twitter

Pastinya tanggal 22 September 1989 tidak mungkin dapat dilupakan oleh ahli keluarga mangsa yang terkorban di Sekolah Menengah Agama(SMA)Taufikiah Khairiah Al-Halimiah Padang Lumat, Kedah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya. 



Dalam kejadian 2.30 pagi itu telah mencatatkan sejarah hitam apabila seramai 27 orang pelajar sekolah tersebut terkorban dalam keadaan yang sungguh tragis.



Pada hari kejadian, para pelajar berkumpul di surau utk mendengar sesi tazkirah sementara menunggu qiamullail di malam harinya. Selesai usrah di surau ada pelajar yang balik ke bilik utk menyambung ulangkaji pelajaran dan ada juga yang menunggu di surau tersebut. 




Tepat jam 11pm lampu akan dipadamkan dan mereka sepatutnya tidur namun ada pelajar yang menggunakan lilin untuk meneruskan ulangkaji. Lalu bermulalah tragedi hitam apabila salah satu lilin yang dinyalakan terjatuh dan terkena tilam.



Api yang pada mulanya disangka sudah padam rupanya masih panas bara yang secara sedikit-sedikit membakar tilam serta merebak menyambar baju-baju dan tiang-tiang kayu bilik asrama berkenaan. Melihat kepada struktur bangunan yang diperbuat sepenuhnya dari kayu serta papan maka dengan mudah api marak membakar hangus bangunan asrama.



Akibat daripada kebakaran itu sebanyak 8 buah blok asrama musnah dijilat api dan mengorbankan seramai 27 orang pelajar perempuan yang difahamkan ketika itu sedang tidur nyenyak serta mengulangkaji pelajaran. Terdapat juga para pelajar yang mengalami kecederaan ringan serta serius sehingga melecur di seluruh badan.




Mangsa yang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini telah dimandikan sekali serta dikebumikan dalam satu liang lahad khas di salah sebuah kawasan perkuburan Padang Lumat.



Tragedi tersebut telah mendapat liputan meluas di media massa dan membuka mata semua pihak yang akhirnya membawa beberapa perubahan besar kepada Pondok Pak Ya dari segi struktur bangunan dan prasarana di sekolah tersebut. Sehingga ke hari ini Pondok Pak Ya terus menerima kehadiran para pelajar baru yang ingin menuntut ilmu.


Ketika kejadian ini berlaku, aku masih berusia 4 tahun dan aku tidak langsung mengingati apa-apa. Cuma melalui pembacaan di internet saja aku mengetahui tentang kejadian ini.


Al-fatihah buat 27 syuhadah yang terkorban semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan damai ‘Di Sana’…




24 April 2015 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment