twitter

Hai...hai...hai...bersua kembali...jom marathon lagi nak..???..aku dah ready nk marathon lg ni...hehehehee...
sama mcm minggu lepas, marathon entry kali ni berkenaan dgn negeri tersayang lg tercinta aku...Jom terokai Perak...



seawal 8 pagi kami berkumpul kat Pekan Gopeng & kehadiran kami telah disambut oleh Kak Farrah, ketua kumpulan Riverbug...kami terus dibawa ke kedai makan berhampiran utk bersarapan. dekat 10 pagi, kami semua dibawa menaiki van menuju ke tapak perkhemahan di Gopeng Nature Resort...


perjalanan agak jauh, masuk ke kawasan perkampungan...lalu kat ladang getah, ladang kelapa sawit, tepi sungai, hutan2 kecil...mencabar sangat aku rasa...tapi suasana sungguh indah lg nyaman...sejuk mata memandang...dlm hati aku dah tak sabar sgt nk memulakan aktiviti walaupun sebenarnya aku agak gementar...hehehehehe...


sampai je kat resort, kami susun2 barang & terus berkumpul utk sesi taklimat tapi sebelum tu, kami kene isi borang jaminan keselamatan...kemudian terus pilih topi keledar & jaket keselamatan utk dipakai ketika melakukan aktiviti rafting nanti...masing2 dh mcm maskot Digi & Maxis je aku tengok...hahaha...


habis taklimat, kami dibahagikan kpd beberapa kumpulan kecil yg terdiri 4 orang utk 1 rafting bot & diketuai oleh seorang pengemudi professional...setiap kumpulan dikehendaki mengangkat rafting bot yg maha berat tu ke tebing Sungai Kampar....wahhhh..dup..dap..dup..dap jantung aku...dlm perut dh 'butterfly'...huh..!!..sebelum memulakan rafting, kami perlu menjalani sesi ‘water confident’...aku mula berdebar-debar...first time aku buat aktiviti extreme ni...dada aku berkocak hebat...dlm hati aku tak henti berdoa supaya semuanya selamat...


settle sesi 'water confident', 1 per 1 rafting bot dilepaskan bg mengelakkan bot berlanggar antara 1 sama lain...kami semua memulakan perjalanan sejauh 8km...jauh tu...aku mula berasa teruja & seronok walaupun dlm hati aku terselit rasa takut...



‘Backward…backward…forward…forward…’ jerit rafter-pro...berhempas pulas aku & lain2 mengawal bot yg besar tu...dah la aku kena kayuh sebelah kanan...naik lenguh tangan aku...aku bukan kidal...payah giler...tp aku kuatkan semangat...chayok2...!!..



rafter-pro jugak menjerit bagitau supaya bersedia dgn menyelit kaki kami kat celah bot utk kukuhkan kedudukan kami atas bot bila sampai kat kawasan jeram yg agak berbahaya...kalau tak kami semua boleh tercampak ke dalam sungai yg deras itu...hhmmm...bahaya tu...



‘Boom…boom…’ satu lg perkataan yg aku tak mungkin lupa...apabila rafter-pro jerit perkataan tu, kami sepantas kilat mengalih kedudukan dari atas bahu bot ke lantai bot sambil memegang tali kat tepi bot...tu tandanya, kawasan yg kami lalui tu amat berbahaya & kami berkemungkinan utk tercampak keluar ketika melalui jeram tu...sungguh menakutkan tapi seronok...aku mula menyukainya...hehehe...



sepanjang berkayuh, ada lebih kurang 10 jeram yg mempunyai nama tersendiri -Broken Ledge, Easy Drop, Snake Rapids, Rajah Coner & beberapa nama lg...kat checkpoint tertentu kami akan berhenti seketika sambil bergambar beramai-ramai...kami jugak berpeluang melakukan aktiviti mengapungkan diri sambil membiarkan arus sungai membawa tubuh kami hingga ke tali yg disediakan utk kami berpaut...pd mulanya, aku gementar jugak tapi melihat teman2 lain melakukan tanpa sebarang masalah, aku pun menjadi berani...yesss.....aku terlepas tali itu...hahahaha...


dah berehat, kami teruskan perjalanan...3 perkataan je yg aku dengar, ‘Backward…forward…boom…boom…’...aku semakin bersemangat...bot aku merupakan bot yg terakhir, rafter-pro mencadangkan kami utk buat aktiviti ‘banana ride’...sampai kat kawasan sungai yg tenang, kami disuruh duduk kat bahu kiri bot dgn sebelah kaki dimasukkan ke dalam air & dgn tiba-tiba rafter-pro terus terbalikkan bot kami...aku & teman2 tenggelam berada kat bawah bot yg terbalik...panik...panik...tapi aku ingat pesan rafter-pro, apungkan badan ke permukaan air, tarik nafas dlm2 then selam kemudian keluar dr bawah bot tu & kami semua berjaya...yeeaaa..!!!..



akhir checkpoint, kami semua dihidangkan dgn menu yg amat sedap lg lazat. Thanks to Kak Farrah’s groups...kenyang sgttt...love uollssss....!!!..get ready utk caving pulak lepas ni...


#sambung pulak kat next entry....Sungai Kampar, Gopeng 2...
08 December 2013 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment