twitter

Mencari sesuatu yang indah
Tak ku ketemui yang di harapkan
Apakah perjalanan hidupku sampai di sini
@ mungkin tiada penyudah
Mencari sesuatu yang bahagia
Tak ku ketemui yang didambakan
Apakah pelarian ini disini noktahnya
@ mungkin terus berkelana
Aku rindukan kedamaian,
Aku rindukan ketenangan
Di manakah harus ku cari cahaya mentari
Menyelubungi hidupku yang kelam
Tiada siapa kan peduli,
Tiada siapa kan mengerti
Resah melanda diri
Aku mencari-cari diriku...
SaiF'4eveR
29 April 2009 | 2 KoMeN |
dalam hidup ni aku memiliki banyak peluang untuk berbicara..
tapi aku tak tahu macamne nak memulakannyer...
bukan aku takot pada perubahan...
tapi takot untuk mengambil risiko..takot orang bengang...takot orang risau...takot orang salah sangka...
tak semua boleh memahami kita apatah lagi terima kita seadanyer...
oleh kerana itu aku diam membisu, memendam seribu kata2 jauh di dasar hati ini selagi aku mampu bertahan...
SaiF'4eveR
28 April 2009 | 2 KoMeN |
sakit aku semakin beransur pulih. tekak aku tak lagi perit, loya2. aku dah boleh makan seperti biasa cuma dalam kuantiti yang sikit..selera aku masih di tahap rendah..
beberapa hari diam tanpa kata2, kini aku kembali meluahkan segala yang terpendam di hati aku ini. selama 'pertapaan' aku beberapa hari ini, hati & fikiran aku tidak pernah berhenti menilai kembali diri aku sendiri..siapa aku?? apa yang aku cari?? mengapa aku jadi begini?? semua persoalan yang timbul hadir tanpa jawapan yang pasti & meragukan hingga menyesakkan setiap rongga pernafasan aku. mungkin aku tidak bijak @ buta dalam menilai diri aku sendiri. pada kanta mata aku, diri aku sudah cukup baik, cukup hebat, cukup bagus, cukup dari segala yang cukup. aku terlalu gah & bangga dengan diri aku sendiri hingga kadang2 aku lupa siapa aku?? dari mana aku??..hingga adakalanyer juga membuatkan orang2 disekeliling aku berasa jelik, muak, loya melihat diri aku..tapi aku tetap begitu. tiada apa yang berubah..pada yang faham mungkin mengerti diri aku tapi pada yang tidak kenal, pandangan selalu terpesong. sukar untuk di gambarkan diri aku melalui kata2..jiwa & hati aku perlu diselami untuk jauh di fahami, untuk jauh dimengerti, untuk jauh dikenali..
bagaimana perjalanan kehidupan kini?? bahagia? gembira? tenang? muram? sedih? @ tak ada apa2..aku pun tak pasti. diri aku ibarat pembaris plastik yang boleh dilentur ke kiri & ke kanan..bermakna perjalanan seharian hidup aku berubah mengikut arah lenturan..susah untuk difahamikan?? orang kata kebahagiaan, ketenangan & kegembiraan akan hadir jika hati kita bersih dari segala kebencian, rasa dendam & yang penting ikhlas dalam memberi & menerima..betol ke?? aku tak pasti sama ada hidup aku selama ini berpaksikan keikhlasan @ tidak. mungkin aku sekadar 'berteater' untuk menutup yang hitam agar tampak putih di mata orang lain. sedangkan hakikatnyer hidup aku lompang, kosong. ibarat seperti tin yang berkarat. penuh dengan kebencian & dendam kesumat. ibarat virus bahaya yang pantas membiak hingga mampu memakan diri aku sendiri. mungkin tak terlihat di mata tapi sikit demi sikit, jika tidak dibendung segalanyer akan merebak menjadi darah daging & pada ketika itu, mampukah aku untuk berubah??
hidup ini tidak pernah sunyi dari dugaan & cabaran. setiap dari kita akan sentiasa diuji. bezanyer cuma besar @ kecik, lambat @ cepat ujian yang perlu kita hadapi. aku tidak terkecuali..dari aku kecik sampai la umur aku dah menjangkau usia 24 tahun, macam2 dugaan & cabaran aku dah tempuh..tapi persoalannyer, redhakah aku melalui setiap halangan yang diperturunkan?? ikhlaskah aku menerima setiap cabaran yang mendatang?? ucapan syukur kerapkali terungkap dibibir tetapi selarikah ia dengan bisikan hati aku ini?? bohonglah andai aku mengaku diri ini tak pernah merungut, tak pernah menyesal, tak pernah mengeluh..aku bukan Malaikat, aku bukan Nabi. aku hanya manusia biasa yang penuh dengan kekhilafan & dosa. fitrah manusia kadang alpa siapa dirinyer. jika semua manusia sama, dunia ini tidak bercorak & berseni..
mampukah aku berubah?? dari sifat jahat ke baik, dari negatif ke positif..bolehkah aku menjadi seperti manusia lain, hidup gembira, hati tenang dengan penuh rasa kesyukuran tanpa ada rasa benci & dendam..berupayakah aku melupakan segala2nyer?? menghapus segala virus yang telah memakan diri aku selama ini..masihkah ada kesempatan untuk aku?? jika ada, bagaimanakah caranyer?? ajari aku, bimbingi aku agar aku dapat merasai kemanisan hidup di dunia ini. biarpun hanya untuk sesaat kehidupan..berilah aku ruang & peluang itu..
SaiF'4eveR
27 April 2009 | 2 KoMeN |
blog akan di update seperti biasa tidak lama lagi..
proses pengubahsuaian sedang dijalankan..
harap maklum...
SaiF'4eveR
24 April 2009 | 0 KoMeN |
kepada semua pembaca...
:: proses mengupdate blog ini akan diberhentikan buat sementara waktu...
:: aku tak berapa sihat..kesihatan tak mengizinkan...
:: blog akan di update seperti biasa selepas aku pulih...
:: harap maklum...
:: jumpa next time...salam
SaiF'4eveR
19 April 2009 | 0 KoMeN |
aku baru balik dari KL..sikit citer utk di kongsi dengan semua..

17 April 2009


1st wish kat my parent "HAPPY ANNIVERSARY KE-26"..
*semoga ayah & mak diberikan kesihatan yang baik, panjang umur & gembira selalu..
*semoga keluarga kita dimurahlan rezeki & bahagia hingga ke akhir hayat...amin...
*terima kasih kerana telah membesarkan kami 4 beradik dengan baik tanpa ada rasa jemu & lelah..terutama membesarkan aku anak yang paling degil, hati batu & keras kepala ni..terima kasih utk segalanyer..
*maaf sebab tak dapat meraikannyer bersama2 sebab aku ke KL..
*thanx kat adik2 yang tolong meraikannyer..harap ayah, mak & yang lain2 suke dengan kek yang aku belikan tu..walaupun tak mahal tapi aku ikhlas..
aku sampai KL lebih kurang pukul 5 lebih, bro adi janji nak ambik kat Pudu..aku tumpang tido rumah dia..teman dia jap settle keje kat opis dia. habis terus dia bawak p carefour & makan kat wangsa maju..sampai rumah dia dalam pukul 10 lebih..lupa pulak, happening giler la staff bro adi..baru kenal sape big mama..hehehehe
18 April 2009
pagi2 lagi aku dah kene bangun..bro adi kene hantar aku ke hotel tu awal coz dia nak ke tanjung karang..dah sampai sana aku lupa nak bawak photostat ic & sijil, gamble je p cari kat sekitar hotel tu..memang tak ada kedai yang bukak seawal 7 pagi tu..aku terus menapak sampai la jumpa 1 bangunan yang ada 7 E..ingatkan ada photostat tapi tak ada..terus cari lagi, then jumpa kedai surat khabar, & nasib baik ada mesin photostat..interview dalam pukul 10 lebih & dalam kul 11 lebih terus balik..tak ada rezeki lagi..kene cuba lagi lepas ni..yang pasti aku tak akan jemu utk terus mencuba nasib utk mendapatkannyer..biarpun sampai ke akhirnyer..
balik kene tunggu bro adi ambik..aku lepak kat KLCC sorang2..bosan jugak dari 1 kedai ke 1 kedai aku masuk, dari 1 level ke 1 level aku naik..penat jalan..lepak pulak kat taman depan KLCC tu..tapi bro adi, malam baru boleh ambik aku..lastnyer aku call Gee mintak tolong..aku memang dah penat & ngantok sangat time tu..tak boleh tahan dah duduk kat KLCC tu..Gee teman aku sampai bro adi ambik aku dalam kul 9 lebih..sampai rumah, lepas mandi & solat terus tido..
:: terima kasih Gee coz tolong aku..terima kasih jugak utk nasihat..memang tersentap..tapi tak ambik hati..cuma minda terbukak berfikir utk menilai & melihat kembali diri aku ni..
19 April 2009
aku bangun awal, after solat kejut bro adi..ingat dia nak hantar aku ke Pudu pagi tu, rupa2nyer dia sambung balik tido dia..huhuhu..tak pe la, aku malas nak kejutkan dia. tahu dia penat..biar dia rehat dulu..tak lama tu Gee call..nak hantar aku ke KL sentral/Pudu..aku terima je la..aku memang cadang nak balik pagi..malas nak balik petang..aku kejut bro adi mintak hantar ke 1 utama..Gee tunggu kat sana..aku balik naik train pukul 9.30 pagi..after breakfast dengan Gee terus nak train..
:: terima kasih bro adi coz tumpangkan rumah, hantar p interview..maaf menyusahkan bro..tak lupa jugak kat roomate bro..terima kasih coz kasi pinjam bilik & everything..thanz a lot..
:: terima kasih Gee coz hantar ke Kl sentral..sori menyusahkan u..
tu je bingkisan utk entry kali ini...salam semua...
SaiF'4eveR
| 2 KoMeN |
aku rasa diri aku ni memang dah giler tahap cipan agaknyer..berani sangat..tu 1 hal, tak bertempat pulak tu..xtream habis..hari ni aku keluar ke post office, settlekan semua surat pemohonan kerja. lepas tu aku cari tiket train ke KL tapi tak ada pulak. terus aku ke stesen bus..beli tiket bus..nasib baik ada..balik tu aku terus ke saloon favourite aku kat Jelapang, gunting rambut aku yang makin panjang ni..nak di jadikan citer, time aku balik berhenti kat traffic light, ada la sorang mamat ni..tengok muka, selebet je tapi sexy pakai seluar pendek..nampak la bulu kaki dia yang bergulung2 tu..kwahkwahkwah..bila dia paling muka je, aku cepat2 pandang tempat lain...cover malu..hahahahaha...2nd time aku jeling sekali lagi kat mamat selebet ni...aramak..!!! tangan, kaki penuh parut daaa...mamat selebet ni naik motor EX5 Honda je tapi perrhhh...motor dia cun giler..dah modified sana sini. tak macam tuannyer..hampeh..memang da bomb dia punyer motor kalau nak dibandingkan dengan Modenas Kriss aku yang tak berbasuh tu...(ooppss, pecah rahsia..hehehehee)..memang kalah la..
aku pun saje la gatal test power, press minyak motor macam orang nak start racing..fuh..!! tak sangka ada response. lagi kuat dia press minyak motor dia. aku pun apa lagi makin galak la..aku saje ke depankan sikit motor macam orang tak sabar2 nak mulakan perlumbaan. dia pun tak mengalah, melawan balik. dia ke depan jugak motor dia. tayar motor dia selari dengan tayar motor aku..memang jiwa rempit mamat selebet ni..tapi aku buat selamber je..
bila lampu hijau menyala je aku terus press minyak motor jalan dulu. laju aku tinggalkan mamat selebet tu..hahahaha..aku ingat dia tak heran. bila aku tengok kat side mirror, rupanyer dia kejar aku dari belakang. wah, ini dah rasa tercabar. aku pun apa lagi macam kilat la bawak motor..dari 80km/j naik ke 90km/j..sedar2 dah 100km/j menghampiri 110km/j..laju giler aku bawak, tak pernah aku bawak motor selaju tu..terasa macam melayang2 je aku atas motor..huhuhuhu..sampai 1 tahap tu, mamat selebet tu pintas motor aku..siot betol..ni yang tak puas hati ni..aku pun try la kejar..aku bukan boleh orang pintas memintas aku ni..terbakar jiwa aku ni..heheheehehe..lastnyer berjaya jugak..baru mamat selebet tu tahu sape aku. jangan ingat aku tak reti merempit...jangan pandang aku sebelah mata, nanti kejantanan mu tercabar (pinjam lagu anita sarawak..hehehe)
race antara aku & mamat selebet di akhiri dengan kemenangan aku di tempat kedua..ahakzahakzahakz..mamat selebet tu mesti kembang jubo (ooppss, sensor sikit) sebab dapat kalahkan aku..macam celaka je. kalau tak sebabkan lori besar halang laluan aku, rasanyer aku lah juaranyer..yang lori tu pun 1, jalan tu jugak la dia nak lalunyer macam dah tak ada jalan lain je. dah tu bawak macam siput..lembab macam siput..babi..aku ni dah la takot nak pintas lori besar2 ni. buatnyer salah pintas, kene gilis lumat aku dek lori tu nanti..dah tak bernyawa..huhuhuhu..
tak pe la walaupun tewas, at least aku sahut cabaran mamat selebet tu. lagipun aku ni amatur je, mamat selebet tu nampak macam dah pro je. so tak terkilan la sangat. kiranyer aku kalah dengan bermaruah la katakan..(nasib baik tak arwah)..hehehehe..
mesti korang tak percaya dengan citer aku ni tapi ni la hakikatnyer. memang berlaku kat aku hari ini..rasa teruja sangat..orang merempit tengah malam buta tapi aku merempit tengahari buta. tapi bagus jugak merempit siang2 buta ni sebab aku ni rabun malam, tak nampak jalan...kwahkwahkwah..pada yang tak percaya terpulang..huhuhuhu..
kepada pembaca blog yang mempunyai group rempit & memerlukan ahli baru, aku mengofferkan diri aku..hubungi aku secepat mungkin. confirm lepas ni group korang menuju puncak kegemilangan..hehehehe..aku ni nampak je macam sopan santun (sopan ke aku..??) tapi jiwa aku, jiwa rempit..hahahahaa..
memang peristiwa yang aku tak boleh lupakan seumur hidup..suke2 ati aku je nak merempit. kalau mak ayah aku tahu haruslah kene fire..huhuhuhu..tapi nak buat macamne, dah anaknyer ni keras hati & terlebih berani sekarang ni...berani buat, tanggung la risiko..huhuhuhu..kene la terima kenyataan. semakin hari, aku semakin berubah. aku bukan lagi diri aku yang dulu..
entah la sejak 2 menjak ni sikap aku jadi tak menentu..mungkin sebab aku ingin melepaskan geram, meluahkan rasa kekecewaan & kesedihan yang terbuku dalam hati & jiwa aku ni..melakukan perkara2 yang tak pernah aku fikir untuk aku lakukan buat aku rasa puas. aku merasakan seolah2 terbang semua permasalahan yang ada dalam diri aku ni..cuma 1 benda je yang aku tak pernah cuba lagi..jengjengjeng..takot jugak nak cuba sebab aku muda lagi..kalau dah ketagih susah pulak..lalok je..hehehehe..harap2 aku tak terlibat la dengan najis dadah...gelap masa depan aku...huhuhuhuhu..
ok lah, malas nak merapu dah..aku juz nak share xperience aku jadi mat rempit hari ni..memang best..memang teruja..aku dah cuba, anda bila lagi..??..ada bran..??..try la...
salam rempit...wengwengweng...
SaiF'4eveR
16 April 2009 | 0 KoMeN |
**Rawan**
Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu
Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku
:: dengarkan lagu Rawan nyanyian Azharina
:: segala tafsiran ada dalam setiap bait2 kata
:: terserah pada pembaca untuk memahaminyer
SaiF'4eveR
14 April 2009 | 0 KoMeN |
aku baru je balik dari KL petang ni...selama 3 hari 2 malam aku 'berkampung' kat sana..dengan muka tak malu & selambanyer aku menyusahkan orang lain..hehehehehe..
1st nak say TQ kat Gee (bukan nama sebenar..opss..terpaksa letak nama ni demi menghormati permintaan tuan tanah..hehehehe...) TQ kat Gee coz tumpangkan rumah, menghabiskan minyak kete bawak aku keluar arround KL, belanja aku melantak, tiket LRT, menyakitkan kaki bawak aku jalan2 & bagi aku macam2 kat aku ni..pendek kata dari siang membawak ke malam, dia asyik bagi, bagi & bagi je..yang aku ni pulak asyik terima, terima & terima je sampai naik segan aku..hehehehehe..TQ sangat2..aku hepi sesangat sepanjang 3 hari 2 malam di sana..tapi sedih tadi coz kene balik ke Ipoh..huhuhuhuhu...tapi nak buat macamne aku ni menumpang je, tak kan nak buat macam rumah sendiri pulak...tu melampau tahap babun namanyer...kwahkwahkwah...
2nd nak ask sori gak kat Gee coz menyusahkan U selama 3 hari 2 malam kat sana..aku tau kaki dia sakit sebab baru je operation..lepas tu kene pulak bawak aku jalan2..sori sangat2...aku pun tak sampai hati tengok cara dia jalan..nampak macam sakit sesangat..sori jugak coz tak dapat nak bagi, bagi & bagi kat U...& U pulak asyik tak terima, tak terima & tak terima..jenuh pujuk..huhuhuhu..
lastly, juz nak ucap terima kasih sekali lagi untuk semuanyer...aku tersangat la hepi jumpa dengan Gee..hope hubungan ni tak terhenti setakat hari ini je..alwayz keep in touch...
jaga diri baik2, jaga kesihatan xpcially kaki tu, keje elok2, ada rezeki, panjang umur kita jumpa lagi...aaddiiiooosss & salam.........
SaiF'4eveR
13 April 2009 | 2 KoMeN |
today, goin to KL...


:: again, i'm going to do a crazy thing...huhuhuhu
:: 4 those yg rasa aku ni hilang akal, selamatkan la aku ni b4 melarat...
SaiF'4eveR
11 April 2009 | 0 KoMeN |
waktu bergulir lambat
merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema
mengertikah engkau
perasaanku tak terhapuskan
malam menangis
titis embun membasahi mata hatiku
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang telah rapuh
apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan
aku terlanjur cinta kepadamu
dan telah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
kerana sekali cinta, aku tetap cinta

:: hanya dengan ini saje aku mampu menginterpretasikan perasaan aku ketika ini...
:: entah berapa puluh kali aku ulang dengar lagu 'Terlanjur Cinta Mu' nyanyian Rossa feat Pansha Ungu ni...
:: & entah berapa gelen air mata aku menitis setiap kali dengar lagu ni..(lantak la korang nak cakap pe pun..memang aku nangis pun..)
:: bait2 kata dalam lagu ni mewakili kesedihan diri ini..aku sedih hingga tak mampu nak ungkapnyer dalam kata2...
:: kalau rajin hayati lirik & lagu ini...
SaiF'4eveR
09 April 2009 | 2 KoMeN |
dalam hidup ni aku memiliki banyak peluang untuk berbicara..tapi aku tak tahu macamne nak memulakannyer...bukan aku takot pada perubahan tapi takot untuk mengambil risiko..takot orang bengang...takot orang risau...takot orang salah sangka...sebab tu aku berahsia...tapi aku tak suke nak berahsia...cuma keadaan yang memaksa aku untuk berahsia..huhuhuhu...
SaiF'4eveR
08 April 2009 | 0 KoMeN |
picture kenangan staff HK masa hang out main bowling
tanggal 31 Mac 2009, tamat dah kontrak perkhidmatan aku dengan hotel, tempat aku mencari rezeki selama 4 bulan sebelum ini. rasa begitu sekejap je aku bekerja di hotel tu. banyak kenangan manis, pahit, masam, masin & tawar aku bersama2 dengan staff hotel exspecially staff HK..korang semua best...
bekerja di hotel banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar..dari sorang yang penakot, aku menjadi lebih berani, dari sorang yang tak pernah hidup susah, aku mengenal erti kesusahan, dari sorang yang cuai, aku menjadi sorang yang lebih berhati2 & yang penting dari sorang yang lemah, aku bina kekuatan dalam diri aku ini. semuanyer aku kutip & belajar selama aku memegang status sebagai sorang staff HK..
terima kasih kepada semua staff hotel yang beri aku peluang untuk mengenali & bekerja di sana selama 4 bulan. agak sedih untuk berhenti dari situ tapi aku terpaksa. namun aku tak kan pernah melupakan tempat aku mencari rezeki selama ini. di sini segalanyer bermula..
ADMIN
kepada Mr Vincent, Mr Das, Mr Foo, TQ kerana percaya & bagi peluang kedua kepada aku untuk bekerja di situ semula..aku amat menghargainyer..
FRONT OFFICE
kepada Nisha, auntie Lily (opps..hehehehe), Rubena, Jessy, Hafiz, Ravind, Ishla & Nora, TQ jugak kerana terima aku sebagai salah sorang daripada pekerja di hotel tu. walaupun kita dari department lain & tak rapat tapi aku senang bergaul dengan korang semua. cuma malu sikit je..hehehehe..pada Ishla, aku suke tengok muka & mata mu..secantik orangnyer..sejuk mata memandang.mata mu mampu memanah jantung setiap insan yang bergelar lelaki. nasib baik la mu dah berpunyer..kalau tak...hehehehe..buat Nora jugak, kehadiran mu dengan pakej yang lengkap menggegarkan naluri lelaki aku ni..bukan tu je, kiranyer semua la bergegar..hehehehe..berbekalkan wajah yang cantik, putih kuning, gebu, montok & manja, menggoyangkan iman aku ni..sebab tu aku sering menggelak dari merenung matamu setiap kali bercakap. risau & bimbang jika dirimu jadi santapan mata syaitan aku ni..hahahahaha..
SECURITY
kepada uncle Subra, pak cik Rani, pak cik Iskandar, pak cik Fahmi & Wan, TQ untuk kerjasama yang diberikan sepanjang aku bekerja di hotel tu. rasanyer tak wujud sebarang masalah antara kita. buat Wan terus la berangan & nasihat aku kurangkan bercakap sebab bukan aku je tapi semua staff dah bosan dengar celoteh mu yang tak ada nokhtah tu..huhuhuhuhu..(Wan ni pemuja setia aku..bengong jadikan aku sebagai admire..macam dah tak ada orang lain..tapi best gak bila ada orang admire kat kita ni..rasa macam orang glamour je..hehehehe)
HOUSEKEEPING
istimewa buat Kak Ina, Kak Zah, Zalie, Ekien, Yana, Mat, Asz, Kak Long..tak lupa jugak pada staff baru Hakim, Hafiz & Asraff..terima kasih kerana terima kehadiran aku di department ni. thanks untuk tunjuk ajar yang diberikan & kesabaran dalam melayan kerenah aku ni. aku amat hargainyer. sejujurnyer aku gembira kerana dapat mengenali & bekerja dengan korang semua..korang memang best..aku tau korang mesti rindu ngan aku nanti..hehehehehe.sori kat korang gak, aku tau ada yang tak puas hati dengan aku exspecially dalam bab2 yang berkaitan dengan keje..aku tak pernah kene 'warning letter' macam korang kene..jangan jeles..hehehehe..bukan salah aku..semuanyer nasib daaa..ahakzahakzahakz..
pada Kak Ina, TQ coz sudi ambik aku bekerja & tahan dengan kerenah aku ni. mesti kak ina sakit jiwa dapat pekerja macam aku ni & kalau da 10 orang dah tentu2 masuk wad giler..hehehehe..tapi aku tahu kak ina penyabar orangnyer. TQ jugak kerana banyak support aku selama ni. kak ina ni dah berkawin, ada anak tapi berjiwa remaja..hehehehe..mungkin sebab dia nampak muda lagi sebab tu tak kisah sangat kalau bergaul dengan kita orang yang muda remaja ni..huhuhuhu..lagi pun awet muda tu muka kak ini ni..asyik telan sayur je tiap kali lunch..tu yang awet muda..hahahaha..time keje kak ini ni sorang yang tegas tapi masih ada kelembutannyer. sebab tu aku tak takot..hehehehe.tapi aku still hormat kak ina as my supervisor..huhuhuhu..ketua kene la hormat beb..jangan jadi kuang ajaq..
Kak Zah pulak rakan sekerja yang paling best. senang berkawan dengan dia ni. banyak citer boleh di share & kak zah pun tak keberatan nak berkongsi ceriter pengalaman hidup dia & bagi nasihat yang perlu pada aku. dalam banyak2 staff aku paling rapat dengan kak zah.. banyak perkara yang aku kongsi dengan dia..ibarat seperti ayat ni la 'rahsia mu dalam poket ku, rahsia ku dalam genggaman mu' hehehehe..kak zah ni pun dah berpunyer. dia milik kekal abg polis & 5 orang anaknyer. nampak je macam tu tapi jiwanyer macam remaja jugak la..boleh 'kamching' dengan kita orang yang belum pun mengenal erti 'malam pertama'..ahakzahakzahakz..
Zalie, mamat yang datang dari kepulauan borneo, sabah..memegang status laki orang jugak..baik orangnyer..orang sabah ni memang baik2 belaka semuanyer..jarang sekali aku jumpa orang sabah yang sombong..semua peramah..zalie ni pun macam aku jugak, bekerja mengikut kemampuan..hehehehe..ada jugak keje yang susah, dia ajar aku supaya jadi mudah..hehehe..keje pe la tu ek???..TQ zalie 4 helping me sepanjang aku bekerja di sana. zalie sorang yang cekal & tabah hati. bukan senang hidup merantau ni tapi dia tetap cool je. mempunyai cita2 & impian yang besar. bila aku dengar tentang cita2 & impian dia tu, aku rasa tak mustahil dia boleh mencapainyer & aku jugak yakin dia boleh berjaya jika apa yang dihajatinyer itu terlaksana. aku doakan zalie berhasil mengejar cita2 & impiannyer tu..jauh betol mamat sabah ni fikir..boleh jadi PM malaysia dia ni..hehehehe..
Ekien pulak boleh dikira 'hot mama' dalam department tu la sebab dia ni kawin dalam usia yang muda. so sekarang dah ada 2 orang cahaya mata tapi perangai tak macam mak budak..hahahaha..ekien ni la teman gadoh aku, teman bertepuk tampar aku, teman bergurau senda aku..kalau bergurau dengan dia ni tak pernah la gurauan yang berklasifikasikan 'umum', semuanyer '18sx'..hehehehe..nasib baik la aku ni jenis open minded..makin melarat2 la jadinyer..kalau dihimpun balik gurau dia & aku, boleh bikin filem '18sx'..hehehehehe..'hot mama' ni tabah orangnyer, maklumlah dah ada anak kene la tunjuk kuat depan anak2..kalau lemah macamne la nak mmbesarkan anak2 dengan baik. sebab tu dia kene jadi 'superwomen'. tambah pulak laki dia sekarang ni dah duduk jauh.lagi la kene cekal..aku respect dengan ekien ni..
Yana, staff yang sebaya dengan aku. TQ k jadi trainer aku masa 1st time aku masuk keje dulu. banyak yang mu ajar aku. ada yang baik & ada yang negative..hehehehe..cita2 yana ni sama macam aku sebab tu kita orang boleh sekepala..cuma rezeki je belum berpihak pada kita orang tapi semangat kita orang tak pernah luntur dalam mengejar cita2 kita orang tu..tak tahu sape yang akan capai dulu cita2 tu..kita tunggu & lihat je la..huhuhuhu..dah nama pun sebaya, dah sah2 pemikiran dia lebih kurang sama je dengan aku ni..cuma dia ni nampak matured sikit..mungkin sebab dia dah lama jadi pekerja setia hotel tu..anak emas Mr Das la katakan..hehehehe..
Mat, sorang pekerja yang komited dengan keje. apa yang aku nampak, jiwa & raga dia diserahkan sepenuhnyer pada hotel tu. memang pekerja yang setia.. aku tabik spring la kat mu..toingtoingtoing...(nampak tak??)bukan semua orang boleh jadi macam dia ni..aku pun tak sanggup nak fikir pasal keje bila dah balik ke rumah tapi mat ni tak..otak dia asyik fikir pasal keje je..memang giler keje dia ni...kwahkwahkwah..umur mat ni muda lagi, baru 20 tahun tapi cara dia bekerja mengalahkan orang dewasa..lagi 1, kalau bekerja dengan dia ni, memang aku surrender..penat siot..laju macam robot..pelik aku dia ni..tah mana tah dapat tenaga..ilmu apa tah dia tuntut kat gunung semanggol tu..heheheehe..memandai je aku ni..1 thing yang aku suke pasal mat ni, dia sorang yang suke buat joke. walaupun kadang2 lawak dia nampak sengal tapi mampu buat semua staff HK ketawa..itu kelebihan dia..tak la tension sangat staff2 HK..
tu la serba sikit tentang staff HK..ini je cara untuk aku mmberi penghormatan & penghargaan kepada dorang semua yang sudi terima serta memberi tunjuk ajar pada aku sepanjang aku bekerja di situ..TQ so much guys..harap hubungan yang terjalin antara kita kekal berpanjangan..jangan dilupai aku..hehehe..ada masa kita hang out sama2 k..doa2kan aku agar mencapai cita2 & impian yang dah lama terpendam di lubuk hati aku ni..huhuhu..aku di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk korang semua..amin..stay cool k..jaga hotel tu baik2..hahahaha..
alamak dah terpanjang sudah entry kali ni..better aku stop dulu..kalau tak lagi berjela2..kepada semua pembaca Blog aku, terima kasih kerena sudi meluangkan masa membaca coretan aku..teruskan membaca untuk next entry..jumpa lagi..salam semua..
SaiF'4eveR
07 April 2009 | 1 KoMeN |

selamat ulang tahun...

kini kau bersayap pergilah terbang...
rentaslah langit cita2 mu...
harapan ku, kau akan berjaya...
selamat ulang tahun...
aku hanya inginkan engkau gembira...
kerana gembira yang mencipta bahagiamu...
selamat ulang tahun...
ku di kejauhan mendoakan yang terbaik untuk dirimu...
kerana yang terbaik memacu kejayaanmu...


selamat ulang tahun Jane...
seikhlas hati SaiF'4eveR

06 April 2009 | 1 KoMeN |
Ya ALLAH, Ya Tuhan ku dugaan apa lagi yang Kau berikan pada aku kali ini..mengapa aku yang sering Kau uji..sesungguhnyer aku mengaku tak berdaya lagi menahan ujian yang Kau perturunkan buat diri ku ini.maha hebat lagi maha getir buat aku insan yang lemah lagi hina ini..berikanlah aku sedikit ruang untuk aku meneruskan hidup ini...izinkan aku untuk menikmati hidup ini seperti insan2 yang lain..aku memohon pada Mu, hilangkan segala rasa kesunyian yang terbit di dalam diri ku ini...biarpun hanya untuk sementara waktu, aku redha & bersyukur pada Mu...
Akulah sebatang kara
dan tiada tempat bercerita
segalanya ku diamkan saja
andainya ku bersuara
tak bererti aku melindungi
dan mencari kelemahan diri
bukan juga untuk ku mengharapkan simpati
di manakah letaknya diri ku ini
sehingga ku rasa sungguh asing sekali
ku pujuk hati
tak usah sayu
biarkanlah semuanya berlalu
SaiF'4eveR
05 April 2009 | 0 KoMeN |
dah lama rasanyer tak update blog ni, sejak hari aku berkampung di Kedah hinggalah ke semalam. urusan harian aku agak sibuk & faktor internet jugak menjadi salah 1 sebab kenapa blog aku tak berupdate. banyak ceriter yang terpendam tak terluah. mungkin ceriter kali ini agak panjang berjela. pada sape2 yang malas nak mengeja, dinasihatkan tak payah baca..hehehehe..

28 Mac 2009

pagi2 lagi aku & family aku sudah bergerak dari Ipoh menuju ke utara utk menghadiri majlis konvokesyen aku. semua tampak gembira kecuali aku. tak teruja langsung..!!..tak tau kenapa hati aku tak hepi sikit pun utk ke majlis tu. dah beberapa kali & hingga ke saat2 akhir aku pujuk family utk tak menghadiri majlis tu tapi sayang tak berjaya. balik2 aku yang kene fire..huhuhuhu..akhirnyer aku kene terima hakikat yang hati family aku lebih keras berbanding hati batu aku ni. sepanjang perjalanan aku diam & hanya fokus pada study utk exam DBKL. sesekali aku berSMS dengan member2 yang dah pun berkampung di UUM. tak pun aku juz melelapkan mata (sebenarnyer tak dapat terima kenyataan kalah dalam bertarung..hehehehehe..) sampai di Kedah, family aku terus check in di Seri Kedah Resort di Jitra. not bad la tempatnyer. cantik, aku suke dengan environmentnyer..tenang. sebelah petang, family hantar aku balik ke UUM. aku tak dapat stay di resort tu sbb esoknyer konvokesyen aku sesi pagi. so tak nak rushing, aku pilih utk stay di bilik Relrel. sampai2 je, Ya Ampun.........macam tongkang pecah bilik si Saiful & Relrel tu..bayangkan beg pakaian utk 10 orang ada dalam bilik tu..tak ke macam titanic nak tenggelam. tapi nak buat macamne dah terpaksa. tak baik nak merungut. antara member2 yang dah terlebih dulu sampai b4 aku..Anip (my 1st roomate in my life), Scumi (my 2nd roomate 4ever in my life), Emi, Mamat, Khu, Zul, Jojeng & Yus. lama tak jumpa dorang semua. 1001 macam citer kuar. seronok pulak aku jumpa member2 lama. ada yang dah berubah, ada yang masih di takok lama. macam tak ada harapan nak berubah je..hehehehe..2 yang buat aku meluat sesangat..jangan marah aaa...petang tu jiran depan bilik dulu, Im datang melawat junior2nyer..pun tak brubah..macam dulu jugak perangainyer. Im ni senior terlampau..hahahaha..senang berkawan dengan dia ni. jiran paling rapat dengan aku & Scumi. selalu gak jadi mangsa aku utk luahkan prob. dia pun tak berkeberatan nak tolong aku. tak terbalas jasa dia ni. malam aku & Scumi jalan2 kat tapak expo. Im tolong hantar dengan kete baru dia...merasa jugaklah aku & Scumi naik kete dia..orang kata ambik aura. mana tau lepas ni rezeki kami pulak jadi macam dia..hehehehehe..expo kali ni menyedihkan..tak meriah langsung..aku & Scumi juz jalan2 sekejap, then terus pergi Mall & balik kami singgah melantak kat cafe favourite kami dulu kat Kolej Proton..malam tu anoor pun sampai tumpang bilik Saiful & Relrel jugak. bertambah meriah la bilik tu jadinyer. Ehsan bulat & Ehsan kecik datang buat kezutan..tak sangka pulak dorang datang support kitaorang..thanks bro..dorang ni senior terlampau melampau la jugak..hahahahaha..aku & kengkawan tido lewat malam tu. mana taknyer masing2 sibuk uruskan baju, jubah dalam bilik yang sempit tu. dah tu kene ikut turn pulak kalau nak iron baju..huhuhuhu..tapi nasib baik time tido, hanya aku, Scumi, Emi, Anoor, Relrel & Saiful je dalam bilik tu. yang lain2 semua tido kat surau......

::thanks tuan punyer bilik Saiful & Relrel coz sudi bagi tumpang bilik..

::thanks jugak kat Im, Ehsan bulat & Ehsan kecik coz sudi melawat kita orang kat sini time konvo ni..


29 Mac 2009

pagi2 lagi aku & yang lain2 dah bangun. rasa macam tak cukup tido. ngantok sangat. tapi terpaksa jugak celik bijik mata ni sebab kita orang dah kene berkumpul kat dewan TSO jam 7.15 pagi b4 masuk ke dewan MAS. pagi tu agak kelam kabut coz antara kengkawan yang ada, sorang pun tak tau nak pakai selempang jubah termasuk la aku..hehehehehe..jenuh la cuba pakai tapi tak jugak siap2. sampai naik berpeluh yang dalam2 nyer..hehehehehe..lastnyer aku mintak tolong Sue & da geng. dorang la yang tolong aku pakai selempang tu sampai jadi smart giler. (smart ke aku.???.hahahaha..). settle semua, kami semua berkumpul dalam dewan TSO. jumpa la member2 seperjuangan yang dah lama tak jumpa. hati aku mula hepi bila dapat jumpa dorang semua. rindu kat dorang semua..cuma terkilan sikit sebab ada beberapa orang member tak dapat hadir exspecially Kak Ita & Palee. terkilan sangat coz dua2nyer rapat ngan aku..huhuhuhu..kemudian majlis dimulakan dengan perarakan masuk student ke dewan MAS. time tu tetamu semua dah berkumpul dalam dewan MAS. aku apa lagi berjalan dengan penuh yakin & bangga..maklumlah aku ni memang suke tayang muka depan orang ramai..hahahaha..(ooppss..termengaku pulak..hehehehehe) duduk pulak side depan dekat dengan camera, lagi la macam siot aku tayang muka..hehehehehe..tapi abg camera tu tak reti2 la nak fokus kat muka aku ni..kwahkwahkwah..tiba turn aku naik pentas, aku apa lagi berjalan dengan penuh keyakinan, kebanggaan & senyum yang menawan. tambah pulak kiri, kanan ada camera, lagi lebar la senyum aku..ahakzahakzahakz..(memang gila glamour aku ni...)selesai semua penganugerahan majlis di tangguh utk sesi petang tapi b4 perarakan keluar dewan, semua student diminta utk menyayikan lagu BIRU WARNA, lagu rasmi UUM..tiba2 hati aku jadi sebak sesebak sebaknyer. aku teringat kembali 1st time aku nyanyikan lagu ni masa majlis angkat ikrar di dewan yang sama 3 tahun lepas. then sekarang aku nyanyikan lagu tu kembali di dewan yang sama utk kali terakhir. sayu hati aku..airmata nak mengalir tapi aku tahan jugak. malu kat orang lain..tak sangka aku berjaya menempuh segala ujian, pahit getir, halangan, dugaan selama 3 tahun study kat sini. tak sangka aku berjaya menamatkan sesi pembelajaran aku. tak sangka aku berjaya membuatkan family aku bangga. semuanyer berlaku seperti dalam sekelip mata. tu yang buat aku sedih & sayu..


::thanks pada Scumi, Emi & Anoor tolong aku pakai selempang jubah walaupun tetap tak menjadi..hehehehehe..

::thanks pada Sue, Nana, Suzie & Mala tolong siapkan selempang jubah aku..sori menyusahkan korang..hehehehehe..

::thanks jugak pada family coz pujuk & datang support kat aku siap bagi bunga lagi..heheheheh..thanks a lot..

::pada Kak Ita & Palee - semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..hope persahabatan antara kita kekal berpanjangan..Insyallah...

31 Mac 2009

hari ni aku gerak ke KL. sebab esok ada exam bertulis utk jawatan Penolong Pegawai Perpustakaan DBKL. aku pegi naik train jam 1 petang...yang menariknyer aku akan tumpang tido rumah member aku, Aiman yang aku kenal tak sampai sebulan melalui chatting, tak prnah jumpa, tak pernah tengok pic & tak pernah cakap over phone b4 ni. juz SMS penghubung antara kami..berani tak aku??? hehehehe..memang menempah bala & maut..tapi aku dah inform family aku, Abg Adi & Kak Ita..kalau ada apa2 jadi kat aku dorang tahu aku ke KL utk exam DBKL tu. so aku yakin je tumpang rumah budak tu..sampai dalam pukul 4 petang..lepak kat KL Sentral, kene tunggu Aiman habis keje & dalam pukul 6 baru la jumpa member aku tu..ok la, budak baik..umur 22 tahun..budak2 lagi..so aku tak kisah sangat la..janji dia nak tolong aku esok..b4 balik rumah dia, aku ajak p makan dulu..lapau giler.dia bawak makan kat Giant Kelana Jaya. settle makan terus jalan p rumah dia. tak jauh sangat dah. jumpa mak dia..peramah orangnyer..buat aku segan je..then ada 2 orang sepupu dia..bertambah lagi la segan aku..tapi bese la adat menumpang mesti la ada rasa sgan..kalau tak ada rasa malu, tu dah namanyer muka tembok..hahahaha..malam Aiman ajak keluar p jalan2 tapi aku tak nak coz nak prepare apa yang patut utk exam..aku tido awal dalam pukul 11 malam..penat sangat & yang bestnyer, aku tido di ruang tamu sorang2..selamat aku...hehehehee..

1 April 2009

6 pagi aku dah bangun mandi & solat. siap2 je aku & Aiman terus gerak tunggu bas dalam pukul 6.45 pagi..(lupa pulak nak citer, rumah Aiman ni dekat je dengan TM Kelana Jaya. pada sape2 yang kenal rapat dengan aku mesti tahu apa kaitanyer TM Kelana Jaya dengan diri aku ni..huhuhuhu..)..kami naik LRT di Tmn Bahagia terus ke Masjid Jamek b4 terus ke stesen Bandar Tun Razak & Dewan Pusat Komersil Komuniti Tun Razak betol2 sebelah stesen LRT tu. sampai je tingkat 8, tersentap jantung aku ni..mak aaaiiii...ramainyer..ada la dalam 400 orang calon yang datang utk exam tu..memang tak boleh nak letak harapan sangat. aku juz boleh buat yang terbaik..yang lain2 tawakal je lah..ada rezeki tak ke mana pun..dalam dewan duduk ikut angka giliran..no aku 039..harap2 ada 'ong' la no ni..hehehehe..ada 40 soalan objektif..semuanyer berkaitan dengan DBKL, library, kenegaraan & matematik..syukur aku boleh jawab..kalau ada soalan yang tak boleh nak jawab tu, aku 'minimanymore' je la..ahakzahakzahakz..exam habis dalam pukul 10 pagi..habis je aku terus ajak Aiman balik rumah..aku kene balik Ipoh..kalu ikutkan aku nak stay rumah budak tu semalam lagi tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, terpaksa aku balik Ipoh petang tu. aku ambik tiket bas pukul 2.30 petang..ingat nak naik train tapi tak sempat pulak..so da best way, ambik bas je la..tak kisah la asalkan sampai..huhuhuhu..sian kat Aiman, dah apply cuti 2 hari semata2 nak bawak aku p jalan2 tapi last2nyer jadi macam ni..sori la Aiman..dalam bas aku tido sepanjang jalan..ngantok tahap babun..heheheheehe..aku bersyukur semuanyer selamat..

::thanks Aiman & family coz bagi tumpang tido

::thanks jugak kat kembarz (Eda & Ena) coz tolong aku cari info pasal DBKL & library

::thanks jugak kat Abg Adi utk info2 yang diberikan

::thanks jugak kat Kak Ita tolong aku sepanjang berada dalam train

::thanks jugak kat Si Dia yang bagi support kat aku..luv u..hehehehehe..


2 April 2009

aku pergi ambik gaji kat tempat keje..sempat la jugak jumpa staff HK..


3 April 2009

aku juz lepak kat rumah..huhuhuhu..


::utk pictures aku akan upload kemudian dalam galeri kenangan k...

tu aje utk entry kali ni...addiiioossss semua...
SaiF'4eveR
03 April 2009 | 1 KoMeN |