Pernah tak anda mengalami peluh
berlebihan..??..maksud aku berpeluh secara melampau tanpa mengira keadaan,
pernah..??..tak selesa, geli & menjijikan...eeeEEeee..!!!...
Pernah tak anda terfikir berpeluh
secara melampau adalah satu masalah kesihatan..??..normal la tu berpeluh, tanda
sihat..tapi keadaan tu pd org yg dilahirkan normal & tidak pd mereka yg
menghadapi berpeluh secara berlebihan..utk pengetahuan semua masalah kesihatan
ini bukanlah penyakit..tak boleh berjangkit pun..tak bawak mati pn..jgn salah
faham..
Tahukah anda terdapat 1 istilah @
term khas yg digunakan dlm bidang perubatan utk
merujuk kepada masalah ini iaitu HIPERHIDROSIS...
Hiperhidrosis dialami oleh berjuta-juta
org diseluruh dunia..kajian menunjukkan 3% penduduk Asia Tenggara mengalami
masalah ini..hiperhidrosis tidak dikategorikan sebagai penyakit berbahaya tapi
boleh menyebabkan gangguan psikologi kepada penghidapnya..berpeluh yg keterlaluan
terutama pd bahagian MUKA, TAPAK TANGAN, KETIAK & KAKI boleh menganggu
perjalanan kehidupan harian seseorg itu kerana ia akan menimbulkan rasa tidak
selesa, malu, kurang yakin diri serta rendah diri ketika berdepan dgn
masyarakat luar..
TANGGAPAN MASYARAKAT
Masyarakat hari ni terlalu sukar
utk menerima sesuatu yg di anggap ganjil..(tp buat benda pelik2 senang pulak
dorg terima..) disisih kerana berpeluh byk, dikutuk, dipandang sinis, jijik,
tidak boleh bergaul & banyak lg cabaran serta dugaan yg perlu dihadapi oleh
penghidap masalah ini..semuanyer mengundang rasa sakit hati, tersinggung
perasaan, seksaan emosi & sedih dlm diri mereka..apa salah mereka..??..berdosakah
mereka..??..segala berlaku adalah takdir..mereka tidak pernah
memintanyer..mereka jugak ada perasaan..mereka manusia biasa..tapi kenapa ada
yg memperlakukan mereka seperti insan yg tidak sempurna..??..cukup sempurnakah
diri anda semua hingga menghakimi mereka semua..??..biarpun sering disakiti
namun mereka menerimanyer dgn tabah & sabar, juga mengajar mereka erti
nilai kemanusiaan..
JENIS HIPERHIDROSIS
Berbalik kepada masalah hiperhidrosis, menurut Pakar Perunding
Bedah Kardiotorasik, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik Institut Jantung Negara
(IJN), Dr Jeswant Dillon, hiperhidrosis boleh berlaku pada lelaki dan perempuan
pada semua peringkat umur, tetapi biasanya ia bermula sejak kecil dan akan
kekal sepanjang hayat jika tidak dirawat. Katanya, hiperhidrosis dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu
1-PRIMER ( idiopatik iaitu
tidak diketahui puncanya)
2-SEKUNDER ( disebabkan penyakit lain seperti
hipertiroirdisme, kencing manis, tuberkulosis (batuk kering), limfoma, obesiti,
kehamilan serta menopaus)
BAHAGIAN UTAMA
Biasanya hiperhidrosis berlaku pada empat bahagian utama iaitu
1- MUKA
2- KETIAK (aksilari)
3- TAPAK TANGAN (palmar)
4- KAKI(plantar).
Bahagian ini
akan mengalami masalah peluh berlebihan sehingga boleh menitis. Ada pesakit yang
datang berjumpa saya terpaksa memakai plastik dalam kasut bagi menadah
peluhnya. Ia masalah memalukan yang boleh menjejaskan kualiti hidup dan kerja.
Walaupun prevalens rendah iaitu hanya 3% daripada jumlah penduduk, ia
membabitkan jumlah besar iaitu lebih 700,000 orang di negara kita, katanya.
PUNCA
Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat,
tetapi ada beberapa kemungkinan yang menyebabkannya. Ia mungkin disebabkan
1- PENYAKIT EKRIN
KELENJAR PELUH di seluruh badan, tetapi paling banyak di tapak tangan dan
kaki.
2- AKTIVITI SARAF
SIMPATETIK KETERLALUAN YG MEMBERI RANGSANGAN KEPADA KELENJAR PELUH YG NORMAL,
menyebabkan kelenjar menghasilkan banyak peluh dalam masa singkat. Namun, tiada
siapa tahu bagaimana dan apa menyebabkan saraf simpatetik bertindak
keterlaluan.
Dr Jeswant berkata, hiperhidrosis
boleh diwarisi. Kira-kira 25 hingga 50 peratus pesakit mempunyai sejarah
keluarga mengalami hiperhidrosis. Anak yang dilahirkan ibu bapa hiperhidrosis
mempunyai kebarangkalian 25 peratus mendapat masalah sama. Masalah ini berlaku
pada individu dewasa berumur antara 20 hingga 50 tahun dan biasanya bermula
ketika mencecah 25 tahun. Namun, hiperhidrosis boleh bermula lebih awal iaitu ketika
kanak-kanak atau remaja.
Ia hanya menjadi masalah besar
apabila gejala peluh keterlaluan ini mula mendatangkan rasa tidak selesa,
mengganggu perjalanan aktiviti harian, menjejaskan prestasi kerja dan
membuatkan seseorang kurang keyakinan diri. Badan pesakit boleh mengeluarkan
banyak peluh dalam hampir semua keadaan, walaupun duduk dalam bilik berhawa
dingin. Ia bukan saja dipengaruhi keadaan persekitaran, malah perubahan emosi
seperti resah, gelisah, gementar, sedih dan gembira pun badan mengeluarkan
banyak peluh.
BEBAN PENGHIDAP
HIPERHIDROSIS
1-Tidak dapat melakukan aktiviti harian.
2-Perasaan malu apabila baju dan tapak tangan basah.
3-Perlu kerap menukar baju dan stokin (lebih dua kali sehari).
4-Enggan bersalaman atau berjabat tangan.
5-Banyak aktiviti harian tidak dapat dijalankan.
6-Prestasi dan produktiviti terjejas.
7-Boleh membahayakan nyawa jika pekerjaan pesakit berkaitan dengan elektrik.
8-Malu menyertai aktiviti sosial keluarga dan rakan.
9- Tertekan
10- Kecewa dengan diri sendiri
11- Kurang keyakinan diri
12- Kulit menjadi kurang pejal akibat sentiasa lembap
13- Kelembapan berpanjangan tingkatkan risiko jangkitan bakteria dan kulat
14- Maslah dalam hubungan intim
Masalah dihadapi lelaki dan
wanita adalah sama. Pada umumnya pesakit berasa kurang selesa bergaul dengan
orang lain, terutama rakan baru yang tidak tahu masalah mereka. Bahkan ada
pesakit terpaksa memilih pakaian berwarna gelap untuk melindungi perkara ini
dan berasa tidak selesa untuk duduk berdekatan orang lain.
Selain berdepan masalah ketiak
sentiasa basah, mereka perlu lebih kerap menukar stokin bagi mengelakkan gejala
kaki berbau. Pada masa sama pilihan untuk kasut juga terhad akibat peluh
berlebihan pada kaki.
RAWATAN
Dalam setiap tangis itu ada
gembiranyer, dalam setiap sakit itu ada penawarnyer..begitu jugaklah dgn masalah
hiperhidrosis ini..
Rawatan dibahagikan kepada dua iaitu
1-BUKAN PEMBEDAHAN (luaran, ubat
makan, iontoforesis atau pengionan serta suntikan Botulinum toksin)
2-PEMBEDAHAN
Dr Jeswant berkata, jenis rawatan
bergantung kepada tahap masalah.
1-Jika masalah hanya sedikit, mereka diberi ubat
sapu atau anti peluh mengandungi aluminium klorida. Kaedah kedua pula
ialah ubat makan mengandungi ejen anti kolinergik seperti glycopyrrolate dan
amitriptyline bagi mengehadkan aktiviti saraf. Bagaimanapun, kesan sampingannya
yang ketara menyebabkan ubat kaedah ini kurang popular.
2-Kaedah
pengionan juga kurang digemari kerana kulit berasa sakit apabila
dikenakan arus elektrik. Lagipun, kaedah ini mengambil masa panjang dan perlu
diulang. Suntikan
Botulinum Toksin A sering digunakan untuk merawat hiperhidrosis
aksilari dengan melumpuhkan saraf yang merangsang kelenjar peluh. Namun kaedah
ini juga kurang praktikal kerana ia bukan saja mahal, tetapi menyebabkan rasa
sakit dan perlu diulang setiap empat hingga enam bulan.
3-Cara
terbaik ialah menjalani pembedahan endoskopi torasik simpatektomi
(ETS) yang mengambil masa sejam. Pembedahan dapatmengatasi masalah
tangan berpeluh hampir 99 peratus, ketiak berpeluh (90 peratus) dan kaki berpeluh
sebanyak 70 peratus.
Pembedahan memberi kesan
serta merta dan sepanjang hayat. Ia dilakukan menggunakan kaedah
pembedahan lubang kunci (pembedahan minimali invasif) iaitu membabitkan luka
kecil kira-kira 0.5 sentimeter, kurang sakit dan cepat sembuh. Malah tempoh
pesakit tinggal di hospital juga singkat iaitu antara tiga hingga empat hari
saja. Kesan luka pembedahan di bawah ketiak dapat dilindungi dan ini penting
bagi pesakit, terutama perempuan, katanya.
Bagaimanapun, katanya, bukan
semua pesakit perlu dibedah kerana pembedahan adalah jalan terakhir bagi menyelesaikan
masalah hiperhidrosis. Bagi individu yang mengalami masalah ini, Dr
Jeswant menyarankan mereka mendapatkan nasihat pakar terlebih dulu dan jangan
biarkan ia berlarutan sehingga menjejaskan kehidupan. Rawatan boleh
didapati di IJN dan pusat itu menjalankan lebih 260 pembedahan hiperhidrosis
sejak ia diperkenalkan pada 1995.
Untuk sementara ini hanya 2 hospital swasta & 2
hospital kerajaan yg menawarkan pembedahan ini..
Hospital swasta :
1-
Institut Jantung Negara (IJN)
2-
Subang Jaya Sime Darby
3-
KPJ Penang
Hospital kerajaan :
1- HUKM
2- Hospital
Sultanah Aminah Johor (HSA)
Ini lah senarai hospital yg
menawarkan pembedahan utk hiperhidrosis...tak banyak..mungkin sebab masih baru
lg di Malaysia..lagipun kos rawatan utk hiperhidrosis agak tinggi iaitu sekitar
RM 10 ribu ke atas untuk pembedahan yg hanya mengambil masa lebih kurang sejam
saja..tetapi kini pembedahan ini boleh dilakukan di 2 hospital kerajaan yg
tersenarai di atas dengan harga yg lebih murah berbanding dengan hospital
swasta..
Disini aku nak tegaskan &
simpulkan bahawa HIPERHIDROSIS bukanlah penyakit berjangkit..janganlah anda
semua mengamalakn ‘double standard’ pd mereka yg pernah menghidapi @ yg sedang
mengalaminyer..jangan dipandang serong apatah lagi jijik pd mereka..apa yg
berlaku bukan salah mereka..ini semua takdir Tuhan yg sedang berbisik menguji
kesabaran serta ketabahan hati mereka..bayangkan jika 1 hari nanti ada
dikalangan ahli keluarga anda yg menghidapi hiperhidrosis ini &
diperlakukan seperti yg itu, apakah perasaan anda..??..what goes around come
back around..renung-renungkan lah...sekian saja dari aku...
**Ya, aku adalah di antara 700,000 org di negara ini
menghidap hiperhidrosis..aku memahami perasaan mereka yg tergolong dalam ‘kumpulan’
ini...alhamdulillah, kini aku tidak lagi ‘berhiperhidrosis’...terima kasih Allah
kerana member aku peluang utk hidup seperti org yg ‘normal’..terima kasih jugak
pada mak, ayah, adikberadik, Dato’ Dr Jeswant Dillon serta jururawat yg telah
menjaga aku selama aku ‘berpantang’ disana..terima kasih semua...jasa anda semua
aku kenang sampai akhir nyawa aku...