twitter

Assalamualaikum semua yg membaca...(ada ke pembaca masalahnyer..??..tak kesah lah...janji aku puas mengetuk keyboard ni utk meluahkan apa yg aku rasa...)...citer apa pulak kali ni kan...tiba2 je update tajuk 'berjalan untuk sihat'...aku ni tak sihat ke..??..obesiti ke aku ni..??..anoreksia..??..bulmia kot..??..
semua itu adalah betul...!!!..hah..!!! betul...???..yer betul...betul la tajuk entry tu...tak silap taip la...memang hari ni aku nk update pasal hari berjalan sedunia...donia...donia...haishhh..!!..
dah lambat sebenarnyer aku up entry ni...kejadian ini telah pn berlaku 2 hari yg lepas...disebabkn aku busy mengalahkan menteri kewangan negara, so terpaksa la aku extend ke malam ni...janji aku berkongsi kan..kan..kan..
al-kesahnyer, last saturday (omputih plak..hahaha..) aku nak balik ke kampung..nak raya la katakan...dah ready ala kadar bergalaskan beg kecil di belakang, aku pun start la 'berjalan untuk sihat'...starting point dari kondo aku...menapak langkah demi langkah, tiba2 hujan renyai turun...aku pun memanjangkan langkahan...teruji sungguh...lebih kurang 10 minit berjalan tiba la check point pertama...fuhhhh...lega..!!!..hujan masih menitis renyai...nasib baik tak lebat sgt...aku tunggu bus dengan penuh kesabaran...dalam 25 minit tak lama dari tu, bus yg dinanti2 pun sampai...nasib baik tak ramai org naik bus pagi tu...macam biasa la, dah nama pun bus awam kan...kejap2 berhenti ambik penumpang, kejap2 berhenti turun kan penumpang...dekat sejam jugak la, akhirnyer sampai aku ke terminal bus...
aku tak tunggu lama, terus aku cari tiket...keadaan terminal penuh dengan org yg nak balik ke kampung masing2...aku agak jer...tak tau la kot org2 tu foreigner ke tak..aku pun tak ambik port sangat...dalam otak aku cuma fikir, nak balik kampung jer...tiket pun dah dapat, bus pun dah sampai, dah masa utk memenuhkan seat bus...baru je aku nk naik tangga bus, org tu kata bus dh penuh...hahhh..???..aku ke kaunter semula, then org tu suruh aku ikut sorg brader tu...dia akan tunjukkan bus tambahan...berjalan lagi...dah la hujan...ikut je la...
sesi berjalan untuk sihat pun bermula semula...perggghhhhh....jauhnyer dorg park bus tambahan...dah la hujan...redah jugak la demi nk balik kampung...3 minit menapak, sampai ke chech point kedua...lega...ambik seat tepi tingkap, make sure sebelah bukan foreingner yg duduk...kalau tak pening aku...huhuhuhuu...start je bergerak atas highway, aku pun membuta...penat la katakan...heehehehe...
aku sedar bila bus dah belok susur keluar tol...ingatkan bus terus ke terminal bus rupa2nyer uncle driver berhenti tepi jalan belakang punyer belakang bangunan terminal bus...haissyyyyhhh nak kene la driver ni...bayar mahal2 nk kene jalan kaki p terminal bus...ada jugak yg kene hempuk dengan stereng bus...nak tak nak kene la menapak lagi...start balik kempen 'berjalan untuk sihat'...
jauh kot....dekat 15 minit berjalan, finally sampai jugak check point ketiga aku...nasib baik bus awam dh ada kat situ, aku tanpa menunggu lama terus naik...teruji lagi...bus tak boleh start enjin pulak....!!!!!!...aduhhhh....!!!..duduk la bertapa aku dengan penumpang2 lain sambil tunggu driver sdg berusaha start enjin...yg bestnyer driver yg boleh la aku panggil 'makcik' tu, suruh semua penumpang turun tolong tolak bus dia...hahhhh..???..memang tak la...bayar tiket semata-mata nk kene tolak bus...nampaknyer permintaan 'makcik tu tak tertunai...semua penumpang buat tahu je...bak kata sorg pakcik tu 'dah tau bus rosak, pergi ambik penumpang buat pe'...lastnyer, lepas dibantu oleh rakan sekerja 'makcik' tu, bus berjaya bergerak...
sampai kat destinasi aku, hhhmmmmm bermula semula 'berjalan untuk sihat'...kali ni aku ambik masa dalam 15 minit lebih utk tiba ke check point terakhir...finally sampai jugak selepas mengharungi hari yg aku rasa cukup teruji & mencabar...penat giler...lenguh kaki aku...berdenyut2...tu la dh lama sgt tak berjalan, tu pasal la jadi mcm tu...memang sihat la aku utk 2,3 hari yg mendatang...heheheheehe..
itu la kesahnyer tajuk entry kali ini...aku yg dah sedia kurus ni, bertambah kurus la selepas menyertai marathon ni...kahkahkahkah...
tamat la sudah ceriter kali ini...sehingga berjumpa next entry pulak...adiosss...!!!




14 October 2013 | 0 KoMeN |
assalamualaikum semua...aku lagi...yela....sape lg kalau bukan aku yg nk update blog ni...dah sah2 ni blog aku...hehehehe...malam ni sekali lagi aku sambung utk entry tragedi yg semakin dilupai di negara kita...kali ni mengenai tragdi terminal ferry Pulau Pinang yg 1 ketika dulu pernah runtuh...mesti korg tak pernah dengarkan...???..pd yg 1st time bacanyer, hari ni aku update dlm blog aku...kita kongsi sama2 citer sejarah ni...
pada hari ahad, 31 julai 1988, suasana tenang dengan tiupan lembut bayu laut sesekali mengutuskan kedamaian di kawasan sekitar terminal itu ketika ini...kebanyakan pengunjung sedang menantikan feri merapati jeti...Hari itu adalah hari keraian di Pulau Pinang, dua perayaan masing-masing diraikan oleh penganut Kristian dan Buddha pada masa yg sama...Dari Stesen Bas Butterworth sehingga ke kawasan jeti yang terletak bersebelahan, ribuan orang sudah bersesak untuk menaiki feri, mereka ingin menyeberang untuk melihat perarakan, yang antaranya mempamerkan patung besar Buddha yang dikatakan hanya diarak setiap 60 tahun sekali...


Di bahagian pulau, sambutan perayaan Kwan Yin (Dewa Pemurah) pada malam 31 Julai yang diadakan sekali setiap 60 tahun mengundang puluhan ribu penganut Buddha tempatan dan luar negara seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Manakala di Bukit Mertajam, Seberang Prai pula penganut Kristian merayakan sambutan Pesta St Anne...Keadaan itu menyebabkan jambatan Pulau Pinang ditutup kepada kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan ketika perarakan berlangsung menjadikan satu-satunya pintu masuk ke Georgetown ialah feri...
Bagi mereka yang ingin ke pulau, kehadiran pengunjung yang dianggarkan lebih 10,000 orang memaksa pihak bertanggungjawab menutup pintu masuk ke kawasan terminal dan ia dikawal pasukan keselamatan lantaran sudah terlalu sesak...Kawasan untuk pejalan kaki di tingkat satu terminal turut ditutup tetapi suasana orang yang terlalu ramai menyebabkan polis yang berkawal ketika itu tidak dapat menyekat kemasukan mereka dalam suasana bersesak-sesak...


Keadaan mulai menjadi kelam kabut apabila feri dari Pulau Pinang mula merapati jeti dengan orang ramai yang berada di terminal berkenaan terus meluru ke hadapan. Tidak lama selepas itu, kawasan berkenaan bergegar dan pelantar jeti mulai runtuh seterusnya bermulalah permulaan bagi babak tragedi hitam itu...Tiba-tiba saja penduduk berdekatan terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth, Pulau Pinang tergamam...!!!
Satu bunyi kuat yang memenuhi ruang udara kawasan itu sekitar jam 4.40 petang, serta-merta menyebabkan pandangan mereka teralih ke arah terminal berkenaan dan sebaik menoleh, mereka tergamam melihat kejadian yang sama sekali tidak disangka...Pelantar menunggu feri di jeti itu roboh...Beribu-ribu orang yang bersesak di atas pelantar setinggi lima meter itu tergelongsor jatuh manakala tiang dan kayu binaan berat menghempap jasad masing-masing...


Sedetik kemudian, bergema suara jeritan ribuan mangsa yang kesakitan termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua. Suasana mula bertukar kelam-kabut, masing-masing hilang punca dan cemas...Ramai mangsa terperangkap dihempap kayu pelantar. Jasad terbaring di mana-mana dan darah terpercik ke merata arah. Berpuluh mangsa terjatuh, maut di situ juga...Bunyi riuh rendah dan hingar dan kalut apabila orang ramai kelam-kabut ingin keluar segera dari kawasan berkenaan kerana menyangka pelantar itu akan terus runtuh dan tenggelam di dalam air...


Pelbagai pemandangan ngeri dan menyayat hati kelihatan di tapak runtuhan itu. Seorang pekerja jeti yang sebelum itu sibuk melarang orang ramai memasuki kawasan berkenaan kerana sudah terlalu sesak, kelihatan tertiarap dihempap tiang terminal sebesar pemeluk...Dada pekerja itu sudah menjadi leper dan tidak boleh digerakkan sama sekali, cuma kepalanya saja tertoleh ke kiri ke kanan dan meminta tolong dengan suara yang amat sayu.
Dari satu sudut lain, kelihatan kejadian ngeri apabila ada mangsa yang terputus kaki malah tulang keringnya jelas kelihatan...
Seorang pelancong yang sebelum itu sibuk dengan kamera videonya merakam pemandangan kesesakan pengunjung yang ingin memasuki Pulau Pinang bagi menyertai keraian di sana, dilihat berlumuran darah di kepalanya, mungkin akibat terhantuk ketika gegaran berlaku...Ada juga mayat dalam keadaan amat mengerikan, tulang mereka patah-riuk seakan-akan boleh dipusing semua sendinya dengan mudah. Darah di merata tempat.
Seorang lelaki berjaya bergayut pada papan di tingkat satu, tetapi seorang lagi bergayut di kaki lelaki tadi. Akhirnya, tanpa dapat menampung beban berat, kedua-dua lelaki itu jatuh ke tingkat bawah iaitu di kawasan kenderaan dan cedera parah...Kelihatan juga seorang mangsa yang berlumuran darah berlari terhoyong-hayang meminta tolong...Keadaan muka kebanyakan orang yang berada dalam kawasan kejadian itu juga agak hitam kerana terkena habuk dan sawang yang jatuh dari atas bumbung...


Apabila lebih ramai orang mulai pulih daripada keadaan panik, mereka yang berada di tingkat atas mulai berteriak memberi semangat dan kata-kata perangsang kepada mereka yang berada di tingkat bawah, khususnya mereka yang tidak dapat bergerak kerana tersepit di celah runtuhan kayu dan kenderaan.
Beberapa pihak yang terselamat dan pihak yang berada berhampiran mula bergegas ke tempat runtuhan bagi menghulurkan pertolongan...Seorang lelaki yang tidak luka mendukung seorang wanita tua yang cedera manakala belakangnya pula mendukung seorang kanak-kanak lelaki. Dengan dua mangsa itu, dia terus meluru keluar ke tempat selamat bersama ribuan mangsa lain.
Pasukan penyelamat tiba di kawasan tragedi beberapa ketika kemudian. Pihak yang terselamat dan pihak berkuasa segera menerpa dan mengangkat mangsa yang terkorban. Ada yang mengangkat mayat terperangkap dalam kejadian itu sambil menitis air mata mengenangkan korban yang begitu banyak.
Stesen bas Butterworth penuh dengan mangsa yang berjaya diselamatkan. Mereka menenangkan diri di situ, selepas berjaya keluar dari lokasi tragedi. Tidak seperti kawasan lokasi yang terletak berhampiran, suasana di stesen bas itu hening...
Ramai memilih untuk tidak mengeluarkan suara sebaliknya terus termenung seolah-olah masih tergamam dengan kejadian tidak disangka itu. Dalam keheningan, satu kejadian hitam dicatat dalam sejarah tragedi negara ini, pada hari itu...


Puncanya kesesakan teruk di Pengkalan Sultan Abdul Halim ini kerana ada dua perayaan serentak melibatkan kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang...Perarakan kereta berhias diadakan di Padang Kota Lama dan di Padang Kota Baru serta melalui jalan-jalan utama di bandar Georgetown... 
Patung-patung puteri dewi ini diarak di sepanjang jalan berlampu warna-warni di tengah-tengah bandar raya pada hari Ahad malam 31 Julai 1988...Penganut agama Buddha dari kalangan kaum Cina terpanggil untuk hadir kerana ia diadakan 60 tahun sekali saja mengikut kalendar Cina (sekali seumur hidup) dan perayaan ini dipercayai membawa tuah kerana Kwan Yin bermaksud ‘Dewi Pemurah’..Pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan turut datang ketika itu...


Gereja St Anne di Bukit Mertajam juga mengadakan pesta besar-besaran sempena ulang tahunnya. Ramai kaum Cina menganut agama Kristian berdoa di gereja ini pada pagi Ahad dan petangnya mereka bergerak ke Pulau Pinang untuk melancong dan melakukan upacara keagamaan Buddha...
Jambatan Pulau Pinang yang dibuka pada 1985 tidak dapat menampung kenderaan awam. Ramai yang memilih ke pulau untuk menikmati keindahan Selat Butterworth, menikmati keindahan matahari merah terbenam dan seterusnya berjalan kaki ke Padang Kota...


Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak mampu menampung ‘serbuan’ 10,000 penumpang. Tiangnya daripada besi kongkrit sementara lantai dari papan tebal. Gelegar lantai, pagar dan dinding daripada besi tumpat, melintasi ruang laluan kereta di sebelah bawah...Pangkalan ini ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk laluan kenderaan yang keluar dan masuk. Tingkat atas pula untuk laluan penumpang dari Stesen bas Butterwoth keluar dan masuk...Jam 4.40 petang itu, gelegar besi jambatan terminal bengkok dan patah. Lantai-lantai papan turut roboh. Dinding besi dan bumbung roboh ke bawah. Penumpang bahagian atas menggelongsor dan terhimpit oleh tiang dan pelantar papan. Kenderaan di bawah remuk...


Seramai 32 orang mati dan mencederakan 1,674 orang. Mangsa dibawa ke Hospital Butterworth, Hospital Bukit Mertajam dan lain-lain. Pasukan Bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa. Laluan sebelah kiri itu terhenti seluruhnya. Tetapi laluan sebelah kanan masih boleh beroperasi membawa penumpang ke pulau dan sebaliknya. Runtuhan ini dibiarkan begitu sahaja buat beberapa lama untuk siasatan dan rancangan pembesaran.
Selepas kejadian itu, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang membuat kajian terhadap kesesuaian dan kecekapan penggunaan feri antara Butterworth dengan Pangkalan Raja Tun Uda di sebelah Pulau Pinang. Penumpang bas ekspres tidak sahaja diturunkan di Stesen Bas Butterwoth tetapi juga dipindahkan di Sungai Dua dan Gelugor...Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina semula dengan beberapa pengubahsuaian...
kini dah 25 tahun kejadian ini berlaku & ketika tragedi ini, aku masih kecik lg...baru berumur 3 tahun...biar pun pernah menjadi titik hitam dalam sejarah negara namun terminal ferry Butterworth masih terus utuh & setia berkhidmat utk warga Pulau Pinang...cuma struktur terminal itu kini lebih kukuh berbanding dengan dulu...
09 October 2013 | 8 KoMeN |
aku kembali lagi...agak rajin aku update blog aku ni...mungkin sebab aku banyak sgt masa terluang..dari aku buang mcm tu saje baik aku update blog aku ni...at least ada jugak benda nk buat...
dah lama rasanyer aku tak update pasal tragedi yg 1 masa dulu pernah terjadi di negara kita ni & mungkin jugak ada yg dah lupa akan kisah itu...
utk kali ini aku akan tulis mengenai tragedi penutupan sebuah taman tema yg cukup terkenal suatu ketika dahulu...
pada era 1980-an, negara kita pernah memiliki sebuah taman rekreasi yg cukup popular & dikenali sebagai Taman Tema Mimaland...nama Mimaland adalah singkatan daripada gabungan dari perkataan Malaysia In Miniature Land & mula dibina pada tahun 1971 disebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak, Kuala Lumpur...logo yg digunakan utk Mimaland ialah sekuntum bunga raya iaitu bunga kebangsaan negara kita...pembinaan taman rekreasi ini dijalankan mengikut fasa & dibuka secara berperingkat-peringkat..



dalam tahun 1970-an, fasa pertama Mimaland siap sepenuhnyer...antara tarikan utama Mimaland ketika itu ialah taman haiwan pra-sejarah yg mengandungi binaan model-model dinosaur yg bersaiz besar...selain itu, taman rekreasi ini juga memiliki 24 buah motel & 5 buah chalet serta sebuah kolam renang...








selepas 10 tahun lebih beroperasi, akhirnyer Mimaland memperkenalkan 1 lagi tarikan terbarunya pada tahun 1984, iaitu kolan renang gergasi  yg dikatakan terbesar di Asia Tenggara ketika itu beserta dgn papan luncur air yg tinggi...tarikan ini berjaya menarik lebih ramai pelancong dari dlm & luar utk datang ke taman ini...selain itu, Mimaland turut mempunyai beberapa bahagian rekreasi lain iaitu sebuah tasik utk aktiviti sampan & memancing, kawasan 'giant maze' & kawasan utk aktiviti merentas rimba...
Mimaland pernah menjadi tempat penggambaran beberapa buah filem tempatan antaranya Gila-gila remaja, & Suara kekasih...






bertahun-tahun lamanyer Mimaland beroperasi menjadi tempat hiburan seisi keluarga, pada Januari 1993, 1 kemalangan yg tidak diingin berlaku dikawasan papan luncur air gergasi hingga menyebabkan kematian sorang warga Singapura yg berusia 27 tahun..kejadian itu telah mengejutkan ramai orang hingga memaksa pihak operasi Mimaland menutup sementara waktu kawasan kolam renang & papan luncur bagi melakukan kerja2 penambahbaikan..
pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pd dinding kolam renang yg berpunca daripada runtuhan tanah hingga menyebabkan air lumpur memasuki ruang kolam renang tersebut & sekali lg pihak operasi terpaksa menutup kawasan itu kepada org ramai...
ekoran daripada 2 kejadian yg tidak dijangka itu, pihak pengurusan Mimaland telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan atas dakwaan kelemahan dlm kawalan keselamatan & menjadi punca kpd beberapa masalah alam sekitar...
sepanjang pendakwaan kes tersebut, pihak mahkamah telah mengeluarkan perintah kpd pihak Mimaland drpd meneruskan operasinya...kesan daripada itu, Mimaland terpaksa ditutup buat selama-lamanyer kpd pengunjung pd tahun 1994...
kesan peninggalan Taman Rekreasi Mimaland masih boleh dilihat hingga kini & semakin terbiar usang dimamah usia serta kenangan...


jalan masuk ke Taman Rekreasi Mimaland


pintu masuk utama Mimaland


van yg digunakan utk mengambil & menghantar pekerja Mimaland



ruang pejabat Mimaland


sampan yg pernah digunakan di tasik Mimaland


basikal air yg digunakan di tasik Mimaland


tempat menunggu bus berhampiran dgn pintu utama yg dulunyer penuh sesak dgn para pengunjung

ketika pembukaan taman ini, aku belum dilahirkan & ketika penutupan operasi taman ini pulak aku baru darjah 3 klu tak silap aku...aku tak pernah tahu pun yg Malaysia sebelum ini pernah mempunyai taman tema yg cukup popular...aku ingtakan sunway lagoon @ bukit merah la taman tema pertama di negara ini, rupa2nyer aku silap...kalau la Mimaland ini terus beroperasi hingga kini, mungkin taman ini dah menjadi jauh lebih hebat dr taman tema yg ada sekarang ini...tapi sayang, semuanyer tak seperti yg dirancang...atas beberapa faktor yg tak dpt dielakkan, Mimaland hanya tinggal kenangan skrg ni...mungkin ada hikmahnyer...menurut sumber2 yg diperolehi dr internet, taman yg hebat lg gah ini dulu adalah milik penuh syarikat MAGNUM COPERATION...tak perlu la rasanyer aku hurai lebih pjg lebar...aku yakin semua faham kenapa aku 'capitalkan' nama syarikat tu...wallahualam...
sampai sini je cerite aku kali ini...jumpa lg next entry mengenai tragedi yg semakin dilupai...stay tune semua ya...

07 October 2013 | 67 KoMeN |
siapakah wanita yg memegang gelaran tercantik di Malaysia..???..pernah kah anda terfikir..???..saban tahun, negara kita akan membuat pemilihan wanita yg tercantik utk dihantar bertanding ke peringkat antarabangsa...tetapi setakat mana kecantikan mereka itu utk melayakkan mereka digelar paling cantik di Malaysia @ dunia...??..
maksud cantik bukan saja dinilai pada fizikal semata2 sebaliknyer individu itu perlulah memiliki kecantikan dalaman...menawan, humble & bijak merupakan ciri2 seorang wanita cantik...
entry kali ini kita akan menjejaki 2 org wanita yg pernah memegang gelaran tercantik di Malaysia malah pernah mengharumkan nama di peringkat antarabangsa...

Pada tahun 1994, Malaysia telah menghantar seorang wakil ke pertandingan Miss World di Sun City, Afrika...seramai 87 org jelitawan dari seluruh dunia telah bertanding bagi merebut gelaran wanita tercantik didunia...


Rahima Orchient Yayah yg berasal dari Tawau Sabah merupakan wanita beragama islam terakhir yg menjuarai pertandingan Miss Malaysia sebelum fatwa mengenai larangan wanita islam menyertai pertandingan ini dikeluarkan susulan daripada kes Lina Joy pd tahun 1997...sejak daripada itu tiada lagi wakil negara yg beragama islam...
 


ketika mewakili negara, Rahima berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir pertandingan (10 peserta terakhir) iaitu lebih baik daripada Erra Fazira yg tersingkir dipusingan pertama pd tahun 1992...Rahima memegang rekod sebagai Miss Malaysia pertama yg jugak berbangsa melayu pertama & terakhir layak ke separuh akhir pertandingan & ini merupakan pencapaian terbaik negara kita di pentas Miss World...


Dalam pertandingan Miss World 1994 itu, Rahima telah dikalahkan oleh jelitawan dari India iaitu Aishwarya Rai yang berjaya merangkul takhta Miss World 1994...biarpun tewas namun pencapaian Rahima amat la membanggakan rakyat Malaysia...ternyata, Malaysia memiliki wanita melayu tercantik didunia...

*sumber picture dari kosserani.blogspot.com

kini setelah hampir 19 tahun, Rahima tidak lagi aktif dlm dunia modelling...dia kini telah pulang ke negeri asalnyer & mengusahakan sebuah restoran seafood di Tawau...dia yg telah berumah tangga, kini selesa bertudung litup...biarpun begitu, Rahima masih lagi jelita...dia adalah lambang wanita malayu tercantik di Malaysia...aku rasa belum ada lagi wanita melayu lain yg mampu menggantikan tempat Rahima Orchient Yayah...

setelah tewas di separuh akhir (10 org peserta akhir) di pertandingan berprestij Miss World 1997 yg di wakili oleh Ariana Teoh, Malaysia sekali lagi menghantar penyertaan ke pertandingan Miss World 1998 di Mahe Islands, Seychelles...kali ini wanita tercantik Malaysia dipegang oleh wanita yg berasal dari Selangor iaitu Lina Teoh...


sebanyak 86 jelitawan telah memperagakan kecantikan masing2 dalam pertandingan ini...berbekalkan kecantikan semulajadi, keyakinan yg tinggi & pengalaman sebagai model Lina Teoh anggun melangkah di atas pentas bersama2 dgn yg lain...Lina berjaya dipilih ke peringkat separuh akhir pertandingan...di peringkat separuh akhir, sekali lagi Lina Teoh mempamerkan kematangannyer, kepetahan berkata-kata serta kebijaksanaannyer dlm menjawab soalan yg diberikan oleh pengadil pertandingan & melayakkan dirinyer utk kekal sebagai Top 5 Miss World 1998...


akhirnyer, Lina Teoh yg mewakili negara dipilih sebagai 2nd runner up (tempat ke3) tewas kepada peserta dari negara France & pemenang utk Miss World 1998 telah disandang oleh jelitawan dari negara Israel..


Lina Teoh sekali lagi telah membuktikan bahawa Malaysia memiliki wanita yg bukan saja cantik dari luaran tapi juga kecantikan dalaman...Lina bukan saja cantik, bijak malah kepetahannyer berkata2 menyerlahkan lagi kecantikan sebenarnyer...


selepas memenangi tempat ke3 dlm Miss World 1998, Lina Teoh bergiat aktif dlm bidang modelling, pengacaraan, lakonan & filmmaker...kini Lina sudah pun berumah tangga & mempunyai seorg anak...

inilah 2 wanita yg pd aku layak memegang gelaran wanita tercantik di Malaysia utk sepanjang zaman...mereka berdua bukan saja cantik secara fizikal, malah kecantikan itu jugak terserlah bersama2 dgn kebijaksaan, kepetahan, kematangan, rendah diri serta pembawakan diri di depan camera juga di depan mata masyarakat khususnyer...kecantikan bukan pada rupa paras semata2...ia hadir bersama pakej luar & dalam...

sekian saja utk entry kali ini...assalamualaikum...
05 October 2013 | 9 KoMeN |
salam ketemu kembali donk...hahahahaaha..berbahasa seberang pulak...apa salahnyer kita kan serumpun...kali ni aku update pulak pasal aktiviti GBB yg lain pulak...pasti ada yg tertanya2 kenapa muka aku agak berbeza utk entry kali ini dgn entry yg lepas...tak ada yg beza sgt pun cuma gaya rambut aku...dulu pendek skrg ni panjang...actully aktiviti ni dh lama dh...tahun lepas kalau aku tak silap...asyik tertangguh jer nk update dlm blog ni...akhirnyer ini la dia picture2 kami ketika berkelah di tepi tasik taiping...
plan awal, janji dgn member2 GBB & lastnyer kami bergerak seawal pagi ke Bandar Taiping yg dulunyer pernah menjadi ibu negeri Perak...macam biasa la kalau dh berkumpul sama mcm2 hal...ada jer citer lawak...ada jer usik jenaka...ada jer ketawa...tak pernah la nak senyap kami ni...agak2nyer dh mmg kene la kot maksud 'serasi' utk kami ni...otak gila2...
perjalanan ke taiping tak la jauh sebenarnyer...lebih kurang 45 minit ke sejam mengikut kadar kelajuan drivernyer...hehehehe...ikut highway dekat sikit...masuk jer area taiping, seyes aku memang la tak berapa nk pandai sgt dgn jalan2 taiping ni...nasib baik ada 'GPRS' yg sorg ni...dia la yg tunjuk jalan...heheheehe...






sebelum ke taman tasik taiping kami singgah dulu ke Bukit Larut @ Maxwell Hill...ingtkan nk naik ke atas tapi terpaksa batalkan niat itu sebab kalau nk naik ke atas kene naik jip...kalau nk naik jip kene la dtg awal pagi & buat tempahan...masa kami sampai kat bukit larut tu ramai giler org...ada yg sanggup berjalan kaki naik ke atas bukit larut...tapi pd kami, rasa mcm tak berbaloi la pulak nk berjalan kaki naik ke atas...bukannyer rendah weiii...bukit larut mempunyai ketinggian 1036m dari paras laut & jarak 8km dari kaki bukit...agak2 apa akan jd dgn kami kalau gigih sgt nk naik ke atas dgn berjalan kaki..???...lempeng weiiiii...!!!!..3 picture kat atas ni adalah sekitar kaki bukit larut...saje jer nk tengok mcmne la rupanyer bukit larut ni...hehehehe...puas berposing sakan, kami terus ke taman tasik taiping...tak jauh pun dari situ...zoo taiping pun tak jauh...kalau ada masa singgah la sekali...kami..???..tak singgah sebab perut dh mula keroncong mintak diisi...hahahahaha...



ini antara pemandangan tepi tasik...taman tasik taiping dibina diatas lombong bijih timah yg terbiar & telah dibuka pada 1880...taman ini seluas 64hektar memiliki 10 tasik & kolam yg indah serta dikelilingi oleh pokok2 hijau yg mempersonakan...saujana mata memandang...


pagi itu agak ramai pengunjung...nasib baik kami cepat, dpt jugak 'pot' yg best...apa lg ditunggu...tikar pun dibentang, semua bekal yg kami bawak dibuka & kami mula la menjamu selera sambil mengadap tasik yg tenang lg damai...
mcm biasa la, selepas sesi makan2, bermula la sesi photographi pulak...ini la aktiviti GBB yg tak pernah kami tinggal...setiap gambar ada kenangannyer...saksikan la....saksikan la alam....hehehehehe...






tengok dahan pokok tu...cantik kan...???..meliuk lentuk mencecah air tasik...kalau tak silap aku, usia pokok2 yg tertanam di sini ada yg mencecah puluhan tahun tapi masih teguh berdiri...tu yg membuatkan taman tasik taiping ini unik...belakang tu pulak adalah bukit larut...










bila mentari mula meninggi, kita dpt melihat pantulan pepohon dari dalam tasik ni...sama mcm cermin...tersangat la cantik & sesuai utk mereka2 yg menceburi bidang photographi...











ini la hasilnyer kalau GBB keluar bergimba...tak pernah mengecewakan...kelasss kawww...hehehehehe...











gigih panjat memanjat semata2 nk bergambar...yg bestnyer tengah2 org duk sibuk lalu lalang dgn kete, kami dgn tabah lg sabar memanjat pokok besar tu...ramai yg tengok jer...ada jugak yg bunyikan hon...kelakar la GBB ni...suke buat keje gila2...kalau tak gila bukan la namanyer 'GBB'...hehehehehe...


















penat memanjat sana sini...posing sana sini...kami pun bergerak keluar dari taman tasik taiping ni...next pit stop ialah rumah cikgu kami....yeaaaayyyyyyyyy....selepas hampir 6 tahun tak berjumpa akhirnyer kami akan ke rumah cikgu lama kami di taman long jaafar....tak sabar seyhhhh...!!!







alhamdulillah...akhirnyer kami bersua kembali...banyak yg dah berubah kan cikgu...????...tapi kenangan kami dgn cikgu tak pernah luput...kehadiran kami disambut baik oleh cikgu Rozana...siap hidangan, cendol la...air botol la...langsat la...rambutan la...manggis la....rindu cikgu.....banyak yg kami bualkan...macam biasa la kalau dh lama tak jumpa, kisah2 lama mesti diungkit semula...semuanyer masih segar dlm ingatan kami...pe lg bergelak ketawa la kami....hahaahahahaha...cikgu memang best la...!!!!...
terlalu cepat masa berlalu...petang tu kami semua berangkat pulang ke ipoh semula...hari yg sgt menyeronokkan...happy sgt....insyallah kalau ada  rezeki kami akan sampai lg ke taiping & tak lupa jugak singgah rumah cikgu Rozana...mana tau 1 hari nanti kita boleh sama2 kelah kat tepi tasik...insyallah....
~TAMAT sudah entry kali ini...hingga berjumpa di entry lain...assalamualaikum semua...

04 October 2013 | 0 KoMeN |