twitter

Malam ni 1 lagi sejarah bakal tercipta di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 29...lagu manakah yg bakal di nobatkan sebagai lagu terbaik antara 12 yg bertanding...tak sabar rasanyer nak tunggu malam ni...


seingat aku, setiap tahun aku tak pernah terlepas utk menonton Anugerah Juara Lagu ni...sejak tahun 1996 iaitu zaman Siti Nurhaliza naik meniti populariti sampai la tahun lepas lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz aku tak pernah la aku terlepas tonton...pada aku AJL ni acara wajib setiap tahun...mcm tak berseri tahun tu kalau tidak diadakan anugerah yg dah mencecah 29 kali penganjuran tu...
kalau diimbas kembali, kalau ada AJL je mesti ada nama Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Nora, M.nasir,..nama2 yg cukup sinonim dgn event gemilang ni...tapi nampaknyer sejak kebelakangan ni, artis2 lama semakin menyepi & kebanyakan calon dimonopoli oleh artis2 baru...mungkin bagus utk industri muzik di negara kita tapi rasanyer mcm ada kesan negatifnyer...kurang persaingan antara junior & senior...kan...kan...kan...apa2 pun AJL tetap menjadi platform utama artis2 baru utk menonjolkan bakat & mencipta nama di persada seni tanah air kita...
tak nak berceloteh panjang jom kita tengok sapa yg kena malam ni...di bawah ni adalah 4 buah lagu yg disebut2 bakal menjulang anugerah berprestij malam ni...lagu2 ni adalah pilihan Selebriti Metro Ahad...

-1- 
Lagu : Di Pintu Syurga
Penyanyi : Dayang Nurfaizah
Komposer : Tam Spider
Lirik : Iman Imran

-2- 
Lagu : Sesal Separuh Nyawa
Penyanyi : Alyah
Komposer : Alfie Tiga & Aidil
Lirik : Alyah & Shah Shamsiri

-3- 
Lagu : Matahari
Penyanyi : Hafiz Suip
Komposer : Ajai
Lirik : Ajai

-4- 
Lagu : Apa Khabar
Penyanyi : Joe Flizzow Feat SonaOne
Komposer : SonaOne
Lirik : Joe Flizzow

itu adalah pilihan Selebriti Metro Ahad, bagaimana pulak pilihan aku...???..kalau mengikut perkiraan aku pilihan yg aku nak sangat menang ialah...

-1-
Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah


-2-
Malaikat - Hazama


-3- 
Sesal Separuh Nyawa - Alyah


-4-
Matahari - Hafiz



4 pilihan terbaik bagi aku...kenapa..???..aku melihat pada lirik & mendengar pada melodi...tu pada diri aku...pendapat org lain aku tak tau la...hehehehe...
sama2 kita tonton AJL 29 malam ni jam 9.00 malam di TV3 dgn tema Gema Dalam Muzik...jangan lupa semua temu janji anda dgn Tv3 & AJL29...


#JanganLupa
#AJL29
#TV3


18 January 2015 | 1 KoMeN |

1 KoMeN:

  1. Nurzakiah Hanum
    Jan 19, 2015, 9:43:00 AM

    tahniah all

Post a Comment