twitter

entry akhir utk marathon hari ni....selepas penat mencabar diri buat water-rafting & caving malam tu kami bergimba sakan dgn aktiviti BBQ & malam kebudayaan...



seronok sakan kami...atas permintaan ramai, anak2 buah Kak Farrah memetik gitar masing2 & mendendangkan lagu ‘Sayang Kinabalu’ (lagu yg byk meninggalkan kenangan manis dlm diri aku...sampai bila2 aku takkan lupa)...



enjoy, kami semua nyanyi bersama-sama sambil menari tarian Sumazau yg terkenal kat Sabah...majoriti crew River Bug berasal dr Sabah...aku betul-betul menikmati saat indah itu...kepenatan di siang hari macam tak terasa..masing2 masih ceria biarpun malam kian larut...



keesokan paginya, lepas sarapan telah diadakan senaman aerobik & beberapa jenis permainan... semuanya kelihatan seronok & gembira walaupun hakikatnya masing2 keletihan...


lebih kurang pukul 11 pagi, kami sekali lg dibawa menaiki lori menuju ke kawasan air terjun...kali ni kami nak buat aktiviti ‘waterfall abseilling’...tengok air terjun dia, mak aiiii tingginya....woooo, aku berdebar-debar...tak henti2 aku mengucap...utk pengetahuan semua aku sebenarnya gayat pd tempat tinggi...huhuhu...



lepas taklimat ringkas, mcm biasa kami kene pakai tali pinggang & topi keledar utk menjamin keselamatan diri...aku tarik nafas turun nafas je tengok yg lain2 turun dr atas...gabra beb...


sorang demi sorang turun menuruni lereng batu setinggi 20 meter sambil dihempas dek air terjun yg sejuk...aku menunggu giliran dgn penuh debar...


bila tiba giliran, aku perlahan-lahan memijak batu-batu licin turun dgn menggunakan tali...tapi nasib aku tak berapa baik...tapak kasut aku licin, berkali-kali aku tergelincir mencium batu lereng...haaiisshhh...




aku teruskan jugak walaupun payah...sampai di bawah, aku melepaskan 1 nafas panjang tanda puas...hehehehe...lepas dh azab aku...uweekksss...



tengahari tu, kami semua balik ke tapak perkhemahan & bersiap-sedia utk balik dah...huhuhu... majlis perpisahan diadakan secara ringkas...setiap drpd kami diberikan sijil dari pihak Riverbug sebagai tanda berjaya melaksanakan aktiviti di Sungai Kampar & sebagai tanda kenangan, kami menanam dua batang pokok durian di tepi dewan makan resort...kami berharap anak pokok tu akan tumbuh membesar, sihat & cergas...hahahaha...



kami semua sungguh gembira...aku..??..pastinya gembira teramat sangat...nilah kenangan terindah dlm hidup aku...ramai yg kata aku ni manja & tak boleh buat kerja berat tp kali ni aku dh buktikan, aku mampu sempurnakan semua aktiviti extreme ni...aku dh mula jatuh cinta dgn aktiviti2 lasak mcm ni...hehehehe...


apa2 pun team yg giler2, crew yg best...tq kat crew River Bug...tq kak Farah...best gilak semuanya...Sungai Kampar, Gopeng Nature Resort, River Bug Crew dlm kenangan...


tamat dh marathon entry utk kali ni...harap semua enjoy membaca pengalaman aku ni...jom la datang ke Perak...macam2 ada...peace...!!!..

08 December 2013 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment