twitter

Kembali menjengah ke blog...apa khabar anda2 semua...harap sihat seperti biasa & luar biasa...buat apa jer weekend ni...??..mesti sedang bermalas-malasan seperti aku...hahahaha...
hari ni, utk edisi ke-2 entry Menggamit Memori aku akan mengorek, menggali, mengcangkul kembali sejarah bermulanyer fesyen & muzik ala2 K-Pop yg sedang menjadi kegilaan ramai sekarang ni...


melalui zaman kanak2, remaja & dewasa sentiasa mencipta kenangan tersendiri...jika kita masih ingat dulu, sekitar tahun 1992, kami generasi 80's telah diperkenalkan dgn kumpulan rap wanita pertama negara yg digelar dgn nama FEMININ...kumpulan ni terdiri daripada 5 org anak gadis remaja yg sebelum itu bergiat aktif sebagai penari...kebetulan ketika kemunculan kumpulan ini, demam muzik rap baru mula diterima oleh peminat2 seni di Malaysia apabila kumpulan rap lelaki 4U2C & KRU berjaya menempa nama dlm bidang ni...maka tak hairan la jika kumpulan FEMININ yg baru saja mahu mencuba nasib dlm bidang nyanyian terus mendapat sambutan yg luar biasa...nak2 pulak gurl2 kan...hahahaha


di awal kemunculan, FEMININ yg di anggotai oleh ALONG, YATIE, DEQ NOR, AS & WATIE telah diuruskan oleh Eddriss Razhe selaku pengurus...pada tahun 1993, FEMININ telah melancarkan album pertama mereka yg bertajuk FEMININ UNTUKMU...lagu ciptaan KRU 'UNTUKMU' telah melonjakkan nama FEMININ di persada muzik tanahair...lagu tu betol2 jd killer song & malar segar hingga ke hari ni...
kumpulan ni menjadi fenomena baru di Malaysia hingga menjadi ikutan dari segi lagu, tarian, fesyen, aksesori & gaya rambut...bermula dari situ, muncul la kumpulan2 wanita yg lain seprti Res2, M'steen & Freshie...


setelah setahun bersama, akhirnya Along menarik diri meninggalkan kumpulan & FEMININ tinggal berempat meneruskan perjuangan sebagai anak seni...


tahun berganti tahun, album demi album FEMININ terus menjadi ikutan anak2 muda remaja...setiap kali persembahan di sekolah, aku pasti ramai yg akan memilih lagu 'UNTUKMU' utk dipersembahkan di atas pentas...ada jugak yg menubuhkan kumpulan sendiri & sanggup menggunting rambut pendek kerana ingin sekali kelihatan seperti ahli FEMININ...tak termasuk lagi pakaian & aksesori yg diperagakan oleh kumpulan rap ni...bagi yg bersekolah, poster2 & lirik lagu pasti akan ditampal dlm bilik mahupun di buat 1 buku skrap khas utk menampal gambar2 yg digunting dr majalah @ surat khabar...yg lagi terror, hafal step tarian FEMININ...hebat sungguh pengaruh artis2 di Malaysia...


aku jugak tak terkecuali dr menerima tempias fenomena baru ni...aku masih ingat ketika itu aku dlm darjah 2 @ 3...1st time aku mendengar lagu berhantu kumpulan ni, aku terus tangkap layan hinggakan aku pantang dengar, bibir aku pasti bergerak2 menghafal lirik...pernah 1 pagi, aku sedang nyenyak tido boleh terjaga bila terdengar lagu tu berkumandang kat radio...secara spontan aku terus bangun & duduk di tepi radio sampai lagu tu habis diputarkan...kalau ada tayangan kat tv yg berkenaan dgn FEMININ, sanggup tunggu depan tv sebab takot terlepas persembahan kumpulan ni...hahahaha...kelakar bila teringat balik kenangan ni....

banyak lagu2 FEMININ yg aku suka antaranyer lagu KINI, UNTUKMU, CINTA ABADI, KEHADIRAN, HANYA SEKALI & tak lupa jugak lagu raya mereka KURNIAAN DI HARI RAYA...semua lagu2 ni cukup2 menangkap halwa telinga aku & malar segar hingga ke hari ni...


selepas beberapa album, Deq Nor pula mengundurkan diri dari FEMININ...selang beberapa tahun bertiga akirnyer FEMININ dibubarkan...masing2 membawa haluan sendiri...dengar khabar, As telah berkawen dgn bekas pemain bola sepak negara & menguruskan 3 org anaknyer di rumah...Deq Nor bekerja di Kuala Lumpur & mempunyai 3 org cahaya mata...Watie juga seperti As tidak bekerja & menguruskan 3 org anaknyer...Along bekerja di Kuala Lumpur & mempunyai sorang anak perempuan...manakala Yatie bekerja di Firefly, berkawen tapi belum mempunyai cahaya mata...


lebih 10 tahun berlalu, nama FEMININ tak pernah luput dari ingatan peminat2nyer hinggakan wujudnyer blog khas utk peminat2 yg sentiasa mengikuti perkembangan kumpulan ni - http://justfeminin.blogspot.com
biarpun sudah tak lagi bersatu sebagai kumpulan, namun jenama FEMININ telah mencetuskan 1 revolusi baru di era 90-an dulu...mungkin remaja kini tak sedar bahawa muzik K-POP yg menjadi kegilaan mereka hari ni telah bertapak terlebih dulu di negara ni...sapa yg boleh lupa dgn kehebatan KRU, 4U2C, NICO, RES2, AtoZ, KOOL, ELITE & banyak lg...semua kumpulan2 ni telah berjaya membina nama & populariti yg luar biasa di Malaysia...kalau tak percaya anda boleh search di google @ bertanya sendiri dgn mak ayah, makcik pakcik yg lahir di tahun 80's...pasti jawapan mereka adalah sama seperti yg aku taip dlm entry ni...
bila dengar semula lagu2 mereka, terimbau kembali zaman kanak2 dulu...terlalu indah utk dilupakan....terlalu sayang utk dihapuskan...best memories ever...!!!!


Angin bayu membawa diriku 
Sepintas lalu ku terkenangkanmu 
Memori silam meresap malam 
Kenangan bersama tersimpan selamanya 
Walaupun kau pergi jauh dari diri ini 
Cintaku masih bersemadi di hati 
Keyakinan kita kan kembali 
Menghidupkan semula janji bara cinta 
Kita bersama mengejar mimpi 
Terpisah sementara kupasti 
Suatu hari nanti 
Cinta kita bersemi 
Kembali menerangi 
Mekar di taman hati 
Walaupun jauh pandangan mata 
Kuyakin kau kan tetap setia 
Begitulah ku jua 
Keikhlasan di jiwa 
Dan cintaku hanyalah 
Untukmu 
Saban hari diriku menuggu 
Khabar berita darimu di sana 
Gerimis senja kembali reda 
Kerinduan di jiwa 
Kau jadi penawar 
Rinduku padamu tak dapat ku terkata 
Setiap saat waktu bagai terlalu lama 
Bila kita kembali bersama 
Hiduplah semula 
Janji bara cinta 
Mimpi yang dikejar telah pun menjadi nyata 
teristimewa untuk anda semua... 
Untukmu...

30 December 2013 | 9 KoMeN |

9 KoMeN:

  1. Jee Fairuz Joe
    Dec 30, 2013, 2:32:00 AM

    Memang fenomena la kumpulan Feminin ni dulu... The best dan tak ada pengganti walaupun ada yang cuba imitate... :)

  1. Saif HaQiem
    Dec 30, 2013, 8:38:00 PM

    betol2...mana ada group mcm Feminin ni dlu...lepas meletop baru muncul group yg lain...terbaeekkkkk dorg ni...!!!

  1. Shani Ahmad
    Jan 26, 2014, 4:40:00 AM

    Setuju. Feminin adalah group pop wanita pertama kt Malaysia. Lepas tu muncul group2 wanita yg lain.. Sejak pertama kali mendengar lagu 'Untukmu' terus aku minat group Feminin, masa tu aku darjah 4 (1993). Antara kelima-lima ahli Feminin, Along paling cun sekali. hehe :)

  1. Saif HaQiem
    Jan 26, 2014, 3:40:00 PM

    hahaha...aku ingt aku sorg je budak sekolah rendah yg minat group ni...rupanyer ada lg yg lain.. :)

  1. Just Feminin
    Mar 1, 2014, 3:34:00 PM

    Thanks dear for the entry... Feminin memang berjaya mencetus fenomenanya yg tersendiri. Walau apa pun tangapan yg diberi, ternyata kesan yg ditinggalkan oleh mereka terus mekar sehingga kini & insyaAllah samapi bila2... Feminin is OK!

  1. SentiasaPanas
    May 26, 2014, 12:02:00 PM

    90an adalah zaman kegemilang muzik solo dan berkumpulan di Malaysia, namun kini tiada lagi. Yang ada Indon semata-mata..huh

  1. Saif HaQiem
    Jun 14, 2014, 5:19:00 PM

    SentiasaPanas - terima kasih krn sudi singgah ke blog ni...anyway Feminin mmg the best setakat ni...belum ada yg mampu mencetuskan fenomena sama spt group ni...

  1. Anonymous
    Sep 13, 2014, 6:55:00 PM

    Ok..xmo komen pjg2..aku stuju smua post2 yg di atas..terrrbaaeeekkk!

  1. Saif HaQiem
    Sep 16, 2014, 1:32:00 PM

    Anonymous-Feminin lagend...!!!!

Post a Comment