twitter

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un...
Tunku Laksamana Johor, Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, telah mangkat pada 05 Disember 2015 jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, Johor akibat kanser. Almarhum berusia 25 tahun diputerakan pada 05 Julai 1990 disahkan  menghidapi kanser hati tahap empat sejak Disember 2014  dan pernah menjalani pemindahan hati di sebuah hospital pakar di Guangzhou, China..Walau bagaimanapun penyakit Almarhum dilaporkan kembali menyerang sejak awal tahun ini..Almarhum merupakan anakanda keempat dari enam adik beradik dan putera kepada Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah..



Istiadat siram jenazah dan kafan akan diadakan jam 07:00 pagi.. Jenazah Almarhum akan disemayamkan di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Baharu untuk Istiadat Penghormatan Terakhir.. Orang ramai boleh datang memberi penghormatan terakhir bermula jam 09:00 pagi hingga 11:30 pagi manakala bagi orang-orang kenamaan  pula akan bermula pada jam 11:30 pagi hingga 12:30 tengahari.. Solat Jenazah akan dilakukan sebelum jenazah Almarhum dibawa ke Makam Diraja Mahmoodiah untuk dimakamkan selepas solat Zohor..


Jenazah akan dibawa ke makam diraja menggunakan pedati khas yang ditarik oleh Askar Timbalan Setia Johor melalui Jalan Istana Besar ke Makam Diraja sepanjang tiga kilometer..Diatas keranda Almarhum akan diletakkan bendera peribadi, topi polis dan pedang Almarhum memandangkan Almarhum  pernah ditauliahkan sebagai Inspektor Polis pada 2011.. Almarhum merupakan kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis..Jenazah Almarhum akan dimakamkan disebelah kanan makam Almarhum nendanya, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail sepertimana permintaan Almarhum Yang Amat Mulia Tunku Jalil sebelum ini..


Dengan kemangkatan ini semua bendera di negeri Johor akan dikibarkan separuh tiang selama tiga hari.. Tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari untuk kerabat diraja dan tiga hari untuk orang awam. Majlis tahlil akan diadakan selama tiga hari berturut-turut di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Baharu, Johor..Merafak Sembah Ucap Takziah kepada DYMM Sultan Johor, DYMM Permaisuri Johor serta Kerabat Diraja Johor dan Perak diatas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim..


..... Al-Fatihah .....
Secara peribadi, aku tak pernah bersemuka dengan Almarhum cuma sekadar mendengar dan membaca berita di majalah dan akhbar..Secara peribadi jugak, aku cukup menganggumi keperibadian Almarhum yang cukup sederhana dan merendah diri..Jika Almarhum diangkat sebagai raja berjiwa rakyat, aku memang bersetuju..tiada cacat cerlanya pembawakan diri serta perwatakan Almarhum..Namun dalam kerendahan diri Almarhum, tiada siapa yang menyangka beliau menanggung derita..tiada siapa yang mampu berkongsi kesakitan beliau..hanya dengan iringi doa saja seluruh rakyat terutamanya rakyat Johor berharap Almarhum sihat sperti sedia kala..biarpun kesihatan tidak mengizinkan, namun senyuman tidak pernah lekang dari wajah Almarhum..selembut wajah sejernih hati Almarhum..tiap bicara, gelak tawa senyum manis gurau senda Almarhum tetap tersemat dalam jiwa seluruh rakyat jelata..sayu hati aku apabila mendapat perkhabaran ini..mungkin jurang antara aku dan Almarhum ketara berbeza tapi jauh di sudut hati aku turut merasai kehilangan beliau...aku di sini turut meratapi pemergian Almarhum..doa aku semoga roh Almarhum Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh..tenanglah wahai Tunku Jalil, sesungguhnya sudah lama Tunku 'berjuang'...kini damailah Tunku disana dengan abadi..


07 December 2015 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment