twitter

Assalamualaikum semua...berjumpa lg di entry yg baru...harap semuanya sihat2 & ceria2 selalu...
Tajuk entry kali ni Love Yasmin...pernah dengar nama dia..???..mcm pernah dengar tapi lupa...tak apa, aku akan bercerita sedikit tentang diri Yasmin ni...actually dia jugak sorang blogger...cuma dia dah lama tak update cerita terbaru dia...apa istimewanya blogger muda ini...???jom kenali dia...
Tepat jam 8.29 pagi tanggal 22 Februari 1995 bersamaan hari Ahad, lahirlah seorang bayi perempuan comel yg diberi nama Yasmin Binti Johan...kelahiran puteri sulung pasangan Encik Johan Eusoffe Abdullah & Puan Sazlina Shahriman Shah ini telah membawa sejuta sinar kebahagiaan & kegembiraan dlm keluarga ini...ditantang dgn penuh kasih & sayang. Yasmin dibesarkan seperti kanak2 lain...keletahnya yg bijak ditambah dgn wajahnya yg berkacukan Melayu Inggeris seringkali mencuit hati mereka2 yg mengenali kanak2 ini...hari2 yg berlalu penuh dgn keceriaan seolah2 tiada duka nestapa....




Selang beberapa tahun, ahli keluarga pasangan ini bertambah bilang dgn kehadiran anak kedua...kehadiran ahli baru membuatkan Yasmin tidak lagi keseorangan...dia kini sudah mempunyai teman baru utk bermain...sebagai seorang kakak, Yasmin memberikan sepenuh perhatian & kasih kepada adik barunya itu...biarpun dia belum mengerti maksud tanggungjawab namun naluri kanak2nya ternyata mendahului tahap pemikiran kanak2 seusia dgnnya..kelahiran anak ketiga & keempat dalam keluarga Encik Johan & Puan Sazlina, telah menambah keceriaan lg dlm keluarga mereka...Yasmin yg memegang status sebagai kakak sulung, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap dua adiknya iaitu Muiz, Zharif & Ayesha...dia menjadi contoh kepada adik2nya itu....ketika Yasmin berusia 7 tahun, Encik Johan & Puan Sazlina telah mengupah Aunty Dee utk menjaga anak2 mereka...sehingga meningkat usia, Yasmin sangat rapat dgn Aunty Dee...segala cerita yg dilaluinya akan dikongsi bersama2 dgn Aunty Dee...


Menjejakkan kaki ke alam persekolahan, Yasmin seorang pelajar yg pintar & cerdas...dia sgt rajin & bersemangat tinggi...dalam peperiksaan UPSR, dia merupakan salah seorang pelajar yg memperolehi keputusan cemerlang...ternyata didikan serta disiplin yg diamalkan oleh Encik Johan & Puan Sazlina telah memberi impak yg mendalam kepada anak2 mereka...
Ketika di tingkatan 1, Yasmin telah bersekolah di Maktab Mahmud Langkawi...biarpun sekolah berasrama penuh namun Yasmin tidak petah utk berjauhan dgn ahli keluarganya...begitulah akrabnya hubungan Yasmin dgn keluarganya...keputusannya itu tidak dibantah oleh ibubapanya walaupun pd awalnya, ibunya mahu Yasmin belajar utk hidup berdikari...sepanjang tempoh persekolahan di MML, tidak banyak kenangan indah yg terukir di sana melainkan perkenalan Yasmin dgn seorang pelajar lelaki bernama Fakhrul yg menjadi tempat dia meluahkan perasaan serta cerita...setahun kemudian Yasmin telah berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang & kemudiannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri...ketika di sekolah Yasmin seorang pelajar yg amat disenangi oleh teman2nya...selain pintar, dia juga tidak pernah lokek utk menghulurkan bantuan jika diperlukan...Yasmin juga mempunyai seorang lg teman rapat yg bernama Fira...mereka sering bersama2 tatkala di sekolah mahupun di luar sekolah...Fira dilihat seperti adik kembar kepada Yasmin...hubungan mereka terlalu akrab...segala permasalahan, akan dikongsi bersama2...


Yasmin mempunyai minat yg mendalam bermain catur & piano selain daripada membaca & melayari internet...dia mula menceburkan diri dalam permainan catur sejak berada di sekolah rendah lagi...melalui minatnya ini telah membawa Yasmin memasuki pelbagai pertandingan catur mewakili sekolahnya...dia antara pemain catur yg cukup digeruni bukan saja di sekolah malah lawan di peringkat daerah...selain daripada itu, Yasmin juga berbakat dlm bermain piano...menyedari minat yg mendalam anak gadisnya itu, Encik Johan telah menghantar Yasmin memasuki kelas piano & ternyata pengorbanannya itu tidak sia2 apabila Yasmin berjaya melalui ujian demi ujian hingga ke gred 4...Yasmin sering mengisi masa rehatnya dgn bermain piano utk menghilangkan stress belajar selain daripada meningkatkan lg kebolehan yg sedia ada...


Memiliki personal blog dgn menggunakan nama pena Yasmin J. Hunwick (http://www.misschronicz.blogspot.com) -Her Illusionist-, Yasmin seringkali mencoretkan kisah hidupnya utk dikongsikan bersama2 pembaca lain...hampir setiap hari dia akan update blognya itu...kisah suka duka, susah senang, sedih gembiranya akan dirakam, diconteng, ditulis, lalu dicatatkan di dalam blognya itu...blog Yasmin umpama diari kedua buat dirinya...


malam tanggal 3 Jun 2012, Yasmin telah keluar dari rumahnya dek kerana merajuk apabila berselisih faham dgn papanya...niat hatinya ingin ke rumah teman baiknya Fira...namun sudah suratan takdir, malang itu tidak berbau, motor yg di bawa oleh Yasmin bersama2 dgn 2 org kawannya telah dirempuh oleh sebuah van pelancongn di persimpangan lampu isyarat...dentuman yg kuat menyebabkan tubuh Yasmin serta 2 kawannya itu tercampak jauh daripada motorsikal yg ditunggangi...
Malam itu, ketiga2 mereka telah diberi bantuan oleh seorang pekerja di sebuah kedai yg kebetulan terletak tidak jauh dr persimpangan itu...Yasmin telah dipangku oleh wanita itu & diajar mengucap khalimah syahadah...terketar2 Yasmin melafazkan khalimah itu dgn sempurna sebelum nafasnya terhenti...puteri kesayangan Encik Johan & Puan Sazlina telah pergi mengadap Tuhan yg telah menciptanya...


Jenazah Yasmin telah dibawa ke Masjid Aisyah utk disempurnakan...tiada kata yg mampu diucapkan oleh ahli keluarga & teman2 arwah...hanya dgn linangan air mata mengiringi pemergian Yasmin...semua yg hadir memberi penghormatan terakhir kpd arwah...wangian ditabur di setiap helaian kain putih...wajah Yasmin tampak bersih & tenang seperti sdg tidur diulit mimpi indah...selesai disembahyangkan selepas solat zohor, jenazah Yasmin telah diusung ke tanah perkuburan yg terletak tidak jauh dr masjid...
Dikala, jenazah Yasmin diturunkan ke dlm liang lahat, langit menjadi mendung seolah2 turut meratapi pemergian arwah...suasana menjadi bertambah pilu tatkala tanah mula dikambus...linangan air mata berjujuran di pipi masing2...


Pemergian yg tidak disangka pd usia yg cukup muda meninggalkan seribu duka kpd mereka yg mengenali arwah Yasmin...kini tiada lg kedengaran suara manja Yasmin, tiada lg petikan piano jemari Yasmin, hilang sudah pencabar hebat dlm catur, hilang sudah blogger Yasmin, yg tinggal kini hanya memori Yasmin Binti Johan...
Kisah Yasmin mendapat perhatian meluas & diharap menjadi pengajaran kpd insan yg masih hidup di dunia ini bahawa ajal tidak pernah mengenal usia...
kepada Dia kita datang & kepada Dia juga kita kembali, semoga roh Yasmin & rakan2nya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan org2 yg briman...Insha Allah..
Love Yasmin...Al-Fatihah...


Pesanan arwah Yasmin kpd temannya, Fakhrul...
"Kadang2 kita terpaksa lepaskan sesuatu yg amat bermakna kpd diri kita utk sesuatu yg lebih baik..Kadang2 juga, kita perlu tunggu masa yg sesuai utk perkara yg lebih baik pd masa yg akan datang.."


**credit kpd Syimir Yunusi dgn usaha beliau menerbitkan novel Love Yasmin & hasil drpd jualan novel telah didermakan kpd tabung aman Palestin...semoga segala usaha baik beliau akan diberkati oleh Allah swt...Amin...
30 November 2013 | 2 KoMeN |
Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum semua pembaca blog ni…kita berjumpa lagi dgn entry baru…kali ini aku ingin sekali berkongsi cerita mengenai sorang insan yg pada aku cukup istimewa…cukup mulia…tiada insan seperti dia…aku juga tak mampu menjadi seperti dia…beliau yg aku maksudkan ialah AHMAD AMMAR AHMAD AZAM. Beliau salah seorang pelajar Malaysia yg menuntut  di Marmara University (Goztepe) Istanbul dlm bidang sejarah…sejak akhir2 ni nama beliau sering menjadi sebutan, terutama di laman2 sosial…beliau bukan seorang artis mahupun pemimpin terkenal namun jasa & sumbangan beliau amat besar sehingga nama beliau meniti dr bibir ke bibir…


AHMAD AMMAR AHMAD AZAM merupakan anak keempat & satu-satunya anak lelaki pasangan TUAN HAJI AHMAD AZAM ABD RAHMAN & PUAN NUR AZLINA AZIZ. Bapa beliau ialah mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yg tidak asing lg bagi para pendakwah & gerakan islam di negara ini…AHMAD AMMAR AHMAD AZAM telah dididik oleh keluarganya dgn ilmu agama, ibadah, dakwah & pengorbanan…beliau jugak dikhabarkan akan keluar dr rumah setelah membaca Al-Quran dlm tempoh yg panjang…beliau jugak amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yg baik, tekun, berdisplin, taat, bercita-cita tinggi & menghormati org yg lebih dewasa…selain daripada kuat ilmu agama, beliau turut aktif dlm dakwah memperjuangan Agama Islam sehinggakan beliau turut dihormati oleh org lain...


Dalam bidang pelajaran, beliau ialah seorag pelajar cemerlang dlm SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja & telah memilih utk menyambung pengajian dlm bidang sejarah di University Marmara dgn mendapat biasiswa dr kerajaan Turki…seperti cita-cita ayah & bonda, beliau menanam semangat yg tinggi utk melihat Kerajaan Islam kembali ke landasan yg lurus…pada usia yg cukup muda, beliau telah mengembara keserata tempat utk menuntut ilmu, menimba pengalaman & mencurah bakti pd mereka yg memerlukan…beliau jugak telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa buah negara di dunia seperti di Syiria…ketika menjadi sukarelawan ke Syiria, merupakan misi yg begitu menyayat hati…walaupun letupan demi letupan meletus di serata tempat namun beliau tidak pernah gentar, berputus asa untuk terus membantu rakyat Syiria…AHMAD AMMAR AHMAD AZAM tertinggal hatinya di Syiria…itulah ungkapan beliau…selain itu beliau jugak pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan…ALLAHUAKHBAR…!!!


Buat pengetahuan semua pembaca, AHMAD AMMAR AHMAD AZAM yg berusia 20 tahun telah meninggal dunia pd 2 November 2013, jam 1.30 petang iaitu 3 hari sebelum umat islam dunia menyambut 1 Muharram 1435 (Maal Hijrah) akibat dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki…rentetan daripada hasrat beliau utk mati Syahid, para sahabatnya telah menggelarkan beliau sebagai ‘SYAHID YANG TERTANGGUH’…


Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM telah disembahyangkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul & ketika itu, ribuan masyarakat setempat serta rakan-rakan Allahyarham hadir utk menyempurnakan solat jenazah serta mengiringi Allahyarham ke tanah perkuburan…Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM telah disemadikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn yg mana telah menempatkan lebih daripada 60 jasad Para Sahabat Nabi, Auliya’, Panglima Uthmaniyyah & org2 kenamaan berhampiran dgn makam sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub Al-Ansari yg telah berjihad utk membebaskan Goztepe…Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM & menjadi rakyat Malaysia pertama disemadikan di sini…




Begitu besar keagungan Allah swt, masihkah kita mengingati sejarah hijrah Rasulullah saw dr Makkah ke Madinah, dgn hidayah Allah swt, unta tunggangan Baginda Rasulullah saw telah memilih rumah Saidina Abu Ayyub Al-Ansari & maka itu Baginda Rasulullah saw telah menjadi tetamu di rumah Saidina Abu Ayyub Al-Ansari…Allah swt telah memilih Saidina Abu Ayyub Al-Ansari utk memuliakan Rasulullah saw di rumahnya…begitulah takdir utk Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM yg berhijrah ke Turki utk menuntut ilmu sama seperti hijrahnya Baginda Rasulullah saw dr Kota Makkah ke Kota Madinah…Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM kini menjadi tetamu kepada Saidina Abu Ayyub Al-Ansari di permakaman Eyup, Turki…inilah rezeki yg tertulis utk Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM yg pastinya menggembirakan hati seluruh ahli keluarganya yg diselubungi kesedihan atas pemergian anak lelaki tunggal dlm keluarga…


Pada pagi 2 November 2013, Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM sempat mencatatkan sesuatu sebelum keluar rumah menuju ke rumah pelajar-pelajar baru dr Asia Tenggara dgn niat untuk berkongsi ilmu & bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi…

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian..Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting..Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak, maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun..Kerana itula sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini..”

Inilah catatan terakhir Allahryarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM & ketika melintasi jalan, beliau kehilangan imbangan badan lalu terjatuh & dirempuh oleh sebuah ambulans…


Janji Allah swt itu pasti…
“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah...Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani…”
-Ayat 100 Surah Al-Nisa-


Dari Dia kita datang & pada Dia jugak kita pergi…Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM telah menunaikan kewajibaannya sebagai seorang khalifah di muka bumi ini…kini berakhirlah tugasan beliau di alam fana ini…semoga Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman & tenang di sana…Al-Fatihah…


*sejujurnya aku tidak mengenali Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM…namun sejak video & ceritanya menjadi perkongsian di laman2 sosial, aku menjadi ingin mengenali Allahyarham…bila aku mula menjejaki Allahyarham di laman sosial…sebak…itulah perkataan yg mampu aku ungkapkan… Subahanallah…besar sungguh pengorbanan Allahyarham…
Alhamdulillah, Allah swt masih memelihara agama ini dgn adanya insan seperti Allahyarham…pemergian Allahyarham satu kehilangan besar buat seluruh umat islam… Allahuakhbar…mampukah kita menjadi seperti Allahyarham…???..
Salam takziah daripada aku buat keluarga Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM…Al-Fatihah…
            ‘AHMAD AMMAR AHMAD AZAM – Syahid Yang Tertangguh’


26 November 2013 | 0 KoMeN |
Assalamualaikum...selamat berhujung minggu...dah malam pn...hahahahaaha...actually hari ni aku agak sibuk..(sibuk sgttt...hahahahaha)...seawal 6 pagi aku dah bangun...hari ni akau ada temujanji dgn seseorang..ini first time aku date dgn dia...excited sgt...sebenarnyer dh lama aku mengikuti perkembangan dia cuma belum berkesempatan utk bersemuka secara live...alhamdulillah selepas membuat 'appointment' sebulan yg lepas, tibalah harinyer...tak sabar...tak sabar...tak sabar...
dah siap solat, pakai baju semua, aku duduk terfikir, betol @ tak tindakan aku ini..lama aku fikirkan...dalam hati aku berbelah bagi...tambah pulak muka aku yg berparut ni, agak memalukan aku utk bersemuka dgn org ramai...hhmmmm....nak pergi atau tak...???..aku masih berkira2 dlm hati...kalau aku tak pergi, aku boleh sambung tido...tapi separuh jiwa aku lagi suruh pergi & melihat sendiri keistimewaan & magis yg dimiliki dia..lama aku duduk kat hujung katil, lastnyer aku decide utk pergi...malu mcmne pun aku kene berani berhadapan dgn realiti...dalam kereta, hati aku masih berbelah bagi...berkali2 duduk tengok cermin...nak pergi ke tak...nak pergi ke tak...hahahahaha...semangat...!!!!...pergi jugak aku ke sana...
first2 sampai, aku tersilap tempat...alamak...dah excited, tersilap tempat pulak...nasib baik la aku ringan mulut bertanya...& nasib baik jugak la building tu tak jauh dari situ...on the way cari parking, perggghhhhhhhh ramai gilerrrr kauuuu....aku ingtkan sikit je...makin bersemangat aku nak tahu apa la magis yg dia ni ada...settle parking (senget sikit...mcm bese...hahahaha..) aku terus masuk ke dalam...memang tak syak lagi, dia ada aura tersendiri....memang ramai...dari pelbagai peringkat umur datang...aku mendaftarkan diri & diberikan sebuah buku percuma hasil penulisan dia...sementara menunggu utk masuk ke dalam dewan, aku belek2 buku tu...hhmmm....mcm bagus jer...mcm bagus jer...1st impression berjaya menarik perhatian aku...aku dah tak peduli org lain sebab setiap saat aku menunggu, org makin ramai...sabar...sabar...sabar..
lebih kurang 8.30pagi, pintu pun dibuka...berpusu2 dgn teratur semua masuk mencari tempat duduk..aku pilih tempat duduk sebelah tepi tak depan sgt, tak belakang sgt...cukup2, ngam2 utk aku tengok...lgpun aku rabun jauh..aku pilih tepi sbb senang nk bergerak kalau ada apa2 aktiviti yg memerlukan pergerakan...dewan sgt2 penuh sampaikan ada yg terpaksa duduk dbersila di atas lantai...wowww...sgt2 teruja aku tengok dorg semua...sambil menunggu dia masuk ke dewan, kami semua yg aku agak lebih daripada 2000 lebih org, dipertontonkan video2 para peserta yg pernah berguru dgn dia & sekarag berjaya dlm hidup...ada beberapa video yg disiarkan agak menyentuh perasaan aku...sambil2 tu diselang seli dgn lagu2 yg pd aku sgt2 memberi inspire pd semua yg dtg..kalau permulaan dh bersemangat apatah lg bila dia masuk ke dewan nnti..itu pendapat aku...
lebih kurang dlm 20minit, aktiviti pertama dimulakan...kami semua dikehendaki berdiri & menari aerobik bersama2 dgn crew2 DAO...seronok...!!!!..starting yg sgt energetic...berakhir lagu aerobik, dia pun muncul di pentas...oooooo ini lah rupanyer org yg telah mencetuskan fenomena jutawan...dia ialah DR AZIZAN OSMAN...beliau ialah salah sorg usahawan melayu yg berjaya di negara ini...jatuh bangun, gagal & mcm2 lg beliau telah lalui dlm menjadi org yg berjaya...
our journey start...sgt teruja...banyak input yg diberikan oleh beliau..bukan senang utk jadi berjaya jika kita tidak mahu mengubah impian kita menjadi reality...bak kata DAO, kejayaan besar bermula dgn kejayaan kecil...jgn terlalu duduk di comfort zone..try to explore ur talent @ skill...org melayu jgn mudah berasa selesa dgn apa yg kita dpt hari ini..utk berjaya kita perlu ada ilmu...dari mana nk dpt ilmu tu..??? dari mereka yg telah berjaya...mcmne nk dpt ilmu tu..???dari usaha yg gigih...apakah langkah seterusnyer..??? bertindak...
kemudian beralih ke main point yg ditunggu2 oleh semua org...apakah itu...???? MAGNET...aku yakin semua org tertanya2 apa tu MAGNET...???..rahsiaaaa....hehehehe..hhhmmm....nk bgtau @ tak..???..tapi kalau ikutkan pendirian DAO, memberi lebih baik dr menerima...ok lah aku kongsi sikit pasal MAGNET...
aku buat secara konklusinyer...utk mengubah hidup kita menjadi org yg berjaya, kita perlu ada sorg 'sifu' utk menjadi guideline kita..jgn berlagak bodoh sombong...matlamat mesti jelas...setiap apa yg terniat dlm hati @ terucap di bibir adalah doa...insha Allah akan menjadi kenyataan...kejayaan & kekayaan harus seimbang dgn dunia & akhirat..jgn lupa pd mereka yg telah mendoakan kejayaan kita...restu dari keluarga terutama ibu adalah sgt mujarab...& yg paling penting jaga perhubungan kita dgn Yang Maha Esa...
ubah sikap jika ingin berjaya...pupuk nilai gigih dlm diri...antara 2 org yg gigih berusaha & rajin berusaha adalah berbeza sama kali...mereka yg gigih boleh menjadi org yg plg rajin tetapi org yg rajin belum tentu boleh menjadi org yg gigih berusaha...sebab apa..?? aku tinggalkan persoalan ini pd pembaca utk berfikir...hehehehe...
dlm melakukan sesuatu harus nekad bukan naked ok...DAO yg kata...hehehehe...halangan hanyalah ujian..jgn mudah putus asa..
hidup perlukan energetic/excited...perlu ada prinsip BE-DO-HAVE...seriusly part ni aku tak pandai nk explain...cuma aku faham dlm hidup kita kene bermimpi utk dptkan apa yg kita nk...lakukan apa yg kita nk lakukan, ada apa yg kita nk dlm hidup...lebih kurg mcm tu la yg aku faham...more information - sila hubungi DAO...hehehehe..promote sikit...
lastly sila la bertindak dgn luar biasa & tawakal...harap korg faham...nak lebih faham sila hubungi DAO...promote sekali lg...hahahahaha..
apa lg yg aku dapat dari seminar ini..???..seriously, tahap keyakinan aku semakin meningkat...setiap apa yg telah berlaku dulu membuat aku terfikir kembali di mana aku sekarang ni...sgt sedih..bak kata DAO...
masa terlalu mencemburui kami...diam tak diam dah sampai akhir waktu..sebelum berpisah, kami di pertontonkan sekali lg pengalaman2 para usahawan yg telah berjaya dlm hidup hasil dr bimbingan DAO...hampir menitis air mata aku tengok tanyangan itu..tak tergambar dgn kata2...apa yg mereka lalui sama seperti apa yg aku lalui sekarang...dh tiba masanyer aku bangun membuat penghijrahan...insha Allah...aku cuba yg terbaik...
secara keseluruhannyer, cara penyampaian beliau agak bersahaja..tak terlalu berat...senang faham...lawak...seronok...rugi pada sape2 yg tak pernah join...kalau ada lg seminar ini, aku pasti akan menyertainyer lg...insha Allah...
SAYA KAYA & BERJAYA...!!!!
terima kasih DR AZIZAN OSMAN....

**maaf gambar tidak disertakan sbb kami tak dibenarkan merakam apa yg telah berlaku di dlm dewan...harap maklum...
17 November 2013 | 0 KoMeN |
demi Allah...atas nama Tuhan yg satu, aku penat dlm melayari bahtera kehidupan ini...semakin jauh aku mengemudi, semakin hebat aku di lambung ombak...pelbagai dugaan & cubaan yg harus aku lalui hingga kadang2 aku mengeluh sendiri dgn ujian yg diberikan...namun aku percaya Allah itu maha mendengar & mengetahui...Dia ada bersama2 dgn insan yg bersabar...Dia maha mengetahui tahap kemampuan hamba-Nya utk menerima ujian dari-Nya...ya aku sdg diuji...adakala tak mampu aku menahan ujian itu..aku sekadar sambut dgn linangan airmata...tiada siapa yg tahu perasaan aku itu...bukan diri aku utk bercerita dgn org lain, bukan sikap aku utk berkongsi dgn sesiapa melainkan jika aku tidak lg mempunyai kudrat utk terus bertahan...tatkala itu aku harus melepaskan rasa gusar dihati pd teman2 @ pun disini -blog aku-, tidak bersama2 dgn family...bukan niat utk membelakangi darah daging sendiri namun aku tak sanggup utk membebankan fikiran mereka...biarlah mereka hidup dgn tenang & bahagia..cukup2lah aku telah banyak menyusahkan mereka semua...buat teman2, cukuplah sekadar menjadi pendengar setia aku, itu pun sudah memadai buat aku...
aku bukan manusia sempurna...terlalu banyak kekhilafan diri ini...masih ada rongga2 kosong yg membuat aku alpa...namun jauh di sudut hati aku masih berusaha, menanam azam utk menebus segala kesilapan lalu...aku ibarat sdg berperang dgn diri aku sendiri dlm membetulkan laluan hidup aku, mencari keredhaan, mencari kedamaian, mencari sinar kebahagiaan...biarpun masih samar2 aku tidak pernah berputus harap menanam niat, berusaha, berdoa & bertawakal agar setiap apa yg aku lakukan diterima oleh Allah swt..aku cuma memohon agar dikuatkan hati & ditetapkan iman utk terus berusaha mencari kesempurnaan diri...mungkin tidak sesempurna Para Nabi namun sekurang2nyer biarlah aku menjadi hamba yg taat pd perintah-Nya...insyallah...
ketika hidup masih menyendiri, ramai yg melihat aku sbg sorg yg bersahaja, gembira spt tiada apa yg perlu difikirkan namun hakikatnyer aku kesepian...jiwa aku terasa kosong...demi tidak terlalu memikirkan hal2 itu, aku lebih senang melakukan perkara yg boleh mebuatkan aku lupa seketika 'masalah' itu @ aku lebih senang memejamkan mata barang sepicing & apabila terjaga aku lupa segalanyer...bermula hari baru utk aku...begitu senang aku menghabiskan waktu2 aku...mungkin sia2 @ mungkin takdir utk hidup aku...siapa tahu...
sejak akhir2 ini mudah sgt air mata aku mengalir mengenang nasib diri...& sehingga saat aku menaip entry ini, hati sebak...namun aku biarkan saja air mata itu mengalir andai itu mampu memberi kepuasan pd jiwa ini...aku pasrah...org kata lelaki tak macho kalau menangis tapi perlu diingatkan apa guna Allah mencipta air mata jika bukan utk ditangisi..???sekuat mana kita menahan, segagah mana seseorg itu, jika air mata itu mahu mengalir, ia tetap akan mengalir...biarkan lah org2 yg berfikiran sempit itu...mereka tidak berada ditempat aku...selagi mana Allah swt mahu aku menangis, aku akan menangis...mungkin ini takdir..aku percaya Allah swt sentiasa bersama2 aku...aku redha...
10 November 2013 | 1 KoMeN |

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu


antara bait2 lagu Tetap Menantimu nyanyian Nomad yg sering berkumandang ketika bermulanyer drama Love You Mr Arrogant...pd aku lagu ini cukup sesuai & serasi dgn citer ini...itulah penangan drama LYMA...semua berangan nak jadi cantik mcm Zara la, nk arrogant mcm Irham la...nk pilih pasangan mcm tu la...mcm ni la...jgn ada yg nk jadi mcm si Sherry, Puan Sri Maryam ke @ Faisal sudah la...meluat aku dgn lakonan dorg tu...hahahaha...(aku nk jd org gaji dia boleh..???..Siti...hehehe)
semuanyer gara2 citer yg menghiasi slot akasia tv3 tu...ternyata pencaturan tv3 mmg menjadi...semua drama2 yg pernah ditayangkan di tv3 terutama slot akasia mendapat rating tinggi & hampir kesemuanya adalah adaptasi dr novel...
aku pernah membaca novelnyer & hampir 90% jalan ceriternyer adalah sama spt yg dibayangkan...cuma watak Sherry saja dikembangkan sikit diakhir ceriter utk menampakan meluatnyer attitude si Sherry itu...hahahaha...begitu jugak dgn watak kakak si Irham tu yg akhirnyer bertaubat ...tak byk yg bezanyer antara citer di novel & drama...tu yg aku suke...seketul2 sama termasuk la setiap ayat yg terucap dlm novel ditiru bulat2 dlm drama...tak ada la percanggahan sgt dgn imiginasi pembaca novel...rasa tak puas hati bila apa yg kita baca tak sama seperti apa yg divisualkan di depan mata...rasa nk je p cakap kat penulis skrip kenapa tak sama jalan citer novel & drama...kan..kan..kan...hahahaha...aku mmg pembaca novel melayu k..novel melayu no bad sgt la...try la baca...sekali dh baca anda tak akan menyesal melainkan anda tu sorg yg mmg malas membaca...
ok kat sini aku nk share sikit pasal citer LYMA ni...sebelum dinovelkan, LYMA ni pernah disiarkan di dlm blog penulisan2u & blog penulis LYMA ni sendiri iaitu Tinta Aliesha Kirana...selepas bertahun, LYMA telah diterbitkan menjadi nashkah novel dibawah terbitan  Karya Seni...dgn sambutan yg amat menggalakan dr pembaca setia novel, akhirnyer, LYMA diadaptasi sbg drama rantaian yg disiarkan di slot akasia tv3...
menurut penulis novel ini, drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini yg sebelum ini telah mengarahkan drama berjudul Takdir Qismah & Diandra...
pd awalnyer watak hero iaitu Irham dipegang oleh pelakon  Aiman Hakim Ridza namun atas sebab2 yg tidak dpt dielakkan watak itu telah ditawarkan kpd pelakon Azlee Khairi...dh mmg rezeki dia agaknyer, drama ini meletop2 & lakonan Azlee Khairi sbg yg arrogant sgt2 menjadi...well done Mr arrogant..!!!
manakala watak heroin pulak, rasanyer ramai yg tak mengenali Zara Zya ini tapi utk pengetahuan semua Zara telah berkecimpung dlm bidang lakonan ni sejak 10 tahun yg lalu & merupakan anak didik pengarah terkenal Khabir Bhatia...sebelum ni mungkin Zara byk diberi watak2 sampingan kot, tu yg ramai tak kenal dia..tapi apa pun, Zara telah membuktikan dia sorg pelakon yg bkn sekadar pd nama...lakonannyer yg bersahaja, lurus bendul & emosi berjaya menambat hati para penonton...gud job Zara..!!!
2 watak antogonis, Sherry & Puan Sri Maryam telah dilakonkan dgn jayanyer oleh 2 pelakon yg aku rasa tak perlu diperkenalkan lg iaitu Hanez Suraya & Norish Karman...dorg ni bg la watak jahat mcmne pun pasti akan berjaya mengundang rasa benci para penonton...termasuk la aku..serious meluat aku tengok lakonan dorg ni..rasa nk bg peneranjang je...hahahahaha
sorg lg pendatang baru dlm drama ni iaitu Keith Foo yg memegang watak Hadry..dia ni sebenarnyer dh lama berlakon cuma bukan di Malaysia tp di negara seberang...sekarang ni je dia mula nk berlakon di negara ni...
pelakon Anzalna Nasir diberi peluang memegang watak Fiz kawan baik Zara...aku rasa pilihan yg tepat kalau nk dibandingkan dgn si Neelofa tu...berlakon mcm kayu...Anzalna berjaya membawa watak kwn Zara dgn baik & sama seperti yg tertulis dlm novel...lepas ni boleh la pegang watak utama pulak...
pelakon2 lain seperti Mustapha Kamal sbg Tan Sri Zahir mmg tak boleh disangkal lg lakonanyer...org lama, bagi la watak apa pn mesti bolehnyer, Raja Ilya sbg Sufiyah, parents Zara, kakak Irham, Faisal mamat psiko tu, pada aku dorg semua jugak berjaya melakonkan watak masing2 dgn baik...kalau tak masakan drama ni menjadi perbualan hangat di sekolah2, universiti2, kolej2, pejabat2...semua dok pakat tengok citer ni...makna kata drama ni mmg berjaya dgn cemerlang gemilang & terbilang...hahahahaaha...dh mula melalut dh...kahkahkahkah..
skg ni episod terakhirnyer pn dh melabuhkan tirainyer hari khamis yg lepas...tahniah buat penulis novel Aliesha Kirana, penerbit, penulis skrip & para pelakon LYMA kerana mempersembahkan karya yg sgt2 menarik...
masih adakah lg drama2 yg sehebat LYMA...???..kita nanti kan la...

akhir kata dari aku, Mr Arrogant...
"Aku memang gila sebab cintakan kau yang berlagak gila!!!..Tapi apa lagi nak dikata, kalau hati dah cinta..."

puiii....!!!!...arrogant la sgt aku ni....hahahahahah...adiiiooosss semua....

| 0 KoMeN |
Assalamualaikum semua...harap semuanyer sihat2 belako..kali ni aku share sikit motivasi yg aku dapat dari salah sorg pakar motivasi yg sgt popular kat negara kita ni, Dr Fadzilah Kamsah & telah dihuraikan dgn ringkas oleh saudara ASaDa RyutaRo di dlm blognyer...
bila baca balik memang ada betolnyer...sekurang2nyer motivasi Dr Fadzilah ni boleh memberi sedikit tips, peluang & harapan pada mereka2 yg belum bertemu jodoh...termasuk la aku...hahahahaha....
jom kita memotivasikan diri sama2...

1#Hati tidak fokus dlm mencari jodoh & tidak bersungguh-sungguh
  macamne nk dpt jodoh kalau tak bersungguh2..mulut kata nk jodoh tp beralasan...keje banyak la, duit tak cukup la, tak ada masa la, bla...bla...bla...bla...sesetengah tu dlm hati & mulut kata nk mencari jodoh tp tak bersungguh2...lebih fokus pd perkara2 lain...

2#Belum bersedia utk bercinta
  nak kawen tp tak bersedia lg utk bercinta...nanti kalau dh ada couple tp tak ada feeling takot mendera perasaan, main2kan hati anak org pulak...apa2 pun persiapkan diri...takkan umur dh lanjut masih belum sedia nk bercinta...

3#Expectation tinggi sangat
 kriteria pasangan ketat sgt...tak nak melayu, nak bugis mix jawa mix boyan..tinggi mcm erra fazira...bertahi lalat bawah bibir mcm DCT...kulit putih gebu mcm nasha aziz...badan nk sasa mcm azlee khairi...nk comel mcm zara zya...nk yg arrogant la...aduyaiiii....tak salah kalau kita memilih tapi agak2 la...ukur baju di badan sendiri...kalau mcm ni la kriterianyer sampai bila nk jumpa..???

4#Hati disaluti kebencian
  kalau banyak sgt perasaan benci, org pun akan benci melihat kita...tak salah kalau kita berubah, buang rasa benci tu..insyallah org akan senang dgn kita...mana tau dlm byk2 org yg menyenangi kita tu adalah jodoh kita...

5#Banyak meminta tetapi kurang memberi
  kurangkan meminta2, perbanyakan membantu org yg dlm kesusahan dgn hati yg ikhlas & jujur...insyallah akan terbuka rezeki utk kita...salah 1 drpd rezeki kita itu ialah jodoh yg serasi...

6#Fobia utk bercinta
  pd yg serik utk bercinta lg, cuba2 la belajar utk redha dgn apa yg dh terjadi...teruskan berusaha & jgn berputus asa...hidup kene diteruskan...

7#Hidup tidak seimbang
  kdg2 terlampau tenggelam dgn kerja sendiri hingga tak ada masa utk bersosial...selagi mata tak tutup keje...keje...keje...ada pulak yg terlebih sosial...mcmne la jodoh nk melekat...

8#Ada sifat negatif dlm diri
  mempunyai sifat2 negatif dlm diri yg sangat ketara sampaikan org menolak utk mendekati kita...cuba muhasabah diri perbetolkan yg mana tak elok...insyallah ada jodoh yg dtg...

9#Kurang berdoa & usaha
  selepas berusaha perlu berdoa & kemudian bertawakal...semoga dgn doa yg ikhlas, Allah swt akan permudahkan utk mendapat jodoh yg serasi...jgn putus harapan dgn bantuan Allah swt, ssungguhnyer Allah swt sentiasa bersama2 hamba-Nya yg bersabar...

10#Tidak istiqamah dlm menjalinkan hubungan
  lupa tanggungjawab selepas berumah tangga...sebulan dua bercerai sbb dpt pasangan lain...bila ditanya sbb bercerai, jawapan paling klise tak ada jodoh...mcmne nk ada jodoh kalau tak istiqamah dgn hubungan yg sedia ada...hidup berumah tangga perlu ada rasa tanggungjawab & amanah...

11#Terlampau selesa dgn hidup bersendirian
  seakan trend anak muda masa kini yg merasakan lebih selesa hidup sorg hingga lupa utk berumah tangga...mcmne nk bertemu jodoh kalau dh mcm tu...perlu diingat, berkahwin merupakan satu ibadah yg mana jika dilakukan dgn niat kerana Allah swt, insyallah akan mendapat ganjaran pahala...so fikir2kan la..
  


harus diingtkan, jodoh pertemuan itu ditangan Tuhan...jgn berputus asa dlm mencari pasangan masing2...jodoh itu rahsia Allah swt..jika tak dipertemukan di dunia, insyallah akan dipertemukan di sana...yg penting usaha...berubah dari yg negatif ke positif...

yg ni pesanan dr blogger ASaDa 'jgn meremehkan kemungkinan tidak bertemu jodoh itu disebabkan oleh faktor2 di luar jangkaan seperti sihir @ sumpahan yg mungkin memang sukar utk difahami...walaupun begitu, berpeganglah pd syariat & janganlah kita terjebak dgn perkara2 yg syirik...sesungguhnyer sesuatu itu tidak akan berlaku sekiranyer Allah tidak mengizinkan & pastinyer setiap yg berlaku ada berjuta hikmah yg tersembunyi'...

diharapkan dgn sedikit motivasi ini mampu memberi harapan & rangsangan kepada anda yg belum bertemu jodoh dlm menilai diri sendiri...sama2 kita berusaha, berdoa & bertawakal agar dipertemukan jodoh yg baik...insyallah...chaiyokkkk....!!!!...semangat...!!!..hehehehe..

| 0 KoMeN |
selamat pagi semua...salam maal hijrah...apa hijrah anda..???..tanya org pulak, aku ni..???..apa hijrah aku..???..hehehehehe...
hari ni aku nk berkongsi dgn pembaca semua tentang 6 fakta yg pd aku logik & bukan auta...jom kita baca fakta2 itu...


Psikologist mengatakan:

1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yang mempunyai jiwa yang sangat sunyi.

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia orang yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yang lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda yang kecil sahaja, dia seorang yang berhati lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang.


betol ke tak..???..apa pulak pandangan anda...???..
renung-renungkan...selamat berfikir...
05 November 2013 | 0 KoMeN |
Assalamualaikum...bersua kembali kita...pejam celik pejam celik dh masuk bulan 11...tak lama lagi dh new year...terasa mcm baru je sambut new year..sedar2 dh penghujung tahun...aisshhhhh...aku masih lagi bersatu...tah bila la nak berdua...kemudian bertiga pulak...ada rezeki berempat...hehehehehe...
ok tanpa buang masa, hari ini aku berkongsi dgn semua pembaca tentang fakta mengenai lelaki yg patut org2 perempuan ambil tahu...jgn tak kisah, nanti jd aiman tak kisah...hahahaha..jom kita check out the list....

1#Lelaki tertarik dgn wanita bkn dari rupa paras, tetapi dari segi kekemasan penampilan dan kematangan wanita itu...

2#Bila lelaki cakap,”saya tak faham lah dgn awak ni camane” maksudnya cara wanita berfikir tak sama spt lelaki...

3#Lelaki blh angau dgn senyuman seorang wanita...

4#Perkara sensitif bg lelaki adalah bila teman wanitanya selalu menceritakan perihal bekas kekasihnya...jeles ok~

5#Jangan provok lelaki atau cabar dia dgn mengapi-apikan ttg sesuatu, mesti dia buat punya..Kalau provok benda buruk, lain jadinya...

6#Bila lelaki berkata,”tinggalkan saya seorang diri” itu bermaksud “saya harap awak blh ada disisi dan menenangkan saya”...ingat tu...jgn 'lurus' sgt~

7#Lelaki tak suka perempuan gedik..!!..meluat~

8#Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dgn kata-kata tetapi lebih kpd memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu...tu pun ada yg tak faham2~

9#Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad...

10#Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak dan buat kek...

11#Jgn prejudis dan berprasangka terhadap lelaki berkenaan cinta...Bila dia tahu wanita percayakan dia, lelaki akan menjadi begitu serius dalam perhubungan...

12#Lelaki pun menangis...opss~

13#Bila lelaki menelefon wanita atau ingin memulakan perbualan, soalan pertama yang akan ditanya “tengah buat apa? sibuk ke?” atau “ awak dah makan?”...

14#Sebelum mempercayai seorang lelaki, uji lah dia dulu...Tapi jgn berpanjangan, confirm dia bosan dan anggap wanita tak percayakan dia. Lepas tu, say good bye lerr...that's right~

15#Lelaki benci kekotoran di bajunya walaupun kotor tu kecik je. Bagi lelaki,penampilan adalah segalanya...

16#Lelaki akan cuba membelikan barang yang selalunya wanita suka, tapi biasanya mesti tersalah beli...Tak sama jiwa kot...

17#Bila lelaki katakan “awak nampak cantik” bermaksud dia sukakan wanita itu...

18#Bila lelaki minta peluang kedua untuk betulkan kesilapan, berilah ia ruang...Tapi kalau sekali lagi dia buat perangai boleh lupakan je...serius ni~

19#Lelaki punya banyak masalah tersimpan yang tidak terlihat dari pandangan mata kasar...

20#Bila berbual lelaki tiba-tiba terdiam, wanita perlu katakan sesuatu...

21#Lelaki juga sukakan wanita yang penyayang...

22#Lelaki tak suka wanita yg manja tak bertempat, tak pandai ambil hati dan juga kaki kikis...

23#Bila betul-betul serius dlm perhubungan,seorang lelaki akan menyayangi wanita lebih drpd apa yg anda jangkakan dan juga lebih dari cara anda menyayangi lelaki tersebut...


ini antara 23 senarai fakta yg aku sokong 100%...so wanita2 diluar sana sila take noted...jgn la nak mengharapkan kaum hawa saja menjaga, membelai, memahami diri anda...dlm setiap perhubungan harus ada give and take...perlu saling lengkap melengkapi antara 1 sama lain...baru kekal bahagia...sekian saja untuk entry kali ini...jumpa lg..adiossss...!!!!!
03 November 2013 | 0 KoMeN |