twitter

Sambung marathon entry lepas...jom kita beronggeng dlm gua pulak..hehehehe...


lepas sesi makan tengahari, kami semua gerak pulak menuju ke Gua Kandu dgn lori...nilah pengalaman pertama aku naik lori...mencabar sgt...kalau tak berhati2 mau kepala kene libas dgn pelepah2 daun sawit @ ranting2 pokok getah...dlm perjalanan kami melewati beberapa buah perkampungan, ladang kelapa sawit & jugak ladang buah naga...sungguh la seronok & tak mungkin aku lupakan...


cabaran kali ni agak beza dgn yg tadi...kami kene daki & menuruni Gua Kandu...gua ni terletak kat Kampung Jahang & mempunyai keunikan yg tersendiri..tak seperti Gua Tempurung, Gua Kandu masih belum diteroka sepenuhnya...Gua Kandu ialah gua yg masih suci & bersih tanpa sebarang kemudahan perjalanan kaki & lampu...menurut sejarah lampau, gua ni dijadikan sebagai markas perlindungan pasukan komunis...gerun…kecut perut aku dengarnya...kene kuat semangat...jgn lemah...!!!..


sebelum sampai ke pintu gua, kami perlu mendaki bukit yg agak curam...dgn keadaan tanah yg licin sbb hujan, kami harus lebih berati2...nasib baik la ada tali kat tepi2 pokok yg mmg disediakan utk pendaki memaut...senang sikit...mencabarkan...hehehehe...



lama mengerah tenaga mendaki, akhirnya sampai jugak kat depan pintu gua & kami mula memasuki gua utk mencari harta karun...hahaha...keadaan di dalam gua yg agak kering & gelap, kami terpaksa berjalan di dalam kumpulan supaya tak terpisah antara satu sama lain...sangat mencabar diri aku bila terpaksa memanjat & menuruni batu-batu gua yg besar lagi tinggi...aku gayat...hahaha...



masa kat dalam gua, kami turut diberi penerangan serba sedikit mengenai struktur gua tersebut...masa dulu terdapat sungai2 bawah tanah yg mengalir hingga membentuk kolam2 kecil namun kini semuanya dah kering & hanya tinggal bekas serta debu je...kesan-kesannya masih dapat dilihat dgn jelas...kalau disuluh ke arah dinding gua, masih kelihatan kilauan kristal yg terbentuk sejak dulu lagi...sungguh cantik & menarik...



penat menguji ketahanan fizikal...turun, naik, panjat, terjun, menerap, mencelah lubang kecik menjelajah Gua Kandu, akhirnya kami semua selamat keluar dari gua...lega rasanyer...agak lemas berjalan dlm gua tu...debu berterbangan...huhuhu...


lepas bergambar kami terus balik ke tapak perkhemahan untuk aktiviti sebelah malamnya pulak...


#sambung lagi kat entry berikutnya...Sungai Kampar, Gopeng 3...
08 December 2013 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment