twitter

Wahhhh malam ni betoi2 marathon ni...hahahaha...kali ni aku up entry pasai negeri aku lagi...ke mana pulak kita kali ni???...jom ikut aku...kita jelajah tapak peninggalan sejarah pulak...tapi sebelum tu biar aku intro sikit pasal destinasi ni...
Tanjung Tualang merupakan bandar yg terletak di daerah Kinta iaitu area Batu Gajah, Perak...terdapat 2 andaian yg mengatakan bahawa Tanjung Tualang mendapat nama sempena nama sebatang pokok Tualang yg besar & ketinggian mencecah 100 kaki yg kononnya tumbuh di kawasan tersebut. satu lagi sumber pulak mengatakan bahawa nama tersebut diperolehi dari nama syarikat Toh Allang Chinese Tin Ltd...Bandar Tanjung Tualang amat dikenali pada suatu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yg beroperasi pada skala besar hingga menjadikan negeri Perak sebagai pengeluar bijih timah terbesar di Malaysia pada ketika itu...



Terdapat beberapa buah kapal korek bijih timah terbesar di dunia iaitu kapal 1 yg digunakan ketika proses mengorek bijih timah dari lombong...sekitar tahun 1970an terdapat 5 buah kapal korek untuk kapal 1 & berbelas lagi kapal korek utk kapal 3 serta kapal 5...(kapal 1, kapal 3 & kapal 5 tu mungkin merujuk kepada nama kapal tersebut kot...aku pun agak konfius...)Tetapi kini hanya tinggal sebuah saja kapal korek di Tanjung Tualang iaitu kapal 5...tinggalan sejarah ni masih kukuh terapung di lombong Tanjung Tualang & telah di kawalselia oleh Jabatan Antikuiti & Muzium Perak...kerajaan negeri sedang giat membaik pulih struktur dalam kapal supaya para pengunjung dapat masuk ke dalam utk melihat secara dekat kapal korek tersebut...



Selepas ke Kampar, kami pun bergerak ke Tanjung Tualang...tak jauh pn sebenarnyer dari Kampar...satu laluan nak ke Ipoh...sampai je kat kawasan ni kami tengok pintu pagarnya bertutup...siap ada sign board tak di benarkan masuk....agak frust jugak la sbb kami dtg nk bergambar kat sini pulak...kami try tnya pakcik guard yg jaga kat situ...rupa2nya pengunjung boleh masuk ke dalam tapi hanya dibenarkan di kawasan luar saja...tak dibenarkan masuk ke dlm kapal tu...
Dengan bayaran serendah RM2 (harga pasti akan berubah bila siap sepenuhnya tempat ni), kami pun masuk berjalan di sekitar kapal korek tu...pergghhhh 1st time dlm hidup aku tengok kapal sebesar ini...memang besar...kami pun apa lagi, mulakan misi bergambar...cuma pemandangan tak berapa nk menarik...aku ingat boleh masuk ke dlm kapal..boleh la posing sakan...tapi sayangnya tak dibuka pada pengunjung...




Ada 1 ketika dulu kapal ni pernah di buka utk para pengunjung masuk ke dalam tapi sekarang ni dorg tengah baik pulih & dijangka siap 2017 sempena tahun melawat negeri Perak...kalau tengok dari depan memang gah sangat kapal ni tapi kalau korg pergi sebelah tepi korang akan nampak kapal ni senget sebelah...aku tak pasti sama ada kedudukan kapal tu memang mcm tu ke @ sebenarnyer kapal ni memang kene di baik pulih utk memastikan kestabilan kapal bila para pengunjung masuk ke dalamnya...





Bila tengok kapal ni kami dok bayangkan kapal ni ada ceracak besi di dasar lombong ni tapi rupanya kapal ni mcm kapal2 yg kat laut...timbul...imaginekan kapal besi yg besar tu boleh terapung atas lombong & tak tenggelam...menakjubkan...!!!..kami ada jugak bertanya dgn pakcik guard tu sama ada kapal tu bergerak @ statik je kat situ...jawab pakcik tu, kapal tu akan bergerak ke serata lombong...kami dok bayangkan mcmne nk bergerak kalau dah ada tambak pasir yg memisahkan dua buah lombong...betol tak..???...rupanya dulu mana ada tambak pasir ni...lombong ni dulu luas, kapal akan bergerak mcm kapal kat laut tu...baru la kami faham mcmne kapal korek ni digunakan...hehehehe...




Dalam berbelas2 kapal yg dulu gah mengorek hasil bumi di Perak, kini tinggal sebuah je...memang harus dipelihara sebaik mungkin khazanah berharga ni...bukan senang nak tengok kapal korek sekarang ni...mana nak ada pun dh zaman ni...kalau budak2 alaf baru ni confirm tak tahu semua ni melainkan kalau mereka tengok sendiri dgn mata sendiri...




Aku amat menyokong usaha kerajaan negeri yg mengambil inisiatif utk memulihara kapal korek ni...dlm Malaysia ni tinggal satu ni je...tempat lain tak ada dh...& kalau boleh selain para pengunjung dpt masuk ke dlm kapal tu, bina la 1 mini muzium tentang kegiatan perlombongan bijih timah ni supaya para pengunjung tahu bagaimana proses bijih timah ni di korek dr dasar lombong...kalau dapat bina muzium 3d pun ok jugak...at least para pengunjung boleh gain knowledge ttg sejarah...





Panjang pulak aku berceloteh...mentang2 la marathon entry malam ni...hahahaha...oklah sebelum tutup entry ni, sekali lagi aku nak ajak semua pembaca datang melawat ke Kapal Korek Tanjung Tualang ni tahun depan sempena tahun melawat negeri Perak 2017...pakcik guard tu kata by next year Insha Allah kapal korek ni akan dibuka kepada pengujung sepenuhnya...ate apa tunggu lagi moh ler kiter cuti-cuti ke Perak...!!!!




24 September 2016 | 3 KoMeN |

3 KoMeN:

  1. hamba allah
    Sep 24, 2016, 1:52:00 PM

    wow.... senorok tgk.. teman pun org perak pun blom pernah pergi lagi

  1. Saif Haqiem
    Sep 24, 2016, 10:13:00 PM

    Hamba Allah - tunggu tahun depan sempena tahun melawat perak...boleh jelajah dlm kapal..skg ni boleh tgok luar je..

  1. Anonymous
    Sep 28, 2016, 1:37:00 AM

    ipoh mari tarak sombong ...

Post a Comment