twitter

ini sambungan dari entry Kompleks Bersejarah Pasir Salak...kiranya lokasi kedua la lepas kami ke Pasir Salak...kalau Itali terkenal dgn menara Pisa yg condong, Perak pun ada jugak...menara condong Teluk Intan...
kami sampai kat Bandar Teluk Intan dah agak petang...time ni ramai la org duk dtg bersiar2, lepak2 kat sini...dgn cuaca yg cerah, pemandangan sgt cantik utk bergambar di sekitar menara teluk intan...dari pasir salak ke teluk intan ambik masa dlm 50 minit mcm tu la...mcm bese la aku bukan handal jalan2 di negeri kelahiran aku ni...nasib baik ada GPRS manual...kahkahkahkah...parking agak terhad sebab kebetulan hari cuti...pusing punya pusing, baru dapat parking kebetulan pulak betol2 depan menara...jalan kat sekitar menara ini one way...so kene la pusing2 kalau nk cari parking...


ni serba sikit sejarah tentang menara kebanggaan penduduk negeri Perak...terima kasih cik wikipedia...heheheehe..
nama teluk intan telah diperolehi sempena dgn nama sorang janda cantik yg berasal dr Mandahiling, Sumatera iaitu Mak Intan..dia ialah sorang saudagar yg telah membuka teluk intan sekitar awal abad ke-19...


individu yg bertanggugjawab membina menara ini ialah sorang pemborong bernama Chhong Cheong @ Ah Cheong yg mendapat inspirasi drpd bangunan pagoda di negara China...


pada asalnya menara ini tidak condong...ia merupakan sebuah menara jam yg terletak betol2 di tengah pekan teluk intan & menjadi mercu tanda bg bandar teluk intan sejak beberapa lama...menara ini memiliki ketinggian setinggi 85 kaki & ada 110 anak tangga serta dibina pd tahun 1885...walaupun telah berusia lebih 100 tahun, menara ini masih berdiri kukuh...


menara ini dibina utk menjadi tempat takungan air sebelum wujudnya tangki air di changkat jong...jika diperhatikan dr luar, bangunan yg dilengkapi jam besar ini kelihatan seperti 7 tingkat namun hakikatnya menara ini hanya memiliki 3 tingkat saja...pd tahun 1895 teluk intan telah dilanda banjir besar & sekaligus menenggelamkan menara ini...faktor tanah gambut yg lembut menyebabkan menara ini condong & menjadikannya unik hingga ke hari ini...


struktur menara ini diperbuat drpd batu & kayu...setiap tingkat dilengkapi dgn lorong jalan kaki yg berkeluasan 6 kaki lebar...manakala atapnya diperbuat dr atap genting berwarna hijau...
menyedari keunikan ini, pihak Majlis Daerah Hilir Perak telah mengambil inisiatif utk membaik pulih serta membina sebuah dataran disekeliling menara utk dijadikan sbg salah sebuah tarikan pelancong di negeri Perak...
pd waktu malam menara ini dihiasi lampu2 neon yg akan bertukar mengikut warna tertentu...sgt cantik...



masa aku & yg lain2 sampai kat dataran ni, pintu masuk ke menara dh ditutup...tak dapat nk naik ke atas menara...kami cuma pusing2 ambik picture sekitar menara & kemudian duk lepak kejap sebelum p minum kat medan selera terdekat...kebetulan pulak bateri camera dh nyawa2 ikan..spoil betol...huhuhuhu...



malam tu kami bertiga pulang ke pangkal jalan...hahaha...mmg bajet sgt perjalanan kami hari ni...Jom Terokai Perak lagi...destinasi mana pulak lepas ni..???..tunggguuuuu....!!!!...
01 December 2013 | 2 KoMeN |

2 KoMeN:

  1. anajingga
    Dec 2, 2013, 3:35:00 PM

    wah bangga rasanya bila saif update my hometown ni...Teluk Intan tetap di hatiku..tq very much...sebenarnya kat sini byk lagi tempat2 menarik dan jgn lupa try makanan yg sedap2 mcm mee rebus mastan ghani,bandung tarik ,popia raman dll...

  1. Saif HaQiem
    Dec 2, 2013, 8:58:00 PM

    proud to be perakian...perak mcm2 ada...lain kali kene dtg lg ke teluk intan...last time dh lewat sgt...:)

Post a Comment