twitter

salam..
esok aku akan meninggalkan perak...mungkin ini takdir yang telah ditetapkan untuk aku...aku terima walaupun dalam hati sedikit sedih...tak apalah jika ini yang terbaik, aku sanggup terima..mungkin ini pengorbanan yang perlu aku lakukan..biarlah jalan yang aku tempuh berliku & susah asalkan aku berjaya mencapai impian aku...insyallah...
aku berpegang & percaya dengan kata2 ni.....
"BAHAWA KAMU TAK AKAN MEMPEROLEHI APA YANG KAMU SUKAI MELAINKAN SETELAH KAMU BERSABAR TERHADAP APA YANG KAMU BENCI"
mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku...
takdir sedang & akan terus berbisik selagi aku bernafas di atas muka bumi ini...
adiosssss semua....aku gerak dulu.....
SaiF’4eveR
aku tidak lagi berharap biarpun keinginan itu masih ada…
28 September 2009 | 0 KoMeN |
1- Masa kecik, aku sorang yang nakal…pernah jadikan parang & cangkul sebagai barang permainan…jari aku pernah di parang oleh aku sendiri…tak perasan..niat nak tebang pokok tapi jari aku yang aku tetak…nasib baik tak putus…hebat tak aku???hehehehe..lagi 1, tapak tangan aku pernah di jahit sebab jatuh tertusuk batu tajam masa mandi hujan…yang bestnyer, lepas jatuh aku boleh terus mandi hujan sedangkan tangan aku berdarah2…lepas puas mandi hujan, aku masuk rumah slumber je aku tunjuk tangan aku yang berdarah kat nenek aku..tak nangis pun…tapi kat klinik, nangis aku la yang paling kuat…hahahaha…

2- Di hantar belajar ke tadika Sam Tet Ipoh…tadika cina…dah tutup pun tadika tu…yang peliknyer, sampai hari ni aku tak fasih berbahasa cina…macamne tu???

3- Pernah ada cinta monyet masa sekolah rendah…gatalnyer…tapi kekal beb..3 tahun tuuu…kihkihkih…

4- Sorang yang aktif…pernah wakil sekolah dalam olahraga & bola baling…dulu nak jadi macam Flo-jo & Michael Johson…lagenda olahraga amerika syarikat…simpan niat nak masuk sekolah bukit jalil tapi impian tak kesampaian…semuanyer hancur lebur…hhmmmm…

5- Bukan sorang student yang pintar masa sekolah rendah…result sekadar average je….banyak main…huhuhuhu…

6- Pernah xcident motor sebab nak jadi mat rempit…member aku kata time nak jatuh tu aku terbang macam superman…member2 aku semua risau sangat tapi aku dengan slumber terus bangun lepas jatuh…macam tak ada benda je yang jadi…padahal teruk jugak luka aku…kahkahkah…

7- Pernah buat surgery di salah sebuah hospital swasta di KL…sampai hari ni ingat lagi saat2 nak masuk dewan bedah…dupdapdupdap jantung aku…semua member2 tak tahu yang aku ada problem dengan kesihatan…apa yang mereka nampak, aku sorang yang sihat & aktif…aku berahsia sebab aku tak nak simpati sape2 pun…

8- Sejak kecil nak jadi atlet olahraga negara…then tukar nak jadi cikgu tapi bila dah masuk sekolah menengah, cita2 dah berubah…nak jadi P*****…tak pernah ada cita2 lain dah sejak tu… tapi sampai ke hari ni cita2 tu belum tercapai lagi…wwaahhhh…

9- Salah 1 impian dah tercapai…berjumpa & bergaul dengan tahanan pusat serenti…ada lagi 3 impian yang masih belum tertunai…harap2 boleh tercapai sebelum tutup mata…

10- Sorang yang penakot masa kecik…takot pada tempat tinggi, takot pada binatang buas, takot nak berjalan sorang2, takot nak jumpa orang yang tak dikenali, takot nak mencuba sesuatu yang baru…tapi sekarang redah je…hahahaha…berani buat, risiko tanggung sendiri…

11- Dunia aku cuma rumah, sekolah & tuisyen je dulu…tiap2 hari mengadap buku…celik mata je terus pegang buku sampai la mata aku tutup utk tido…jarang lepak kat luar sebab tak reti…dulu memang struggle habis….huhuhuhu…

12- Citer favourite aku Popular, Survivor, Charmed & Gilmore Girls…tu je la rancangan yang aku tengok…tak tengok citer lain dah…sekat ‘nafsu’ sebab nak exam..kahkahkahkah…

13- Sudah menjelajah 9 daerah dalam Negeri Perak ni masa praktikal kat UPEN…macam tak percaya je…memang best & merasa la naik kete rasmi kerajaan negeri…hehehehehe…

14- Pernah turut serta sebagai pemerhati dalam persidangan ADUN…pernah menjadi urusetia mesyuarat dengan MB perak dulu…pernah terlibat juga utk program MAHA kat serdang…semua peluang datang masa aku praktikal kat UPEN…enjoy sangat praktikal kat situ…

15- Mesti korang tak percaya…aku pernah merokok pada usia 6 tahun…konon dah macam orang besar la…last2nyer kantoi dengan mak su aku…kene marah giler2…lepas tu taubat tak sentuh dah sampai hari ni…huhuhuhu..

16- Aku ada secrect admire masa lower 6…Chinese girl…dia sekolah lain..selalu terserempak dengan dia awal pagi & tengahari dalam bas time sekolah…tiap2 hari muka dia je yang aku tunggu nak tengok…dia pernah tegur & minta tolong aku tekan loceng bas utk dia…rasa hepi sangat…hehehehehe…

17- Kalau ada problem, tak ada mood @ hati tak tenteram, aku suka menyendiri..tak pun aku akan keluar ke town..berjalan kaki dari 1 shopping complex ke shopping complex lain sampai la kaki aku lenguh2…kalau ada duit lebih aku beli barang tapi kalau tengah pokai…aku usahakan jugak la..setidak-tidaknyer beli berus gigi..asalkan aku balik bukan dengan tangan kosong..biasanyer balik rumah aku terus ok…

18- Boleh habiskan 1 bekas aiskrim dalam masa 1 hari…macam tu jugak dengan coklat…memang giler aiskrim & coklat dari kecik…sedap sangat…yummy…yummy…

19- Hobi terbaru, suka mengumpul key-chin…ada macam2 bentuk, warna & saiz…ada yang beli sendiri & ada jugak yang orang lain bagi…best & seronok kumpul key-chin ni…rasa macam berbaloi2 kalau nak di bandingkan dengan hobi yang lain…lagipun hobi ni je yang kekal sampai ke hari ni…huhuuhu…

20- ????....hari ni aku seperti kehilangan sesuatu…terasa semuanyer gelap….huhuhuhu…

Conclusion…hidup ini susah utk diramal…

SaiF’4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada…
27 September 2009 | 0 KoMeN |
Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...
Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat "
Surah Al-Ahzab : Ayat 71"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

SaiF’4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada…
25 September 2009 | 0 KoMeN |
1- Aku yakin je dengan muka selamba mintak keje kat hotel yang aku keje tu…memang berani habis pergi sorang2…tak sangka dapat…hehehehe…

2- Hari pertama keje sebagai housekeeping memang penat tahap gaban…bayangkan lebih dari 50 buah bilik aku kene kemas dengan 4 orang pekeje lain sebabnyer ada pekeje yang on leave…putus urat tangan,kaki aku…huhuhu..

3- Supervisor kata aku cepat belajar…hari ke3 aku dilepaskan utk kemas bilik sorang2…kembang semangkuk aku kene puji…hehehehe..

4- Pekeje housekeeping tak ramai…kak ina, kak long, zalie, yana, mat, eikin, asz & kak zah…yang dah kahwin ke belum kahwin ke, semua satu kepala..siap main kejar2 kat koridor…memang happening…enjoy giler….hehehehe….

5- Mula2 keje aku skema habis time kemas bilik sebab tu aku lambat siap..tapi bila dah lama2, aku buat short cut je…yang wajib je…hehehehe…

6- Guest pernah hilang duit & kebetulan aku yang bersihkan bilik dia…so nama aku naik office..tapi terbukti bukan aku yang ambik duit guest tu…aku bukan pencuri k…

7- Pernah kene dajal dengan guest..motor aku dirosakkan oleh guest yang tak puas hati dengan layanan aku…memang celaka laknat betol guest tu…tak puas hati cakap depan2 la…huh!!!

8- Aku pernah berhenti sekejap keje kat hotel tu sebab dapat offer keje lain tapi dengan muka yang tak malu aku datang mintak balik keje kat hotel…nasib baik bos terima sebab dia puas hati dengan prestasi keje aku dulu…kihkihkih….

9- Kalau hari tak baik, aku kene kemas bilik sundal…bilik yang aku paling benci nak bersihkan…bukan apa, semua sundal ni bukan bersih pun…pengotor…harap muka je lawa…

10- Bapak ayam pernah tegur staff housekeeping sebab bagi gelaran ‘ayam’ pada pekeje dorang…lastnyer kita orang decide bagi gelaran ‘sundal’…hahahahah…padan muka…

11- Tak pernah ambik duit tips yang bapak sundal @ sundal bagi kat aku…kalau dapat aku terus bagi kat orang lain…aku tak nak duit tu…huhuhuhu…

12- Kalau kemas bilik, aku selalu tolak sampah masuk bawah katil, lap tingkap guna langsir, tak refill sabun, syampu, tak tukar 1st layer bed sheet, tak mop lantai, tak vacum sebab nak cepat…jujur aku cakap ni..jahatkan...hhmmmm…

13- Pernah dapat offer jadi receptionist tapi aku tolak sebab takot kene kutuk dengan department housekeeping…huhuhuhu..

14- Staff housekeeping & staff front office tak pernah sebulu…saling kutuk mengutuk…aku pun tak tau kenapa…tapi yang pasti staff front office selalu menyusahkan staff housekeeping…

15- Tak pernah kene warning letter dari office walaupun selalu buat keje short cut tapi pekeje lama selalu kantoi dengan orang atasan…nasib aku baik…kahkahkah…

16- Tak suke kalau kene touch up bilik @ ada bilik yang day use…menyusahkan aku kene kemas 2 kali…aarrggghhhh!!!

17- Kaki aku pernah digilis tayar troli housekeeping yang berat nak mampus tu…terjengkot2 aku buat keje..sakit beb!!!

18- Aku pernah minat salah sorang staff front office…sekadar jeling2, pandang2 je…segan tengok mata dia…buat semua air dalam badan aku meleleh…hahahaha…

19- Bilik 201 dikatakan ‘berhantu’…tapi aku syukur sangat sepanjang aku kemas bilik tu tak ada apa2 yang berlaku baik sebelah siang @ malam…huhuhuhu…

20- Orang office kata floor 8 bersih…tengok la sape yang jaganyer…hehehehe…kembang habis aku…ahakzahakzahakz…

Bila teringat balik citer2 masa keje kat hotel, teringat kat member2 housekeeping…rindu….kenangan dengan korang tak mungkin aku lupakan selama-lamanyer…staff housekeeping memang havoc habis!!!


SaiF’4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada…
24 September 2009 | 0 KoMeN |
baca ni…mesti korang ingat…
1. Kita membesar dengan menonton rancangan G-Force, Transformers, Thundercats, SilverHawk, Woody Woodpecker, Chipmunks & Mickey Mouse. Tak lupa Ninja Turtles, Mask, Smurfs & Voltron. Jugak citer Gaban & Ultraman.
2. Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan? mencangkung kat tepi longkang dengan classmates semua kat sebelah...
3. ingat tak, misi kat sekolah masuk kelas dengan list dentist appointment..Pastu bunyi gigi member kita kene gerudi kat sebelah. ada gigi yang berlubang, kene tampal.
4. ni sure korang ingat...program minum susu kat sekolah. nak galakkan budak2 time tu minum susu. sekotak 30 sen je…tapi zaman tu 30 sen pun dah kira mahal beb…
5. cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris kayu panjang warna kuning tu..Pukul kat tapak tangan... tak pun kat punggung..kan?
6. semangkuk mee sup ke, mihun sup ke, 50 sen je kat kantin sekolah…sekarang ni dapat kuah je wei…huhuhu..
7. time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah jenama Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal la..
8. internet? email? binatang ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah la dengar.. Tiket wayang pun 4, 5 ringgit je.
9. kita p kedai runcit, beli Cikerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam dia, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'TiKam'.
10. bila dah habis exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family la, ping- pong la dalam class. Tak ada keje nak buat…hehehehe…
11. lagi satu loceng masa nak p rehat. budak2 yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal. Best jadi dorang…hehehehe..
12. lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola la, rounders la, bola baling la...
13. permainan kegemaran, main guli, gasing, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola’, 'Police Sentry', main aci duduk, aci nyorok, aci kejar, main getah, jengket-jengket..tak kira laki, tak kira pompuan, semua belasah je…
14. kita hilangkan dahaga dengan aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada banyak2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 dia.
15. lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni, baling2 kapur...
16. hmm...budak2 sekarang, bagi dorang, mana penah dengar lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang dorang tau, yang Westlife nyanyi...... .bukan Billy Joel nyanyi...
17. budak sekarang mana kenal kumpulan rap Malaysia..dulu kita ada group 4U2C, KRU, NICO, FEMININ, INDIGO, ELITE….kalau ada yang kenal pun mungkin tak tau ahli asal group tu & lagu yang famous masa dulu…
17. AIDS wujud sejak dorang lahir.
18. CD pun wujud time dorang lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu.
19. Dorang percaya Spiderman dengan Incredible Hulk tu filem2 baru.
20. Dorang tak boleh bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
21. Dorang tak percaya penah ada TV hitam putih.... dan dorang sekarang tak reti nak switch on TV kalau tak ada remote control.
22. dan dorang jugak tak paham macam mana kita boleh survive dekat sekolah & universiti tanpa handphone...

hmm...jom kita check sama ada kite ni dah tua ke tidak :-
1. korang faham apa yang korang baca kat atas ni, dan korang sure tersenyum...
2. kebanyakan member2 sekolah menengah kita dah kawin...
3. korang sure pelik bila tengok budak2 kecik main komputer, selamba je...
4. kita geleng kepala bila tengok budak2 sekolah rendah & menengah guna handphone...
5. kita dah tak banyak sembang2 dengan member2 melalui telefon lagi setiap hari...
6. bila jumpa member2 lama dari semasa ke semasa, seronok bilabersembang pasal citer2 lame, citer2 kelakar yang kita alami masa dulu timekecik2, nakal2 dulu...
7. last sekali, bila dah baca ni, korang akan terfikir untukberciter kat member2 lame korang. Sure dorang suka & ketawa terbahak2...hehehe
tapi apa yang pentingkan…bila kenangkan saat ni semua denganmendalam..mungkin ada diantara kita yang mengalirkan air mata..yelah mana taknya bebudak zaman sekarang walhal anak sendiri pun takkanlalui zaman yang sebegitu lagi..sayangnya masa begitu pantas berlalu....Dimanakah kita sekarang??? Yang penting kenangan tu tak akan aku lupakan sampai bila-bila...


SaiF’4eveR
aku tidak lagi berharap biarpun keinginan itu masih ada…
22 September 2009 | 0 KoMeN |
Salam..
Berakhirnya sebuah ramadhan & kini syawal menjelma lagi…
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…
MAAF ZAHIR & BATIN UTK SEMUA PEMBACA BLOG AKU…
Agak lama aku tidak update blog..lama aku diam menyepi..kali terakhir aku update blog ni sebelum puasa, sebelum sambutan merdeka jugak..tak pernah aku tinggalkan blog ni selama itu..entah mana silapnya kali ni, aku tak ada mood nak update blog seperti biasa..kalau diikutkan hati, aku dah tak mahu lagi update blog ni tapi bila difikirkan balik, tak guna aku buat macam tu..masalah tak mungkin akan selesai..jauh mana aku lari, lama mana aku membisu, masalah tak akan selesai dengan sendiri..sekurang2nya aku harus menghadapinya jugak..biarpun masalah itu mungkin tidak akan selesai..aku kena kuatkan hati..
Tak cukup dengan itu, dugaan Tuhan sentiasa menguji aku..semuanya berlaku hampir serentak, berturut2..tak pernah aku bayangkan semua ini akan berlaku dalam hidup aku..selama ni aku ingat akulah orang yang paling kuat, paling tabah, paling sabar tapi kali ni aku tewas..lemah selemah lemahnyer..semangat aku tak kuat..hati aku tak tabah..dugaan yang diberikan tak mampu aku tanggung..
Semua masalah & dugaan yang datang benar2 menguji aku.semuanyer mempengaruhi kehidupan aku..terasa semangat dan kekuatan diri aku tenggelam bersama2 dengan masalah & dugaan itu..aku terasa kehilangan, kosong, sunyi, lemah, tak bersemangat & macam2 lagi..entah berapa banyak air mata aku dah mengalir..aku sendiri tak tahu..aku biarkan je air mata tu mengalir..biar puas..tak perlu di tahan..
Kedatangan ramadhan kali ini sedikit sebanyak memberi aku sinar dalam mencari kembali diri aku yang hilang..sepanjang aku diam menyepi, aku banyak berdoa dengan Tuhan supaya memberi aku ketenangan dan kekuatan dalam hati & jiwa utk menghadapi ujian ini dengan tabah & sabar..aku jugak tidak pernah putus2 mendoakan utk keluarga aku, teman2 aku, buat Diela’s mum, buat khai & dani, juga buat amir..syukur kepada Tuhan sepanjang bulan yang mulia itu, aku masih mampu menjalani ibadah puasa dengan sempurna & jiwa aku kembali tenang walaupun hati aku masih tak dapat mencari kembali semangat yang hilang..mungkin Tuhan belum lagi memakbulkan doa aku..aku redha & aku juga percaya Tuhan dengar setiap doa aku..aku tak akan berhenti dari terus berdoa pada Tuhan..
Syawal yang menjelang aku sambut secara bersederhana dan tak keterlaluan aku katakan sambutan aidilfitri kali ini sekadar utk mencukupkan syarat..tidak seperti dulu..tiada persiapan langsung utk diri aku..hati aku terasa sayu dengan sambutan kali ini..tak tahu kenapa aku boleh menangis di malam syawal..tak pernah2 aku menangis tapi kali ini aku menangis..sedih & sayu sangat..aku tak tahu kenapa…mungkin kerana bulan ramadhan yang mulia sudah pun meninggalkan aku..entah ada @ tidak lagi kesempatan utk aku menyambutnyer lagi selepas ni...wallahualam..sambutan raya kali ini sedikit hambar..tidak seperti tahun2 sebelumnyer..entah kenapa aku tak terlalu teruja utk merayakannyer..hati aku tak terusik langsung utk menyambut kedatangan syawal dengan penuh kemeriahan..aku tak merasai suasana itu..dalam hati aku cuma berharap kedatangan syawal ini dapat mengembalikan diri aku yang dulu..itu aje..
Aku tak tahu nak mengadu pada siapa..tak tahu nak bercerita pada siapa..terasa aku keseorangan..tak seperti dulu..hanya Tuhan yang mengetahui isi hati aku di saat ini..& hanya dalam blog ni tempat aku meluahkan segalanya..bukan utk meraih simpati, bukan juga utk membuka pekung di dada..sekadar ingin melepaskan apa yang terbuku di hati tanpa perlu adanya bicara..lebih senang, lebih selesa..
Buat dani..aku akan terus menyokong & berada di sisi kau..syukur pada Tuhan kerana telah memakbulkan doa aku..kau sedar dari koma, aku harap kau cepat sembuh & pulih seperti dulu..doa aku tak pernah putus utk diri kau..
Buat Diela..aku harap kau kuat semangat dan tabah..aku tau bukan senang nak lalui semua ni tambah pulak kehilangan orang yang kita sayangi..aku harap kau sabar..aku pun tumpang sedih..terkilan sebab tak sempat jumpa ur mum..honestly ur mum sangat baik..rasa bertuah sebab dapt kenal dengan ur mum..doa aku tak pernah putus utk arwah mak kau..al-fatihah..semoga ur mum di cucuri rahmat & di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..amin..
Buat khai..aku sentiasa mendoakan kesejahteraan & kesihatan kau..harap kau kuat & tabah..sihat seperti dulu..aku cuma nak tengok kau hidup gembira..biarpun perit utk menerima hakikat hidup ini tapi aku percaya kau seorang yang kuat semangat & tabah..
Buat arwah amir..al-fatihah..semoga kau tenang & abadi di sana..aku sentiasa berdoa agar roh kau dicucuri rahmat & kau ditempat di kalangan orang2 yang beriman..amin..sesungguhnya pengorbanan kau terlalu besar..& tak keterlaluan jika aku katakan tak mungkin akan ada amir yang kedua..
Aku rasa cukuplah utk entry kali ni..terima kasih pada yang selalu view blog ni..maaf sebab lama tak update blog..harap faham keadaan aku..insyallah lepas ni aku akan update blog seperti biasa..akhir kata
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN…

Salam sayang utk semua…
20 September 2009 | 1 KoMeN |