twitter

kita ketemu lg...ada entry baru nk update tu yg berjumpa lg...kalau tak, memang senyap je...hehehehe...diam tak diam dah masuk bulan June...tak lama lg dh puasa...rasa sekejap je kita berpuasa tahun lepas, ramadhan kini kembali lagi...masa tak pernah sekali berlengah...kalau panjang umur sempat la aku menyambut ketibaan ramadhan kali ini...



sebenarnyer ini cerita bulan lepas...dah lama aku nk update tapi di sebabkan kekangan masa, aku tangguhkan dulu...berkurun dh...hahahaha...ini cerita berlaku masa aku balik kampung last month...mcm biasa la, kalau aku balik kampung balik kampung memang tak dok diam...asyik nak merayap je dgn member2...tapi yg peliknyer kami ni pergi ke tempat yg org tak berapa nk pergi...hahahaha...konon2 mcm kami ni dlm rancangan destinasi budget...budget la sgtttt...hahahah...ok jangan nak merepek meraban lg, kali ni aku nk share sikit info tentang 1 destinasi pelancongan yg terdapat di negeri berdaulat Perak...Gaharu Tea Valley @ lebih dikenali sebagai ladang teh gaharu oleh penduduk tempatan..percaya tak, selain di Cameron Highlands, kat Gopeng pun ada ladang teh...cuma bezanyer kalau kat cameron pokok teh nyer renek2 tapi yg ni tinggi2 menggalah & besar...


ladang ni sebenarnyer terletak di Gopeng, lebih kurang 3km dari pekan Gopeng...berkeluasan 120 hektar, ladang tea gaharu ni 'wujud' di tengah2 Kampung Sungai Itik & Kampung Pintu Padang...luas giler ladang ni...nak sampai ke ladang ni pun mmg kene masuk jalan kampung...agak sempit jugak la...tapi jalan tak teruk...semua ok...memang bersih sepanjang jalan ke ladang ni....



sampai je di depan ladang tea gaharu ni, anda akan di sambut oleh 1 pintu gerbang besar yg di bina menyerupai tembok besar China...memang cantik sgt...kawasan ni telah di iktiraf oleh kerajaan negeri Perak sebagai salah sebuah kawasan agro pelancongan memandangkan ladang ini mempunyai potensi besar utk menarik kedatangan pelancong tempatan @ luar...



sampai di kaki bukit ladang, kami cuaca amat la panas...kami rehat sekejap dlm mall valley...ramai jugak pelancong yg dtg expecially bangsa cina...di dalam ada di sediakan ruang duduk utk para pengunjung serta bahagian pameran tentang sejarah kawasan tersebut serta kegunaan pokok tersebut...dlm masa yg sama kalau ada pengunjung yg ingin membeli produk2 yg dihasilkan dr pokok gaharu ni, boleh dapatkan juga di situ...ada dijual serbuk tea, pokok gaharu yg masih kecil, batang gaharu & berberapa jenis proudk lain...aku mcm biasa la cari keychin utk tambah koleksi aku...tapi malangnyer harga 1 keychin mencecah hingga RM50...makkk aiiiiii....!!!!!...nak kata ada ukiran ke apa, tak ada langsung...kosong...segi empat letak besi gantung...mcm tu je RM50...perggghhhh...tak jadi beli terus...hahahahaha...



kat dlm tu kami beli sekali tiket utk naik van yg akan bawak kami meronda di atas bukit gaharu nanti...memandang time tu lunch hour, semua pekerja rehat, kami duduk2 la di mall valley tu...mcm biasa la kami, kalau tak mengarut tak sah...kahkahkah...semakin menjelang petang semakin ramai pulak pengunjung yg dtg...dr yg muda hingga la yg tua2...lupa pulak nk share, misi kami ke sini sebenarnyer nk peluk pokok gaharu yg berusia lebih dr 100 tahun...menurut kepercayaan org2 kat sini, pokok tu mempunyai aura yg mampu menyembuhkan penyakit dalaman...masing2 dh simpan niat nk peluk cium pokok tu...hahahahaha...



dalam pukul 2 petang kami bertiga bersiap sedia utk meneroka ladang gaharu gopeng ni...kami bernasib baik sebab dpt pemandu melayu...so senang la nk tanya tentang ladang ni...pakcik tu pun tak sombong...sepanjang perjalanan dia bercerita sejak mulanya pembukaan ladang ni hingga la sekarang ni...asalnya pokok gaharu ni adalah dari Jepun namun di sebabkan iklim di sana tak sesuai, owner ladang ni telah menanamnya kat sini...pokok2 yg ditanam ni jugak telah dikacuk dgn pokok gaharu dr 12 spesies lain...aku pun tak tahu yg pokok gaharu ni berbeza mengikut negara...hahahahaha...ladang berbukit di sini terbahagi kepada 4 level dgn mengikut umur pokok...level 1, hanya pokok berumur antara 1 - 4 tahun...level ke2 pula 4- 8 tahun..level ke3 8 - 12 tahun...level paling atas pula berumur lebih dari 12 tahun...setiap pokok di tanam dgn jarak yg tersusun 3 meter antara satu sama lain...total keseluruhan pokok gaharu yg terdapat di sini ialah lebih daripada 200,000 batang pokok & hanya di jaga oleh 15 org pekerja ladang saja...perrgghhhh...terbaik laaaaaa....bukan senang nk jaga ladang yg luas ni...tapi dari permerhatian aku ladang ni memang bersih & terpelihara...


pokok gaharu biasanya di tanam dgn menggunakan biji benih yg boleeh di dapati dr pokok...ramai yg tak tahu sebenarnya pokok gaharu ni ada buah...selepas di semai & mencapai ketinggian 8 - 15 meter baru pokok di alihkan ke ladang...untuk pokok gaharu yg sudah mencapai umur 4 tahun dah boleh di tebang utk di hasilkan produk tapi sebelum di tebang, setiap 1 setahun sekali, pokok akan di suntik dgn sejenis kimia utk membolehkan pokok menghasilkan minyak...lagi lama pokok tu di jaga, lagi mahal harganya...bg pokok berumur 4 tahun, biasanya harga boleh mncecah RM5000 sebatang...bayangkan harga sekilo gaharu yg telah siap di proses bernilai RM25,000 & boleh mencecah sehingga RM100,000 mengikut gred...uiiiii....ronda dunia la aku kalau ada ladang mcm ni....hahahahaha...


sambil2 pakcik driver ni drive di berhenti la kat setiap stesen dlm ladang gaharu...dia akan terangkan semuanya tanpa di minta...hahahaha...gaharu yg ditebang kan di proses serta di bungkus oleh kilang yg terdapat di ladang ni...antara prouduk yg dihasilkan di sini ialah teh gaharu, sup gaharu, minyak gaharu, cip kayu gaharu, mee segera gaharu, biskut & aiskrim gaharu...semua produk ni anda boleh dptkan di mall valley kat bawah ladang...pokok gaharu ni banyak khasiatnya...dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, darah tinggi, melancarkan sistem peredaran darah & utk rawatan kecantikan...



di atas ladang ni telah di bina sebuah tower yg di kenali sebagai Holistic Gaharu Tower yg membolehkan anda melihat keseluruhan ladang gaharu ni...memang cantik permandangan dr atas...menurut pakcik driver, bila siap nanti tower ni akan menempatkan sebuah cafe serta chalet utk para pengunjung yg ingin tido di ladang ni...tapi dah bertahun2, projek ni terbengkalai...tah bila nk siapnya...




dlm perjalanan turun ke bawah pakcik driver bawak kami ke satu stesen perhentian yg di namakan 'LOVERS TREE'...kat situ ada 2 batang pokok yg kelihatan seperti sdg berpelukan...yg peliknya sebatang pokok berwarna putih & sebatang lg berwarna hitam. serta telah berusia lebih dr 100 tahun...menurut mitos org2 kat sini, 1 masa dulu kawasan ni di jaga oleh org asli...ada seorg lelaki inggeris telah datang ke situ utk menguruskan ladang...tanpa di sangka dia telah jatuh cinta dgn salah sorg anak org asli di situ...namun percintaan mereka mendapat tentangan...mereka di katakan sering berjumpa di bawah pokok tersebut...pokok yg berwarna putih itu mewakili laki inggeris & pokok hitam tu mewakili perempuan asli tu...cinta mereka kekal hingga ke hari ni...mcm2 cara di lakukan utk tebang pokok tersebut namun semua sia2...akhirnya pihak pengurusan mengekalkan pokok tersebut & di jadikan sebagai daya tarikan di ladang tersebut...



saat2 yg di nantikan ialah untuk memeluk ibu pokok gaharu yg dikatakan ada 'magic' tu...kami tak sabar....pakcik driver pun membawa vannya menuruni bukit hingga la ke mall valley...hahhh...???...
"pakcik kami nk tengok ibu pokok gaharu..."
"maaf dik, pokok tu dh lama mati dik...tinggal tunggul je.."
"lorrrr.....tak tercapai hasrat kami.."
"sepatutnya pihak pengurusan kene maklumkan pd pengunjung tentang pokok tu sebab ramai yg dtg sini nk peluk pokok tu...tapi pokok dh mati..."
"tu la...mungkin banyak sgt penyakit dh transfer kat pokok tu kot...tu pasal dia mati..."
kami semua gelak....dlm hati frust sgt2...huhuhuhu...
lepas ucap terima kasih dgn pakcik driver tu, kami terus beli aiskrim gaharu...pakcik tu kata di jamin halal...mula2 tu takot jugak nk beli...heheheehe..sedap jugak perisa gaharu ni...nak kata rasa vanilla pn ada, mcm rasa lemon tea pun ada...apa2 pun pengalaman hari ni sgt best walaupun panas terik & frust sbb tak dapat peluk ibu pokok gaharu...hehehe...settle semua kami bergerak ke Batu Gajah...mcm biasa la aku nk ke salon member aku tu...rambut dh panjang...rimas...lepas tu cadang nk ke Tanjung Tualang...nak naik the only 1 kapal korek yg masih ada kat Malaysia ni...
finally, siap jugak entry utk kali ni...punyer lama tertangguh...terima kasih pd yg masih sudi membaca blog aku ni...pd yg terus follow blog aku ni jugak terima kasih byk2...welcome to my blog...Insha ALLAH, aku akn follow kembali blog2  korg...sampai sini saja utk entry kali ni...hingga berjumpa lg next time...daaaa....
14 June 2014 | 3 KoMeN |

3 KoMeN:

  1. ! Arjunakirana !
    Jun 23, 2014, 6:02:00 PM

    Salam... teman orang peyrok pun tak tahu ada ladang gaharu nie... tak pe nanti teman pegi... masuk percuma boleh tak gagagaga :p

  1. Haura Marissa
    Jul 4, 2014, 4:21:00 PM

    tak pernah tahu pulak wujud tempat nie..hahaha...good info!

  1. Saif HaQiem
    Jul 5, 2014, 1:33:00 PM

    Arjunakirana- try la melawat..tak pergi tak tahu..hehehe...masuk percuma je tp kalau nk jln2 atas ladang dgn van bayaran rm10 sorg...
    Haura marissa - tak ramai yg tau ttg ladang ni...saja nk kongsi info..thanx sudi lawat blog ni..

Post a Comment