twitter

bila kita buat salah, perkataan ajaib yg boleh menghapuskan rasa kesalahan kita ialah maaf...yg terlajak boleh diundur semula, yg rosak boleh dibaiki kembali..hebat sungguh penangan ucapan maaf...
tapi kadang2 ucapan maaf saja tak cukup utk menutup salah laku kita jika kita asyik mengulanginya berulang2 kali..apa maknanyer maaf kalau kita masih di situ jugak...lebih baik jgn ungkapkan ucapan itu...buat malu diri sendiri je...
hhhhmmmm...aku ambik konteks diri aku sendiri la senang...ada salah faham antara aku dgn sorg teman..kami rapat...semua citer boleh dikongsi bersama..cuma semalam, dengan lancangnyer aku menuduh dia menipu aku hanya kerana 1 perkataan yg aku tak faham maksudnyer..(by da way, member aku ni bukan org malaysia...)..dia terasa hati...aku tahu dia marah..silap aku sebab tuduh melulu..then sekarang aku rasa dia merajuk & marah dgn aku..aku dah berkali2 mintak maaf dgn dia..dia maafkan aku tapi dari cara dia, aku tahu dia marah lg...
betapa bangang & bodohnyer aku mendengar cakap org lain & menuduh dia penipu...dia sendiri nasihat kat aku, kenapa nak dengar cakap org sedang aku tahu dia mcmne orgnyer...dia tak pernah menipu aku...hhhmmmm..nasi dah jadi bubur..terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata..tanggung sendiri...
sekarang aku malu sendiri...walaupun dia dh maafkan tapi aku still rasa bersalah sebab aku tahu ni semua punca dari aku..salah aku sendiri..sebab tu aku malu dgn dia...sekarang ni, aku tak tahu nak buat mcmne...
aku cuma boleh mintak maaf & janji dgn dia tak akan ulang semula perkara yg sama...
sedih bila jadi mcm ni...boleh jejaskan hubungan baik aku dgn member aku tu...aku tak mahu lah sebabkan perkara ni kami jadi musuh...hhhhmmm...tak dapat bayangkan kalau dia & aku bermusuh tak bertegur sapa...

perasaan aku ** sedih, malu & bersalah...

dear my fren...i'm sorry...really sorry :(
24 July 2010 | 1 KoMeN |
picture ni aku grab dr FB member aku..tadi aku dgn tabah & berani explore FB yg lama aku tak aktif tu..tup2 jumpa picture ni..aku pun tak tau yg member aku upload picture ni...so then aku grab la buat simpanan...

nampak cute & cool :-p
jgn mare aaa...tak salah nk puji diri sendiri..org lain tak nak puji..lg pun bukan berbayar pun kalau nak puji diri sendiri..org nak kata perasan, lantak la..mulut org...huhuhuhu..
picture ni kat kedai mana tah tapi aku ingat time ni jalan2 kat KLCC after keje...baju pun baju pejabat..siap bawak beg..hahaha..
disebabkan aku rasa picture ni menarik & aku tertarik, so aku buat la photo utk profile aku..thanx pada member yg snap picture ni...hehehehe...
23 July 2010 | 0 KoMeN |
hari rabu lepas aku, komodo & sutun paul ke bangunan persekutuan lagi..kali ni bukan nak mintak keje @ interview tp menghadiri pameran franchise yg di anjurkan oleh jabatan pe tah..aku pn dah lupa..hahahaha..aku pun bangun la pagi2, siap ala kadar je..mls nak gosok baju..lgpun pameran je kot...so then aku pakai sweater, jeans & selipar je la..sutun paul pn mcm tu..tp komodo kasual formal..sampai je sana, mula2 kata blok A..p je tgok lengang je..pameran pe kebenda tah...kitorg tak puas hati..round plak blok sebelah..info yg salah org tu bagi..apa punyer org da...pameran tu kat blok B...sampai je komodo terus call DATIN ni..kononnyer nk mintak la dia dtg xplain pe yg patut...DATIN tu suruh naik ke tingkat 2..ok kitorg p la..bukak je pintu lif...SENTAP...!!!!!aku rasa mcm tak nak keluar je dr lif & terus turun balik tapi org member aku tu dah keluar jumpa DATIN tu, aku pun dgn paksarelanyer keluar..malu siot..yg dtg semua pakai semiformal...kitorg ni, simple giler..dh la simple, tak formal plak tu..tunduk je aku buat tak nampak dorg semua...then DATIN tu suruh tulis nama & masuk dlm dewan seminar...KAEDAHNYER...!!!rasa nak lari je time tu..masuk je dlm dewan semua org pandang kitorg...aku dgn muka tunduknyer cari tempat duduk...malu dowh...

dalam dewan tu da yg dh bekerja, da yg pencen, student pun ada & kitorg bertiga, penganggur terhormat..hahahaha..bosan siot duk dalam tu..dah la masuk lewat..mmg tak tau hujung pangkal la...so kitorg buat2 la dengar...pe kejadahnyer la ttg franchise, pinjaman la, lintah la..tah segala mcm mak nenek..buat2 fahan sudey...hahahaha

dlm duk tengah khusyuk dengar (khusyuk la sgt...) DATIN tu asyik call je komodo..tah pe dia nk tah...naik rimas member aku tu..lastnyer dia buat donno je..bosan tahap cipan melanda..kitorg mula la buat plan...mati beku kot kalau nk tunggu seminar habis..sampai petang pulak tu...tobat..!!!..time lunch break, kitorg baik punyer cilok lari ikut pintu belakang siap turun ikut tangga..tak nak naik lif coz takot terserempak dgn DATIN tu..hahahaha...lawak giler time tu..

dah selamat turun kitorg call member yg kebetulan keje situ, ajak teman p lunch...time lunch memang kutuk kaw2 la DATIN tu...hahahahahaha..mcm seyial..!!..(oppss...bukan DATIN tu yg seyial ek..jgn salah fhm..bahasa anak muda remaja..kahkahkah..)

time nak balik komodo punyer la fobia nampak peserta seminar keluar..takot terserempak dgn DATIN tu...sanggup tak nak lalu kat pameran yg ada kat situ..punyerla hebat penangan DATIN tu..aku n sutun paul gelak je...hahahahahaha...

DATIN tu kata seminar..yg komodo p kata kat kitorg pameran..mmg tipah tertipu la...nak kene komodo tu bg maklumat palsu kat kitorg..hahahaha...

oohhhh tidak..tipah tertipu..!!!
22 July 2010 | 0 KoMeN |
sebelum aku teruskan entry kali ni..sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah sheema wahid..semoga rohnya tenang di sana & di tempatkan di kalangan orang yang beriman...amin...
siapa arwah dgn aku..??memang dia bukan sape2 pun...aku tak kenal dia tapi jadi kenal bila aku terdengar ceriter ttg dirinya dari sorang sahabatnya melalui hot fm amkrew pd 19 julai pagi...time tu aku tengah get ready bersiap2 nak keluar tapi bila terdengar luahan sorang pemanggil tu, aku terus terdiam kejap..dengar apa yg dia luahkan...aku jadi sebak...(lantak korang la nak kata aku poyo ke apa..tp aku mmg sebak time tu..)tambah sebak bila krew hot fm mainkan lagu salam terakhir sudirman...siapa dia arwah sheema wahid ni..??kisah dia buat aku rasa sedih tiba2...aku tak kenal dia & aku tak tahu arwah meninggal sakit apa...aku cuba search fb arwah semalam...& berjaya..tapi tak banyak info yg aku dapat...kene add sbg member dulu baru boleh view pages...nak add mcmne kalau tuan punyer dah tiada lg di alam fana ni...hhmmm...tp aku add jugak..mana tau husband dia boleh approve...so tunggu je la..tp aku sempat la view fotopage arwah..ternyata ramai yg merasa apa yg aku rasa...ramai yg meninggalkan komen di dlm pages arwah..aku dgn penuh tekun belek pages arwah...sgt2 sedih, pilu, honestly tak terluah dgn kata2...coretan arwah bermula dari start dia wedding till la dia melahirkan baby gurl dia tak pernah tinggal..setiap saat kenangan di rakam dgn penuh begitu bermakna...spt yg diceriterkan oleh sahabatnya dlm hot fm, arwah nampak spt ingin menunjuk2 dgn pictures & status comment tp hakikatnyer arwah bukan begitu..dia cuma ingin berkongsi kisah hidup dia yg bahagia & gembira di saat2 akhir sebelum pergi meninggalkan alam fana ini..latest entry & mungkin juga yg terakhir dari arwah ialah ttg baby gurl dia...simpati dgn baby dia..hilang kasih syg sorg ibu di usia yg cukup muda..hhmmmm....aku baca setiap comment yg ditinggalkan...most of them tak mengenali arwah spt aku..hanya melalui luahan hati sahabat arwah yg di ke udarakan tak sampai beberapa minit di hot fm saja..kini arwah memiliki ramai sahabat baru yg tak kedekut utk menyedekahkan doa buat dirinya, suami, anak serta keluarganya...

semoga hati keluarga & suami Sheema Wahid tabah dan sabar mengharungi dugaan hebat Allah SWT ini. buat husband arwah didiklah dan berilah anak dengan kasih syg dan didikan yg sempurna...jgn biarkan dia merasa tersisih dan kurang kasih syg dari seorg ibu wlpun hakikatnya takdir dah tentukan dia tidak beribu lg...
semoga anaknya, Hylda menjadi insan yang kuat & tahu ibunya terlalu sayangkannya..
inilah yg dinamakan kehidupan...kita hanya mampu merancang tapi hanya Allah yg Maha Mengetahui & Menentukannya.Yang hidup pasti akan merasai mati. Sudah tertulis setakat itu sahaja perjalanan hidup Sheema Wahid...nasib kita belum tahu lagi..entah esok, entah lusa..mungkin juga hari ni...wallahualam..
semoga kisahnya menjadi kita yang lain menghargai insan di sekeliling kita...
Al-Fatihah sekali lagi..
21 July 2010 | 0 KoMeN |
salam...kita continue balik dgn entry 'TRAGEDI YANG SEMAKIN DILUPAI'...ni tragedi yg ke-9 aku up dlm blog aku..nak jadikan citer semalam ada 1 agent from A1A building kat KL call aku & dia explain la pasal insurance & polisi..then aku tanya mak ttg building tu..mak aku kata building tu famous sbb pernah kene tawan..so aku rasa mcm teruja nk tau pasal kisah tu..aku pun search internet..ni la hasilnyer..tak banyak info yg aku dapat tapi boleh la kalau setakat nak share dgn korg semua..at least boleh diambil sebagai pengetahuan am..
tawanan yg dibawa keluar oleh JRA dari bangunan AIA Kuala Lumpur

kejadian tebusan Bangunan AIA berlaku pada hari Isnin, 4 Ogos 1975. pengganas Tentera Merah Jepun (JRA) merampas bangunan American International Assurance (AIA) di Jalan Raja Chulan / Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia. rampasan ini tiga tahun selepas peristiwa Black September di Munich, Jerman pada 5 September 1972.
JRA adalah serpihan daripada Liga Tentera Merah Komunis Jepun & juga dikenali sebagai Anti-Imperialist International Brigade (AIIB), Briged Perang Suci dan Barisan Demokratik Anti Peperangan. Pegasas JRA ialah Fusako Shigenobu, seorang wanita Jepun. Amerika terlibat dalam Perang Vietnam 1957-April 1975. matlamat perjuangan JRA ialah menghapuskan kerajaan Jepun dan sistem monarki di Jepun dengan melancarkan revolusi di seluruh dunia sejak September 1969 . JRA dalam bahasa Jepun ialah 'Sekigun-ha'. pemimpin intelektual JRA iaitu Takaya Shiomi telah dipenjarakan pada 1970. Ahlinya seramai 200 orang, bergabung dengan Rengo Sekigun atau United Red Army pada Julai 1971. 12 daripada ahlinya mendapat latihan senjata di puncak gunung Jepun.
bangunan AIA (American Inssurance Associates), Kuala Lumpur yg menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat & Sweden telah dirempuh masuk oleh 10 orang Tentera Merah Jepun & menawan 53 orang di dalamnya selama 3 hari. Semua tebusan dikumpulkan di tingkat 9, bangunan AIA, Jalan Ampang & ditahan selama 79 jam. Jika tuntutan tidak dipenuhi, semua 53 tebusan akan dibunuh. Akhirnya kerajaan Jepun berkompromi dan menghantar banduan dari penjara Jepun ke Malaysia dengan Syarikat Penerbangan Jepun (JAL). Kapal terbang yang sama membawa pengganas JRA ke Libya.
hasil rundingan, JRA berjaya membebaskan lima orang pemimpin mereka yang dipenjarakan di Jepun dan Sweden . Seterusnya mereka diterbangkan dengan DC8 pada 7 Ogos 1975 ke Libya.
Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdul Razak & Ketua Polis Negara pula ialah Tan Sri Mohammed Hanif Omar. Menteri Dalam Negeri ialah Tun Ghazali Shafie yg ketika itu, berada di Indonesia berjaya berunding dengan tawanan. beliau berada di dalam bangunan selama 3 hari utk berbincang dgn JRA. hasilnya pegawai kedutaan Amerika berjaya dibebaskan. tokoh yang ditukar ganti dalam tebusan itu ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Dato’ Ramli Omar & KSU kementerian Tan Sri Osman Samsuddin Cassim. Dua orang ini menjadi pengiring JRA ke Lapangan Terbang Subang. Kapal terbang DC8 sudah sedia menunggu , yang mereka rampas dari Korea Selatan.
kapal terbang singgah di Lapangan Terbang Colombo, Sri Lanka. kemudian singgah di Lapangan Tripoli, Libya. Mereka sampai di Tripoli pada petang 8 Ogos 1975. Osman Samsuddin Cassim dan Ramli Omar kembali ke Malaysia pada 10 Ogos 1975. dalam kejadian ini tiada pertumpahan darah yg berlaku.
selepas peristiwa itu, Amerika memindahkan kedutaannya di lokasi baru di persimpangan Jalan Ampang. Raja Sweden Carl XVI Gustaf menganugerahkan Royal Order of the Polar Star kepada Tan Sri Osman Samsuddin Cassim pada 16 September 2009.
16 July 2010 | 1 KoMeN |
dah 2 hari aku, komodo & sutun paul keluar cari keje...hhhmmm...mmg seksa & teruji kehidupan kami betiga ni..1st day kita org dgn muka tak malunyer p la bangunan persekutuan..ada 3 block..kami naik setiap tingkat..masuk setiap jabatan...dgn muka seposennyer kitaorg pun serahkan la resume..mana la tau kot ada keje kosong boleh dorg terus call panggil interview..maknanyer resume kami tu di KIV dulu...nmpak mcm keje senang..tp perit...tak semua jabatan terima resume kami sbb dorg hanya jabatan kecik & if nk drop resume kene terus ke HQ kat KL..ok tak pe la..mmg kami dlm perancangan nak buat mcm tu..tapi ada jugak jabatan yg tak terima resume kami & siap bg cadangan lg suruh bg nama kat jabatan tenaga buruh, online jobsmalaysia & SPA...aduyaiii...cik kak oii..tak cakap pn tak pe..kami mmg dh buat pun..tp masalahnyer sampai ke hari ni tak da yg nak panggil kami ni...alahai....
1 reason kenapa kami sanggup menebalkan muka p setiap jabatan sebab aku tau ni je cara je yg membolehkan resume aku disemak oleh ketua dorg..at least kalau ada kekosongan jawtan nama kami mungkin akan naik dulu...kalau nak tunggu iklan, alamatnyer berjanggut la..semuanyer kroni..cable wayar telefon...huh..!!!..tak adil langsung..asyik nk bg sedara-mara cucu cicit dia je monopoli...baik bukak company sendiri mcm tu...menyusahkan hidup org lain je...
dalam tension2nyer ada lawak gak..hahahhahaha..(gelak dulu) member aku ni..komodo...mmg dasar komodo dia tu..aku & sutun paul punyer hangin dgn dia..everytime masuk jabatan nak tanya kaunter dia mesti menyorok tepi..malu..ya ampunn....jenuh la kitorg paksa dia suruh tanya kat kaunter tapi bila sampai je depan kaunter dia boleh duk berdiri tayang muka selenge & poyo dia..kitorg jugak yg berusra..bila keluar je jabatan tu, mula dia bersuara...kat dlm terkulat2 mcm komodo...hahahahahahaha...komodo...komodo...tak tau la aku kalau dh keje nanti mcmne...
lepas habis round setiap jabatan, kitorg p lepak kat taman DR..sampai la abg2 polis dtg nk saman motor kitorg sbb parking ikut suke ati kitorg...hahahahaha..lastnyer terus cabut balik..nasib baik tak kene saman...
2nd day p ke bangunan yg sama tp juz nk submit borang keje kosong..semalam tak bawak sijil2 photostat..so kene la dtg hari ni sbb due date dia hari ni..dah submit terus lepak kat McD...lama jugak la duk sembang & susun strategi utk cari keje ni..strategi la sgt...hahahaha..
2 hari berturut2 keluar memang penat tapi keadaan memaksa kitorg bertindak mcm tu...actly ni bukan la kali pertama kitorg keluar cr keje bertiga..tp dh byk kali cuma nasib belum lg nk menyebelahi kami...kene mandi bunga kot buang sial..huhuhuhu....
apa2 pun harap usaha kami akan membuahkan hasil...insyallah...amin..tah la bila impian aku, komodo & sutun paul akan tercapai..???..hhhmmmm..hanya takdir penentu segalanyer....
** nama komodo & sutun paul hanya nama samaran...nama sebenar tak didedahkan utk keselamatan...hahahahaha
| 1 KoMeN |
hhmmm...dah lama aku tak login facebook aku...tak sanggup nk tengok..cukup la dulu buat sementara waktu..biar aku rehat dr fb..tp tadi gatal nak login..konon nak tengok apa yg terbaru..login je, mmg byk benda yg aku tak tau..& part yg plg sedih aku sedih balik..sakit hati..menyampah..terus logout sbb tak sanggup nk teruskan xplore fb tu...wwwwaaaaaaaahhhhh....
lepas ni jgn gatal login lg kalau belum bersedia nk laluinyer...ingat...jgn gatal tangan lg..ingat..!!..
tak tau bila aku nak aktif fb balik mcm dulu...hanya masa penentu segalanyer...huhuhuhuhu
14 July 2010 | 0 KoMeN |
"...Tidak Ada Syarat Untuk Berbuat Baik..
Sesiapa Saja Dengan Apa Cara..
Tiada Keterbatasan Atau Tuntutan Yang Harus Dipenuhi..
Carilah Kebaikan..Milikilah Kebaikan..Warisilah Kebaikan..
Kebaikan Itu Bukannya Pada Yang Harum Dan Indah..
Tetapi Juga Ada Pada Yang Busuk Dan Hodoh..."


**dipetik daripada salah satu laman blog terkenal...

aku meminjam ayat2 di atas...bukan niat utk menciplak...
aku cuma tertarik dgn kata2 pengarahnya...penuh makna & mendalam maksudnyer..1st time baca terus aku suka dgn ayat tu...aku tak nak ulas apa2 sbb aku rasa semua yg membacanyer boleh faham apa yg nak disampaikan..
aku harap ayat tu boleh dijadikan renungan buat yg lain2 juga...
13 July 2010 | 0 KoMeN |
demi ALLAH..!!!..aku tak mintak mereka semua percayakan aku..aku tak pernah suruh kawan2 aku percaya aku bulat2..aku ada kekurangan..tapi kenapa dorang semua meletakkan tahap kepercayaan yg tidak sepatutnyer pd diri aku...???...
bukan senang kita nak dapat kepercayaan org lain..aku tau tu..tp aku confius kenapa aku yg terpilih..??..kalau setakat kepercayaan dr kwn2 mgkn aku boleh terima tp bila dh masuk campur tangan dr kekasih & keluarga dorg...hhhmmmm..mungkin jadi complicated...
aku cuba yg termampu utk jd kwn yg terbaik..jd pendengar setia..jd penghibur..jd teman susah & senang..aku cuba semuanyer agar kwn2 rasa yg mereka ada kwn yg boleh diharapkan..tp bila masuk bab percaya @ kepercayaan...aku rasa mcm perlu ada diperbetulkan...aku risau...takot tahap kepercayaan itu akn bertukar menjadi keraguan..keraguan menjadi benci...benci berlarutan menjadi dendam..aku cukup takot tu semua jadi bila tahu diri aku mcmne..bila mereka dengar kisah hidup aku..aku bukan baik sgt..jgn la percaya aku keterlaluan...mungkin hari ni dorg percaya dgn diri aku..family dorg dengar cakap aku...kekasih dorg terima nasihat sebab aku..tapi tak mustahil 1 day, dorang akan menyesal tak sudah...
hhhmmm...aku cukup takot semua tu terjadi..tapi bukan salah aku..aku tak mintak semua tu...aku cuma jadi diri aku sendiri...
nak percaya boleh tapi jgn la 100%...jgn libatkan org lain...tu je...nanti menyesal...salahkan aku..tu yg aku tak mahu...aku tak mahu mereka salahkan anak mereka sbb ada kwn seperti aku...
rasanyer berat beban bila jadi org yg dipercayai...kalau sesuatu tak baik jadi pd mereka, org pertama jd sasaran mesti aku...huhuhuhuhu...
hhhmmm...apa pn terima kasih kerana mempercayai aku yg mungkin tak sepatutnyer mendapat kepercayaan itu...aku tak minta semua tu..huhuhuhu...
11 July 2010 | 0 KoMeN |
Tali gantung yg diimport diperbuat dari jenis jut yg paling bagus & dibalut dgn kulit lembut supaya tak mencederakan kulit banduan yg bakal digantung. setiap satu berharga di antara RM4,000-RM5,000. sebaik diterima dari ejen pembekal, tali gantung akan diuji ketahanannya dgn menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam. setiap tali gantung mempunyai nombor siri & diklasifikasikan sebagai senjata serta disimpan di dalam peti besi. di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yg berfungsi utk mematahkan tengkok banduan.

di Penjara Kajang, banduan yg dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir & ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. banduan akan menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka & hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yg bertugas. banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yg membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan & Jemaah Pengampunan Negeri. sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran utk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung pada hari Jumaat, selepas solat subuh. bagi yg bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza. selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dgn pengarah penjara yg akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. Biasanya banduan akhir akan tahu apabila dia dibawa keluar dgn tangan bergari & dikawal ketat, keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku. semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarga akan dimaklumkan seminggu lebih awal & menunggu di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir. suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir itu. banduan juga diberi pilihan utk "hidangan terakhir" bernilai RM7.50.

kebanyakan banduan akhir yg menjalani hukuman gantung "poie dengan rela" setelah menunggu begitu lama utk hukuman dilaksanakan. banduan yg rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dgn tenang & sudah bersedia. hanya beberapa orang saja yg menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir. terdapat juga sesetengah banduan puas hati & beritahu nasib mereka lebih baik dari orang lain kerana mereka tahu bila mereka akan mati. ada yg meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. selain itu, banduan juga boleh memilih pakaian apa yg hendak dipakainya pd hari hukuman. hukuman gantung hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah & doktor berpuas hati dgn keadaan banduan pd hari hukuman akan dilaksanakan.

pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik. di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. bunyi pintu perangkap yg terbuka dgn kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung & pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung utk menarik "gear" yg akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. semuanya perlu dibuat dgn lancar dan kematian akan berlaku dlm masa di antara 30 saat hingga satu minit & banduan akan diturunkan & diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

ni antara dialog sorang wartawan jenayah dgn sorg banduan akhir :-

“Abang, siapa yang tidak takut bila mengetahui dirinya akan menemui mati di tali gantung, tetapi saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya dah tahu bila saya akan mati ."

“Pernah tak abang terfikir, elok dok bergembira dengan kawan-kawan tiba-tiba abang diserang sakit jantung dan terus ‘jalan’ ."

“Pernah tak terfikir waktu kita masuk tidur tiba-tiba esok rupanya kita dah dalam liang kubur kerana mati mengejut ."

“Sekurang-kurangnya bila bergelar BA, saya dah tahu yang saya akan mati dalam tempoh terdekat, seperti sekarang, saya dah tak tinggal solat dan beribadat semahu-mahunya ."

“Saya rasa bahagia sangat ketika ini, malah saya juga redha sekiranya ditakdirkan esok saya diperintahkan menemui Tuhan,” katanya sambil tersenyum.

bayangkan jika kita menghadapi suasana seperti itu. bayangkan saat-saat kesakitan sakaratul maut dalam masa 30 saat ke 1 minit itu. bayangkan kita yg tergantung-gantung di situ. bayangkan jika malaikat maut datang menyapa kita sebentar lagi. Sudahkah kita bersedia sebagaimana si Banduan Akhir ini? Sempatkah kita..??..WALLAHUALAM...
03 July 2010 | 1 KoMeN |
baru2 ni heboh dalam surat khabar, Rumah Titian Kasih bakal dikosongkan..mahkamah telah mengarahkan semua penghuni rumah banglo tersebut berpindah dan semalam dengan berat hati, semua penghuni yang berjumlah 70 orang, berusia dari dua bulan sehingga 85 tahun telah bertindak mengosongkan rumah tersebut pada pukul 11 pagi semalam. mereka yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) telah menumpang buat sementara waktu di sebuah lagi RTK yang menempatkan penghuni lelaki di Lorong Maran. cuba bayangkan 1 rumah dikongsi hampir 100 orang..sesak tak?? nak bernafas pun tersekat2...tak tau la mcm mana keadaan mereka semua tinggal di situ..
Pengetua rumah tersebut, Sharifah Adlan atau Mak Pah terpaksa mengalah dengan arahan mahkamah. pelbagai cara telah di lakukan oleh pengetua tersebut utk membeli rumah tersebut termasuk dgn cara mengumpul dana, menjual kraftangan & kuih-muih namun jumlah yg terkumpul masih belum mencukupi...
di mana keprihatian rakyat malaysia yg selamai ini memiliki sifat dermawan..?? di manakah mereka semua..???..kenapa kesusahan @ bencana yg menimpa rakyat luar sering mendapat perhatian ttapi tidak bg rakyat malaysia sendiri..??.apa bezanyer mereka..??.mereka tetap jugak manusia berdarah merah..apa salahnyer kalau kita membantu meringankan beban mereka..??..
hhhmmmm...aku tak faham dgn mentaliti rakyat malaysia..org luar lebih di agung2kan tp rakyat sendiri menderita...kalau sekadar nak menunjuk2 yg kita ni rakyat malaysia berhati mulia, pemurah sering membantu rakyat negara lain..baik lupakan..tak ikhlas namanyer...sepatutnyer rakyat sendiri di dahulukan baru la kita ambik berat rakyat negara lain..ni terbalik pulak...tah la...huhuhuhu..
aku tau mesti ada yg kata, kutuk aku dlm hati...pandai menulis tp diri sendiri pn tak reti nk hulurkan bantuan..cakap tak serupa bikin..tak pe la...boleh cakap apa pe je...cara ni je yg aku mampu membantu mereka & diiringi dgn doa...aku bukan anak org kaya..dgn keadaan diri aku yg masih terkontang-kanting ni...memang susah utk aku membantu dr segi wang ringgit..hanya doa aku sampaikan pd penghuni RTK..semoga tabah menghadapi dugaan..insyallah, akan di permudahkan segala urusan selepas ini..amin...
02 July 2010 | 0 KoMeN |