twitter

Sambungan dari entry misteri kehilangan MH370, aku upload kembali luahan rasa hati sorg isteri kepada suaminyer...sangat menruntun jiwa...kita mungkin tidak merasainyer kerana kita tidak berada ditempat mereka...namun biar kita bukan siapa2 dgn mangsa tapi rasa sayu tetap menyentuh hati kita...seluruh rakyat Malaysia berkongsi kesedihan itu...
Kini genap setahun kehilangan pesawat MH370, kita masih menanti apatah lg ahli keluarga mangsa yg terus berharap akan ada keajaiban berlaku...selagi mampu kita terus berdoa, sama-sama kita berdoa..
hari ni, sempena mengenang kembali setahun kehilangan pesawat MH370 pd 8 Mac lepas, aku upload kembali luahan rasa hati Intan Maizura Othaman, sorg isteri kepada pramugara MH370 iaitu Hazrin Mohamed Hasnan...
Bila aku mendengar & membaca luahan tu, serius aku rasa sebak...huhuhu...aku ni jiwa sensitif sikit...bukan boleh dgn benda2 ni semua...huhuuhuhu...lantak la org nk kata aku tak macho ke apa, hal ni melibatkan perasaan mana boleh nk sekat2...betol tak..????
Apa2 pun teruskan berdoa agar misteri kehilangan MH370 akan terungkai...jgn putus harapan...buat keluarga mangsa teruskan bersabar & kuat semangat menerima ujian dr Allah swt ini...

video


15 March 2015 | 2 KoMeN |

2 KoMeN:

  1. anajingga
    Mar 16, 2015, 10:59:00 PM

    Intan seorang wanita yang kuat semangat, namun hatinya hanya Allah yang tahu, tabahkanlah hati ahli keluarga MH370 yang pergi dengan penuh tanda tanya.

  1. Saif HaQiem
    Mar 22, 2015, 9:18:00 PM

    Anajingga - jika kita yg tak mempunyai apa2 pertalian dgn mangsa MH370 turut berasa sedih & pilu, apatah lg ahli keluarga terdekat...kita hanya mampu melihat tp yg menanggung adalah mereka...teruskan doa utk MH370...

Post a Comment