twitter

Assalamualaikum semua...bertemu kembali di entry yg baru..rasanyer agak lama jugak aku tak update cerita baru dlm blog ni..cuma sekadar 'blogwalking' saja...kepenatan yg melanda membuatkan aku tidak mempunyai idea utk dikongsi di sini...apa2 pun terima kasih pd yg masih lg sudi singgah membaca mahupun sekadar view saja...terima kasih banyak2...


baru2 ni, isu yg paling hangat di perkatakan di negara kita ialah tentang fenomena cuaca sejuk yg melanda pantai timur &  utara negara ni...memang tak di nafikan, aku turut merasakan perubahan cuaca...disaat mentari memancar terik namun cuaca dingin..dikala malam pula, suhu semakin sejuk...bila aku mandi pagi & malam memang menggigil kesejukan...terasa berbeza sgt perubahan cuaca kali ini...tak ketinggalan juga, ramai yg mengalami selsema, demam & batuk yg teruk...
melihat carta suhu minimum & maksimum yg dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia yg bertarikh 25 Januari 2014, ternyata berlaku perubahan mendadak pd suhu di negara ini...agak aneh & mungkinkah Malaysia bakal menerima salji tidak lama lg...???..bunyi mcm tak logik tapi tak mustahil juga kerana kawasan2 di Indonesia & Vietnam sudahpun merasai salji...


cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini mencatatkan rekod suhu terendah iaitu 19'celcius di Besut, semalam...selain tu, Kuala Krai turut merekodkan suhu serendah 17' celcius & merupakan suhu yg paling rendah direkodkan antara negeri di pantai timur...sementara itu, Perlis turut merekodkan perubahan suhu yg agak luar biasa walaupun dikenali sebagai negeri yg mencatatkan suhu paling panas iaitu 40.01'celcius pd tahun 1998...menjelang hujung minggu, suhu di sekitar Perlis dijangka turun sehingga 21 @ 20'celcius pd waktu malam tidak seperti selalu sekitar 24'celcius di sebelah siang...


catatan suhu yg rendah daripada biasa adalah disebabkan oleh musim Monsun Timur laut yg turut membawa tiupan angin sejuk dari kawasan sejuk seperti di China, Jepun & Siberia...selain itu, penurunan suhu juga boleh dipengaruhi oleh 2 faktor utama lain iaitu tiupan angin & kepulan awan...jika tiupan angin lebih kuat & kepulan awan tidak tebal @ banyak pd waktu malam, suhu akan menjadi lebih rendah...
Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran ketiga angin kencang timur laut dgn kelajuan dari 60 km sejam & laut bergelora dgn ketinggian ombak melebihi 5.5 meter kpd nelayan & org awam bg mengurangkan sebarang aktiviti pantai...


persoalan adakah Malaysia akan dilanda salji seperti yg berlaku di negara jiran adalah tidak mungkin menjadi kenyataan kerana kedudukan negara ini yg berada di garisan khatulistiwa...Malaysia akan menerima cahaya matahari yg banyak sepanjang tahun...fenomena yg melanda beberapa buah negara yg selama ini tidak pernah @ sudah lama tidak dilanda salji dipanggil 'Zaman Ais Mini' yg berpunca daripada aktiviti matahari yg berada di tahap minimum yg menyebabkan tompok letusan solar pd permukaan matahari berkurangan & matahari menyejuk...
pada 25 Januari 2014, kolam di Puncak Kinabalu menjadi ais dgn ketebalan antara setengah hingga lebih 1 sentimeter, manakala embun yg menitis membeku kelihatan seperti salji namun mencair sebaik jatuh ke bumi...laluan bertangga di kawasan puncak turut diselaputi ais hingga menyebabkan laluan pendaki menjadi licin...suhu yg dicatatkan sejak pertengahan bulan ini di Puncak Kinabalu jatuh hingga negatif 2'celcius berbanding 4 hingga 8'celcius sebelum ini...
disebabkan perubahan suhu yg agak mendadak ini, org ramai dinasihatkan supaya memakai pakaian yg bersesuaian, mengurangkan aktiviti luar pd waktu malam serta memperbanyakan minum air kosong...walaupun salji tidak lg turun di Malaysia namun org ramai sekurang-kurangnya dapat merasai sendiri cuaca sejuk dingin yg selalunya boleh dirasai di puncak2 bukit seperti Cameron Highlands, Bukit Tinggi, Genting Highlands & sebagainya...


macamne agaknyer Malaysia kalau kita mengalami musim salji...???..mesti ada yg guling2 sakan atas salji tu...lompat2...main baling2 salji...buat patung salji...pendek kata dr siang sampai ke malam la duduk luar rumah terutamanya kanak2...walauapapun cuaca yg kita alami di sini...sekurang2nyer kita tak perlu berhadapan dgn bencana yg teruk seperti negara2 luar hingga meragut beribu2 nyawa & merosakan harta benda...bersyukur dgn apa yg kita ada, jangan terlalu mencarai yg kita tiada...mungkin ada hikmah sebalik kurniaan-Nya itu...


26 January 2014 | 2 KoMeN |

2 KoMeN:

  1. chegu int
    Feb 7, 2014, 12:24:00 AM

    Emm.. cuaca dah panas balik. tekak pula yang rasa perit.. macam nak batuk
    Link: Asam jawa rawat tekak perit

  1. Saif HaQiem
    Jun 14, 2014, 5:34:00 PM

    Chegu Int - terima kasih utk petua tu...jaga diri baik2..

Post a Comment