twitter

Wahhhhhh....novel hebat tulisan Ahadiat Akashah dibawa ke layar filem pulak...dulu novel siri Legenda Budak Setan berjaya ditayangkan dipanggung kini yg terbaru Pilot Cafe di filem kan...seyes tak sabar nak tengok...
aku pernah baca novel2 Ahadiat Akashah ni...memang superb....aku jatuh cinta dgn gaya penulisan serta bahasa dia yg tak berat, simple & bersahaja...pernah aku baca 2,3,4 kali ulang2 novel yg sama...exspcially citer siri Lagenda Budak Setan, Untuk Semua Perempuan Yang Aku Cintai & ofcos Pilot Cafe...aku ni jenis, kalau aku suke satu2 novel tu, aku akan baca berulang kali tanpa rasa jemu...bukan tak ada keje lain nak buat tapi seronok menghayati jalan citernyer...terbuai2 perasaan aku...mcm aku pulak yg ada dlm citer novel tu...hahahaha...
kali ni, Pilot Cafe di filemkan di bawah arahan Osman Ali dgn membariskan pelakon2 yg hebat seperti Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Keith Foo & Remy Ishak (kecuali Neelofa)...rasa tak sabar nak tengok...selalunyer sentuhan Osman Ali ni ada magis sehebat jalan citer novelnyer...sama seperti filem Ombak Rindu & Lagenda Budak Setan...memang ada curlass tersendiri...aku mengharapkan citer Pilot Cafe ni sama hebat @ lebih hebat berbanding yg lain...jalan citer yg bagus utk filem yg hebat....hehehehe...


Di Pilot Cafe satu lembaran cinta telah mula berputik...
Kehidupan ini bermula di mana-mana...
Tak tentu indah ataupun gundah bila Maya kehilangan jantung hatinya...
Dia bertemu Ameer...lelaki yang hanya tahu menodai cinta...
Bermula dengan secangkir kopi panas di Pilot Cafe...
Segala-galanya berubah untuk mereka berdua...
Ameer mula merasai apa itu cinta manakala Maya belajar untuk menolak cinta yang suci...
Bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini...


Pilot Cafe mengisahkan seorang juruterbang bernama Ameer Reeza jejaka kacak yang menjadi kegilaan wanita. Dengan kekacakan yang dimilikinya, Ameer menggunakan peluang itu sebaiknya untuk menjadi seorang playboy dan kaki perempuan.
Sharmila, seorang gadis seksi dan cantik berjaya mencuri tumpuan Ameer. Bagi Ameer, perasaannya pada Sharmila sedikit berlainan dibandingkan dengan wanita yang pernah dia tiduri. Penampilan Sharmila sangat mempesonakan dan menambat hatinya. Malah, Ameer juga tidak bertepuk sebelah tangan. Sharmila turut jatuh hati pada dirinya.
Perasaan tanpa batasan menyebabkan Ameer dan Sharmila terlanjur hingga Sharmila disahkan mengandung. Mengetahui Sharmila telah hamil, Ameer berprasangka mungkin anak itu bukan benih dirinya. Memandangkan penampilan Sharmila yang sentiasa memikat selera lelaki. Selepas Ameer enggan mengaku anak tersebut bukan dari darinya, Sharmila pergi membawa diri. Ketika itu dia berjumpa dengan Dr Khaleed, akhirnya Sharmila dan Dr Khaleed berkahwin.
Pekerjaan Ameer sebagai juruterbang terhenti bila mana insiden kapal terbang terhempas menimpa kawan baiknya, Haris. Insiden yang menakutkan itu membuatkan dirinya berhenti sebagai pilot dan mengubah haluan kerjayanya. Ameer membuat keputusan untuk membuka sebuah kafe yang diberi nama Pilot Cafe.
Di Pilot Cafe itu, Ameer menemui cinta hatinya. Maya, seorang gadis naïf dan tinggal di kampung telah ditipu oleh kekasihnya, Rashid. Selepas mengetahui Maya mengandung, Rashid mengelak diri dari memikul tanggungjawab itu. Pada awalnya, Rashid memujuk Maya agar menggugurkan kandungan tersebut namun Maya enggan. Bagi Maya telah banyak dosa yang telah dia lakukan. Dosa berzina, apatah lagi bila memikirkan dia bakal menanggung dosa menggugurkan anak.
Sudah jemu memujuk Maya, Rashid bertindak melarikan diri dari kampung itu. Dia menghilangkan diri tanpa khabar berita. Takut untuk berterus terang dengan keluarganya, dan tidak mahu keluarganya menanggung malu, Maya membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur.
Sekali lagi Maya ditimpa musibah. Pemandu teksi yang menghantarnya ke Kuala Lumpur cuba untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia merancang untuk menjual Maya dan bakal menjadikan Maya pekerja di kelab malam. Maya segera menghidu niat jahat lelaki itu. Lantas Maya melarikan diri sekuat hati.
Hayunan kaki Maya melangkah jauh hingga ke Pilot Cafe. Di situlah bermulanya perkenalan antara Maya dan Ameer. Kasihan melihat nasib yang menimpa Maya, Ameer memberikan perlindungan dan tempat tinggal buat Maya sehingga dia melahirkan anak. Tanpa disedari, dirinya telah jatuh cinta pada Maya. Namun, perasaan Ameer ditolak lembut oleh Maya. Baginya, cintanya masih tersisa pada Rashid. Ameer kecewa namun menghormati permintaan Maya. 
Apakah Kesudahan cerita cinta ini? Nantikan di pawagam 30 April 2015 Pilot Cafe...
29 April 2015 | 3 KoMeN |

3 KoMeN:

  1. anajingga
    Apr 30, 2015, 8:14:00 PM

    kak ana dah lama tinggalkan dunia novel ni, tapi Ahadiat merupakan salah seorang penulis kegemaran kak ana suatu masa dahulu.

  1. Saif HaQiem
    May 5, 2015, 11:37:00 PM

    Anajingga - kita geng...sy suke novel Ahadiat...best...

  1. My name is LON@
    May 11, 2015, 8:53:00 AM

    novel lagi best dri kat wayang...hehehe

Post a Comment