twitter

Salam Maulidur Rasul semua...kita bersua kembali di sini...ucapkan alhamdulillah kerana diberikan kesihatan yg baik & ruang utk bernafas di muka bumi Allah ini...
entry kali ni aku akan up satu cerita yg prnah berlaku di Butterworth...aku percaya mungkin org ramai tahu tentang kejadian ni tapi bila tahun berganti tahun, ramai yg mula melupakannyer...aku pun sebenarnyer baru pertama kali baca tentang tragedi ni...tu pun secara tak sengaja aku jumpa di google...rasanyer dari aku tahu sorang baik aku update kat dlm blog aku ni...sharing is caring maaaa....hehehehe...


tanggal 20 Mei 2001, bangunan Kompleks Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Butterworth yg menempatkan terminal bus di tingkat satu & pasaraya Parkson serta Tops di tingkat dua telah terbakar pada sekitar pukul 5 pagi hingga mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan...
sebanyak 6 buah jentera bomba dari Perai & Butterworth dgn 53 anggota telah dikerah ke tempat kejadian...selain itu, pasukan bomba turut dibantu oleh 8 pasukan bomba sukarela dari Sunagi Puyu, Permatang pauh, Bukit Mertajam, Sungai Rambai, Juru, Chain Ferry, Raja Uda & Bagan Ajam yg melibatkan hampir 200 org anggota...pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 20 minit utk memasuki ke dlm bangunan yg terbakar itu & terpaksa menggunakan air laut serta mengepam air dari tangki syarikat minyak berhampiran utk memadamkan kebakaran tersebut...


kebakaran besar yg dipercayai bermula di tingkat dua itu hanya berjaya dipadamkan sepenuhnyer dlm tempoh kurang daripada 12 jam kemudian iaitu sekitar pukul 5 petang...api yg marak telah menyebabkan kemusnahan teruk di tingkat atas yg meliputi bahagian bumbung & sekali gus menyebabkan juga bahagian2 lain bangunan lama tersebut tidak dapat digunakan seperti biasa...
menurut sorang saksi, dia yg berada di bawah bangunan bersama dgn sorg lg rakan baru bersiap sedia utk pulang ke rumah selepas bekerja lebih masa ternampak asap & api di bahagian belakang tingkat dua pasaraya Tops...kemudiannya, dia terus memaklumkan kakitangan PPSB serta menghubungi Balai Bomba Butterworth...manakala sorg peniaga restoran di tingkat satu kompleks, ketika tiba di tempat kejadian api masih kecil tetapi merebak dgn pantas sekali...pengurus pasaraya Tops yg bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan telefon daripada sorg pengawal keselamatan PPSB menganggarkan kerugian lebih daripada RM1juta...


pihak berkuasa akan menyiasat punca kebakaran meliputi semua aspek termasuk unsur sabotaj serta dakwaan beberapa org peniaga di situ mengenai kemungkinan api berpunca daripada kerja-kerja kimplan oleh pekerja penyelenggaraan bangunan yg bekerja di sebelah malam...
tingkat satu bangunan kompleks SPPP yg menempatkan kedai2 kecil, gerai makanan, yg sering menjadi tumpuan para pengguna terminal bus terpaksa ditutup & dipindahkan sementara ke kawasan lapang berhampiran Stesen Keretapi di situ...tidak lama selepas kejadian itu, bangunan Kompleks Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Butterworth terpaksa di robohkan sepenuhnyer...


selepas 13 tahun berlalu, kini terminal bus penang telah di gantikan dgn yg baru berhampiran dgn KTM...manakala para peniaga telah di tempatkan di satu kawasan yg di bina khas tidak jauh dari terminal bus...cuma aku tak pasti lokasi sebenar kejadian terletak di bahagian mana...sekarang ni terlalu byk sgt bangunan di sekitar terminal bus tu...lgpun aku bukan org Penang...ketika kejadian aku bukan di sini...hehehehe...mungkin org2 penang tahu lokasi sebenar kejadian...
14 January 2014 | 5 KoMeN |

5 KoMeN:

  1. Anonymous
    Nov 8, 2014, 10:50:00 AM

    Tgk pada gmbar yg bewarna tu, sebalah kanan tu skrng Petron. Yg tgh2 mcm kwasan parking tu, Penang Sentral yg ada skrng.

  1. lam seng
    Jan 23, 2015, 9:56:00 PM

    Terminal bus baru itu la Dulu letak nya bangunan sppp yang terbakar itu. Pernah berkerja di parkson ria di baguna itu sebelum terbakar

  1. Saif HaQiem
    Feb 14, 2015, 2:27:00 PM

    Lam Seng- untung la sbb pernah merasa keje parkson ria sblum bangunan tu terbakar...semua tu kenangan yg tak ada pd org lain...nway tq sbb sudi singgah baca blog saya..

  1. meor raimi
    Apr 17, 2015, 12:37:00 AM

    antara bas yg masuk stsen
    utc
    hbr
    transit link
    bagan town
    city liner (park may)

  1. putera min
    Jan 23, 2017, 11:40:00 AM

    Lean Hock Bus Company mna??

Post a Comment