twitter

**DELETED**
26 March 2009 | 0 KoMeN |
dah bape hari aku tak update Blog ni. dah naik berhabuk..hehehehe..sebenarnyer bukan aku tak nak @ malas nak update Blog ni tapi ada problem dengan internet connection..asyik server down je. ni TM punya hal la ni. duit tiap2 bulan nak tapi service macam hampeh. ni yang hangin 1 badan. dah bape hari tak boleh nak check email & yang paling penting dah lama jugak aku tak YM..kwahkwahkwah..

disebabkan dah bape hari tak update Blog ni, aku rangkum je la citer untuk hari2 yang lepas dalam entry kali ni..aku try ringkaskan citernyer..tak la korang pening nak baca entry ni nanti..

Jumaat lepas (20/3) hari paling bz & penat bagi aku. bilik banyak nak kene kemas. dah tu tak cukup staff pulak..siot betol..72 buah bilik di bahagi kepada 2 group HK. aku bercouple dengan ekin buat 36 buah bilik & kak zah dengan buah hati dia, hakim buat selebihnyer..fuh!! penat giler tambah pulak dapat bilik yang guestnyer lambat C/O..nak kene tunggu..dah la kita orang nak balik cepat. kalau dapat bilik yang cun melecun tak pe la jugak. ni tak, dapat bilik semua macam puaka niyang rapik xpcially bilik airnyer..mula aku nak mengamuk..siap sumpah seranah, carut marut dalam hati ni. nasib baik la patner aku tu baik hati nak tukar buat bilik air. so keje aku kemas katil..memang favourite aku tu..tahu la aku nak meringkaskan keje..hehehehehehe..buat bilik dengan ekin tak la tension sangat. boleh siap gelak ketawa, bertepuk tampar dengan dia. ada je benda yang nak digaduhkan. yang kenenyer aku. asyik kene dera je dengan ekin. mentang2 la dia dah berumah & bertangga. asyik nak dera teruna idaman ni je..(perasan..huhuhuhuhu)..betol la kata orang "jangan sangka tangan yang menghayun buai tak mampu menggegarkan dunia.."sakit2 badan aku kene lepok dengan minah tu..bisa betol tapak tangan dia..hehehehehe..sedar tak sedar, jam dah pukul 4.30 petang. bilik banyak lagi tak settle..dah kene OT..settle je bilik, tolong pulak kak zah dengan buah hati dia yang tak siap2 lagi dari tadi..kiranyer keje kami hari tu siap dalam pukul 6 petang. penat tahap dewa..lenguh kaki & tangan aku ni.. rasa macam nak tercabut..kalau la boleh di cabut, memang aku cabut kaki & tangan aku ni..bagi rehat kejap..huhuhuhuhuhu..

pada sabtu (21/3) aku keje shift petang..bosan & tak best keje petang ni..buat keje sorang2. tak da teman nak berbual.. sunyi sangat..hari ni darah aku memang betol2 mendidih tahap gaban. ada guest dari golongan minoriti di negara kita ni (bukan 3 kaum utama) stay dekat hotel. ada la dalam 5,6 orang macam tu. 1st sekali dia call suruh aku beli ais kiub kat kedai mamak sebab dorang nak 'tonggang' petang tu. banyak buruk muka dorang. ingat aku ni waiter ke. bukan keje aku nak p beli ais tu. memang tak tersenarai dalam job description HK. aku terus letak phone coz guest 'bodoh' yang tak faham bahasa tu mula nak meninggi2 suara dia. lantak dia la..then, guest dari bilik yang sama call lagi, request for glasses. mula mintak 3,4 gelas..tuptuptup dia 'sembur' aku. guest tu kata dia mintak 5 gelas..siap kata hotel punyer besar, tak akan tak ada xtra gelas.. panas telinga aku dengar.. aku terus blah macam tu je. malas nak layan guest yang macam b**i tu..

ingatkan dah settle rupa2nyer tak..guest yang sama panggil suruh betolkan sinki bilik dia yang tersumbat. aku pun pegi la tengok walaupun sebenarnyer tu bukan keje aku. memang macam p****t. sebodoh bodoh manusia guest tu..macamne tak sumbat sinki tu, penuh dengan isi perut (muntah). dah tu lubang saliran sinki tertutup rapat. mana la air tu nak mengalir..memang otak lembu guest tu..hati aku dah mula mendidih. guest tu paksa aku betolkan sinki tu sampai ok..giler pe aku nak celup tangan aku dalam sinki tu..ingat aku bodoh macam dorang ke. aku terus bagi alasan nak ambik barang kat department & terus blah macam tu je. then aku call reception, inform yang sinki bilik tu rosak..& tak lama lepas tu security pulak naik department mintak tolong settlekan masalah tadi tu. guest dah mula marah2 dekat dia.. labau betol guest tu. nak tak nak aku pun pegi la dengan security bawak sekali kayu untuk tolak besi yang menutupi lubang sinki tu. sekali tolak je terus air tu mengalir keluar walaupun slow. ingat dah boleh pegi rupanyer tak..guest tu marah2 lagi kata air tak mengalir turun & dia terus tahan kami dari pegi.. dia suruh tunggu sampai air & benda2 yang ada dalam sinki tu habis mengalir.. hati aku mula menggelegak. dah 1 hal pulak aku nak kene mengadap sinki tu yang penuh dengan muntah 'si bodoh2' tu semua.. c***i punyer guest. dalam hati tak henti2 menyumpah seranah, carut marut dekat guest tu. time tengah tunggu, guest tu sekali lagi bising2 tanya nape slow sangat air tu gerak. aku yang tengah tahan panas pun jawab la :-


'we have already inform to maintainance tapi mereka yang tak baiki. so its not our fault. lagi pun air tu turun. cuma slow. you kene tunggu...'


guest yang mulut macam anjing + b**i tu terus membebel. aku juz pekakkan je telinga. yang rajin menjawab security tu je. kemudian security p cari pengepam. ingat nak tolong pam kan untuk aku rupanyer aku jugak yang kene buat..setan betol..settle je aku terus blah tak pandang pun muka guest tu semua. pada aku semua guest yang ada dalam bilik tu layak jadi lembu je. tak payah berfikir guna otak. memang panas giler hati aku. dalam buku report macam2 aku tulis..semua perkataan yang tak sepatutnyer ada, aku tulis je dalam buku report tu. lantak la.. biar semua staff HK tahu perasaan aku ketika tu.. biar orang opis tahu.. nak pecat, pecat la.. aku dah tak peduli dah..

tepat pukul 10 malam aku terus balik. masa nak turun pulangkan kunci dekat reception, hati aku berdebar2 macam ada benda yang tak baik nak jadi..sah...memang betol firasat aku tu.. bala datang menimpa.. motor aku kene ranjau..2 side mirror aku hilang, plat nombor depan hilang, plat nombor belakang patah. betol2 teruji aku hari ni.. tapi aku tak rasa nak menangis pulak macam selalu.. cool je.. hehehehehehe..after call ayah, aku terus balik macam biasa.. dalam hati aku asyik fikir sape yang dajal aku ni..& hati aku kuat kata guest tadi punyer keje.. aku yakin sangat sebab b4 aku nak balik tadi security ada bagitau aku yang guest tu tanya nama aku.. tak ke pelik bila guest tanya nama pekeje?? belum penah tejadi kat hotel tu guest tanya nama pekeje 2x.. sebab tu aku yakin.. kalau betol la guest tu punya angkara..memang jahanam punyer guest.. kecik2 tak nak mampus, dah tua bangka menyusahkan hidup orang lain..baik gali kubur sendiri..tanam sendiri..

huh.!!! panjang pulak citer semalam..huhuhuhu.. citer hari ni aku pendekkan.. conclusionnyer, hari ni rasa malas nak keje, penat buat bilik, penat dengan kes semalam, penat dengan keje semalam..semua tak hilang lagi.. lagi 1 staff HK semua dah tahu perangai baran aku after baca report semalam..hehehehehe..tapi baran aku bertempat k.. semua staff HK sokong aku & mengutuk guest tu.. siap carut marut macam aku semalam..hahahaha.. maknanyer aku tak salah apa2 la...heheheheheehe..

ok tu je la untuk entry kali ni..rasanyer dah cukup panjang aku taip ni..penat dah jari ni mengetuk keyboard ni..

aku chou dulu..byeeeeee.....


:: thanx kepada aiman yang banyak support aku semalam..TQ so much ya...


SaiF4eveR
22 March 2009 | 1 KoMeN |
bila sebut pasal CHARMED, teringat dulu zaman2 sekolah..ni la 1 of citer favourite aku..setiap hari jumaat jam 10 malam di Ntv7, muka aku la yang tertonggok depan tv tunggu citer tu..orang lain tak boleh kacau time tu..sanggup stop study sekejap semata2 nak tengok citer tu..hehehehehehe..tapi entry kali ni tak ada kene mengena dengan citer CHARMED tu..ni just intro je..hahahahaha...
eemmm..hari ni aku berjaya siapkan keje aku mengemas bilik lebih cepat berbanding hari biasa..selalunyer selagi jam belum sampai 4.30 petang, keje aku mesti belum settle. tapi hari ni, jarum jam belum pun menunjukkan angka 4, aku dah selesaikan semuanyer..kira bagus la tu..kira hebat la jugak..ahakzahakzahakz..
mesti korang tertanya2 apa rahsia aku boleh siapkan keje secepat itu..haa..korang mesti tak percaya kalau aku kata aku ada kuasa ajaib..kuasa ni la yang membantu aku..tak ada orang yang tahu aku memiliki kuasa ajaib ni. hanya staff HK je yang tahu..tu pun secara tak sengaja mereka tahu..nak sorok pun dah tak boleh..kene la berterus terang dengan mereka..tapi dorang terima baik kuasa ajaib yang aku miliki tu sebab dorang pun ada kuasa sama macam aku miliki tu..tu la kelebihan aku & staff HK yang lain..hehehehehe..
keje kemas mengemas ni bukan semua orang boleh buat..kalau tak kuat semangat mesti tak tahan lama..mental & fizikal kene kuat..nasib baik aku ni jenis cekal..(ceh..masuk bakul angkat sendiri...hampeh..)..tapi aku cakap betol..dah berapa orang yang datang untuk keje kat department aku tu tapi semua tak tahan..ada yang tahan hanya 1 hari je, terus tak datang esoknyer..ada yang terror sikit tahan la setengah hari je..hehehehheehe..kiranyer aku ni tergolong dalam orang yang kuat, tabah, tekad & redha la..hahahahahaaha..
nak keje kat department HK ni kene ada kuasa ajaib..kalau tak ada mesti tak boleh tahan..kene guna semua deria yang ada..otak kene berfungsi jugak..baru boleh settle semua bilik on time..FO bukannyer nak tunggu kita orang..dorang ni kejam sikit..asalkan ada bilik kosong tak kira la dah clean @ belum. dorang terus jual kat guest..yang kelam kabutnyer kita orang di department HK..turun naik floor dengan troli..ingat tak penat ke wei..putus urat pinggang ni..kalau bagi sehari kat dorang jadi HK pun belum tentu dorang boleh buat keje macam kita orang buat..memang sengal FO..sebab tu mana2 hotel department HK & FO tak pernah sebulu..(bukan semua hotel)
berbalik pasal kuasa ajaib aku tu..last week one of our manager buat sportcheck floor..setiap bilik kosong dia masuk check..tak sangka dia puji floor yang aku jaga..dia kata pandai aku jaga bilik floor aku..aku tersengih je la dengar dia puji aku..sedangkan dalam hati, aku gelak sakan..siap guling2 atas lantai..tah bila tah aku jaga floor..rasanyer aku pun macam staff yang lain jugak..biasa2 je la..actually manager tu belum tengok lagi cara aku mengemas menggunakan kuasa ajaib aku tu..kalau dia dah tengok, confirm dia menyesal seumur hidup puji aku..siap tarik balik kata2 pujian dia tu..silap2 aku kene buang keje..wahwahwahwah..& kalau korang tengok kuasa ajaib aku tu mesti terkejut tahap gaban la jugak...hehehehe
nak tahu kuasa ajaib apa yang aku maksudkan tu??? kita tunggu next entry..hehehehehehe..sekarang aku tak boleh nak citer dalam Blog ni sebab aku still under contract dengan tempat keje aku..kalau nak selamat kene la rahsia dulu..heheheheheehe..
chau chin chau...
SaiF'4eveR
18 March 2009 | 0 KoMeN |
Hati ingin bicara
Tetapi siapa yang sudi mendengar
Kaki ini ingin melangkah
Tetapi ke mana ku tiada arah
Kurasakan diriku ini
Semakin terpinggir
Tiada dipeduli
Tak seorang jua cuba memahami
Ertinya derita dan erti sepi
sejak akhir2 ni aku sering merasa kesunyian. tak ada tempat untuk bercerita. sorang2 meneruskan perjalanan hidup aku yang entah lama @ tidak lagi ni. terasa aku hidup tak berteman, sebatang kara, terkontang-kanting..ibarat seperti aku dicampak ke tengah laut. tak tahu mana arah tuju. kiri & kanan hanya laut & ombak yang tidak bertepi....sunyi sangat...
ada kawan pun macam tak ada..masing2 sibuk dengan hal sendiri. tak ada masa nak dengar cerita aku..tak ada sape untuk aku kongsikan masalah aku. tinggal aku sendiri pendamkan semuanyer dalam hati ni. hanya Blog ni je lah yang jadi teman paling setia di sisi aku. hampir setiap hari aku bercerita padanyer..semua masalah aku luahkan padanyer..Blog ni lah pendengar setia aku..tapi sekadar mendengar je lah..tak mampu bersuara pun..aku tetap sunyi..
nak bercerita pada family, aku segan..walaupun darah daging sendiri tapi aku tetap malu. bukan semua cerita @ masalah aku boleh kongsi dengan family..ada hal2 personal yang tak dapat aku luahkan pada family..tak berdaya rasanyer..berat mulut ni..jadi aku diamkan saje..tu yang menambahkan lagi beban kesunyian aku..
kalau dengan Si Dia pun sama jugak..ada ke, tak ada ke macam sama je..bukan senang nak berkongsi cerita @ masalah dengan Si Dia..tambah pulak dengan hubungan yang macam ni..status yang tak tahu macamne..ibarat di luah mati mak, di telan mati bapak..sunyi aku..
kalau aiman pulak, aku tak sampai hati nak tambah beban dia..memang dia budak yang baik..selalu share cerita & masalah dengan aku tapi aku kesian..dia baru je operation hari tu..sakit pun tak hilang lagi..tak akan aku nak tambah lagi penderitaan dia..takot tak tertanggung pulak dia..lebih baik aku diamkan jugak..rasa sunyi tu makin terasa..
dengan sape aku nak bercerita?? dengan sape aku nak berkongsi masalah?? dengan sape?? ada ke yang sudi??
mungkin takdir aku dilahirkan untuk hidup dalam kesunyian untuk selamanyer...aku kesunyian....huhuhuhuhuhuhuhu...

Lonely..i'm so lonely
I have nobody
To call my own
I'm so lonely, i'm mr. Lonely
I have nobody
To call my own
I'm so lonely


salam kesunyian....
SaiF'4eveR
17 March 2009 | 1 KoMeN |
sayu hati aku bila terbayangkan jagung rebus. manakan tidak, jagung rebus membawa seribu kasih sayang kepada aku..huhuhuhuhu
semalam aku baru je sebut depan mak pasal jagung rebus. aku bagitau yang aku terasa macam 'mengidam' nak makan jagung rebus. ingat nak beli kat depan simpang rumah aku tu. tapi mak kata dah tak jual dah. dah lama tak ada gerai tu...
aku jawab..."TAK APALAH MAK. BENDA DAH TAK ADA.."
aku terus diam & buat macam biasa. malas nak layan sangat rasa 'mengidam' tu...lagipun aku tak nak susahkan mak..
tapi hari ni, time aku balik keje ada jagung mentah kat dapur. aku tanya mak nak buat apa dengan jagung tu..
mak jawab.."SEMALAM KO KATA NAK MAKAN JAGUNG REBUS. MAK BELI KAT PASAR PAGI TADI. NAK TUNGGU PASAR MALAM ESOK, TAKOT HUJAN PULAK.."
terasa sebak & sayu aku dengar kata2 mak tu. aku tak sangka yang mak sanggup cari jagung mentah semata2 untuk memenuhi keinginan anaknyer ini..bukan itu saje mak rebuskan sekali untuk aku jagung tu..terasa kasih sayang yang mak berikan itu menyentuh hati & nuraini aku ni walaupun hanya dengan setongkol jagung rebus..betapa mak memahami isi hati anaknyer ini..hanya kerana jagung rebus, mak sanggup cari & merebusnyer untuk aku..terima kasih mak..
hhhmmmm...entah bila agaknyer aku dapat memenuhi hasrat yang mak pendam selama ini..aku berdoa agar aku sempat memberikan segala kebahagiaan & kegembiraan buat mak..juga sempat membalas jasa & pengorbanan mak selama ini..insyAllah..
malam ni tekak aku tidak lagi terasa 'mengidam' untuk makan jagung rebus. mak dah pun rebus untuk aku.. terima kasih mak.. sayang mak selamanyer.. mmuuaahh...
SaiF'4eveR
16 March 2009 | 0 KoMeN |
SELAMAT PENGANTIN BARU, MIEZA...

kawen..kawen..kawen..ooolalalala..hehehehehe(dah macam shiela ooolalala dalam SPA Q 2 pulak..ahakzahakzahakz..)
semalam hari bersejarah buat sahabat aku Mieza..lepas ni dah tak boleh dah join group kami dah, bujang trang tangtang...hehehehe. tapi jangan risau, kita tetap best frenz forever..huhuhuhu..
antara kita berlima, akhirnyer ko dulu yang naik pelamin. macam tak percaya je. ko dah jadi hak milik kekal 'balak' ko..tentera laut lagi tu..ingat dulu masa zaman sekolah. cinta bagai nak rak dengan si A. masa jamuan birthday ko, aku, sieyda & suren dulu bukan main romantisnyer ko dengan si A. nak basuh tangan pun boleh pegang2 tangan lagi. siap share air basuh tangan. caring & daring habis..i lap u, u lap me la katakan..heboh 1 kelas..hahahahaha..tuptup semalam jodoh ko bukan dengan si A tapi dengan si Navy..ok la tu..aku bukan apa, sejak dulu lagi aku tak berapa nak berkenan ko bercouple dengan si A tu. memang aku tak restuinyer (ceh, macam aku pulak makbapak dia..hehehehehe..) tapi disebabkan ko pun dah asyik masyuk rindu dendam bercinta dengan si A, aku pun redha je la dengan pilihan ko tu. asalkan ko bahagia, aku pun gembira. tapi bila aku dengar ko dah break off & ada couple baru, happy giler aku dengar. aku harap sangat yang baru ni pasangan abadi ko..& ternyata sekarang ko milik dia..tahniah dari sahabat mu ini..(ucap tahniah kat orang je, diri sendiri tah bila agaknyer..hehehehehe..) aku jugak nak mintak maaf sebab tak dapat datang ke majlis perkahwinan ko..sedih aku..cuti aku tak diluluskan. bukan tu je, siap dibekukan lagi cuti sebab tak cukup staff..wwwwaaaaaaaaaaa....sedih sangat sebab tak dapat tengok ko naik pelamin..aku harap majlis ko berjalan lancar...
dari 5 orang bujang, dah tinggal 4 orang..antara aku, Dien, Xiera & Sieyda, agak2 lepas ni sape la yang akan ikut jejak ko..hhhmmm..yang pasti bukan aku orangnyer..hehehehe..aku belum bersedia untuk mmasuki fasa baru dalam hidup aku ni. ada misi & visi yang harus aku capai sebelum memikirkan soal rumah & tangga..kwahkwahkwah..buat masa ni, soal kahwin jatuh no.2, aku tidak terlalu memikirkannyer..biarlah Dien, Xiera @ Sieyda dulu naik pelamin. asal aku tengok korang semua bahagia dengan pasangan masing2, tu pun dah cukup menggembirakan aku..(ish, macam hipokrit & plastik pulak bunyinyer..) ok la, aku terus terang..tipulah kalau aku tak terasa bila tengok geng2 kita dah ada teman berdansa. bohong la kalau aku tak jeles bila tengok korang dah ada buah hati..aku akuinyer..cuma buat masa ni biarlah aku pendamkan je perasaan tu..senang hidup begini. kalau umur panjang, ada jodoh, kahwin la kawan korang ni. merasa la korang nasi minyak aku nanti..hehehehehe..sekarang ni janganlah tanya2 pasal teman sehati sejiwa @ pasal kahwin. aku memang tak boleh nak jawabnyer..aku tak ada jawapan yang spesifik untuk soalan tu..tak mudah melupakan cinta pertama..biarpun lukanyer dah lama sembuh namun parutnyer tetap ada..huhuhuhu..(sedihnyer bila ingat kisah2 lama...wwwwwwaaaaaaaaa..)
dah la melalut je aku ni..perkara dah lepas nak buat apa fikir lagi..(Tiiipppuuuu...dalam hati masih fikir lagi :-p )
nway, untuk best frenz aku Mieza...
-SELAMAT PENGANTIN BARU
-SEMOGA KEKAL ABADI HINGGA KE HUJUNG NYAWA
-CEPAT2 LA TIMANG BABY, boleh aku jadi 'uncle' angkat..hehehehehe
kawen..kawen..kawen..ooolalalalala...adiossssssssssssssss.........
SaiF'4eveR

15 March 2009 | 0 KoMeN |
nape wujudnyer rasa ego dalam diri setiap manusia?? jawapan aku simple..ego itu wujud apabila seseorang itu merasakan dirinyer sudah cukup bagus, cukup hebat, cukup baik hingga menganggap orang disekelilingnyer lemah, hina & tidak cukup cerdik. semakin tinggi ego seseorang itu, semakin besar kesilapan yang dilakukannyer...
sejak aku bekerja di department HK ni, aku banyak belajar erti kesusahan, kesabaran, kerjasama, saling menghargai, perkongsian, bertanggungjawab & persahabatan. jika dulu nilai2 ni mungkin tiada erti bagi aku namun kini baru aku sedar betapa ego aku telah memakan diri aku sendiri. andai dulu aku terlalu ego & bangga dengan apa yang aku miliki, aku tidak pernah peduli tentang perasaan orang lain, aku tidak peduli dengan kehadiran orang disekeliling aku. pada yang 'berdiri tidak sama tinggi, duduk tidak sama rendah' aku singkir ke tepi..memilih yang tebaik antara yang terhebat, mendabik dada, menongkat langit kebanggaan. tanpa aku sedari ada mata2 jelik yang memandang aku, ada mulut2 jijik yang mengata aku. betapa ego & sombongnyer aku ketika itu..walaupun hakikatnyer rasa itu hanya menggantung diri aku sendiri. kini aku sedar..hidup ibarat putaran roda. adakala di atas, adakalanyer jatuh di bawah..hari ini aku ingin bersama berkongsi rasa ego & kesilapan aku dengan korang semua..bukan tujuan untuk 'membuka pekung di dada' tapi apa yang aku harapkan, entry kali ini dapat menjadi ikhtibar kepada korang semua..jangan ulangi kesilapan yang sama..
#kesusahan
-aku tidak pernah terfikir betapa susahnyer untuk mencari rezeki. dulu aku selalu ingat, kalau ada keje adalah duit. betapa aku egonyer mempertahankan kenyataan itu. tapi aku tidak sedar, susahnyer untuk mencari duit itu..harus tabah & cekal..jika ada keje tapi tiada usaha yang gigih, duit tidak akan turun dari langit begitu saje walaupun berbekalkan dengan ijazah di tangan..pada hari ini aku mengerti. betapa payahnyer bekerja, berpenat lelah semata2 untuk menunggu hasil dihujung bulan..memang perit, amat seksa..
#kesabaran
-aku dulu seorang yang panas baran. pantang ditegur @ silap sikit, aku pasti akan melenting. yang pasti amarah tu aku akan lampiaskan pada orang disekeliling aku. malah boleh jadi dendam. tapi kini tahap kesabaran semakin menebal. bekerja sebagai HK memang menuntut kesabaran yang tinggi. jika tidak sabar pasti aku akan melakukan kesilapan yang tidak sepatutnyer terjadi hingga mengundang tanggapan tidak baik pekerja lain..
#kerjasama
-bekerja sebagai 1 pasukan bukan saja akan memudahkan kerja yang dilakukan malah mampu mengeratkan hubungan antara 1 sama lain..tapi persepsi aku dulu, tanpa orang disekeliling aku pasti mampu berjaya. yakin boleh berdiri di atas kaki sendiri. sebenarnyer aku silap..kejayaan aku pada hari ini adalah hasil sokongan & kerjasama yang diberikan oleh orang2 yang amat menyayangi aku..tanpa mereka aku tidak akan berada di tahap hari ini..begitu juga ketika memegang status HK maid. kerjasama yang diberikan oleh semua pekerja banyak membantu aku. jika tidak aku pasti tidak dapat bertahan hingga ke hari ini. bukan mudah untuk menjadi seorang HK..
#saling menghargai
-jika dulu, aku jarang menghargai orang2 yang hadir dalam hidup aku. tambah pula jika insan yang datang itu bukan yang terbaik, terhebat & terbagus. aku hanya pejamkan mata. namun kini, taraf sosial, budaya & bangsa bukan lagi ukuran di department HK. semuanyer adalah sama & setaraf. belajar untuk menghargai 1 sama lain demi menutup kelemahan & kekurangan yang kelihatan agar staf HK tidak dipandang rendah oleh department lain..
#perkongsian
-perkataan kongsi cukup membuat aku loya mendengarnyer. tidak wujud istilah perkongsian dalam kamus hidup aku dulu. tapi kini, department HK telah membuka mata aku tentang erti sebenar perkongsian. tidak lokek untuk memberi & menerima antara 1 sama lain..rela menghulur & menyambut antara 1 sama lain..besar makna 'perkongsian' itu dalam diri aku sekarang ni..
#bertanggungjawab
-1st time bekerja sebagai HK aku selalu merungut siap carut mencarut, sumpah seranah ketika bertugas. tapi kini sikap itu semakin pudar terhakis. aku dapat mengawalnyer kerana aku tahu ini tanggungjawab yang aku perlu laksanakan. aku yang memilih jalan ini. aku harus menerimanyer dengan rela tanpa ada sebarang sungutan. aku di bayar gaji & dengan duit itu jugak aku gunakan untuk hidup. ini rezeki yang Tuhan berikan pada aku. aku harus bersyukur..
#persahabatan
-memandang rendah pada yang tidak sekhufur sudah sebati dengan diri aku. rela menolak bantuan yang dihulurkan jika prtolongan itu dari mereka yang pada aku tidak layak untuk berjalan beriringan dengan aku. betapa cacatnyer keindahan diri aku ketika itu. namun kini aku sedar..semua manusia adalah sama..darah yang mengalir dalam setiap tubuh manusia adalah berwarna merah sama seperti warna darah yang ada di dalam badan aku ni. setiap manusia yang wujud, dicipta oleh Tuhan Yang Maha Esa sama seperti terciptanyer aku. harta, darjat & kebijaksanaan hanya pinjaman sementara..tiada yang kekal. bekerja sebagai HK telah membuka hati aku untuk menerima seadanyer setiap individu yang aku kenali..juga menerima baik buruk, lebih kurang seseorang itu tanpa menilainyer dari luaran semata2 tetapi melihat ke dalam hatinyer..ada ketikanyer mereka adalah pendamping yang setia di kala keresahan..peneman yang rapat di kala kerungsingan..
untuk itu, aku buang jauh semua keegoan aku demi menebus kembali kesilapan aku yang dulu..
terima kasih Tuhan kerana masih memberi aku peluang untuk merasai nikmat hidup di dunia ini. sesungguhnyer Engkau lebih mengetahui apa yang aku tidak ketahui...
salam sayang
SaiF'4eveR
13 March 2009 | 0 KoMeN |
suasana semalam muram semuram muramnyer. mood aku masih tahap merah. aku cuba untuk mengurangkannyer tapi tak berdaya. fikiran & hati aku telah dikuasai oleh perasaan. tak ada apa yang dapat aku lakukan melainkan membiarkanyer reda sendiri.
pagi semalam aku pergi settlekan bil phone aku. adush...bankrapsi aku..bil bulan lepas melambung tinggi. huhuhuhu..nak tak nak kene jugak bayar separuh. kalau tak harus la line phone aku kene block. then aku ke kedai kek, cari kek untuk ayah. semalam birthday ayah. before ni aku tak berpeluang nak belikan kek @ hadiah untuk ayah & mak sebab aku tidak mempunyai income lagi. tapi sekarang ni dah ada income, apa salahnyer aku keluarkan duit aku untuk mereka walaupun tak banyak.
bila mood tak baik, aku mula la nak cari ketenangan di luar. tengahari aku keluar ke town. saje nak bawak diri. macam biasa aku pergi pun naik bas bukan dengan kenderaan persendirian. aku lebih selesa begitu bila keadaan diri tak stabil. pada yang mengenali rapat diri aku ni, mereka pasti tahu bagaimana cara aku mencari kedamaian jika aku kerungsingan. aku sanggup berjalan di bawah terik matahariku, menunggu bas yang kelajuannyer mengalahkan kura2 berlari semata2 untuk meredakan hati aku, mengembalikan ketenangan dalam jiwa aku. di dalam bas, fikiran aku melayang entah ke mana. sedar2 dah pun sampai di town.
1st sekali aku berejalan kaki ke Kamdar. gedung membeli-belah pakaian yang sebelum ni aku jarang jejakkan kaki. pada aku Kamdar bukan ada apa2 pun. nak lepak pun, tak selera. keliling baju2..tapi entah nape hari ini hati aku terlonjak2 nak masuk sangat Kamdar tu. mengikut gerak hati, aku pun melangkah masuk. seperti yang dijangka, tak ada apa yang menarik. aku juz cuci mata melihat pakaian yang dipamerkan. semuanyer aku tak berkenaan. tapi bila sampai kat bahagian baju kemeja, ada sehelai yang buat aku tertarik untuk membelinyer. fikir2 boleh jugak pakai masa konvo nanti. after fitting baju tu, aku tanpa teragak2 terus pergi bayar. susut duit aku lagi. keluar je dari situ, aku terus ke bank, cucuk duit lagi. surut duit dalam bank aku.
kaki aku terus menapak menuju ke Ipoh Parade pulak. sambil2 berjalan mata aku meliar memerhatikan gelagat manusia. macam2 ragam, macam2 perangai, macam2 fiil. tapi aku suke memerhatikannyer. terlintas kat fikiran aku ni, adakah mereka semua sama macam aku, tertekan, rungsing, resah, gelisah, masalah datang bertimpa2..samakah mereka dengan aku?? entah la...
kebetulan ketika aku sedang menuju ke IP, budak2 sekolah baru tamat sesi persekolahan. teringat kenangan zaman sekolah dulu. menyesal pun ada sebab tak belajar rajin2. kalau tak, tentu aku tak jadi macam ni..hurmm..
sampai di IP, aku berjalan2 ke bahagian t-shirt..satu per satu aku belek. dari 1 jenama ke jenama yg lain. semua aku tengok, yang mana aku berkenan aku try dulu, posing dalam fitting room..dah puas, baru aku buat pilihan. aku beli 2 helai baju & stokin..terbang lagi duit aku. kemudian aku jalan lagi..nampak pulak seluar trek..aku pun try tapi tak jadi beli..macam tak sesuai je ngan aku..selamat duit aku. kaki aku terus melangkah singgah pulak kedai buku. cadang nak tengok2 je..berjam2 belek buku2 yang ada..lastnyer beli jugak buku tulisan HM TUAH. tah sejak bila timbul minat ngan buku2 yang dihasilkan oleh penulis ini. tapi yang aku pasti, aku dah mula jatuh cinta dengan hasil tulisannyer sejak di perkenalkan oleh x-roomate aku dulu.dia rajin beli buku2 HM TUAH ni..hangus duit aku lagi..kemudian aku berjalan2 pulak kat pameran barangan dari Thailand. kebetulan negara tu sedang mengadakan pameran & jualan barang2 buatan negara mereka. terpandang key-chin, cantik. ingat nak beli tapi sayang warna kegemaran aku tak ada & tukang ukirnyer pulak tak datang, so tak boleh nak buat tempahan. aku batalkan niat aku nak beli key-chin tu..selamat duit aku..aku terus ke Guardian cari barangan keperluan aku..dekat kedai ni, aku terus capai je apa yang aku nak beli. malas nak belek2 lagi..bukan ada apa2 pun..lebur duit aku lagi..
selesai tawaf satu bangunan aku terus keluar. niat nak ke The Store,GM pulak tapi aku batalkan niat aku tu sebab kaki aku dah mula sakit2. kesian kaki aku. sepatutnyer semalam hari untuk kaki aku rehat. yela keje sebagai HK memerlukan banyak pergerakan. tiap2 hari kaki aku lenguh. tapi semalam aku paksa jugak kaki aku untuk bersenam..kesian kaki aku..kejam betol aku ni..
dalam bas aku, macam biasa aku duduk termenung. macam2 yang aku fikirkan. dalam2 berfikir tu aku tengok balik barang2 yang aku borong tadi. banyak jugak..rasa menyesal pulak..sepatutnyer time ekonomi tak berapa nak baik ni, aku kene berjimat-cermat. pandai simpan duit. tambah pulak untuk hari konvo nanti. tapi hari ni, aku seakan lupa semua tu..aku sepatutnyer berbelanja mengikut akal bukan akal mengikut perbelanjaan kita. kalau akal ikut diri kita, macam ni la jadinyer..
teringat kata2 abg ryan..dia kata aku ni sorang yang membazir..tak pandai nak berjimat-cermat. sepatutnyer aku hidup secara sederhana macam dia. tak perlu nak beli baju yang mahal2. asalkan boleh pakai, kemas & menarik..tu sudah memadai..tapi aku ni...tah la..bukan tak cuba nak berubah tapi macam dah sebati dengan diri..rasa semacam kalau aku keluar tak beli barang..tambah pulak dalam keadaan mood tak baik.. lagi la giler aku..aku tak fikir panjang..yang berkenan dihati aku terus beli..tapi aku akan cuba jugak untuk belajar berjimat..cuma tak pasti bila aku akan pandai berjimat-cermat..
sampai rumah dah petang..after makan aku pun berehat2 melayan 'baby boy' aku tu..walaupun penat tapi aku gagah jugak la diri ni nak main2 ngan dia tu..barang2 yang aku beli pulak semua aku campak atas katil..macam tak teruja pulak nak mencuba sekali lagi..huhuhuhu..
macam ni la keadaan aku kalau tak ada mood & macam ni la caranyer aku nak cari kedamaian di hati..bunyi macam teruk tapi aku puas..kurang sikit beban yang aku tanggung..keluar dengan bas, berjalan kaki dari satu tempat ke tempat,perhatikan alam dunia, diri aku seakan dapat membuang jauh semua kekusutan ke luar sana..semua kerungsingan, keresahan, kekusutan, keserabutan aku tinggalkan di dalam bas, di tepi2 jalan & di shopping complex..aku balik dalam keadaan yang lebih relax..walaupun tak hilang sepenuhnyer tapi at least hati & perasaan aku tak la seperti hari sebelumnyer..cuma aku kene ambik masa untuk kembali seperti biasa. itu je..pada yang kenal rapat dengan aku, mereka tahu aku macamne, mereka kenal sape aku ni..
adioss...
*pesanan - jangan cuba untuk try cara ini..tidak baik untuk duit anda..ada cara yang lebih baik untuk menghilangkan moody anda tu..
SaiF'4eveR
11 March 2009 | 0 KoMeN |
mood aku memang tak baik..angin 1 badan..dari rumah terus ke tempat keje, aku moody. malas nak bukak mulut. buat hal sendiri. aku keje pun non-stop. tak berhenti pun untuk rehat sebab aku tak terasa pun macam nak makan. terasa malas sangat2. perut aku biarkan kosong. berbunyi2 perut aku ni tak henti2 sampai pedih perut aku. biarkan la. hati aku kalau dah down memang tak akan buat apa2 pun..
aku pun tak pasti nape sejak akhir2 ni aku sering jadi macam ni. walaupun aku tak tunjuk secara terang & nyata tapi aku pasti orang2 di sekeliling aku terutama yang rapat dengan aku tahu keadaan aku. kalau moody, aku memang akan banyak diam dari bercakap. kalau bercakap pun sekadar yang perlu. kalau ketawa pun sekadar untuk melayan. dalam hati, Tuhan je yang tahu. terasa macam plastik & hipokrit je diri aku ni..tapi nak buat macamne, dah memang diri aku macam ni..nak tak nak mereka kene faham, kene terima. kalau rasa tak boleh nak terima, tak boleh nak faham. boleh jalan..aku pun tak rugi apa2 & dorang pun tak akan untung apa2..
di rumah aku buat seperti tiada apa2 yang berlaku. cuma kurang berbual dengan family tapi tak bermakna aku diam seribu bahasa. aku still cuba jugak bercerita tentang perkembangan terbaru diri aku. walaupun sebenarnyer aku tak terniat nak bercerita itu semua pada family. sekadar untuk menutup rasa rungsing. aku tak mahu family aku perasan yang diri aku sekarang ni tidak stabil dari segi hati & perasaannyer. tapi aku tahu, family aku faham perangai anaknyer ini. kalau mengasingkan diri & diam membisu, mesti ada yang tidak kene. mereka pun tidak banyak bertanya.
di tempat keje pulak lain ceritanyer. mereka semua tak mengenali aku dengan rapat. mesti ada yang tertanya2 perubahan sikap aku sejak kembali keje di situ. biarlah mereka nak fikir apa pun. terus terang aku katakan, aku dah malas nak fikir pasal keje. hati aku dah semakin menolak untuk terus bekerja di situ lagi..hanya menunggu masa untuk aku angkat kaki dari situ. moody aku bertambah2 bila ada 2 staff baru yang aku rasa tak boleh untuk bekerjasama..aku & mereka tak sebulu..entah nape aku meluat, mual, loya & muak untuk terus bekerja di bawah 1 bumbung dengan mereka berdua. meluap2 rasanyer hati ini..entah la..selagi aku tak ganggu hidup mereka, jangan ganggu hidup aku..biarlah aku macam ni.
bersyukur pada Tuhan, sahabat aku Aiman selamat menjalani operation & dia semakin pulih..terima kasih juga pada Dia yang tak jemu2 menghantar SMS pada aku..TQ, Luv U..
malam ni aku masih seperti pagi tadi. moody..dalam tak ada mood ni, aku teruskan jugak untuk menaip entry ini. aku tak mahu biarkan Blog ini kosong seperti 3 hari lepas..
rasanyer cukuplah setakat ini luahan hati aku..jumpa lagi..
salam..
SaiF'4eveR
09 March 2009 | 0 KoMeN |
dah beberapa hari aku tak update Blog aku ni. entah nape setiap kali aku ingin menaip sesuatu di dalam Blog ini, fikiran aku menjadi tandus, kekeringan idea. jiwa aku menjadi kering, ketandusan ilham. seakan ada yang menghalang jari jemari aku untuk terus menaip seperti biasa. hari ini aku gagahkan juga hati ini untuk mengetuk2 keyboard laptop ni. aku paksa diri ini untuk mencoretkan sesuatu di dalam entry kali ini. tidak boleh tidak lagi..namun idea tetap tepu di dalam otak. puas aku fikirkan, nampaknyer aku gagal. makin aku berfikir, makin kusut, hati makin serabut, jiwa makin kabut. terlalu banyak masalah yang aku kira ujian & dugaan dari Yang Maha Esa untuk diri aku sebagai seorang insan yang hina lagi dina ini.

rungsing mengenangkan kehidupan aku kini, belum mempunyai pekerjaan tetap. pekerjaan yang mampu menjamin masa depan aku. memang sekarang aku sedang bekerja tapi berbaloikah aku memerah keringat, mengerah tenaga menjadi seorang housekeeping & pendapatan bulanannyer pulak tidak menentu, berbaloikah?? aku bukan memandang rendah, bukan jugak memilih tapi biarlah setimpal dengan usaha aku selama ini. dulu aku sanggup mengorbankan cita2 & impian aku walaupun pada hakikatnyer aku tidak memerlukannyer untuk mencapai cita2 & impian aku itu. namun demi ingin melihat kegembiraan ahli keluarga terutama mak & ayah, aku pejamkan mata seketika. 5 tahun aku menanti penuh sabar tapi kini apa yang aku dapat?? terasa seakan pengorbanan aku sia2 belaka. salahkan jalan yang aku pilih??

(Tuhan ampunkan aku jika aku tidak mensyukuri nikmat yang telah Kau berikan pada diri aku ini. bukan niat aku untuk menidakkan takdir-Mu. aku tahu apa yang Kau berikan ini sudah tersurat & tersirat sejak azali lagi. sesungguhnyer Engkau tahu apa yang aku tidak tahu. ampunkan aku..)

kini aku mula terasa dihimpit tekanan. tekanan yang membuatkan seluruh urat sendi aku menjadi lemah tak berdaya. dengan kadaan ekonomi yang kian merundum, aku kesempitan. tak tahu di mana & bagaimana untuk aku usahakan. teringat kembali kata2 sorang kenalan. dia ni bukan sape2 dengan aku, hanya sorang pekerja yang bekerja di salah sebuah pusat pentadbiran kerajaan. aku mengenalinyer juga secara kebetulan ketika aku dalam latihan praktikal. walaupun dia tidak sehebat mana, namun pengalaman & kata2nyer mampu menjadi panduan kepada diri aku dalam menempuh liku2 hidup yang semakin kejam ini. kata2 abg nol telah membuka minda aku untuk memikirkan akan kebenaranyer..

'hidup tanpa tekanan ibarat roda tidak berangin'

jika direnung dengan teliti kata2nyer itu, memang benar. tayar kereta yang kekurangan angin sememangnyer mampu bergerak dengan sempurna di atas jalan raya namun tidak selancar tayar yang mempunyai tekanan angin yang mencukupi. tekanan mendorong kita untuk berusaha mencari kesempurnaan agar perjalanan hidup ini menjadi lancar..tapi aku?? positifkah tekanan yang aku alami ini?? mampukah tekanan ini melancarkan perjalanan hidup aku?? susah untuk aku mencari jawapanyer. tekanan yang aku alami sepanjang penghidupan terlalu hebat, terlalu ampuh untuk aku tanggung. aku dah penat..

hati aku rungsing memikirkan nasib sahabat aku, aiman yang menjalani operation semalam. bagaimanakah keadaan dia?? aiman disahkan menghidap ulser usus. lukanyer semakin teruk hingga memerlukan dia melakukan operation segera. hebat betol dugaan ini. aku bimbang akan dirinyer. semalam sebak & sayu aku apabila menerima SMS dari dia sebelum masuk ke dewan pembedahan. dia sempat memohon ampun & maaf andaikata dia pernah melukai hati & perasaan aku. adush, sedih aku aku membacanyer. pada aku, dialah sahabat yang tidak pernah sekali pun menyakiti hati & perasaan aku malah menceriakan & menghiburkan diri aku ini. aku amat bersyukur kerana Tuhan menghadirkan dirinyer dalam kehidupan aku. walaupun baru mengenali dirinyer namun aku senang bersahabat dengannyer. jauh di sudut hati ini, aku berdoa agar dia selamat. tiada apa yang aku mahukan melainkan melihat dia sihat & gembira seperti selalu. buat aiman, aku disini ikhlas berdoa agar kau selamat menjalani operation & kembali seperti sedia kala. aku juga berharap kau kuat & tabah menghadapinyer. ingatlah Tuhan, kenangkan ibumu juga. aku sentiasa menyokong kau dari atas seperti mana kau menyokong aku. maafkan aku jugak kerana tidak dapat menemani mahupun melawat kau sepanjang di hospital. aku tidak berpeluang. kau sendiri faham bagaimana keadaan keje aku. maafkan aku aiman..

jiwa aku berselirat kusut. ditambah pula dengan keadaan kesihatan aku yang tak menentu sejak akhir2 ini. sakit lama kembali menyerang. namun aku kuatkan diri untuk terus bertahan. dalam pada itu, jiwa aku disebu dengan seribu pertanyaan. soalan yang pada aku seolah2 tidak mempunyai jawapan. apa yang yang aku cari dalam hayat ini?? apa yang aku mahukan dalam hidup ini?? jika dulu aku celik dalam menentukan arah hidup aku. dari sekolah rendah ke sekolah menengah, begitu terang hati aku menyuluh akal fikiran ini tapi kini diri aku seakan buta dalam celik. aku sendiri tidak nampak lagi arah tuju yang harus aku capai, cahaya yang harus aku kejar. aku sendiri seakan berdiri kaku tidak mampu lagi bergerak. di manakah silap aku??kadang2 terfikir, haruskah aku menjadi seperti dulu. berani mempertaruhkan nyawa ditangan sendiri. tidak mahu bergelut dengan tekanan aku mengambil jalan pintas. namun ternyata masa untuk aku belum lagi tiba. usia aku masih panjang..& kini mampukah aku bertahan menanggung segala ujian & dugaanNYA lagi?? aku bimbang jika tidak dikawal aku akan brtindak seperti dulu. memilih jalan singkat untuk mencari ketenangan. aku harap tidak. semoga ALLAH swt memanjangkan akal aku biarpun hanya untuk sejengkal agar aku tidak lagi mengulangi kesilapan lepas. aku juga memohon agar ALLAH swt meringankan beban & mempermudahkan perjalanan hidup aku. aku ingin merasai hidup gembira & bahagia..

puas hati aku kerana dapat meluahkan segala2nyer hari ini. harap entry kali ini tidak di salah ertikan oleh sape2. ini sekadar luah isi hati aku yang terpendam sejak dua, tiga hari lepas..aku curahkannyer semua disini..bukan untuk meraih simpati tapi sekadar untuk bacaan umum..kalau ada ayat2 @ perkataan yang kurang menyenangkan, aku mohon maaf..aku manusia biasa tidak terlepas dari melakukan kesilapan..

semoga berjumpa lagi..

salam.....

SaiF'4eveR


08 March 2009 | 1 KoMeN |
Aku
Kalau sampai waktuku
Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi
(Chairil Anwar, Maret 1943)

1st time aku baca puisi ini, aku tertarik dengan bait2 yang dikarangi oleh penulis ini..pada aku puisi ini mudah untuk di fahami walaupun ada perkataan yang digunakan agak kasar bunyinyer pada kita sebagai rakyat malaysia tapi jika korang berada di negara seberang kata2 sebegini adalah biasa. aku tak tahu korang faham @ tak puisi ni. aku rasa diri aku faham apa yang cuba hendak di sampaikan oleh penulisnyer.
kalau ikut fahaman aku, puisi ini tentang semangat, kekuatan, ketabahan & kesabaran yang perlu ada dalam diri seseorang jika ingin berjaya..itu dari perspektif aku..tak tahu la betol ke tak..cuba la korang baca & tafsirnyer sendiri..
aku akan cerita sikit tentang penulisnyer..namanyer Chairil Anwar, berasal dari Medan Sumatera..dia ni merupakan penyair terkenal di Indonesia hingga menjadi lagenda dalam bidang sastera di negara seberang..semasa hayatnyer, Chairil Anwar telah mendapat jolokan sebagai 'Si Binatang Jalang' kerana menjadi inspirasi kepada rakyat Indonesia yang ketika itu memperjuangkan kemerdekaan selain melopori trend puisi moden dengan pemakaian kata2 yang lebih berkesan & luas maksudnyer..sehingga ke hari ini karya2 lagenda ini terus diingati & dikenang oleh rakyat Indonesia walaupun penulisnyer telah lama tiada di alam fana ini (meninggal dunia pada 28 April 1948)..
secara peribadinyer aku amat menganggumi penulis ini..bukan saja pada karya2nyer tapi juga pada semangatnyer sebagai seorang penyair & juga rakyat Indonesia..hebatkan dia??mampukah aku & korang semua menjadi seperti dia???...fikirkan...
adioss......
SaiF'4eveR
04 March 2009 | 0 KoMeN |
salam semua..entry hari ni aku nak share dengan korang pendapat aku tentang 'problem'..dah lama aku fikir hal ni & kebetulan pulak hari ni aku pun tak ada idea/kata2 untuk diluahkan di dalam ni. so aku pilih la tajuk ni..aku harap isu hari ni berguna untuk korang semua..
aku rasa semua orang di dalam dunia ni, tak kira la ceruk mana dia berada, utara selatan, timur barat, mesti pernah mengalami masalah. tak banyak, sikit pun mesti ada masalah. selama aku hidup di dunia ni belum pernah lagi aku dengar orang kata yang hidupnyer tak pernah mengalami sebarang masalah, sentiasa hidup gembira & bahagia. bohong la kalau ada yang cakap macam tu..dari baby, sampai la yang dah berumur, semua ada masalah. semua akan & pernah mengalami masalah. betol tak apa yang aku katakan ni?? mesti la betol sebab apa yang aku bagitau tu semua fakta bukannyer auta..hehehehehee..
pernah tak korang terfikir @ terperasan, setiap kali ada masalah mesti kita akan mintak tolong dari orang lain??tak pernah pun masalah sendiri, kita settlekan sendiri.. mesti nak jugak bercerita dengan orang. tak dapat tolong banyak, sikit pun jadi la..tak dapat settlekan masalah, jadi pendengar pun cukuplah. asalkan ringan sikit beban untuk ditanggung..perasan tak?? mungkin ada yang diluar sana menyangkal kata2 aku ni tapi pada aku mereka tu sebenarnyer tak sedar.semua insan memerlukan seseorang untuk berkongsi cerita. tak payah la nak berlagak tunjuk hebat.senang aku bagi contoh la. Si A tak ada duit, tapi buat muka macam tak ada masalah. dalam duk sembang2 dengan Si B, dia terlepas cakap yang dia sesak bulan ni. walaupun Si A tak cakap secara direct & also tak mintak pinjam duit dari Si B tapi secara tidak sengaja Si A dah tercakap pada Si B tentang masalahnyer..bukan ke itu namanyer kongsi masalah?? mesti rasa lega & ringan beban yang ditanggung dalam hati..nampak tak??sedar tak?? sekarang percayakan yang setiap orang di dalam dunia ni tak kira lah sape dia, mesti akan mencari teman berbicara bila di timpa masalah.
ok rasanyer dah settle kot bab tu..kita beralih pulak ke bab yang kedua. masih ada kaitan dengan masalah jugak..aku selalu nampak kadang2 problem orang lain kita boleh tolong settlekan tapi kenapa bila sampai problem sendiri, kita tak pernah nampak jalan keluar. mesti tersangkut dalam dilema. bila dah tak mampu nak settlekan masalah kita tu, jalan paling mudah, biarkan masa yang menentukan..betol ke masa tu ubat paling mujarab untuk selesaikan semua masalah?? sedangkan kita sendiri tahu masa tu sentiasa berputar & berganti. tak pernah sekali pun terhenti..(kecuali jam rosak la..hahahahahaha)..kalau hari ini kita fikirkan masalah kita, ada ke masa akan berhenti untuk membantu kita?? dapat ke masa berputar balik ke asal, kembali seperti sedia kala?? tak pernah sekali pun berlaku dalam sejarah. tapi kenapa kita selalu mengharap pada masa?? kenapa tak berusaha dengan yakin & tekad, kemudian berserah pada takdir. itukan lebih afdal dari duduk menunggu masa & terus memikirkan masalah kita tu..kalau macam tu belum tentu esok @ 5 tahun akan datang problem kita tu akan settle.. cayolah cakap eden ni hah...
renung2 kan & selamat beramal...hehehehehehe
salam sayang
SaiF'4eveR
03 March 2009 | 0 KoMeN |
salam..tepat 12.01 minit pagi, 1 Mac 2009, naik lagi 1 tangga umur aku. diam tak dia, sedar tak sedar, ingat tak ingat, dah cecah angka 24 & selama itu jugaklah aku dah bernafas di atas bumi ciptaan ALLAH swt ini. bersyukur aku ke hadrat Ilalhi atas usia & kesihatan yang di berikan kepada aku.
jika diimbas kembali sejarah perjalanan kehidupan aku, dari kecil hinggalah aku besar panjang ni, macam2 dugaan, ujian & rintangan telah aku harungi, telah aku lalui. perit & penat.. itu saja yang mampu aku ungkapkan..huhuhuhuhu. aku sendiri tidak tahu bagaimana aku mampu terus bertahan & mengharunginyer dengan tabah & kuat. namun di sebalik ketabahan & kekuatan itu, hati aku sering menangis mengenangkan liku2 hidup yang semakin mencabar & kejam ini. biarpun menangis hiba namun diri aku tetap redha dengan segala ujian yang mendatang & memohon agar akan ada kebahagiaan & kegembiraan di akhir penceritaan hidup aku. memang ada..aku pernah mengecapi kebahagiaan & kegembiraan namun terlalu singkat masanyer. ibarat seperti mentari pagi yang baru hendak menyelerakkan cahayanyer keseluruh alam, lalu datang sang awan gelap melindungi & menghalangi serakan cahaya itu. aku pasrah & redha dengan takdir yang telah ditentukan. & aku juga percaya akan ada pelangi indah menemani kebangkitan sang mentari. bila..?? aku sendiri tidak tahu..cuma aku harus kuat, tabah, tekad & redha.
memetik kata2 abg adi....aku kene terima takdir. Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali diri kita sendiri ingin mengubahnyer..aku harus kuat..jangan difikir perkara yang telah lepas..merancang perkara yang akan mendatang..terima kasih abg untuk kata2 motivasi itu..
aku bukanlah seperti orang lain. dapat apa yang dimahukan, peroleh apa yang diimpikan. mereka beruntung & bertuah. tapi aku tidak. aku perlu melepasi setiap halangan & tekanan dengan usaha yang gigih untuk mendapatkan apa yang aku mahukan, untuk memperolehi apa yang aku impikan. jika tidak, aku pasti terkandas..
aku juga manusia biasa yang penuh dengan kehinaan. tidak terlepas dari melakukan kesalahan & kesilapan. namun aku berusaha untuk tidak mengulangi setiap kesalahan & kesilapan untuk kali yang kedua. biarpun terkadang aku tetap memilih untuk melakukan kesalahan & kesilapan yang sama. fitrah manusia. tidak pernah untuk cuba belajar dari pengalaman. aku akuinyer..
walaupun diri sering dihimpit dugaan & ujian, namun aku tetap beruntung & bersyukur kerana diberikan serta dikurniakan keluarga & sahabat2 yang banyak membantu & menyokong aku tanpa ada rasa jemu..sedih & duka bersama, susah & senang dikongsi. aku amat bertuah memiliki mereka semua. tak terbalas jasa & budi mereka semua. hanya Tuhan saja yang mampu membalasnyer. terima kasih semua..seikhlas hati, aku amat menyayangi & sentiasa berdoa agar kalian semua dalam keadaan baik & sejahtera di dunia mahupun akhirat..
sebelum aku mengakhiri entry kali ini, aku ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mengingati hari yang penuh makna bagi diri aku ini. terima kasih atas ucapan & kata2 semangat yang diberikan. maaf kerana aku tidak berupaya untuk menaip 1 per 1 nama di sini..terlalu ramai..maafkan aku..sama seperti semua, aku turut mendoakan kesejahteraan & kegembiraan dunia akhirat. semoga ukhwah yang terjalin antara kita kekal abadi..insyallah...
wasalam...
SaiF'4eveR
01 March 2009 | 0 KoMeN |