twitter

Assalamualaikum semua pembaca yg tak jemu2 view blog aku ni...terima kasih bebanyak...pd yg mendoakan kesihatan aku, terima kasih juga aku ucapkan...i love u all semua...muuuahhhhh....
ok, untuk entry terbaru hari ni aku nk share dgn semua pembaca ttg kejadian yg aku sendiri tak jangka berlaku tapi terjadi ke atas aku...selama ni aku asyik dengar ceriter org lain je, pandai pulak aku nasihatkan org tapi bila terkene batang hidung sendiri....hah...ambik kawww.....mmg kaw.kaw aku kene....padan muka aku sendiri...huhuhuhuhu....


al-kisahhhhh bermula mcm ni...seperti yg di war-warkan sebelum ni, aku & rakan2 baru mula menjinakkan diri dgn perniagaan online ni...pd permulaannyer alhamdulillah, semuanyer berjalan lancar...berkat usaha kami bertiga, modal kami mula bertambah...bila dah bertambah, kami memerlukan stok2 yg baru & kami dah decide utk ke negeri pantai timur, kelantan utk mencari stok2 baru...memandangkan kami ni masih baru & tak pandai nk berdialek kelantan maka kami pun meminta pertolongan kawan atas kawan kami...consider pihak ketiga la senang citer...
pd 16 Februari 2014 (Sabtu) kami pun bergerak dari ipoh  lebih kurang pada pukul 8.30 pagi ke kelantan untuk membeli barangan perniagaan kami...sesampai sana mcm bese la check in hotel di wakaf che yeh di kota bahru...pd mulanyer, kami ingin bertemu dgn pihak ketiga tu tapi sayangnyer dia ada hal yg tak dpt dielakkan...maka terkontang-kanting la kami 1 hari tu ke sana sini makan angin...nasib baik la ada GPRS...mudah sikit perjalanan kami...
keesokan paginyer iaitu pd 17 Februari 2014 (Ahad), kami telah berjumpa dgn pihak ketiga tu iaitu Wandah (bukan nama sebenar) di rantau panjang...dia janji nak bawak kami ke mundok, thailand utk mencari kain2 ela serta tudung di sana...ketika itu Wandah telah membawa sekali kawanyer Rosmina (bukan nama sebenar)...dikahabarkan kawannyer itu sorg tukang jahit yg berpengalaman...Rosmina la telah memberi nasihat, pandangan serta tips utk membeli kain2 ela di mundok...ternyata dia mempunyai pengalaman yg meluas ttg dunia fesyen...kami kagum dgn Rosmina...selesai membeli, Rosmina telah menjemput kami ke rumahnyer utk melihat hasil kerjanyer...tanpa ragu2 kami terus bersetuju menerima pelawaannnyer itu...
di rumah Rosmina, ternyata hasil kerjanyer sgt halus & teliti...kami amat berpuas hati & tatkala itulah kami membuat perjanjian lisan antara kami & Rosmina untuk menempah baju kurung (12 pasang) & jubah (20 pasang) mengikut tempoh masa serta jumlah pembayaran wang yang telah dipersetujui  oleh kedua-dua belah pihak...kami jugak telah membeli kain ela & diberikan kpd Rosmina untuk dibuat baju kurung...pd permulaan perjanjian, mcm2 Rosmina janjikan...ternyata mulutnyer mmg manis & kami sampai ke hari ini masih menyimpan janji2 dia...tapi bila teringat kembali kata2 dia, terasa dia seakan riak, takbur & bongkak...
sekembalinyer di ipoh, kami pun tunggu la dgn penuh harapan...setiap hari kami sms Rosmina bertanyakan perkembangan terbaru...setiap kali dia meminta duit utk membeli barangan, kami terus bankin tanpa bertangguh...kami faham situasi Rosmina yg perlu membeli bahan2 jahitan...so setiap kali dia meminta, kami pun terkial2 la p ke bank utk masukan duit...harapan kami Rosmina dpt menyiapkan tempahan kami pd masa yg telah ditetapkan serta jahitannyer berkualiti...
setelah genap tempoh masa yg dipersetujui, pd 18 Mac 2014 (Selasa), Rosmina telah berjanji utk mengirim semua tempahan kami  melalui bas iaitu pd 22 Mac 2014 (Sabtu) di stesen bas aman Jaya, ipoh...kami pun excited utk menunggu barangan tersebut tapi malangnyer sehingga ke tengah malam kami tak menerima langsung barangan tersebut...
pada keesokan harinya (23 Mac 2014, Ahad), Rosmina memberitahu kami, terdapat beberapa helai pakaian lagi yg masih belum siap dijahit...kami pun bersetuju memberi tempoh masa tambahan kpd Rosmina & menanti sehingga kesemua pakaian yg ditempah siap sepenuhnya...setiap minggu, kami hantar SMS bertanyakan status perkembangan terbaru pakaian yg dijahit & setiap kali itu jugak Rosmina memberi pelbagai alasan...dari sehelai tak siap dijahit menjadi dua helai pulak...kemudian jadi pulak, tak siap jahit manik...macam2 alasan hingga kami merasa muak mendengarnyer...
kemuncak perbualan kami iaitu pd 30 Mac 2014 (Ahad), Rosmina sekali lagi berjanji utk menghantar barangan kami pd petang itu melalui bas rombongan ke ipoh...tapi pd 1 April 2014 (Selasa), kami sekali lagi dapat SMS daripada Rosmina yg memberitahu bas yg membawa barangan kami akan tiba di ipoh pd 2 April 2014 (Rabu) iaitu lewat satu hari dari tarikh yg dijanjikan...ok fine, kami pu tunggu sehingga tarikh yg dijanjikan tapi kami masih tak terima barangan tersebut...
pada 3 April 2014 (Khamis), Rosmina sekali lagi memaklumkan kpd kami, bas yg membawa barangan kami dah pun berada kat putrajaya & akan tiba kat ipoh pd keesokan harinya 4 April 2014 (Jumaat) iaitu lebih kurang pd pukul 9.00 pagi...Rosmina dgn yakinnyer memberikan nombor telefon bimbit pemandu bas berkenaan namun nombor telefon bimbit tersebut gagal dihubungi oleh kami...
pd awal tengahari  5 April 2014 (Sabtu), Rosmina meminta kami utk bersabar menanti panggilan daripada pemandu bas tersebut...malangnyer sampai la keesokan harinyer, kami ibarat seperti menunggu bulan jatuh ke riba...tak tahu hujung, tak tahu pangkal kesudahannyer...
kami berkali-kali call tapi Rosmina seperti mahu mengelak menjawab sebarang panggilan & membalas SMS kami....dia jugak turut mematikan telefon bimbitnyer...hingga ke hari ini masih tak ada lagi maklum balas daripada dia...
lastly, kami pun decide bersama & nasihat keluarga, pd 7 April 2014 (Isnin), kami telah membuat report polis atas dakwaan dianiaya serta penipuan...nasib kami baik kerana mempunyai nama penuh, no. ic serta alamat Rosmina...resit2 pembayaran jugak, kami masih simpan...maka keje kami agak mudah & report kami tu telah di hantar ke balai polis kelantan utk siasatan lanjut...pd 9 April 2014 (Khamis), kami telah mebuat report pulak di tuntutan tribunal pengguna...alhamdulillah, semuanyer mudah...report kami telah diterima & akan disiasat...kami hanya perlu tunggu hari perbicaraan di mahkamah kecil...tak sabar pulak nk naik mahkamah...hahahaha...mcm kes besar je...hahahaha...
dalam report, kami telah menuntut daripada Rosmina utk membayar ganti rugi tunai sebanyak RM1*** yg kami dh depositkan ke dalam akaun ibu Rosmina dlm tempoh seminggu & mengganti semula 12 pasang kain ela yg kami dah berikan kpd Rosmina utk dibuat baju kurung dgn kain ela yg sama jenis, saiz, warna, harga & kualiti seperti kain ela yg asal dlm tempoh seminggu @ jika Rosmina tak berupaya utk menggantikan kain ela tu, dia perlu membayar  dgn tunai RM3** kpd kami dlm tempoh seminggu....yg penting kami hanya akan menerima pembayaran secara tunai sahaja daripada Rosmina...
selain tu kami jugak mahu dia memohon maaf secara terbuka & ikhlas di hadapan kami & berjanji tak akan mengulangi lagi perbuatan dia kpd sesiapa di masa akan datang..
ini la caranyer utk mengajar org yg telah menipu kami...jgn ingat kami stay di ipoh & dia di kelantan, kami akan berdiam diri...dia silap besar jika nak main2 dgn kami...walaupun kami masih baru dlm dunia perniagaan ni, tapi cukup bersedia utk menghadapi semua ini biarpun agak perit...mungkin amount yg ditipu tu bukan la besar mana tapi bg kami yg baru menceburkan diri dlm dunia biness ni, jumlah tu cukup besar...hasil titik peluh kami...apa perasaan anda kalau diperlakukan spt tu...???..jika nak hidup senang, jangan la menipu org lain...tak berkat...lihat saja diri & keluarga anda, Rosmina...aku malas nk komen pasal kehidupan dia...biar kami saja yg tahu apa yg dia dah lalui...
so nasihat aku pd sesiapa yg baru saja nk memulakan perniagaan, ni nasihat aku :-

1# jangan mudah percaya dgn kata2 org yg baru kita kenal...mulut saja manis tapi dlm hati kita tak tahu...

2# jika ingin berurusan dgn org lain sila la buat perjanjian hitam putih, jgn berjanji sekadar di mulut...sekurang2nyer anda ada bukti...

3# kalau boleh dptkan nama penuh, ic no serta alamat rumah/kedai yg lengkap...ini akan memudahkan anda utk mencari org tersebut jika rasa ditipu...kami bersyukur & boleh kira nasib baik kerana menyimpan nama penuh, no ic & alamat dia...jika tak memang teruk jugak kami utk menuntut ganti rugi...

4# selidik juga latar belakang perniagaan org tu...mungkin  dia sekadar berkata2 hakikatnyer dia bukan seperti yg diwar2kan...

5# simpan semua resit pembayaran @ pembelian...itu bahan bukti penting...jika boleh setiap SMS yg dihntar disimpan...jgn delete...mungkin boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah...

6# sila follow up dgn org tu setiap minggu...jgn diamkan diri & mengharap barangan tersebut akan siap seperti yg dijanjikan...

penat aku menaip malam ni...geram punyer pasal aku gagahkan jugak...entry ni bukan utk mengaibkan sesiapa tp sekadar ingin berkongsi pengalaman agar tak akan ada lg yg menerima nasib seperti kami ni...skrg ni kami sdg menunggu maklum balas dari pihak polis di kelantan serta tribunal tuntutan pengguna...doa2kan kami supaya dpt menuntut keadilan...trlalu besar ujian buat kami...ketika ni semangat kami agak down sikit...bisness kami pun agak kelam kabut sekarang ni...kami memerlukan masa utk memulihkan semuanyer...huhuhuhuu...
cukup setakat malam ni...terima kasih pd yg sudi membaca entry aku yg tak seberapa ni...jumpa lg next entry...sayang korang ketat...muuuahhhhh.....



13 April 2014 | 6 KoMeN |

6 KoMeN:

  1. anajingga
    Apr 13, 2014, 11:11:00 PM

    Istighfar sejenak baca kisah saif ni, macam tulah sewenang2 manusia melakukan penipuan, kak ana doakan saif dipermudahkan untuk mendapatkan semula semua hak saif dan rakan2.Jangan berputus asa ye..

  1. Saif HaQiem
    Apr 13, 2014, 11:39:00 PM

    mcm tu la manusia kak...klu akal & nafsu di kawal oleh wang ringgit...tak ingat apa dah...terima kasih...akak tlg doakan kami...

  1. Nurul Syahada
    Apr 14, 2014, 10:56:00 AM

    sabarlah, ini juga satu dugaan. manusia sekarang tak boleh diduga. ada yang suka berpura-pura. siapa tau kan. semoga dipermudahkan segalanya :)

  1. Phylo
    Apr 16, 2014, 1:50:00 AM

    sabar la.. dugaan dalam perniagaan memang macam ni.. Tapi best la bro Saif.. sebab Phylo yang tinggal di Pasir Mas almost 5 years pun belum pernah menjejakan kaki di Mundok tu.. Rantau Panjang pun dalam setahun sekali dua je pergi.. Nanti blaja la kecek klatey.. Tok susoh pun.. :D

  1. Saif HaQiem
    Apr 20, 2014, 2:40:00 AM

    Nurul Syahada - terima kasih...harap2 semuanya dipermudahkan...

    Phylo- hahaha...hari tu dh try kecek kelate tp bunyi siam la...btw thanx ya..

  1. Anonymous
    Apr 25, 2014, 12:06:00 PM

    Jangan cepat melatah next time my bff....

Post a Comment