twitter

Haiiii...assalamualaikum...bertemu lagi utk entry baru...terima kasih pada yg sudi menjengah ke blog aku yg tak seberapa ni...bukan utk mencari populariti @ publisiti tapi sekadar ingin berkongsi cerita...
Tak suka aku tak paksa...bukan semua org suka aku...tu lumrah kehidupan...
Ok lah, berbalik cerita asal...lama dh aku tak update pasal teroka-meneroka Negeri Perak...last week aku berkesempatan la masuk ke Gua Tempurung di Gopeng...dah lama simpan niat nak ke masuk ke dlm gua ni tapi masa tak mengizinkan...dh kebetulan minggu lepas aku ke Kampar, apa lagi jom singgah ler...hehehehe...



Gua Tempurung terletak di Gopeng...kalau anda dari ikut highway utara-selatan, just exit plaza tol Gopeng & ikut je singboard besar...tak jauh pun dari tol tu, rasanya ada kot dlm 25km...ada satu papan tanda besar tertulis Gua Tempurung...masuk je simpang tu & teruskan perjalanan anda hingga ke hujung...tak susah pun nak cari...
Nama Gua Tempurung ni diambil sempena bentuk gua tersebut yg menyerupai tempurung kelapa...gua ni merupakan antara gua batu kapur semulajadi terbesar di semenanjung Malaysia...terdapat terowong sepanjang 1.9km yg boleh di lalui oleh para pengunjung sambil menikmati pemandangan stalagmit & stalaktit yg berbeza bentuk serta size..



Para pengunjung yg ingin masuk ke dlm gua ni boleh memilih salah 1 daripada 4 pakej yg disediakan..setiap pakej adalah berbeza mengikut tahap kesukarannya...

Pakej A (Golden Flowstone) merupakan pakej yg paling mudah...hanya dgn bayaran sebanyak RM8 (dewasa) RM4 (kanak2) para pengunjung hanya perlu menyusuri jambatan yg telah disediakan hingga ke platform ke-3 & berpatah balik ke pintu keluar semula...perjalanan mengambil masa kira2 40minit saja..

Pakej B (Top of The World) pula pakej sederhana...lebih kurang saja dgn pakej A cuma beza perjalanan kali ni akan mengambil masa 1jam 45minit & berakhir hingga ke platform ke-5 iaitu yg platform terakhir sebelum berpatah balik semula ke pintu keluar...harga utk pakej ini ialah RM12 (dewasa) & RM6 (kanak2)...

Pakej C (Top of The World & River Adventure) merupakan pakej mencabar...para pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak RM15 (dewasa) RM7.50 (kanak2) & aktiviti ni mengambil masa selama 2jam 30minit perjalanan...pakej ni para pengunjung di nasihatkan utk membawa baju extra serta memakai kasut kerana pejalanan akan melibatkan air anak sungai yg mengalir di dlm terowong...tour guide akan disediakan utk membantu para pengunjung di sepanjang perjalanan...

Pakej D (Grand Tour) pula mengambil masa perjalanan selama 3jam 30minit...pakej ini adalah yg paling mencabar kerana para pengunjung akan di bawa oleh tour guide menyusuri batu kapur yg licin sungai serta terowong kecil...harga yg dikenakan adalah RM30 (dewasa) & RM15 (kanak2)...anda dinasihatkan utk berada di dlm keadaan yg sihat & cerdas...



Aku & member sekadar mengambil pakej B...tu pun dh semput baqhang....aku ingatkan dekat la paltform 5 tu rupanyer memnag penghujung gua...alang2 dh bayar memang redah je la...dlm gua memnag panas giler...berpeluh2 aku...tapi sampai kat 1 kubah gua memang terasa angin bertiup...yg mistiknya aku tak nampak pun celah mana angin boleh masuk...tapi memang terasa tiupan angin tu...



Kalau tengok pada picture2 aku ni memang nampak mcm senang sbb ada jambatan utk laluan tapi kalau jarang excersice memnag boleh mengah tercungap2...selain jambatan yg landai anda juga harus mendaki serta menuruni anak2 tangga yg curam...seumur hidup aku merasa gayat ketika mendaki & menuruni tangga2 kat sini...kalau sebelum ni aku tak la segayat ini...mungkin kerana keadaan gua yg agak samar2...apa2 pun berhati2 je la...jgn terlampau suka sgt...malang tidak berbau...



Lihat picture di atas...nampak tak membentukkan bayang2 diri aku pada batu??..mancungkan hidung aku...hahahaha...kalau berjalan di dlm gua ni anda menempuhi 5 buah kubah besar yg silingnya terbentuk seakan tempurung kelapa...setiap kubah mempunyai bentuk yg berbeza yg terbentuk dr hakisan angin & air beribu tahun lamanya...sgt unik & menarik kalau korang perhatikan bertol2...



Aku tak pasti sama ada gua ni turut didiami oleh 'batman' @ tak sbb memang tak nampak langsung...kalau ada mesti ada bunyi bising @ najis 'batman' tu bersepah2...tapi sepanang perjalanan kami, gua dlm keadaan bersih & sunyi...cuma 1 je yg kelakar bila member aku menjerit besar apabila terpengang lapik besi yg lembut...dia ingat terpegang katak..aku pn sama menjerit la...bengong betol member aku tu...hahahaha...sebagai peringatan, jika anda ingin ke sini sila la berjalan dlm group..ada sesetengah laluan, keadaan agak gelap & samar2 cahaya...lebih baik anda berhati2 utk mengelakkan sebarang kejadian yg tidak diingini berlaku...


Kesimpulannya, Negeri Perak sememang kaya dgn keindahan alam semula jadinya...anda tidak perlu utk ke Gua Kelam di Perlis semata2 ingin melihat gua batu kapur...dtg je Perak...semuanya ada...kalau anda berkesempatan utk stay lama di Perak, anda boleh cuba water raffting, water abseilling & caving yg terletak tidak jauh dari Gua Tempurung ni...kalau rajin anda boleh search dlm blog aku ni...aku pernah up entry mengenainya...pstttt...pelakon Kamal Adli & the geng pn dtg water rafting kat sini...hahahaha...terserempak team Kamal Adli on date time...kami tengok dr jauh ja...heehehe...
Ate apa tunggu lagi...???..moh ler ke Perak...macam-macam ade...
I'm proud to be Perakian...




14 August 2016 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment