twitter

Tahun 2002 merupakan tahun gemilang bagi industri perfileman Indonesia apabila filem Ada Apa Dengan Cinta? meledak pembikinannya. Bukan saja di negara asalnya malah juga di negara2 jiran seperti Malaysia, Singapura & Brunei, AADC berjaya mencuri hati peminat terutamanya golongan remaja...Bertapa hebatnya penangan Rangga & Cinta ketika itu...
Ketika tu aku masih di bangku sekolah...kalau tak silap tingkatan 5, masih muda remaja...hahahaha...asalnya aku jatuh cinta dgn lagu soundtrack utk filem ni iaitu Ada Apa Dengan Cinta nyanyian Melly Goeslow & Eric...everyday lepas balik sekolah mesti aku akan buka NTV7 dengar lagu ni...siap tulis lirik bagai letak dlm buku sekolah...hahahaha...tak lama tu aku baru tahu yg lagu ni ada filemnya...aku pun mula la bertanya2 dgn rakan2 yg lebih expert dr aku pasal filem...nak di jadikan cerita, 1 day aku balik ke kampung, kebetulan sepupu aku ada pinjam vcd AADC ni, aku pun dgn penuh teruja nonton filem ni...mula2 tu tak berapa faham sgt jalan citer & bahasa yg digunakan pn agak pekat bahasanya...aku tak puas hati terus pinjam vcd bawak balik rumah...time tu memang berulang kali la aku tengok sampai la aku boleh hafal puisi rangga tu...hahahaha...



Ringkasannya karya Rudi Soedjarwo ni mengisahkan sekumpulan anak2 muda yg semakin meningkat dewasa melalui hari2 remaja dgn penuh bahagia & gembira...Cinta (Dian Sastrowardoyo), Milly (Sissy Priscillia), Alya (Ladya Cherill), Carmen (Adinia Wirasti) & Maura (Titi Kamal) merupakan sahabat baik...suka duka tawa sedih sering kali dikongsi bersama...Cinta yg pandai berpuisi sangat popular disekolahnya hingga sering menjadi tumpuan cowok2 disekolah & Borne (Fabian Ricardo) kerapkali mendampingi Cinta...satu hari sekolah mereka mengadakan pertandingan penulisan puisi & tanpa disangka2 Cinta nama yg disebut2 bakal memenangi pertandingan tersebut tewas kpd seorang pelajar lelaki iaitu Rangga (Nicholas Saputra)...Rangga merupakan pelajar yg sering bersendirian...perwatakannya kurang gemar bergaul dgn teman2 yg lain...secara tidak sengaja Cinta & Rangga saling meminati antara satu sama lain dlm diam...sejak itu mereka menjadi rapat hinggakan Cinta menjadi org yg beda hingga mengabaikan teman2nya yg lain...selepas cubaan bunuh diri Alya akibat tekanan dari org tuanya yg sering berantakan, Cinta mula sedar kesilapannya...dia mula menjauhi Rangga...namun dlm hati masih ada cinta...Cinta tersepit antara teman2nya & Rangga...dirinya sengsara...Rangga pula nekad mengikut org tuanya berhijrah ke New York...rasanya tak perlu kot aku bagitahu pengakhiran cerita...pasti semua dah sedia maklum bagaimana perpisahan berlaku antara Cinta & Rangga di airport...


Sejak dari hari tu memang fenomena filem ni...kat sekolah semua berangan sgt nak jadi mcm Rangga & Cinta...kalau yg perempuan pulak, mesti letak picture Rangga dlm buku sekolah...siap buat pembalut buku poster AADC...seyes time tu memang kiri kanan depan belakang semua bercerita pasal filem berhantu ni...memang menjadi sangat ilham pengarah filem ni...siapa sangka industri filem negara seberang yg agak suram kembali bergemelapan...bermula dari tu la muncul filem2 romantik & lagu2 dr sebrang mula mendapat tempat di Malaysia...tapi memang tak dinafikan karya2 dr negara jiran boleh di kategori sbg naskah yg berkualiti serta mudah mencairkan hati para peminat seni di negara ni...


Ini pendapat personal aku setelah menonton berkali2 AADC ni...karya ni bukan sekadar karya picisan spt setengah2 filem yg sekadar hiburan kosong...filem ni banyak menyelitkan nilai2 murni yg boleh di jadikan contoh...nilai kekeluargaan yg boleh di lihat dlm keluarga Cinta...betapa rapat & sayangnya Cinta pd keluarganya...tak kurang juga tentang persahabatan yg terjalin erat antara Cinta & the geng...saling bantu membantu tak kira susah @ senang...saling memberi semangat, galakkan antara 1 sama lain..boleh juga diambil contoh dr watak Rangga yg minat membaca manakala Cinta meminati penulisan puisi...jika anda meminati sesuatu, just do it..jgn separuh jalan...actually banyak lagi benda2 baik yg boleh diambil dr filem ni...tapi jgn pulak tiru adegan yg bibir bertemu bibir tu...bahaya...hahahaha...


Pada tahun 2014 utk pertama kalinya para pelakon AADC dipertemukan dlm filem pendek yg berdurasi 10 minit 24saat...ramai yg tak tahu tentang hal ni sbb filem ni tidak di tayangkan di pawagam @ di kaca tv cuma boleh di access dr youtube je...kalau tak silap aku pembikinan filem pendek ni bertujuan utk mempromosikan aplikasi chat LINE...filem pendek ni telah di arahkan oleh Mira Lesmana...


Jalan citer masih berkait rapat dgn Cinta bersama teman2nya & juga Rangga...bezanya kali ni masing2 sudah bekerjaya...Rangga masih lagi menetap & bekerja di New York...keakraban 5 sahabat masih terjalin utuh...ada saja masa mereka berkumpul bersama...


1 hari Rangga diarahkan utk bertugas di luar & tempat yg perlu dia pergi ialah Jakarta...Rangga mula search di LINE kawan2 lamanya & tanpa sengaja dia terjumpa nama Cinta....Rangga mencuba nasib menghantar mesej pd Cinta namun hampa Cinta tidak membalasnya...mcm biasa la teman2 Cinta jadi penasihat utama tapi Alya nampak perubahan Cinta sejak Rangga menghantar mesej...Alya cuba memujuk Cinta utk membalas pesanan tu...


Rangga terus menghantar mesej & berharap Cinta akan membalasnya...Cinta pulak masih teragak2...hatinya terbagi antara marah & rindu....sebenarnya Cinta & Rangga tak pernah saling melupakan walau jasad kedua2 mereka terpisah jauh oleh geografi...Alya masih terus memujuk Cinta...Rangga semakin menyerah...
Hari terakhir Rangga masih menunggu...namun Cinta tetap berdiam diri...hingga la saat Rangga ingin memasuki kapal terbang, Cinta datang....

"Jadi beda?...satu purnama di New York dengan di Jakarta?"

Sejak tu hubungan mereka kembali rapat & sering berhubung...dengan adanya LINE jarak tidak lagi memisahkan mereka berdua...Love, LIfe, Line
Pandai syarikat LINE 'memperguna' kesempatan ni utk tujuan promosi...sekurang2nyer dpt mengubati kerinduan pd para pelakon ADDC ni sekali gus meraikan ulang tahun ke-10 filem AADC...


Setelah 14 berlalu kini AADC 2 bakal menemui para peminatnya...wahhhhh...terujanya aku...sapa2 yg membesar dgn citer ni mesti tak sabar nk tunggu tayangannya pada 28 April 2016 ni serentak di 3 buah negara - Indonesia, Malaysia & Brunei....promo pun gempaq...mesti ramai yg tertanya2 apakah kesudahan citer ni...setakat hari ni tiada sapa di kalangan crew produksi, para pelakon mahupun pengarahnya yg membuka mulut tentang ending filem ni...


Hanya promo pendek yg telah disiarkan di media namun jalan citernya masih samar2...AADC2 masih mengekalkan para pelakon yg sama cuma sorg saja yg tiada iaitu Alya lakonan Ladya Cherill yg di khabarkan tidak dpt menyertai sekuel  kali ni kerana terikat dgn jadual pembelajaran yg ketat...dikhabarkan juga terdapat beberapa muka baru akan mewarnai lagi filem ni...siapakah agaknya..???Filem kali ini masih mendapat sentuhan Mira Lesmana, bekerjasama dgn Riri Riza & Prima Rusdi...lagu sountrack juga masih mengekalkan Melly Goeslaw & suaminya Anto Hoed...mesti meletup kesinambungan AADC 2 ni...


Tak banyak maklumat yg aku dapat tentang sekuel 2 ni...semuanya masih menjadi rahsia...apa2 pun aku tetap tak sabar nk tunggunya...melalui status FB pelakon utamanya Dian Sastrowardoyo selepas trailer AADC2 di pertontonkan pd umum...

 "Serentak di 3 negara , Indonesia, Malaysia, Brunei, persiapkan dirimu untuk #AADC2 di 28 April 2016. Tonton #TrailerAADC2"

Aku harap filem ini akan mendapat sambutan hebat hingga box office di ketiga2 negara...im so excited...!!!..wajib tonton ni... remark tarikh ni dlm kalendar anda 28 April 2016....Ada Apa Dengan Cinta 2....jangan lupa ok...!!!!..
12 March 2016 | 3 KoMeN |

3 KoMeN:

  1. Sheila Adziz
    Mar 12, 2016, 8:04:00 PM

    filem ni mmg berhantu dulu pada akak, dr tgk kt wayang tak puas beli cd, kaset, cd karaoke akak ada. dri pgi masampai ke senja vcd akak duk pusing citer ni nonstop...

  1. Saif Haqiem
    Mar 12, 2016, 9:59:00 PM

    Sheila Adziz - hahaha...sama la...minat sgt citer ni...siap hafal puisi rangga...lagu pn sama...time sekolah tulis lirik letak dlm buku sekolah...mmg memori sgt...

  1. Miki Trng
    Apr 28, 2016, 12:53:00 AM

    Trailer film tidak sesuai harapan orang indo, so film ini jadi biasa saja. Bahkan akan banyak film berkuality yang lebih baik dari AADC2, jd saya lebih exited melihat trailler My stupid boys, 3 Srikandi, mars indonesia

Post a Comment