twitter

Hari ni kita cuba marathon blog...entry kedua pasal sejarah sikit...ni saja la aku berjalan ke sini..istana lama Kellie's di Batu Gajah...last aku jejakkan kaki kat sini masa aku sekolah menengah..dulu kemudahan kat sini tak la sebaik hari ni...sekarang mcm2 ada dah...skg dh ada restoran, toilet, kedai2 cenderamata, siap ada jurufoto yg tunggu kat depan pintu masuk...so pd yg berminat nk mengabadikan picture depan istana misteri ni boleh la dgn bayaran RM10...sini parking ada charge RM2..nak masuk ke dlm istana pn ada bayaran RM5...korang jelajah la istanan ni dari bawah sampai ke atas..pemandangan mmg ohsem...klasik...sesuai utk photoshoot..




Kellie's Castle atau Istana Kellie's yang terletak di Batu Gajah, Perak telah dibina pada tahun 1905 milik seorang peladang Scotland yang bernama William Kellie Smith...walaupun sudah berusia 107 tahun, istana lama ini masih kukuh berdiri di puncak bukit yang menghadap estet getah...Istana Kellie's ini dibina oleh tenaga buruh india termasuklah artisan yang dibawa khas dari India Selatan...




Kellie telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan wang dan ideanya untuk memastikan rumah ini lain dari yang lain...Kellie berhasrat ingin meletakkan lif didalam istana tersebut agar menjadi lif yang pertama di Malaya ketika itu...istana ni juga mempunyai bilik khas untuk menyimpan arak, kain linen, dapur memasak dan kandang kuda...istana ini turut mempunyai ruang untuk bermain tenis di atas bumbung...






Istana ini bkn je dapat perhatian Malaya ketika itu, tetapi mendapat perhatian diluar negara hinggakan surat khabar The London Financier juga menulis tentang istana ini pada awal pembinaannya...apa yang menarik tentang istana ini, istana ini dibina dengn mengambil kira cuaca Malaya yang panas... walaupun kawasan luar panas dan terik, korang pasti berasa selasa jika berada di dalam istana ini kerana mempunyai ruang angin yang banyak...pengaliran udara yg byk...




Dengan kedudukan istana yang dibina di atas bukit dan juga kedudkan yang strategik, Kellie dan juga pengawal beliau telah bersiap sedia untuk melarikan liri jika berlaku apa-apa serangan orang tempatan terhadap beliau...








Bilik-bilik ahli keluarga Kellie mempunyai laluan rahsia didalam bilik mandi untuk membolehkan ahli keluarganya melarikan diri melalui tangga sempit ke tingkat bawah..bukan tu je, kawasan taman istana tersebut juga dibina beberapa laluan terowong bawah tanah rahsia yang boleh keluarga Kellie lari dari istana ke kuil berdekatan jika berlaku apa2 kecemasan... 



Hajat Kellie nk tengok istananya siap tak kesampaian...istana ini terbengkalai apabila wabak Spanish Flu membunuh ramai pekerja Kellie iaitu 11 tahun selepas ia mula dibina...Kellie tidak sempat merasai tinggal di istana tersebut kerana semasa perjalanan beliau ke Lisbon, beliau telah meniggal dunia kerana penyakit pneumonia...




Tidak jauh dari istana ni terdapat sebuah kuil...jika korang perasan di antara banyak2 patung kecil di atas kuil tu ada sebuah patung menyerupai Kellie Smith...menurut org dekat situ patung tu sengaja di ukir & diletakkan di situ sempena memperingati Tuan Kellie...dulu kebanyakan penduduk sekitar bekerja dengan Tuan Kellie..so sebagai menghargai Tuan Kellie, mereka telah meletakkan patung tu di situ...ada lagi iaitu terowong rahsia yg dikatakan telah dibina dari istana tu hingga ke kuil tu...tapi sampai ke hari ni tak ada siapa pernah melalui terowong tu...ada yg kata terowong tu telah tertimbus...ada yg kata terowong tu dh tutup...ada yg kata terowong tu tak wujud...tak tahu yg mana 1 yg betol...pesan abam kalau dah keluar dari istana ni jgn sesekali pandang semula ke istana tu, takot ada yg mengikut pulang...tu pesan org2 tua la...huhuhu...

08 October 2017 | 0 KoMeN |
Assalamualaikum semua....perghhhhhhhhhhhhhhh lama giler aku tak update blog.. sejak internet buat hal mmg aku dh jarang update blog aku ni..byk benda aku nak citer tapi semua terpaksa aku simpan dulu... lagi pun aku busy sikit...ada je benda nak buat...hhhmmm....bertabah la...
hari ni aku nak up citer pasal cuti2 malaysia aku dgn family aku...cuti2 malaysia la sgt...hahahaha...actually aku mmg tak ingat langsuang bila aku pergi tempat ni sbb lama sgt dh pending...dari sehari ke sehari nk update tapi tu la byk sgt masalah...so hari ni aku akan cuba update sebanyak mungkin citer yg dh terlepas...


Aku & family berkesempatan  pergi ke taman rekreasi ReFarm yg terletak di Kampar...kami gerak dr rumah dalam pukul 8 pagi & singgah ambik nenek pulak sebelum gerak ke sana ikut jalan lama...klu ikutkan boleh je ikut highway...terus keluar di Gopeng.. lepas tu ikut je jalan lama ke Kampar...




Sebelum tu singgah RTC beli sikit makanan utk bekalan kat sana..aku ingatkan tempat ni betol2 dekat kampar rupanya mmg jauh sikit...dh sempadan dgn Tapah kot...kami sampai kat sana dlm pukul 10 pagi...sebelum tu kami stuck dlm jammed sbb ada aktiviti berbasikal, so jalan semua tutup utk beri laluan pd peserta...time ni la nk berbasikal pun...hahahaha...





Parking dekat sini byk tapi kalau ramai sgt pun susah jugak blh jd sesak..ReFarm ni dikelilingi oleh hutan & bukit bukau, ada air sungai...mmg sejuk mata memandang...hijau je...nak masuk ke dalam ada bayaran... utk dewasa RM10 & kanak2 RM5...bawah 6tahun free..tapi kalau ada bawa makanan ada charge RM10...so korang boleh bawak seberapa byk makanan yg korang nak..tapi make sure jgn buang sampah merata-rata sbb kawasan ni mmg dijaga elok...seyes mmg bersih tempat ni...susah nk jumpa sampah...




Laluan masuk ke dalam mmg cantik dgn pokok2 memanjat yg jadi atap pejalan kaki...dari entrance nk ke kolam korang kena jalan sikit...tak jauh pn...sambil berjalan tu nikmati la pemandangan sekeliling...mmg cantik..jgn lupa bawak payung...takot panas masa nk balik nanti...dekat kolam ada disediakan pondok2 yg ada meja & kerusi...so senang sikit nak duduk2...kalau yg dtg bawak family ramai di galakkan bawak tikar...




Ada 2 kolam yg disediakan...1 untuk dewasa & 1 lg utk kanak2...yg kolam dewasa airnya di tapis dari air bukit...mmg sejuk kedi...manakala kolam utk kanak2 pula air yg di paip biasa yg ada klorin..tp jgn risau sbb air tu sentiasa di recyle & kolam tu cetek...sesuai utk budak2 mandi...





2 org anak buah aku suka sgt la dpt air...tambah si kecik tu sampai tak mau naik...nak2 pulak ada air pancut...mmg seronok sgt la...aku layankan je...siapa dtg pagi tak ramai org sgt tapi bila dh tengahari sikit mula ramai org..time tu kolam pun mcm tak best nak mandi sgt sbb ramai sgt...





Sini ada restoran tapi aku tak sure sama ada utk muslim @ non muslim sbb kebanyakan yg makan sini semua non muslim...aku tak berani nak masuk beli...tapi kalau dh bawak makanan apa yg nk kisahkan...makan je la apa yg korang bawak tu...tempat persalinan baju sini mmg bersih & terjaga...cuma tak byk toilet sini..kena beratur kalau nk guna...huhuhu...time aku nk salin baju mmg ramai org tengah tunggu turn...aku salin ikut dan je la blkg pokok...hahahaha...huntung la sapa dpt tengok show free aku...hahahahaha...





Dekat sini jugak ada mini zoo...sesuai la utk kanak2 yg suka kan binatang...time aku pergi ni byk binatang tidoq kot...hahahaha...ada la nmpk arnab, kuda, kura2, apa lg ekkkk???...aku pun dh lupa sbb lama sgt dah...hahahaha..tp mmg betol ada mini zoo...korang boleh la jalan2 bwk anak2 keliling zoo tu...free je...





Sebelum balik tu sila la bergambar sakan kat sini..mmg cantik pemandangan sekeliling..skg ni aku dengar dh byk upgrade tempat ni...dh ada chalet...mungkin dh ada pertambahan kemudahan lain kot...kalau korang nk tau sila dtg ke sini...tak rugi pun...



Ok dah settle 1 citer...jangan kata abam tak payung...hahahaha...

| 1 KoMeN |