twitter

Hai...hai...hai...jumpa lagi kan...hehehhehehe...ada cerita ada la entry baru...kalau tak ada idea, memang berhari2 hilang tanpa jejak...silap2 berminggu2...tapi jangan risau hilang aku bukannya hilang terus...ada masa aku akan menjengah ke blog ni sambil2 view ke blog2 lain...apa2 pun terima kasih pd yg sentiasa berkunjung ke blog aku ni...dari hari ke hari traffics di blog ni meningkat...thank you so much...flying kiss sikit...muahhhhh....!!!...hahahahaha...


ok la, tanpa membuang masa semua, entry yg terbaru ni berkenaan dgn SURVIVOR...aku la survivor tunggal...yessss...halloooo world....!!!...berangan jap...hahaha...actually aku nk share sikit dgn semua rancangan yg paling aku minat dari dulu sampai la ke hari ni -Survivor- lama jugak rancangan ni bersiaran di negara kita sebelum dihentikan...frust menonggeng aku...nasib baik internet ada...boleh jugak tengok musim2 yg seterusnya...


rancangan Survivor ni di kategorikan sebagai rancangan realiti...maksud rancangan realiti ialah program TV yg tidak mempunyai skrip tetap yg disertai oleh org2 biasa & menggambarkan tentang situasi kehidupan sebenar..setiap peserta perlu bersaing sesama sendiri utk menjadi pemenang...tu la maksud ringkas rancangan realiti & disebabkan tu la ramai yg suka dgn rancangan yg bergenre seperti ni sbb semuanya yg dilakukan adalah secara spontan...ditambah pula dgn elemen2 bergaduh, bertekak, tipu-menipu lg la best jadinya...sapa yg tak suka tengok adegan live mcm ni kan...memang akan di nanti2kan selalu...hahahaha...


pada tahun 2000, Mark Burnett telah mengasaskan sebuah rancangan realiti yg diberi nama Survivor...rancangan ni merupakan yg pertama disiarkan & mendapat sambutan yg di luar jangkaan...semenjak dari tu, rancangan realiti mula tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan..kiranya Survivor ni pioneer utk rancangan realiti la di seluruh dunia...Jeff Probst telah dipilih sebagai pengacara rancangan ini & kekal hingga kini...


pada musim pertama, Pulau Tiga, Sabah telah dipilih sebagai lokasi utk mencampakkan 16 org peserta yg terdiri daripada lelaki & perempuan utk meneruskan hidup di sebuah pulau terpencil tanpa sebarang kemudahan selama lebih kurang sebulan...di peringkat permulaan, para peserta  telah dibahagikan kpd 2 kumpulan dgn nama yg tersendiri & ditempatkan di 2 buah lokasi berbeza...mereka akan berlajar utk mencari makanan serta membina tempat tinggal semtara dgn menggunakan bahan2 semulajadi yg terdapat di sekeliling mereka...



setiap 3hari akan diadakan game sama ada utk merebut ganjaran @ immunity...pd kumpulan yg gagal mendapatkan immunity, mereka akan berkumpul di perjumpaan puak pd sebelah malam utk menyingkirkan ahli kumpulan yg dirasakan perlu disingkir...ketika ini la kita akan dapat melihat bagaimana ahli2 kumpulan akan membina 'empayar' sendiri utk menyelamatkan diri sendiri...pelbagai helah di gunakan utk memastikan diri tidak tersingkir...disini kebijaksanaan & strategi amat la penting...jika tersilap langkah, pasti akan membawa bencana...




selepas 7 penyingkiran, kedua2 kumpulan akan digabungkan buat pertama kali & kedua2 kumpulan perlu membuat keputusan utk memilih utk tinggal di lokasi sendiri @ pihak lawan & mereka akan hidup sbg 1 kumpulan dgn nama yg baru...namun  perlu diingatkan gabungan ini bukan la sesuatu yg baik kerana para peserta dari kedua2 buah kumpulan tidak mengenali antara satu sama lain...maka strategi yg mantap, kebijaksanaan otak menipu, manis berjanji, ikatan kumpulan yg kuat & setia perlu utk memastikan tidak disingkirkan...seperti sebelum penggabungan kumpulan, setiap 3 hari sekali akan diadakan game...kali ni mereka akan bersaing sesama sendiri utk memenangi game...individu yg memenagi cabran immunity akan terselamat dr perjumpaan puak...selalunya, individu yg memegang rantai immunity akan ditawarkan pelbagai janji oleh para peserta utk menyelamatkan diri mereka dr tersingkir...




apabila tinggal 8 org peserta akhir, 6 org yg tersingkir akan diletakkan sebagai juri pemerhati...tugas mereka akan menilai rakan2 mereka setiap kali diadakan perjumpaan puak utk menentukan siapa yg layak memegang gelaran SOLE SURVIVOR...ketika ni la para juri akan mengetahui siapa kawan & lawan mereka ketika di kumpulan dulu...di akhir rancangan, 2 peserta terbaik akan ditentukan kemenangan mereka melalui undi drpd juri...para juri akan menyoal beberapa soalan kepada perserta akhir utk mendapatkan keperincian sebelum mereka memmilih pemenangnya...selepas itu, peserta akhir pula akan diberi peluang utk memberi kata2 utk memujuk yakin kan para juri bahawa dia la yg layak utk memegang gelaran sole survivor...apabila berpuas hati dgn semuanya, para juri akan membuang undi memilih pemenang...undian terbanyak akan memegang gelaran sole survivor serta memenangi wang bernilai sejuta...




sehingga ke hari ini, rancangan survivor telah menjalani pengambaran sebanyak 28 musim di setiap negara yg berbeza di 5 buah benua...setakat ini juga, seramai 26 org peserta telah berjaya memenangi wang sejuta ringgit & hanya seorang peserta pernah memenangi dua kali gelaran sole survivor iaitu Sandra Diaz...rating penonton yg paling tinggi yg pernah dicatatkan ialah ketika musim yg kedua iaitu di Australia, manakala musim pertama iaitu di Malaysia menduduki carta kedua tertinggi...begitu hebat penangan rancangan ni...


biarpun pernah mendapat kritikan tayangannya namun rancangan ini tetap mendapat sambutan yg luar biasa setiap kali di keudarakan dulu...ditayangkan pd setiap hari jumaat jam 10 malam membuatkan aku sentiasa ternanti2kan...memang tidak dinafikan, rancangan ini serba sedikit membawa nilai negatif namun kita haruslah menggunakan akal & fikiran yg diberikan Illahi dlm menentukan yg mana baik & yg mana buruk...jgn kita pertikaikan cara pemakaian para peserta kerana budaya mereka memang berbeza dgn budaya kita...di tambah pula, pemakaian mereka adalah mengikut kesesuaian, keselesaan srta faktor cuaca ketika bertanding...dari sudut positifnya, pada aku rancangan ini banyak mengajar kita tentang erti hidup sebenar...bekerja dlm kumpulan, bertolak ansur, mengakui kelemahan sendiri, tidak berputus asa, bijak membuat keputusan, pantas serta tangkas secara tidak langsung mempengarui diri kita utk bersikap lebih terbuka, yakin diri, berusaha, kuat, sabar & berdikari dlm meneruskan kehidupan yg penuh dgn cabaran ini...


rancangan ini banyak mempengaruhi kehidupan seharian aku hingga aku menjadi diri aku seperti hari ini...di zaman sekolah dulu, aku & rakan2 amat meminati rancangan ini samaikan terbawa2 ke sekolah konon2 kami ni para peserta survivor...siap letak nama kumpulan time tu sambil menyanyikan lagu tema rancangan ni...berangan2 nk menyertai rancangan ni...pernah 1 hari tu aku & kwn2 buat game konon2 mcm survivor...berdiri atas tiang sambil sebelah tangan pegang tiang, nak tengok sapa yg paling lama bertahan...hahahaha...kelakar je bila ingat balik...


tapi serius, kalau ada rancangan ni kat Malaysia memang aku la org pertama yg akan apply utk join...dulu aku pernah ke website rancangan ni utk membaca syarat2 penyertaan tp sayang seribu kali sayang, penyertaan hanya utk warganegara Amerika saja...hampa, frust menonggeng aku...kahkahkahkahkah...apa2 pun rancangan ni mmg terbaik yg pernah aku tonton...berbanding dgn sesetengah rancangan realiti yg tenggelam timbul sambutannyer, Survivor tak pernah menghampakan setiap kali musim siarannya...hidup survivor...!!!!...kihkihkihkih...


SURVIVOR 
- FINAL EIGHT -
WHO DO YOU WANT TO VOTE OUT..??
WHO OUTWIT..OUTPLAY..OUTLAST..??



15 January 2014 | 2 KoMeN |

2 KoMeN:

  1. ikhwan yusuff
    Jan 26, 2014, 12:33:00 AM

    wow...senorok je nampak..:D

  1. Saif HaQiem
    Jan 26, 2014, 12:54:00 AM

    hehehe..lg seronok kalau mimpi jd realiti...dpt jd candidate survivor wakil asia.. :p

Post a Comment