twitter

Assalamualaikum...jumpa lg di entry baru...hehehehhehe...kali ni aku nk up entry pasal filem terbaru yg sedang hangat di tayangkan di panggung iaitu BALISTIK....
actually agak lama jugak Dato' Rosyam Nor menyepi dr dunia hiburan...jarang dpt tengok dia di tv @ panggung...tapi kali ni dia buat come back dgn sesuatu yg cukup segar & sgt menge'bomm'kan...filem Balistik merupakan keluaran terbaru Suhan Movies iaitu produksi milik pelakon hebat Dato' Rosyam Nor...membariskan pelakon2 yg terkenal dgn lakonan yg hebat seperti Adi Putra, Rita Rudaini, Adik Raykarl, Dato' Rahim Razali, Jack Lim & Mei Yan, filem ini mengangkat tema gangsterism yg penuh drama & kasih sayang selain membawa mesej tersendiri kpd penonton...


Sipnopsis :


Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai embunuh upahan. Saga juga mrupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).
Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.
Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.
Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.
 Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.

Kenapa aku suka dgn filem ni...??..jawapan aku simple jer...sebab lakonan para pelakonnyer...hebat & mantap...



Dato' Rosyam Nor

sapa yg tak kenal dgn hero melayu ni...aku mula mengenali dia melalui lakonan dia dlm filem Jimi Asmara...masa tu dia sekadar pelakon tambahan bukan hero lg...tapi lama kelamaan mula muncul fenomena Rosyam Nor...setiap drama & filem yg dilakonkan oleh dia sering mendapat sambutan hangat dr penonton...bg je apa saja watak pasti dia lakonkan dgn penuh penghayatan...watak romantik, lawak, gila, kene bomoh, watak budak terencat, sakit, gangster, nerd, sedih & mcm2 lg...semuanyer tak pernah mengecewakan peminatnyer...seyes aku mmg suka dgn lakonan dia...hebat & tak rugi kalau menontonyer...lg 1 aku mmg admire dgn cara dia bekerja...sgt komited & tekun...bermula dgn sejarah hidup dulu, dia bangkit setapak demi setapak hingga la dia mampu berdiri gah atas nama ROSYAM NOR...aku tabik spring...!!!..psttt, 1 lg rahsia yg aku & Dato' Rosyam berkongsi ialah tarikh lahir kami...hari & bulan yg sama tapi tahun yg beza...hahahaha...




Rita Rudaini
jgn kata apa la...walaupun dihimpit dgn kontroversi, aku tetap menyukai pelakon wanita ni...jatuh cinta pandang pertama time tengok drama Rafflesia...sejak tu, aku tak pernah lepas la nk tonton lakonan dia...dia antara pelakon wanita yg serba boleh...bg la apa watak pun pasti akan di lakonkan dgn sebaik mungkin...aku jugak suka tengok muka dia, nampak lembut expecially tang mata dia...mcm ada 1 tarikan yg power...walaupun dh lama menyepi dr filem, namun hasilnyer kali ni tak mengecewakan...Rita heroin yg tepat utk cerita ini...lgpun dorg berdua memang pasangan serasi...love it...hehehehe...




Adi Putra
ni lg sorg pelakon laki yg aku minat...berimej bersih di permulaan hingga la cerita yg baru ni sikit sebanyak mencalar imej jejaka dr singapore ni...tu semua tak penting sbb pd aku tu masalah personal dia...yg penting ialah komitment dia dlm dunia lakonan...seyes, setiap kali dia berlakon pasti ada aura tersendiri...tambah pulak kalau dia bawa watak sorg laki yg romantik, mmg cukup rasa...penghayatan dia mmg sampai ke hati para penonton..tu sebab aku suka tengok lakonan Adi Putra...sama spt 2 pelakon yg lain, Adi bijak melakonkan watak yg diberikan dgn baik & berkesan...susah nk cr pelakon mcm dia...kalau ada pun yg baru2 ni semua harap muka je...bakat semua ke laut...cuma aku harap, kenyataan dia tak bersalah dlm kes 'itu' adalah benar belaka...huhuhuhuhu...

dah tamat ulasan tak bertauliah aku...harap anda berpuas hati...ni 1st time aku buat ulasan utk filem...aku bukan reti sgt...hahahahaha...sebabkan nk share apa yg aku fikir & rasa dlm hati, maka aku lantik diri aku sbg pengulas filem yg tak bertauliah....enough..!!!..jgn nk mengarut lg...apa2 pun jgn lupa utk menonton filem Balistik di pawagam..sokong la industri perfileman kita...tak rugi la beb...!!!...ok babai...

13 January 2014 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment