twitter

SELAMAT DATANG KE TAMAN REKREASI GUNUNG LANG IPOH...
Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam, kap, dan tilapia.


Dengan peruntukan sebanyak RM8.4 juta, Taman Gunung Lang kemudian dibangunkan melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara. Majlis Bandaraya Ipoh merancang untuk meneruskan projek pembinaan fasa ketiga taman rekreasi itu dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9).



Datuk Bandar Ipoh, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman berkata, projek berkenaan akan diteruskan bagi menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara ke taman terbabit yang dibuka sejak lima tahun lalu. Peruntukan sebanyak RM5 juta akan dikemukakan kepada kerajaan untuk melengkapkan pelbagai kemudahan lain di taman rekreasi itu seperti tapak perkhemahan, tandas awam, dapur dan dewan serba guna.



Taman ini disediakan laluan pejalan kaki meliputi keseluruhan taman yang dilengkapi dengan menara pandang jauh, rumah tradisional Perak, dataran warisan, wakaf terapung, pergola, gerbang warisan, tandas dan surau.



Pulau yang kelihatan menghijau dari jauh, sebenarnya mempunyai tarikan tersendiri di mana ia menghimpunkan pelbagai spesies bunga ditanam seperti heliconia (sepit udang), musa (pisang) dan bougainvillea (bunga kertas).



Fasa kedua taman ini menghimpunkan puluhan spesies Heliconia atau yang dikenali sebagai `sepit udang' untuk menjadikannya taman terbesar yang pernah menghimpunkan spesies heliconia di Malaysia.
Kebanyakan spesies bunga ini sukar didapati dan hanya tumbuh meliar di tengah hutan di luar negara.Spesies ini dijadikan tanaman hiasan kerana keunikannya yang pelbagai jenis dan mempunyai pelbagai saiz, warna dan bentuk yang mampu menarik minat terutama penggemar tanaman hiasan ini.



Jenis pisang hutan turut ditanam dengan pelbagai jenis dan saiz yang mana kebanyakan spesies pisang hutan ini lebih kecil saiznya berbanding pokok pisang biasa.
Manakala jenis daunnya pula bersaiz kecil, berlainan warna seperti warna kemerahan dan jantung pisang berwarna merah jambu, merah hati dan yang paling uniknya berwarna kuning.

**time kitaorg p kat sini, ada la sekumpulan tah perisik antarabangsa mana tah buat training escort org2 kenamaan..poyo giler...dgn spec mata hitam...konon ala2 james bond la...huh..!! mcm jebon ada la...hahahahahahahahaaha.....
29 June 2010 | 0 KoMeN |

hey stop bullying...!!!!..mohammad naim mustaqim mohamad sobri,a form four student at the royal military college died after allegedly being bullied and physically abused by his seniors at the camp. five students of the royal military college have been detained..OMG...!!!...do not understand why all these still happen..manusia semakin hilang kewarasan akal..aku sendiri tak sangka semua ini masih terjadi..ingat zaman ragging ini dah lama berlalu, rupa2nyer masih wujud lagi & yg melakukannyer memang tak mempunyai otak..tak pun sakit mental..
masih ingat lg 1st time nak sambung study dulu..aku punyer la risau kalau2 kene buli dgn senior..sebelum nak pergi daftar masuk universiti, mcm2 aku fikir & bayang..(maklum la, 1st time duk hostel..aku bukan budak asrama...)..aku bayangkan kehidupan di kolej, kene basuh baju senior la, kene buat assignment senior la, kene cuci toilet la, mcm2 aku terbayang..takot betol time tu..tapi bila dh masuk kolej, semua yg aku bayangkan tak pernah terjadi pun..bukan tu saje, kolej aku ni cukup bagus pengurusannyer...(kolej MAS terbest..!!!...) budak junior duduk berasingan dgn budak senior..blok budak junior tak campur dgn budak senior..kalau campur pun, lain2 paras..lg 1, bilik kami budak junior tak kongsi dgn budak senior..tengok betapa ekfisennyer kolej MAS...(MAS college in memory..)..1st semester mmg kami budak2 junior kurang mengenali & rapat dgn senior tp lama2 ok la..atas usaha sendiri utk berkenalan @ tak..terpulang...seingat aku masuk semester ke3 baru aku mula mengenali senior2 & dorg semua baik2 tak seperti yg aku gambarkan...(don't jugde the book by its cover la...)..zaman aku study memang tak ada masalah, in fact tak dengar langsung junior kene buli dgn senior..snior kene buli dgn junior ada la...roommate aku...kelakar bila teringat balik kenangan lama...hahahahahaha..
berbalik pd isu buli ni..aku sendiri tak faham kenapa benda ni semua harus terjadi..utk eratkan hubungan antara senior & junior..??..tak cukup ke dgn orientasi day..seminggu kene dera..aduyaiii...mmg nak mengamuk je time tu..geram dgn senior yg buli kitaorg...tp after a week, semuanyer normal semula...juz time orientasi je kene dera..(actlly best time orientasi tu..ingat cheer yg kitaorg buat..ikan kekek, mak iloi2...hahahahahahaha..tergelak aku..)..come on la, masing2 dh besar, ada otak, boleh fikir sendiri baik buruk...tengok sekarang apa yg dh jadi..??..kene tahan dgn polis...silap haribulan kene buang dr college tentera..tu belum tengok lg masa depan...rekod buruk, sape nak ambik keje..fikir la kesannyer sebelum nk membuli...
hhhmmmm..cakap byk pun tak guna..org kata tepuk dada tanya selera..masing2 dh besar..lu pikir la sendiri..(pinjam trademark nabil..)
I just hope that whoever responsible for mohammad naim mustaqim's death would be penalised. thats all...al-fatihah to mohammad naim mustaqim...salam...

27 June 2010 | 0 KoMeN |
Penjara Pudu dalam kenangan...
akhirnyer tembok penjara berusia 100 tahun yg menjadi dinding pemisah antara banduan dan orang awam dirobohkan. Tembok sepanjang 394 meter dan setinggi 4.5 meter itu terpaksa dirobohkan untuk memberi memberi laluan kepada projek persimpangan bertingkat serta laluan bawah tanah di situ. Bersama-sama runtuhnya tembok berkenaan yang menjadi salah satu ‘ikon’ Kuala Lumpur ialah monumen yang merakamkan sejarah apabila beberapa banduan penjara itu menunjukkan kreativiti mereka melukis mural yang terpanjang di dunia.
Penjara Pudu, yang juga pernah dikenali sebagai Pudu Goal, mula dibina pada 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895. Tembok daripada batu bata yang diimport dari Britain itu mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892. Kos bagi pembinaan tembok ini bernilai RM15,360.90 (harga pada tahun 1800-an). Penjara Pudu hanya sebuah penjara yang mengurung beribu-ribu pesalah sama ada dikurung dalam masa tertentu atau menjadi bilik transit ke tali gantung. Penjara Pudu mula dibina pada 1891 dan siap sepenuhnya pada tahun 1895. Ia direka bentuk menyerupai Penjara Kandy Bogambia, Afrika yang berbentuk huruf X.
Bagi yang kali pertama melangkah kaki ke Kuala Lumpur dan jika tidak betul-betul memandang, pasti mereka akan mengatakan Penjara Pudu adalah sebuah galeri seni kerana keindahan lukisan muralnya. Adakah kecantikan mural ini menyebabkan ada hati yang begitu sentimental dengan nilai sejarah penjara yang berusia lebih satu abad itu. Bagi menyiapkan tembok penjara yang menempatkan mural itu sahaja mengambil masa hampir dua tahun sejak ia mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892. Namun cantik di luar bukan bermakna cantik di dalam. Penjara Pudu tetap menjadi tempat pesalah jenayah menjalani hukuman penjara. Individu seperti Wong Swee Chin mungkin tidak memberi makna kepada masyarakat Malaysia walaupun itulah nama sebenar penjenayah paling digeruni, Botak Chin. Ketika berusia 28 tahun, riwayat Botak Chin sebagai penjenayah ganas dan kejam berakhir di tali gantung di Penjara Pudu pada 11 Jun 1981.
Penjara Pudu ibarat nasib banduan akhir di Blok D yang menempatkan banduan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati di situ, namun akhirnya Penjara Pudu telah menerima 'hukuman'nya sendiri kelmarin setelah 'berjasa' lebih satu abad. Mungkin itu karmanya. Kalau runtuh Penjara Pudu, penjara Sungai Buluh mengambil alih peranannya kini...

agak mengejutkan apabila kerajaan mengumumkan berita ni..dulu aku hanya pernah dengar pasal penjara pudu..aku hanya tahu mengenai kisah2 bangunan & banduannyer melalui pembacaan aku..hanya melalui imaginasi dan gambar2..aku sendiri tak pernah sampai ke situ...tapi sejak rajin menjejakkan kaki ke KL lepas habis study ni, baru aku tau mana letaknyer penjara pudu, macamne rupa penjaranyer...agak unik sebab berbentuk X di dalamnyer & tambah unik dgn kehadiran lukisan mural di sepanjang tembok penjara...sgt kreatif...pada aku penjara pudu mempunyai sejarah tersendiri, juga value sentimental yg susah nk dapat di tempat lain..walaupun tempat tu sendiri bukan la tempat yg baik namun nilainyer tetap ada terutamanyer dr segi bahan binaan, rekabentuk penjara, lokasi penjara & juga lukisan di tembok tu..sgt tinggi nilai warisan sejarahnyer...ok la kita tolak @ tutup sebelah mata dgn sejarah penjara tu sendiri yg mana telah menempatkan beribu2 banduan yg telah melakukan pelbagai kesalahan..cuba kita lihat dr sudut yg lain..mmg susah utk kita miliki sejarah begini...kalau tak silap aku di luar negara, africa rasanyer tempat nelson mandela dipenjarakan, penjaranyer masih ada & menjadi sejarah yg sukar utk dimusnahkan...malaysia pun boleh, tak salah kalau kita sekadar ingin mengekalkan temboknyer biarpun isi dlmnyer telah rata dirobohkan utk tujuan pembinaan...lagi 1 di korea, ada 1 building berusia lebih dr 100 tahun & terletak ditengah2 bandaraya yg sibuk tp kerajaan korea tetap mengekalkannyer sebab harga sejarah yg dimiliki bangunan itu...mereka cukup peka & sayang pd sejarah yg tercipta sejak berzaman..di malaysia..???..hhhmmm...semuanyer tak minat sejarah..aku tau...
bila di umumkan utk merobohkan tembok penjara pudu hanya utk memberi laluan pd pembangunan di sekitar kawasan tersebut, hati aku terdetik mengatakan negara bakal hilang 1 kawasan tarikan pelancongan...aku bukan cakap kosong tp melalui pemerhatian...setiap kali aku melalui kawasan penjara tu, memang ramai terutama pelancong asing bergambar kenangan & tertanya2 tembok apakah itu..bila di terangkan dgn detail, mereka kagum...bukan dgn sejarah silam banduan tp kagum dgn berdiri teguhnyer tembok yg berlatarkan mural hasil kerja banduan itu..itu la nilai sebenar tembok penjara pudu...& itu yg dinamakan pelancongan...walaupun ianyer sekadar tembok penjara namun sentimentalnyer tetap ada..bukan senag kita nak tengok lukisan mural yg terpanjang di dunia yg dilukis sendiri oleh banduan penjara itu sendiri..boleh korang bayangkan mcmne pegawai2 penjara memantau banduan2 ni ketika melukis di tembok tu???..sampai hari ni aku masih cuba membayangkannyer tp tah la..tak tergambar langsung di minda...hhmmmmm...
pada aku, robohnyer tembok penjara pudu 1 kerugian besar utk industri pelancongan...hanya kerana mengejar pembangunan moden kita lupa nilai2 sejarah yg secara tidak langsung boleh menjana pendapatan negara...tah la, duit & kemodenan pembangunan mengatasi sekalanyer..pada yg mempertahankan tembok penjara pudu dari dirobohkan, kita hanya suara golongan minoriti yg tak mungkin didengari oleh kumpulan besar...what to do...terima je la dgn redha..lagi pun temboknyer telah pn dirobohkan...kini tembok penjara pudu dalam lipatan sejarah & tinggal kenangan...semuanyer tak mungkin akan sama walaupun tembok itu dibina semula dgn rekabentuk yg sama....sejarah tak mungkin berulang...

salam..adiiioosss....
25 June 2010 | 1 KoMeN |
salam semua...hari ni aku nak share sikit pasal citer LAGENDA BUDAK SETAN hasil karya AHADIAT AKASHAH...

"Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?"

tu sinopsis dari novel LBS..aku dah mula baca tulisan Ahadiat Akashah ni dah lama..cuma dulu aku tak la tau dia ni lagend dlm bidang penulisan novel ni...juz baca mcm tu je..tapi aku suka karya dia sebab sangat simple...jalan citer tak la complicated sangat...roh setiap watak yg dia tulis memang terasa di hati...bukan tu je, setiap lokasi yg dia citer aku dapat bayang..(wlpun tak tepat tapi bayangan tu tetap wujud utk merealisasikan citer tu..)seronok baca novel Ahadiat Ak
ashah ni...aku ingat lagi 1st novel yg aku baca tajuk UNTUK SEMUA GADIS YANG PERNAH AKU CINTAI...tu la novel pertama dia aku baca & aku mmg jatuh cinta dgn tulisan dia...sangat simple..cukup rasa utk menarik minat aku terus membaca sampai habis...kemudian baru aku baca novel LAGENDA BUDAK SETAN, KATERINA & AKASYA LAGENDA BERAKHIR...pergghhh...tabik spring la dgn Ahadiat Akashah ni...memang power habis novel dia...kalau di hayati betol2 novel tu memang meruntun jiwa...boleh jiwang sekejap...gambaran yg diceriterkan oleh si penulis sgt teliti & jitu..contoh dlm novel ni ada sebut sebuah bangunan nama Semua House..aku tak tau plak yg bangunan tu dh wujud sejak bertahun dulu..aku baru tau kewujudan bangunan tu..(tu pun sbb aku pernah training keje kat bangunan tu..hehehehe..)..salah sorg member aku pun pernah citer, dulu dia pernah ikut kakak dia main kasut roda kat situ..sama seperti yg Ahadiat citer dlm novel dia...hhmmm...setiap watak sgt kuat & berkait dgn jalan citer yg diceriterkan...watak akasya + ayu, azmi + ayu, akasya+ katerina + ayu..sgt kompleks kalau dilihat mcm tu tp bila dh baca, wataknyer saling berkait & simple utk di fahami...aku puji melangit bukan sebab salah 1 novel Ahadiat Akashah telah difilemkan tp memang realiti..hasil karya Ahadiat Akashah memang best...so far novel dia yg paling berkesan pernah aku baca...memang tak rugi kalau baca novel2 tulisan Ahadiat Akashah walaupun ianya sekadar novel...

utk filem LBS, aku belum lagi berkesempatan nk p tengok kat wayang besar..dalam hati memang teringin sgt..nak tengok secara visual pulak...sebelum ni hanya mainan imaginasi aku je bila baca novel LBS ni tp skrg aku nk tengok bagaimana setiap plot citer, watak & rohnyer di realisasikan dlm filem...arrgghhhh...mengidam aku nk tengok citer ni....huhuhuhu...dari apa yg aku baca dr sinopsis filem ni, jalan citernyer tak byk berubah, hampir sama dgn apa yg aku bayangkan...cuma agak spoil sbb kalau ikutkan citer dlm novel LBS, percintaan akasya & ayu bermula sejak di bangku sekolah lg..time tu akasya & geng dia (sapi, man & cincai) mmg budak setan + dgn geng lady in black..mmg nakal habis..lepas hbs sekolah cinta dorg sambung kat fresno (oversea) tp dlm filem ni mcm tak da je adegan tu...huhuhuhuu...sayang la kalau part tu di cut...pd aku part tu la yg paling penting sbb nk tnjuk permulaan cinta akasya yg plg kuat, setia & maintain dgn ayu...hhhmmm..ni telahan aku je sbb aku belum pn lg p tgok filem ni..harap2 tak lari sgt citer asal dgn yg filem ni...(mmg aku harap sgt)...hehehehehehe...
hhmmmm...bila teringat jalan citer LBS ni teringat member2 sekolah aku..kitorg ni spesis mcm budak setan + lady in black jugak la...tp tak la tahap dorg..nakal2 kitorg tak sampai kene panggil dgn pengetua...senang citer kenakalan kitorg ni tahap kurang ajar @ biadap je..hahahahaha...sape tak pernah tgok geng2 aku gadoh,ponteng sekolah, tuisyen, lepak2 buang masa, lawan cikgu, kutuk cikgu, cubaan bunuh diri, mencarut...semua ada...dasyat tak dasyat jugak la group aku ni...tp alhamdulillah semuanyer berjaya hehehehe...actly sampai hari ni member2 aku semua still biadap...do we concern...!!...kahkahkahkah...
ayyyooooo..dah melalut ni...panjang plak entry kali ni...apa2 pun aku juz nk promote sikit...jgn lupa dapatkan novel hasil karya Ahadiat Akashah di pasaran..tak rugi kalau korg beli...jamin memang best..(bg yg minat membaca novel la...yg tak minat tu mmg tak bleh nak kata apa la...)..lg 1 jgn lupa menonton filem Lagenda Budak Setan di pawagam..kalau dh tak ada, beli DVD..sekali lg, mmg tak rugi kalau support filem tempatan....bukan senang nk tengok sebuah novel yg dh mencapai suku abad & sgt popular pd tahun 90-an di filemkan...so mari ramai2 kita tengok Lagenda Budak Setan....
terlanjur dah menulis dlm entry aku ni...harapan aku, harap2 akan ada sambungan filem LBS tu..mungkin dgn Katerina & seterusnyer Akasya- Lagenda Berakhir...hhmmm.....
ok la..setakat ni je entry aku..jumpa lg...adiiioosss...!!!!
23 June 2010 | 0 KoMeN |
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
20 June 2010 | 0 KoMeN |
salam semua...juz want 2 remind all the readers..pls vote 4 ADI & DAYANG in mentor 4...chayok...chayok...!!!!
19 June 2010 | 0 KoMeN |
dah penat mulut asyik ucap selamat pengantin baru je kat org..diri sendiri tak tau bila..hahahaha...
kali ni nak ucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat buat member GEMS -
Mustakim (baby face) & pasangan,
juga buat cousin
Lina & suami...
lepas ni doakan aku pulak k...hehehehehe...
| 1 KoMeN |




biadap..!!!
setan..!!!
bangang..!!!
binatang..!!!

tu je yg dpt aku gambarkan terhadap kekejaman tentera zionis yg menawan kapal2 bantuan kemanusiaan ke gaza, juga utk palestine...geram aku dgn israel...tak berhati perut...memang tak berperikemanusiaan langsung...
sedih, menangis bila aku membaca, mendengar & melihat berita2 ttg apa yg telah dilakukan oleh tentera zionis tu...eloknyer di humban ke tengah laut bg jerung makan...tak pn tanam hidup2 kat tengah2 padang pasir...apa la dosa rakyat palestine & gaza tu sampai mcm ni dorg buat...berat sungguh beban yg dorg tanggung..berat mata memandang berat lg bahu yg memikul...kita disini hanya mampu berdoa pada Allah swt agar melindungi & melepaskan segala penderitaan mereka...
pd israel & termasuk sekutu2nya, semoga Allah swt membalas segala perbuatan korg...setiap yg terjadi itu ada karmanya...apa yg berlaku ada pembalasannyer...juz a matter of now @ later...so jaga2 la...
sebagai sedara seislam, sama2 la kita berdoa utk mereka...semoga mereka dijauhi dari segala penderitaan & kesengsaraan...amin...
06 June 2010 | 1 KoMeN |
salam semua...
hari ni 2 org lg member sekolah aku menamatkan zaman single dorg...lepas ni, i'm not single la...hhhmmm...mcm tak percaya je dorg dh naik pelamin...ingat lagi zaman2 sekolah dulu..macam kanak2 ribena je..hahahaha..tp lepas ni mesti dh mcm makcik2...kahkahkah...kelakar bila teringat zaman sekolah dgn dorg...kenangan..kenangan..kenangan..
lepas ni dh tak boleh nk gurau2 mcm dulu....kalau nk makan penumbuk free dgn husband dorg, buat la..huhuhuhu..
tadi jumpa la member2 lama yg lain..amboi...semuanyer pasang badan...bukan tu, material jgn cakap la...siap tayang awek & tunang...aku ni apa yg ada..???..huhuhuhu..tak pe la...nak buat mcmne...dh takdir aku mcm ni...malas nk pk sgt..buat serabut kepala aku yg dh sedia berserabut ni..pening..pening...pening...
hhhmmm....apa2 pn aku ucapkan
*selamat pengantin baru..
*semoga kekal hingga ke akhir hayat..
*bahagia & gembira hidup bersama..
kepada Lin & suami, juga buat Elis & suami..
doa2 kan aku yea..hehehehehe...
selamat...selamat...selamat...
05 June 2010 | 0 KoMeN |