twitter

halooooooo...hari ni kita buat marathon entry...boleh..???..motif...???..byk cerita lepas aku tertinggal utk di kongsi di sini...hehehehe...tak kisah la...aku tengah rajin ni...idea pun tengah melimpah ruah...kahkahkah
utk marathon entry kali ni, aku nk share dgn semua beberapa destinasi pelancongan di negeri kelahiran aku iaitu Perak Darul Ridzuan...proud to be PERAKIAN...Jom Terokai Perak...
mcm bese la, kalau aku balik ke kampung (actually tinggal kat taman...saje aku guna perkataan kampung utk menampakkan lebih klasik...hehehehe) kalau tak merayap itu bukan aku la...family aku pun dh tau, kalau balik je mesti aku ada plan dgn kawan2...kali ini hanya aku, Khaer & Diela je yg ada...tak apa, janji berjalan...hehehehe...


kami bergerak agak lewat sikit iaitu selepas zohor...mula2 tak decide lagi nk ke mana tapi lepas discuss dgn yg lain baru kami plan nk ke Pasir Salak...jalan utk ke sana tak la susah sgt..hanya melalui jalan yg lurus menghala ke lumut...so tak susah sgt la aku yg drive ni...aku ni nama je lahir kat perak tp jalan2 kat sana aku bukan tau...hehehehe..
lebih kurang 45 minit kot, kami sampai kat tempat 'kejadian'...Welcome To Kompleks Bersejarah Pasir Salak...ini serba sedikit tentang pasir salak yg aku dpt dr wekipedia...


Pasir Salak merupakan bandar yg terletak kat tepi Sungai Perak...di seberang sungai pulak terletaknya pekan kampung Gajah...manakala di belakang Pasir Salak terletaknya jelapang padi seberang perak...nama Pasir Salak berasal dr pasir di tepi Sungai Perak yg dipenuhi kulit buah salak iaitu sejenis buah yg kulitnya berwarna coklat, isi putih & pokoknya spt pokok nipah...
sungai merupakan nadi kehidupan masyarakat kat tepi sungai penduduk pasi salak...di sungai inilah penduduk kampung menyara hidup dgn menjadi nelayan, pemandu bot tambang & sebagainya...


kompleks ini telah dibina pd tahun 1990 atas inisiatif Menteri Besar TanSri Ramli Ngah Talib & dirasmikan oleh Raja Nazrin pd 26 Mei 1990...
pasir salak dipilih kerana disinilah bermulanya tumpah darah pejuang2 melayu yg cintakan negara menentang penjajah british...resisden british pertama di perak ialah JWW Birch yg buta & naif tentang adat serta agama masyarakat melayu...
jabatan muzium & antikuiti telah bersetuju membaiki struktur bangunan sedia ada & menambah bangunan2 kekal lain...


kat sini dibahagikan kpd beberapa bahagian sejarah...ada Muzium Politik, Terowong Sejarah, Galeri Keris, Rumah Kutai, Tugu Peringatan JWW Birch, Rumah2 Pembesar & Pusat Pentadbiran Negeri...
Muzium Politik terletak di luar dari kawasan kompleks...tak jauh pun sebelah je pun...muzium ni menempatkan bahan2 sejarah mengenai politik di negeri ini mengikut penggal pemerintahan menteri besar di Perak...




di terowong sejarah pulak, para pengunjung akan dipertontonkan dgn sejarah pembukaan negeri Perak hinggalah ke era moden...banyak replika, potret, dokumen sejarah di pamerkan disepanjang terowong ini...sayangnyer kami tak dapat nak bergambar dlm ni...ada jugak cuba utk bergambar tp sedar2 security dh dtg kat belakang...terkejut beruk aku..nk cover malu, kami buat2 la mcm sdg berbincang pasal sejarah negeri...kononnya la kan...kahkahkahkah...



galeri keris ni aku rasa baru dibuka kot sebab sebelum ni aku tak pernah pulak nmpk galeri ni...maklumlah last aku dtg kat sini rasa2nya masa aku sekolah rendah kot...kahkahkahkah...kat sini ada dipamerkan pelbagai jeni keris...nak yg panjang, yg pendek, yg berlekok, tak lekok, yg emas, yg tembaga, yg ulu kayu, sadur perak semua ada...pilih je nk tengok yg mana...sekadar tengok je la, anda dilarang sentuh k...



jalan ke depan sikit di tepi sungai ada sebuah tugu batu yg dibina utk memperingati JWW Birch yg mati dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela ketika sedang mandi di tepi sungai perak....dulu ada pelantar kat tepi sungai tu, tapi skrg dh tak ada..maybe tak selamat utk kanak2 kot @ pun dah dihanyut oleh sungai...hahahaha...




berdekatan dgn tugu batu ada beberapa rumah lama yg dulu digunakan oleh para pembesar utk mentadbir negeri...tampak usang & menyeramkan...huhuhuhuu...




ini pendapat personal & aku percaya pd sesiapa yg pernah ke sini akan bersetuju dgn pandangan aku ini...kebanyakan bangunan lama di kompleks ini ada bangunan lama yg dibina berasaskan kayu...seharusnya kerajaan negeri perlu memandang serius utk membaik pulih bangunan2 lama yg telah mulai reput bg mengelakkan bangunan ini terus usang di mamah usia...selain itu, kerajaan harus melakukan sesuatu utk menarik para pengunjung terutamanya generasi muda utk dtg ke kompleks ini bg menghayati sejarah2 lama yg makin dilupakan...jgn kerana terlalu mengejar kemodenan, generasi akan dtg lupa pd perjuangan nenek moyang mereka yg telah bersabung nyawa mempertahankan maruah, bangsa & negara dr terus dijajah....



habis menjelajah kompleks kami rehat jap dekat gerai makcik yg jual goreng pisang & air...panas sgt...duk lepak jap...ingatkan boleh la duk dgn tenang tak sangka ada pulak 'ponti kecik'...habis kaki aku merah2...huhuuhuu...lastnyer kitaorg decide ke destinasi seterusnya...ke mana kita..???..Jom Terokai Perak...


01 December 2013 | 1 KoMeN |

1 KoMeN:

  1. Anonymous
    Apr 25, 2014, 1:09:00 PM

    sedap goreng pisang tu.....

Post a Comment