twitter


Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu


antara bait2 lagu Tetap Menantimu nyanyian Nomad yg sering berkumandang ketika bermulanyer drama Love You Mr Arrogant...pd aku lagu ini cukup sesuai & serasi dgn citer ini...itulah penangan drama LYMA...semua berangan nak jadi cantik mcm Zara la, nk arrogant mcm Irham la...nk pilih pasangan mcm tu la...mcm ni la...jgn ada yg nk jadi mcm si Sherry, Puan Sri Maryam ke @ Faisal sudah la...meluat aku dgn lakonan dorg tu...hahahaha...(aku nk jd org gaji dia boleh..???..Siti...hehehe)
semuanyer gara2 citer yg menghiasi slot akasia tv3 tu...ternyata pencaturan tv3 mmg menjadi...semua drama2 yg pernah ditayangkan di tv3 terutama slot akasia mendapat rating tinggi & hampir kesemuanya adalah adaptasi dr novel...
aku pernah membaca novelnyer & hampir 90% jalan ceriternyer adalah sama spt yg dibayangkan...cuma watak Sherry saja dikembangkan sikit diakhir ceriter utk menampakan meluatnyer attitude si Sherry itu...hahahaha...begitu jugak dgn watak kakak si Irham tu yg akhirnyer bertaubat ...tak byk yg bezanyer antara citer di novel & drama...tu yg aku suke...seketul2 sama termasuk la setiap ayat yg terucap dlm novel ditiru bulat2 dlm drama...tak ada la percanggahan sgt dgn imiginasi pembaca novel...rasa tak puas hati bila apa yg kita baca tak sama seperti apa yg divisualkan di depan mata...rasa nk je p cakap kat penulis skrip kenapa tak sama jalan citer novel & drama...kan..kan..kan...hahahaha...aku mmg pembaca novel melayu k..novel melayu no bad sgt la...try la baca...sekali dh baca anda tak akan menyesal melainkan anda tu sorg yg mmg malas membaca...
ok kat sini aku nk share sikit pasal citer LYMA ni...sebelum dinovelkan, LYMA ni pernah disiarkan di dlm blog penulisan2u & blog penulis LYMA ni sendiri iaitu Tinta Aliesha Kirana...selepas bertahun, LYMA telah diterbitkan menjadi nashkah novel dibawah terbitan  Karya Seni...dgn sambutan yg amat menggalakan dr pembaca setia novel, akhirnyer, LYMA diadaptasi sbg drama rantaian yg disiarkan di slot akasia tv3...
menurut penulis novel ini, drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini yg sebelum ini telah mengarahkan drama berjudul Takdir Qismah & Diandra...
pd awalnyer watak hero iaitu Irham dipegang oleh pelakon  Aiman Hakim Ridza namun atas sebab2 yg tidak dpt dielakkan watak itu telah ditawarkan kpd pelakon Azlee Khairi...dh mmg rezeki dia agaknyer, drama ini meletop2 & lakonan Azlee Khairi sbg yg arrogant sgt2 menjadi...well done Mr arrogant..!!!
manakala watak heroin pulak, rasanyer ramai yg tak mengenali Zara Zya ini tapi utk pengetahuan semua Zara telah berkecimpung dlm bidang lakonan ni sejak 10 tahun yg lalu & merupakan anak didik pengarah terkenal Khabir Bhatia...sebelum ni mungkin Zara byk diberi watak2 sampingan kot, tu yg ramai tak kenal dia..tapi apa pun, Zara telah membuktikan dia sorg pelakon yg bkn sekadar pd nama...lakonannyer yg bersahaja, lurus bendul & emosi berjaya menambat hati para penonton...gud job Zara..!!!
2 watak antogonis, Sherry & Puan Sri Maryam telah dilakonkan dgn jayanyer oleh 2 pelakon yg aku rasa tak perlu diperkenalkan lg iaitu Hanez Suraya & Norish Karman...dorg ni bg la watak jahat mcmne pun pasti akan berjaya mengundang rasa benci para penonton...termasuk la aku..serious meluat aku tengok lakonan dorg ni..rasa nk bg peneranjang je...hahahahaha
sorg lg pendatang baru dlm drama ni iaitu Keith Foo yg memegang watak Hadry..dia ni sebenarnyer dh lama berlakon cuma bukan di Malaysia tp di negara seberang...sekarang ni je dia mula nk berlakon di negara ni...
pelakon Anzalna Nasir diberi peluang memegang watak Fiz kawan baik Zara...aku rasa pilihan yg tepat kalau nk dibandingkan dgn si Neelofa tu...berlakon mcm kayu...Anzalna berjaya membawa watak kwn Zara dgn baik & sama seperti yg tertulis dlm novel...lepas ni boleh la pegang watak utama pulak...
pelakon2 lain seperti Mustapha Kamal sbg Tan Sri Zahir mmg tak boleh disangkal lg lakonanyer...org lama, bagi la watak apa pn mesti bolehnyer, Raja Ilya sbg Sufiyah, parents Zara, kakak Irham, Faisal mamat psiko tu, pada aku dorg semua jugak berjaya melakonkan watak masing2 dgn baik...kalau tak masakan drama ni menjadi perbualan hangat di sekolah2, universiti2, kolej2, pejabat2...semua dok pakat tengok citer ni...makna kata drama ni mmg berjaya dgn cemerlang gemilang & terbilang...hahahahaaha...dh mula melalut dh...kahkahkahkah..
skg ni episod terakhirnyer pn dh melabuhkan tirainyer hari khamis yg lepas...tahniah buat penulis novel Aliesha Kirana, penerbit, penulis skrip & para pelakon LYMA kerana mempersembahkan karya yg sgt2 menarik...
masih adakah lg drama2 yg sehebat LYMA...???..kita nanti kan la...

akhir kata dari aku, Mr Arrogant...
"Aku memang gila sebab cintakan kau yang berlagak gila!!!..Tapi apa lagi nak dikata, kalau hati dah cinta..."

puiii....!!!!...arrogant la sgt aku ni....hahahahahah...adiiiooosss semua....

10 November 2013 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment