twitter

salam...
esok aku akan pergi berkelana jauh membawa jiwa yang lara kecewa...lebih baik aku membawa diri jauh...
aku tinggalkan entry 'trivia-zaman sekolah KPP dulu...' utk bacaan member2 yang rajin & tak jemu view blog aku ni...thanx guys...harap enjoy...
SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...
24 July 2009 | 0 KoMeN |
1- Aku, Khaer, Zira & Sieyda kene hantar ke sekolah KPP…tak suke awalnyer sebab bajet dapat sekolah SM…tapi lastnyer redha je…

2- Perangai kita orang still macam dulu…ramai student sekolah KPP pelik…maklumlah tak biasa dengan cara kita orang…huhuhuhu…

3- Group kita orang buat protes…suke2 hati kita orang drop subjek Ekonomi & ambik subjek Bahasa Melayu…dalam sejarah tu…belum pernah berlaku lagi kat sekolah tu…hehehehe…

4- Sejak bersekolah kat situ, semangat aku down sikit…mungkin sebab member2 makin kurang…huhuhu..

5- Upper 6, aku naik motor p sekolah…jauh tu dari rumah aku ke sekolah…dekat ½ jam perjalanan…sakit pinggang aku…nak buat macamne..redha je la…

6- Dulu Zam pernah buat gempaq dalam kelas…dia bagi satu kertas yang mengandungi ayat ni “KENAPA LELAKI & PEREMPUAN TIDAK BOLEH MENJADI SAHABAT BAIK”…kita orang pakat gelak je…sampai hari ni, dia jadi mangsa kutuk kita orang…kahkahkah…

7- Aku pernah terperanjatkan Khaer sampai dia melatah mencarut dengan kuat…time tu dia tengah khusyuk menyalin lirik lagu, aku senyap2 dari belakang sergah dia dengan ‘kompang’ Tupperware besar kat tepi telinga dia…sakit perut kita orang gelak…hehehehe…

8- Aku pernah kene sound dengan cikgu business sebab group kita orang tak present prospectus company…aku buat don’t know je…sebab group aku macam hampeh masa tu…tapi lastnyer aku dengan amoi jugak la yang kene present benda tu…bengang je…

9- Beg Zira yang baru beli, kita orang sorok…habis satu kelas kene tuduh…kwahkwahkwah…

10- Zira Zie pernah mengamuk sebab dia kata 1 kelas cuba nak menjatuhkan maruah dia time dia tengah presentation…masalahnyer kecik je…member kita orang tanya soalan tapi dia tak dapat jawab…nak cover malu, dia buat2 la mengamuk…pandai minah tu…hehehehe…

11- Gossip paling panas & terhangat ialah hubungan cintan Khaer & ‘SinChan’, Miza & ‘zila bakarin’, Shahril & Arma, Mat & Elis, Lin & Ian…

12- Kelas aku masa tu ada sepasang kembar, sorang ‘Amoi’ & sorang ‘Bacha’…

13- Kita orang pernah main bingo & mempertaruhkan Chea Tuck Yong sebagai ganjaran…sape kalah kene dukung anak cina tu & Khaer berjaya memilikinyer…siap dapat gelaran ‘baby din’..hahahahaha…

14- Aku, Sieyda, Miza & Suren pernah buat birthday party besar-besaran utk yang lahir bulan mac…kita orang jemput 1 kelas…tema party hitam, biru & putih…grand habis…best sangat…banyak hadiah aku dapat..hehehehe..

15- Sieyda & Miza pernah perang besar…sampai tak bertegur sapa beberapa hari…sian Zira tersepit antara 2…aku & Khaer sekadar boleh jadi pemerhati je…takot beb nak masuk campur…

16- Dulu cikgu paling sporting ialah cikgu PA 2…dia mengajar kat depan, kita orang mengunyah kat belakang...tak tahannyer cikgu pun join sekali…supplier kacang kita orang bebudak yang rajin p kantin la…hehehehehe…

17- Aku dulu bukan student baik sebab aku bukan belajar sangat dalam kelas…dah la duduk belakang, asyik menyembang, gelak ketawa & mengusik orang je…tapi aku tak pernah tido dalam kelas k…lagi 1, masa lower 6 aku selalu ponteng kelas…huhuhu…

18- Setiap kali time subjek Ekonomi, group aku kene p kelas lagi 1 utk subjek Bahasa Melayu…time ni la yang paling menakotkan group kita orang..tak tahu kenapa semua orang takot…mungkin cikgunyer tegas sikit kot…hehehehe..

19- Subjek yang aku tak berapa nak minat ialah subjek Business sebab mulut cikgunyer lebih bisa dari jelatang…boleh cair tahi telinga ni kalau dengar dia berleter & subjek sejarah 2 sebab cikgunyer selalu melalut…ajar sejarah Malaysia, dia p bukak sejarah palestin..apa kejadahnyer tu…tapi nasib baik dua2 subjek ni aku lulus…kihkihkih…

20- Time exam, kelas aku memang ‘kamikaze’…sebab semua kaki tiru…ada je cara nak meniru…yang tak tahannyer boleh siap pasing2 paper jawapan…Khaer pernah kantoi dengan cikgu Business…nak selamatkan diri, dia cakap orang sebelah tanya masa…1 kelas gelak…kwahkwahkwah…

Masa mula2 masuk sekolah KPP, aku memang tak suke sangat sebab macam tak boleh nak biasakan diri…tapi dah lama2 bebudak sekolah tu boleh terima baik diri aku, so aku dah mula selesa…banyak kenangan kat sekolah tu…memang aku akan kenang sampai bila2…boleh jadi citer bila berkumpul balik nanti…apa pun student 6A1 tetap da best!!


SaiF’4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada…
| 0 KoMeN |
Zaman dulu kalau ada lelaki @ perempuan yang belum berkahwin bila umur dah lanjut mesti dapat gelaran ‘bujang terlajak’,‘andartu’ @ ‘andalusia’. Tapi sekarang keadaan tu seperti sudah menjadi kebiasaan & kurang diambil berat lagi masyarakat moden. Kenapa ye?? Mungkin masyarakat hari ini lebih terbuka pemikirannyer berbanding dengan orang dulu2..apa yang hendak dikejarkan sangat dengan perkahwinan…tak kahwin pun tak apa..masih boleh hidup baik lelaki @ perempuan…dah tua hantar je ke rumah orang2 tua…banyak kat Malaysia ni….pilih je yang mana nak…hehehehe…
Entry hari ini aku nak bukak citer pasal KENAPA LELAKI MASIH @ SANGGUP MEMBUJANG…

1- Fokus pada kerjaya dulu…
Lelaki, dari dulu sampai la sekarang ini sememangnyer bercita-cita tinggi. Keutamaan dalam hidup mereka ialah kerjaya. Soal hidup tolak ke tepi…selagi dorang tak dapat apa yang dihajati, hal2 lain jatuh no 2…dalam otak dorang cuma fikir pasal rumah, kereta, ekonomi yang stabil, jawatan yang tinggi & macam2 lagi…kalau dorang berkahwin awal, takot semua yang di rancang terencat… mana nak fikir pasal cita2, pasal bini, pasal anak…serabut otak..tu yang tak bestnyer…huhuhu…

2- Masa ni la nak enjoy…sementara masih muda…
Kebanyakan lelaki tau yang berkahwin tu lebih ‘nikmat’ dari hidup membujang tapi mereka sanggup membujang sebab memikirkan ‘kenikmatan’ hidup solo…bukan apa, bila dah berumah tangga nanti tak bebas & tak boleh nak enjoy sakan…tangan & kaki kene rantai…tu yang mereka sanggup postpone dulu dari terus berkahwin di usia yang muda…kita enjoy!!!

3- Bimbang dengan penampilan baru mereka…
Bila sudah menjejakkan kaki ke alam berumah tangga, lelaki bimbang saham mereka jatuh…& yang lebih mengerikan bila ada perubahan pada diri mereka…perut dah sama besar dengan wife yang sedang pregnant anak ke2 & rambut kian menipis macam baby…aduh!! Mana ada awekz2 yang nak pandang lagi…jangan kata sebelah mata, toleh pun tak ingin…huhuhuhu…better hidup bujang…

4- Teringatkan peristiwa lampau…kira trauma la…
Pengalaman lepas banyak mengajar lelaki utk berhati2..mungkin jugak menyebabkan dorang jadi trauma yang amat sangat…pergaduhan, penderaan, perpisahan & penceraian ibubapa menyebabkan lelaki takot utk terikat dengan mana2 perempuan sebab takot perkara yang sama akan berlaku…selain itu, kecewa akibat putus cinta @ tunang turut menjadi faktor lelaki zaman moden ini sanggup membujang sampai ke tua…cinta pertama yang selalu membuatkan lelaki menderita…hhmmmm…

5- Hantaran tinggi…mana mampu!!!
Zaman sekarang ni, kalau korang perasan la makbapak sanggup meletakkan hantaran yang tinggi mengalahkan artis terkenal…kononnyer utk masa depan anak dia la…kalau la rasa anak dorang tak ada masa depan bila berkahwin lebih baik jangan dikahwinkan…simpan je kat rumah buat jeruk…nak tengok jugak sampai bila la anak dara dorang tu boleh bertahan dengan harga yang makbapak dia tetapkan tu…hahaha…ni la salah 1 faktor yang menyebabkan lelaki bujang semakin ramai…kadang2 awekz dorang ni jenis tak faham bahasa melayu…kene cakap bahasa undu agaknyer…hehehehe…ingat senang ke nak kumpul duit…nak bayar hutang lagi, nak bagi kat family di kampung lagi, perbelanjaan peribadi lagi…ingat yang ‘dalam2’ tu tak payah tukar ke??? Tak kan nak tunggu dah jadi roti kirai baru nak tukar baru…kahkahkahkah…

6- Belum ada yang sudi nak sehidup semati…
Nak kata lelaki hari ni tak ensem, tak berduit…tak boleh jugak sebab lelaki hari ini bukan macam lelaki dulu…dulu mana ada gym, spa, mana ada ubat kurus…sekarang ni macam2 ada…yang tak ensem boleh jadi macho, yang over saiz boleh jadi fit…tapi apa yang perempuan cari & pandang pada sorang lelaki?? Nak kata dorang tengok kesuburan…mana dorang tau sebab tak cuba lagi…kalau dah cuba baru tau…hehehehe…(ops..18sx…budak bawah umur jangan baca…)…yang hakikatnyer, perempuan hari ni jual mahal…konon nak test market…mana tau kot2 boleh dapat datok…silap test dapat datok bercucu…sia2 dapat pangkat nenek segera…lelaki bujang pulak terus la kempunan…ahakzahakzahakz…

7- Lelaki bujang ni ‘PLU’!!!
Tak tau nak cakap apa….



Aku??? Membujang ada keseronokannyer…Berkahwin ada kenikmatannyer…biar masa yang menentukan segalanyer…




SaiF’4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada…
22 July 2009 | 0 KoMeN |
1- Aku student paling banyak problem dulu..xpcially masa form 4...pening kepala cikgu2 fikir pasal aku...tapi lastnyer aku jadi student yang berjaya jugak…hehehehe…kira terbalas jugaklah jasa cikgu2 aku tu…

2- Aku ada group sendiri…laki + perempuan…best bila berkumpul ramai2…sampai ustaz naik pening…yela mana tak peningnyer student laki bergaul bebas dengan student perempuan...tapi kami tak ambik pusing pun…kesian ustaz…huhuhuhu…

3- Group kami ni dulu anti student melayu...huhuhu…bukan apa sekolah aku dulu majority student chinese…kita orang lebih rapat dengan Chinese berbanding melayu…sebab yang melayu semua macam kutu berahak…hahahaha…

4- Aku dulu bukan sorang pengajar yang baik sebab aku cepat naik angin…kalau member tanya tentang satu2 subjek, aku akan ajar tapi sekali je..member2 aku mesti kena faham terus...jangan tanya 2,3 kali..kalau tak, memang cari nahas..hhmmmm..

5- Kawan aku nama Kyra pernah dapat pangkat ‘bodoh’ dari aku sebab dia tak faham2 subjek matematik…penat aku ajar…sori la beb..bukan sengaja..menyesal aku…tapi sebabkan kata keramat tu dia lulus subjek matematik (kata Kyra la…)…syukur…

6- Aku pernah kene tegur/marah dengan cikgu geografi sebab menari & menyanyi lagu latin dalam kelas…aku ingat cikgu tak nampak…member2 semua gelak...celaka…malu beb!!

7- Aku & Khaer pernah ‘terkena’ dengan cikgu kaunseling…lepas tu terus serik nak jumpa…bila nampak dia, mesti lari menyorok..terkena apa?? Tu tak boleh bagitau..hanya aku & Khaer je yang tau…huhuhu..

8- Pernah terpilih jadi prefect masa form 1 & 2…lepas tu dah malas sebab aku tak suke terikat pada peraturan sekolah…bosannn!!!!

9- Kawan aku nama Diela pernah terminum air budak perempuan india (kita orang panggil dia serombong kapal..hahaha..) tah macam mana dia tak perasan terambil botol air budak tu…dah minum baru sedar…nak cover malu, dia kata RAKYAT MALAYSIA BERBILANG KAUM, TAK KISAH BERKONGSI…geng aku punyer la gelak…statement poyo nak cover malu…kahkahkahkah…

10- Dulu time subjek agama, kita orang kene duduk surau, mengaji…student lain duk tekun mengaji, aku & Khaer dengan selamba menyanyi kat belakang…Khaer siap bawak lirik lagi…kita orang nyanyi lagu mercy gray..tengah hot masa tu…hehehe..memang jahilliyah betol…huhuhu..

11- Kita orang dulu giler sangat dengan penyanyi britney spears, backstreet boys, n’sync, westlife…sanggup beli magazine & poster dorang…siap jadi pembalut buku teks sekolah…kalau boleh everything mesti ada kaitan dengan dorang…memang besar pengaruh dorang…hehehehehe…

12- Time rehat kita orang jarang p makan tapi duduk lepak kat library…tiap2 hari sampailah habis form 5…pecah record kita orang tak jejak kaki ke kantin sekolah…kihkihkih…

13- Member aku, Zira pernah kene gossip dengan sorang student Chinese…sebabnyer, student tu pernah kene hysteria…semuanyer gara2 Zira…kalau ingat balik memang tragis & sadis…sampai hari ni kita orang tak boleh lupa peristiwa tu…ahakzahakzahakz…

14- Aku, Sieyda, Kyra & Tuty pernah menang gravity competition sempena minggu bahasa inggeris…tempat ke-2 dalam melukis poster & kalah dalam pertandingan sudut goegrafi masa minggu kemanusiaan…kelas kami pulak dapat tempat ke-3 dalam pertandingan menghias kelas sempena hari kemerdekaan…best memory forever…

15- Sieyda dulu syok kat sorang student Chinese…muka tak mandi…tapi dia kata ensem…eeeee…geli aku…uwekkss…

16- Kyra pengidap elergi sepi tahap babun…dia tak boleh tengok benda kotor..mesti nak muntah..ingat lagi, masa tu mata dia termasuk air liur sorang student Chinese, terus dia nak muntah…siap bertenggung tepi tong sampah sambil makan asam boi…kita orang pakat gelak je…kwahkwahkwah…

17- Subjek yang aku paling suke pendidikan seni, bahasa melayu & geografi, yang lain2 biasa2 je…teacher yang paling aku tak berkenan nama madam tham…terus-terang ni…teacher lain semua ok & best…

18- Qiesh pernah kene baling botol air dengan Khaer masa nak ambik picture kat taman PIBG..tak sangka Khaer baling betol2…tepat kene dada dia…sakit tuuuu…tapi lepas tu kami gelak berdekah2…

19- Suara Shinie memang boleh bergegar satu kelas…macam halilintar suara dia..pekak telinga aku yang duduk sebelah dia dulu…hehehehe..

20- Dulu aku tak suke berkawan dengan student dari kelas tercorot…jangan mimpi aku nak pandang…jahatkan aku…huhuhu…tapi sekarang aku tak kisah nak kawan dengan sape2 pun…manusia semua sama...darah tetap merah warnanya…
bila dikenang balik, aku gelak sorang2 macam orang tak betol...tapi aku bukan la giler k...aku waras lagi...hahaha...pada member2 sekolah yang baca blog aku ni, aku tau korang mesti tengah gelak jugak...hehehehe...apa2 pun zaman sekolah dulu yang paling best bagi aku...sampai mati aku akan ingat...huhuhuhu...
SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...
18 July 2009 | 0 KoMeN |
hukum karma...korang mesti pernah dengar perkataan ni...tapi korang tau ke apa makna hukum karma tu???aku??? entah...aku sendiri pun tak tau sangat secara terperinci tentang makna hukum karma ni...entry kali ni aku up tajuk ni...jom baca...yang tak tau membaca boleh la mengeja ye...hehehehe...
ada pendapat yang mengatakan hukum karma ni hanya utk ajaran agama hindu je...betol ke???aku sendiri kurang pasti...tapi kalau korang berfikir secara logik dengan menggunakan akal yang diberikan oleh Tuhan pada korang (yang tak reti guna otak jangan baca...)hukum karma tu bermakna pembalasan terhadap sesuatu perbuatan sama ada yang baik @ tak baik...rasanyer semua agama menggalakkan penganutnyer utk berbuat baik & menghindari perkara yang jahat...betol tak??? dalam kepercayaan mereka juga ada menyelitkan tentang pembalasan terhadap setiap perbuatan yang dilakukan...bukan ke itu bermakna mereka turut mempercayai hukum karma???kenapa ada pendapat yang berbeza???hhmmmm....
kita tengok pulak dari sisi agama islam...kalau disorot sejarah lama, agama islam tu sendiri ada sedikit pengaruh agama hindu....(aku tak nak ulas banyak2 sebab aku dah tak berapa ingat sangat subjek sejarah ni..takot tersalah fakta...kalau rajin korang bukaklah balik buku teks sejarah dulu2 k...) dalam islam kita mungkin jarang menggunakan istilah hukum karma ni...selalunyer kita akan diajar utk mempercayai Qada' & Qadar...setiap apa yang berlaku adalah dugaan utk menguji tahap keimanan kita sebagai hamba-Nya...pembalasan perbuatan yang kita terima bukan tujuan utk menghukum sebaliknyer lebih kepada utk menyedarkan kita dari kesilapan yang dilakukan...supaya kita bertaubat...menginsafi & berazam utk tidak mengulanginyer lagi...tak semestinyer bila kita buat kesalahan tu hari ni, esok kita akan di timpa musibah...mungkin ada tapi tak selalu & kita kene ingat jugak kalau tak di balas di dunia, kita pasti akan menerimanyer di akhirat...sebab itu kita digalakkan utk mempercayai hari kiamat iaitu hari di mana segala kebaikan & kejahatan yang pernah kita lakukan sepanjang hayat kita dihisab...
secara keseluruhannyer, hukum pembalasan ini bersifat universal...boleh berlaku pada sesiapa saje & bila2 masa...pembalasan tidak bergantung pada akidah agama tertentu @ terikat pada sesuatu peraturan...percaya @ tak, setiap daripada kita pasti akan menerima pembalasan yang setimpal...yang membezakan pembalasan antara kita semua ialah baik @ buruk, cepat @ lambat...itu aje...
so pada korang yang tak percaya dengan hukum pembalasan @ yang tak sedar2 diri lagi tu...rumah kata pergi, kubur kata mari...fikir2 kan la ye...(sori kalau tersentap...aku hanya manusia biasa...)
aku??? totally believe in hukum karma...what goes around, comes back around...what u give, u will get back...juz a matter of now @ later...so watch out guys....huhuhuhu...






SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...
15 July 2009 | 0 KoMeN |
malam semalam aku dengan gigih & tabahnyer mendownload citer2 18sx dalam u-tube...hahahaha...gurau je...sebenarnyer, aku duk download citer group senario yang dulu2...dah line internet lembab nak mampus...memang kene maki-hamun, carut-marut je dengan aku...(tak perlu nak hipokrit..be myself..huhuhu..)pukul 3 pagi aku tak tido2 lagi duk tunggu citer2 yang aku download..dah habis download, aku nonton la kejap...nak pecah perut aku gelak sorang2 depan komputer...sampaikan parent aku terjaga dari tido..mesti dorang pelik..giler ke anak dia yg sorang ni...duk gelak sorang2 tengah2 pagi buta..aku rasa kalau pontianak lalu sebelah rumah aku mesti cabut lari sebab dengar aku terkekek2...kalah vokal pontianak tu...hehehehe...kalaulah rumah aku ni tepi jalan, confirm orang kata aku meroyan...hahahaha...aku ni bukanlah peminat setia group senario ni, aku cuma minat bila tengok lawak dorang yang kadang2 sengal tu..sesekali tengok boleh la...nak relax..
tapi memang best la bila tengok balik citer2 lama ni...hahahahaaha....tah apa mimpi tah aku mengidam nak tengok citer senario yang lama2 tu...
hari ni aku sambung lagi mendownload...tak ada keje, cari keje...huhuhuhu...


::gelak ketawa boleh hilangkan stress..tak percaya..cubalah...





SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...
14 July 2009 | 0 KoMeN |
1st sekali sori sebab selalu post citer2 sedih dalam blog ni..mesti ada yang beranggapan aku ni terlalu berfikiran negatif, hidup di selubungi aura negatif..bukan apa, aku sekadar ingin berkongsi dengan korang semua sebab aku tau semua orang akan melalui saat2 sedih dalam hidup masing2..jadi aku kongsi apa yang boleh di kongsi bersama..sekadar membantu kawan-kawan yang mungkin mengalami masalah. Diharap melalui pembacaan dari blog ini perkara negatif dapat digantikan dengan perkara yang positif..semoga hidup korang lebih tenang…Insyallah…
Kecewa…semua orang pernah laluinya…lumrah hidup…tipulah kalau ada yang kata tak pernah mengalami kecewa dalam hidup dia…tu pembohong namanyer…tapi kalau korang perasan la, setiap kali kita sebut perkataan KECEWA, ramai yang mengaitkan dengan CINTA..kenapa ek?? Heran bin ajaib aku…rasa kecewa tu hanya utk yang bercinta je ke?? Pelik aku...mari sini aku nak perbetulkan sikit pemikiran korang…cinta itu cuma salah 1 faktor yang menyebabkan berlakunyer kekecewaan. Namun hakikat sebenarnyer, kecewa itu terlalu luas..kecewa boleh terjadi dalam semua keadaan..tidak hanya dalam percintaan je..ingat tu..bukan dalam percintaan je..diulang sekali lagi..bukan utk yang bercinta je…
rasa kecewa berlaku apabila seseorang itu gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati, keinginannyer tak dapat dipenuhi..contohnyer, korang tak dapat beli jam tangan yang korang nak sangat sebab duit tak cukup..tengok je la jam tu..telan air liur berkali-kali..dalam hati kecewa & sedih.. jalan pun, alahai..lemah longlai…tak bermaya..hehehehe..
Ramai yang berpendapat rasa kecewa itu hanya mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri..bila kecewa, diri rasa tak bersemangat, sedih, moody, sampai kadang2 ada yang nak bunuh diri…(tu memang kritikal tahap dewa tu…)Tapi korang lupa dalam kekecewaan tu mesti akan terbit 1 semangat baru, membara, menyala-nyala, kebabomm..korang mesti berazam nak kumpul duit..nak dapatkan jugak jam tu..selagi tak dapat, selagi tu korang tak akan puas hati..korang mesti berusaha bersungguh-sungguh..betul tak?? Tu kan perkara positif..dari aura negatif dikitar semula menjadi positif..bagus apa rasa kecewa tu…jangan pandang rasa kecewa tu dari sudut yang negatif je…
Kalau kita sentuh dari sudut agama pulak…(kamek mo jadik ustaz sekejap tok…iboh marah…hehehehe)..rasa kecewa tu adalah ujian dari Allah swt kepada hamba-hamba-Nya..Dia ingin melihat sejauh mana korang mampu dan sanggup menghadapi dugaan yang diberikan…kebanyakan dari korang sering kecewa apabila impian & rancangan hidup korang tak kesampaian…sebenarnya tak semua yang korang rasakan baik itu baik & yang buruk itu buruk…hanya Allah swt yang lebih tau dari korang tentang baik @ buruknyer sesuatu impian & rancangan hidup korang tu…korang tak perlu rasa kecewa jika gagal mendapatkan apa yang korang hajati sebaliknyer korang patut bersyukur kerana ada hikmah lain yang mungkin lebih baik dari yang korang hajati sebelum ini yang ingin dianugerahkan oleh Allah swt pada korang…
So aku nak nasihat sikit kat korang semua…jangan kecewa jika apa yang dihajati tidak tercapai..terima dengan hati terbuka & tenang…Allah swt lebih tahu apa yang terbaik utk diri korang semua..ingat tu…jangan pulak sampai nak terjun dari jejantas LRT sebab kecewa…korang bukan saja membahayakan diri korang tapi jugak orang lain..in fact menyusahkan semua orang…family, masyarakat sekeliling, polis, bomba, hospital & benda yang tak bernyawa seperti jejantas, LRT pun terlibat jugak..hehehehe..kesian…..
Jadi fikir2 kan lah apa yang aku tulis ni…Tuhan dah bagi otak …masa ni lah nak guna otak korang tu..jangan di biarkan berkarat...hehehehehe…iboh marah kamek…kamek gurau jak….

Aku??? Selalu dikecewakan…lebih kecewa bila tak dapat makan buah strawberry bersalut coklat…kecewanyerrrr…huhuhuhu…istighfar…istighfar..istighfar…
(hipokritnyerrrrrrrrr….kihkihkih)

SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...
10 July 2009 | 0 KoMeN |
It looks like heaven to see you walk,
To see the way you're moving on
Sounds like an angel, when you talk
The words come out like in a song
Never thought what love could do inside
You're the place where I can hide
It feels like heaven, to be with you
When you treat me like you do
Every minute of the day just with you
I wanna stay,
There will be no end…
We've got an everlasting love
So pure, divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time
Could draw a picture just by heart
Know every line on your face
You stopped me doing from the start
All the things I used to chase
Every minute of the day just with you
I wanna stay,
There will be no end...
We've got an everlasting love
So pure, divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time
Should you ever, should you ever
Have any doubt about you and me
Please don't ever, no love never
Don't hesitate to tell me how it should be
We've got an everlasting love
So pure, divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time
We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time
An everlasting love… An everlasting love...

sori guys, tak ada cite menarik... so then, i juz put dis lyrics untuk di hayati bersama...huhuhu...enjoy it..!!
SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...
07 July 2009 | 0 KoMeN |
Jika memancing ikan & setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah diambil ikan itu…
Jangan sesekali LEPASKAN ikan itu ke dalam air begitu saja kerana ikan itu akan SAKIT oleh bisa ketajaman mata kail & mungkin ikan itu akan MENDERITA selama hidupnya…
Begitulah juga…
Setelah kamu memberi HARAPAN yang tinggi kepada seseorang…Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu, hendaklah kamu MENJAGA hatinya…Jangan sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersama-sama kamu & mungkin tidak dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…
Jika MENADAH air biarlah berpada-pada…
Jangan terlalu berharap pada takungannya & menganggap ia begitu teguh…Cukuplah sekadar untuk KEPERLUAN saja kerana apabila ia mulai RETAK, bukan mudah MENAMPAL & MEMPERBAIKINYA semula…
Bukan juga DIBUANG terus begitu saja…
Begitulah juga…
Jika kamu sedang MEMILIKI seseorang, TERIMALAH dia seadanya…Janganlah terlalu MENGAGUMINYA & mengganggapkan dia begitu ISTIMEWA…Sebaliknya anggaplah dia sebagai MANUSIA BIASA kerana apabila dia melakukan KESILAPAN , tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan itu BERTERUSAN hingga ke akhir hayat…
Bukannya MENGHUKUMNYA & MENINGGALKAN dia begitu saja hanya kerana berasa terlalu kecewa dengan sikapnya…Hubungan itu akan TERHENTI begitu saja…
Jika MEMILIKI sepinggan nasi yang baik untuk diri kamu, yang MENGENYANGKAN & BERKHASIAT …Mengapa perlu berlengah lagi mencari makanan yang lain kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN …Kelak, nasi itu akan BASI sendiri & tidak boleh menikmatinya lagi…Pasti kamu akan MENYESAL
Begitulah juga…
Jika kamu telah bertemu dengan seseorang INSAN yang boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu…MENYAYANGIMUMENGASIHIMU & MENCINTAIMU,Mengapa perlu berlengah lagi dengan MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain hanya kerana terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……Kelak, dia akan BERJAUH HATI & kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi hak milik orang lain…Kamu juga yang akan MENYESAL & ketika itu tidak ada gunanya lagi MENANGIS
Oleh itu, janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama dalam mencapai KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita mampu memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang & akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…kita pasti akan BAHAGIA, BAHAGIA & terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA

KESEMPURNAAN itu tidak pernah ada di kalangan insan ciptaan-NYA

Fikirlah sendiri…Tuhan dah bagi otak kat korang semua…gunalah sebaik-baiknya…
aku?? Sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan & kekurangan diri sendiri…



SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...
06 July 2009 | 1 KoMeN |
::::::::::UNDER CONSTRUCTION::::::::::
::::::::::UNDER CONSTRUCTION::::::::::
::::::::::UNDER CONSTRUCTION::::::::::
tak tau bila boleh siap....soriiiii....
SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...
02 July 2009 | 0 KoMeN |