twitter


17 Julai 2015, Nieuwegein, isteri pegawai pertama MH17, Ahmed Hakimi iaitu Sharifah Asmaa Binti Alwee Aljuned telah menyelesaikan tugas terakhir suaminya di upacara memperingati tragedi pesawat Penerbangan Malaysia, MH17 sempena ulang tahun pertama nahas itu. Upacara memperingati setahun tragedi itu telah dianjurkan oleh ahli keluarga serta waris mangsa nahas MH17 dengan mendapat sokongan daripada Stichting Vliegramp MH17 di Pusat Kongres NBC. Ahmad Hakimi adalah antara 298 individu yang terkorban dalam nahas penerbangan MH17 ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014. 


"Saya sukar membayangkan penderitaan dan kesedihan yang kita sedang alami."


"Adakah kita berkongsi pengalaman yang sama dalam menempuh kehilangan orang tersayang."

"Malah perjalanan dan kesedihan kita tidak boleh disamakan."


"Saya brdoa agar kita akan diberkati dengan kekuatan yang tidak terhingga dalam menangani kesedihan kita." 


"Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya bertanggungjawab dalam menjalankan tugas terakhir suami saya yang beliau tidak sempat penuhi."




video

"Assalamualaikum dan selamat petang, saya pegawai pertama anda, nama saya Ahmad Hakimi, bagi pihak Kapten Wan Amran dan dibantu oleh Kapten Eugene dan pegawai pertama, Firdaus, kami ingin mengucapkan selamat datang sekali lagi dalam pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dalam penerbangan MH17."

"Cuaca dan laluan perjalanan adalah baik sepanjang perjalanan dan kami akan memulakan pendaratan tidak lama lagi. Bagi pihak Malaysia Airlines dan seluruh anak-anak kapal, sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih penerbangan kami. Terima Kasih."

Ucapan yang amat menyentuh hati itu telah menerima tepukan hormat oleh ahli keluarga mangsa nahas MH17 yang lain.


Tersentuh hati apabila mendengar ucapan isteri Allahyarham Ahmad Hakimi. Biar sekuat mana dirinya menahan sabar, jauh di sudut hati pasti menangis hiba. Semoga Sharifah Asmaa serta seluruh ahli keluarga nahas MH17 terus diberikan kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Sama-samalah kita terus berdoa  untuk semua mangsa MH17. Al-fatihah...



25 July 2015 | 2 KoMeN |

2 KoMeN:

  1. Anizz Annisa
    Jul 26, 2015, 8:09:00 PM

    sayu hati bila ingat tragedi ni.. msih segar dlm ingatan..

  1. Saif HaQiem
    Aug 24, 2015, 11:23:00 PM

    Anizz Annisa - semua org turut merasai apa yg mereka rasai..cuma beza kita tak melaluinya...

Post a Comment