisen tu bergerak sekadar ala biasa je la...hahahaha...kalau korg nk cuba boleh la klik SINI ...try la buat kalau nk tahu berjaya @ tak...so far aku punyer komisen tu tak mencapai target lg...so aku tak boleh nk cashout lg...kat bawah ni FAQ dia..so korg boleh baca dgn teliti...jgn pulak ada yg kata aku menipu pulak...aku cuma berkongsi...keputusan di tangan anda sendiri...

How do I promote my referral link?
Promote your referral link on forums, blogs, comments, chat rooms, chats, facebook wall, facebook pages, groups, twitter, ptc sites, advertising websites to get link visits and earn money on every visit you sent through your link

When will I get paid?
The minimum balance required for payout is 300$ and you can get paid through PayPal, Cheque, Western Union, Money Gram, bank transfer at end of every month.

How much can I earn?
You can earn without any limits, it depends solely on your efforts and how much you work to promote your link. Many of our top members are earning more then 500$ per day and 10,000$+ per month

This can't be real. Are you giving free money?
No, we are not giving away free money. We are paying you in order to generate traffic to our website. We will get paid from our advertisers for the traffic we bring to them.

System Updates:
Anti-Cheat : Please note that we have a strong anti-cheat system, so do not bother sending fake traffic. You will get credited about it, but eventually you will not get paid and your account will get banned. Only send real people from real pages.
Note: Please note that if you have not logged in to your account for more than 30 days, all your earnings will be lost.

ok la kawan2 tersayang...aku pun dh 'lalok' tahap gaban...esok nk keje...jumpa lg di next entry...adiossss....!!!!!
10 January 2014 | 0 KoMeN |
Assalamualaikum....harap2 semua sihat luar biasa...semoga dirahmati selalu...dh 4 hari kita menjalani kehidupan di tahun baru ni & hari la baru aku ada kesempatan utk update enrty pertama di tahun 2014...serius aku busy gilak dgn keje...nak2 pulak dh hujung2 tahun, masuk pulak tahun baru memang tak menang tangan....hhmmmm....tabah, tekad & redha je la...
entry hari ni masih lg bersangkut paut dgn memori...aissshhhh...asyik menggamit memori je mcm dah tak ada citer lain...kan..kan..kan...hehehehe...nak buat mcmne, sepanjang perjalanan, lembah & lurah ku lewati...byk kenangan dlm hiudp aku ni...harus la aku nk share dgn anda semua...
ok2, jgn nak merapu panjang2...memandangkan tahun baru je menjengah & sekolah pun baru je memulakan sesi aku rasa tak terlambat lg utk aku share sikit citer pasal sekolah zaman dulu2...dgn erti kata lain, zaman aku la tu, 90's...aku confirm & penuh yakin anda mesti pernah alaminyer...jom kita selongkar barang2 sekolah yg wajib kita ada sebelum masuk sekolah....
bila sekolah nak bukak jer mesti rasa malas sgt sebab dh lama sgt cuti...tuptup sekolah bukak balik...masa tu fikir, kalau la sekolah dh tak bukak terus kan best...boleh main jer...heheheehe...selalunyer sebulan sebelum sekolah nk start, parent aku dh mula beli sikit2 brg2 keperluan semua...time tu, mcm bese la semua nk kene baru..maklum la nk mulakan sesi sekolah di tahun baru...tapi selalunyer yg aku tak beli beg sekolah sebab beg masih boleh pakai...tak yah nk membazir kata parent aku...hhhmmm ikut jer la...aku kan budak baik...hahahaha...


masa zaman sekolah dulu, beg sekolah tak la secanggih beg sekolah budak2 sekarang ni...siap ada roda boleh tarik kalau tak nk galas kat bahu...untung sgt budak sekarang ni...zaman kami dulu beg sekolah pun biasa je...beg sekolah antara pelajar2 lain tak banyak beza...dulu tak banyak choice...kalau nk beza pun cuma warna...dr segi material, fungsi & reka bentuk semua sama...dulu aku pakai beg sekolah galas yg jenis kain...kat hujung tu guna tali utk tutup beg...kat tepi beg ada 2 zip utk simpan barang2 @ botol air...depan ada 1 zip besar sikit...kalau time hujan, habis basah buku sebab beg ni bukan waterproof...bila sampai rumah kene jemur buku2 sekolah kat tepi kipas...huhuhuhuhu...aku guna la beg tu sampai koyak & tak boleh guna lg...serius beg sekolah memang aku jarang tukar sebab beg sekolah aku tahan lama...aku pandai jaga...hahahaha...bila koyak aku akan jahit sendiri....guna apa yg boleh guna...jangan bazir...kalau tak silap aku, nak naik tahun 4, baru beli beg baru...


sekarang ni citer pasal alat tulis pulak...dulu2 tulis guna pensel...tak boleh guna pen sebab kalau salah susah nak padam...kalau sape2 ingat dulu, parent kita mesti beli pensel warna merah jenama HB...warna dia pun ala2 nk ada tak ada je bila tulis...guna la sampai pendek...agak2 dah tak pendek sgt, asah pulak belakang pensel...kalau yg jenis rajin, kikis pulak pensel tu sampai hilang warna merah tu...aku pun tak tahu apa motif buat mcm tu...lepas tu baru la ada pensel 2B..warna pun agak terang sikit...kemudian muncul pulak pensel tekan...time tu, hanya yg mampu je akan pakai pensel tekan tu...bukan semua org berkemapuan time aku tu...



pemadam pulak ada mcm2 jenis...tapi yg paling popular time sekolah dulu ialah pemadam yg ada lambang bendera negara...harga pemadam ni kalau tak silap aku RM0.20...ramai student yg beli, buat main...berlambak2 simpan dlm pensel case...main lawan pemadam, kalau menang dpt pemadam...sape yg terror mmg banyak la pemadam tu...kadang2 pernah cikgu & pengawas buat spotcheck, kelam kabut sorok semua pemadam sebab takot kene rampas...kelakar je...hahahahaha...


zaman2 aku dulu, pembaris tak la semewah @ secantik hari ni...dulu pembaris setakat yg lut sinar, ada 2 lubang kat tengah2...kalau letak dlm beg, confirm patah...memang tak tahan lama sgt...murah pun murah...lepas dr tu muncul pulak pembaris kayu...tahan lama tapi sekali ketuk kat meja, terus bergerigi...bila buat garisan dah tak lurus, ada lekuk2...hahahaha..kemudian baru ada pembaris yg agak tahan lasak...boleh dilentur2...letak dlm beg pn tak patah....huhuhuhu...


dulu sharpener tak byk pilihan...yg paling kerap sgt pelajar2 sekolah rendah guna ialah yg bulat & ada cermin...ala bukan apa, sharpener tu nmpk grand sikit sbb ada cermin...tu jer...tapi seyes tak tahan lama...cermin tu mesti tertanggal dr badan sharpener tu...dh separuh bogel shapener tu...kahkahkahkah...lg 1 yg jenis kecik 4 segi...yg ni sbb kecik senang nk bwk & senang jugak la hilang...hahahahaha...



kalau kotak pensel pulak, ada mcm2 jenis, mcm2 warna, mcm2 bentuk...tapi aku punyer 1 bentuk jer...jenis kain yg ada 1 zip...tu la yg aku gunakan...aku pernah jugak merasa guna yg jenis aluminium...jenis ni tak tahan lama sbb sekali kene hentak dh remuk tak boleh guna...lg 1 cepat berkarat...yg plastik pulak memang tahan lama tapi kene pandai jaga la...bila letak dlm beg terhentak @ terhenyak dgn buku2 teks yg tebal maha berat, mmg la pecah..hehehehehe...kotak pensel yg compact boleh bukak depan belakang pn aku pernah pakai...ni lg la tak tahan lama...harap cantik je tapi cepat rosak...last sekali aku pakai balik yg jenis zip...tu la yg paling tahan lama...banyak benda boleh isi...




lepas semua ada, kene beli gam pulak...dulu gam tak jenama...yg selalu student pakai yg jenis picit...tak pun yg dlm bekas...gam ni actually sebenarnyer kanji...memang tahan lama tp syg bila letak dlm beg mudah sgt tertumpah...habs melekat2 buku terkena gam...hehehehehe...


bila masuk darjah empat, kami di galakan guna pen...tu pun terhad dgn pen biru & hitam je sbb penmerah utk cikgu2 je...pen yg famous dulu jenama kilometrico & jenama apa tah lg 1 tu, tak ingat...tp best bila tulis sebab mata pen bulat...rasa lancar je...yg jenama kilometrico pulak ink dia selalu keluar byk sgt...kdg2 hbs buku kotor...huhuhuuhuhuhu...



bila dh start guna pen, kene la ada pemadam pen...mula2 cikgu cuma bg kebenaran guna pemadam pen jer...pelajar2 tak dibenarkan bawak liquid paper sebab takot akan kotorkan meja, dinding & kerusi...tp itu la kenyataannyer...pelajar2 dulu mmg kreatif...tak cukup buku, meja, kerusi, dinding semua penuh dgn tulisan & lakaran liquid...hahhahahaha...




selain alat tulis, wajib ada kalau nk bukak sekolah ialah pensel warna...dulu, brand yg popular ialah LUNA...ada 2 jenis, satu yg panjang & satu lg yg pendek...ada yg 12 batang warna & ada yg sampai 24 warna...color Luna mmg terbaik sebab sgt terang & tahan lama...aku dulu punyer pulun sampai pendek tak boleh asah terus...hahahahaha...dulu giler melukis & mewarna...pantang tengok color tu yg cepat sgt habis pensel warna aku...heheheehe...


lg 1 warna air @ student dulu panggil water color...mula2 masuk sekolah dulu mmg tak pakai sgt water color ni...kalau tak silap aku, start guna masa darjah 3 utk subjek pendidikan seni...brand yg mula2 aku guna dulu ialah cap panda
...brand ni tak berapa nk bagus sebab kalau simpan lama2 warna dia akan jd keras..kalau baru2 beli pulak, bila picit warna akan keluar buih2...maybe asid pewarna kot...tp tak lama lepas dr tu, jenama ni terus diharamkan sebab bahaya utk kanak2...




last sekali warna crayon...jenama ni mmg famous...warna dia tak la terang mana pn tp ramai yg pakai...sekarang ni aku rasa dh tak jual dh kot...ingat dulu time sekolah semua aku sumbat dlm beg sekolah sampaikan kotak crayon lunyai...hahahahahaah..last sekali simpan crayon dlm kotak pensel...



bila teringat balik kisah2 lama ni, mesti mengundang senyum & ketawa...kalau dulu, kita selalu merungut bila la nak habis belajar...dh malas nk pergi sekolah...nak keje cepat2...tapi sekarang, terasa rindu nak kembali ke zaman itu...cepat sgt masa berlalu hingga tak sedar kdg2 kita asyik terimbau kenangan lama...kalau duduk berhimpun dgn kawan2 lama, mesti kita akan ketawa berdekah2 teringatkan kisah2 lama...betol tak..???...say yeahhhh kalau betol...hehehehehe...
hhhmmmm....biarpun berkali2 kita terkenangkan kisah silam, semua tu tak mampu membawa kita kembali ke zaman itu...semuanyer  dh berlalu...masa akan tetap terus berputar hingga terhenti pd 1 saat ia terhenti...kita hanya mampu sandar pd kenangan...bila aku sudah tiada, simpan semua kenangan kita di dlm hati...jgn lupakan aku....adiossss semua....
05 January 2014 | 2 KoMeN |