twitter

Assalamualaikum semua...berjumpa lg di entry yg baru...harap semuanya sihat2 & ceria2 selalu...
Tajuk entry kali ni Love Yasmin...pernah dengar nama dia..???..mcm pernah dengar tapi lupa...tak apa, aku akan bercerita sedikit tentang diri Yasmin ni...actually dia jugak sorang blogger...cuma dia dah lama tak update cerita terbaru dia...apa istimewanya blogger muda ini...???jom kenali dia...
Tepat jam 8.29 pagi tanggal 22 Februari 1995 bersamaan hari Ahad, lahirlah seorang bayi perempuan comel yg diberi nama Yasmin Binti Johan...kelahiran puteri sulung pasangan Encik Johan Eusoffe Abdullah & Puan Sazlina Shahriman Shah ini telah membawa sejuta sinar kebahagiaan & kegembiraan dlm keluarga ini...ditantang dgn penuh kasih & sayang. Yasmin dibesarkan seperti kanak2 lain...keletahnya yg bijak ditambah dgn wajahnya yg berkacukan Melayu Inggeris seringkali mencuit hati mereka2 yg mengenali kanak2 ini...hari2 yg berlalu penuh dgn keceriaan seolah2 tiada duka nestapa....




Selang beberapa tahun, ahli keluarga pasangan ini bertambah bilang dgn kehadiran anak kedua...kehadiran ahli baru membuatkan Yasmin tidak lagi keseorangan...dia kini sudah mempunyai teman baru utk bermain...sebagai seorang kakak, Yasmin memberikan sepenuh perhatian & kasih kepada adik barunya itu...biarpun dia belum mengerti maksud tanggungjawab namun naluri kanak2nya ternyata mendahului tahap pemikiran kanak2 seusia dgnnya..kelahiran anak ketiga & keempat dalam keluarga Encik Johan & Puan Sazlina, telah menambah keceriaan lg dlm keluarga mereka...Yasmin yg memegang status sebagai kakak sulung, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap dua adiknya iaitu Muiz, Zharif & Ayesha...dia menjadi contoh kepada adik2nya itu....ketika Yasmin berusia 7 tahun, Encik Johan & Puan Sazlina telah mengupah Aunty Dee utk menjaga anak2 mereka...sehingga meningkat usia, Yasmin sangat rapat dgn Aunty Dee...segala cerita yg dilaluinya akan dikongsi bersama2 dgn Aunty Dee...


Menjejakkan kaki ke alam persekolahan, Yasmin seorang pelajar yg pintar & cerdas...dia sgt rajin & bersemangat tinggi...dalam peperiksaan UPSR, dia merupakan salah seorang pelajar yg memperolehi keputusan cemerlang...ternyata didikan serta disiplin yg diamalkan oleh Encik Johan & Puan Sazlina telah memberi impak yg mendalam kepada anak2 mereka...
Ketika di tingkatan 1, Yasmin telah bersekolah di Maktab Mahmud Langkawi...biarpun sekolah berasrama penuh namun Yasmin tidak petah utk berjauhan dgn ahli keluarganya...begitulah akrabnya hubungan Yasmin dgn keluarganya...keputusannya itu tidak dibantah oleh ibubapanya walaupun pd awalnya, ibunya mahu Yasmin belajar utk hidup berdikari...sepanjang tempoh persekolahan di MML, tidak banyak kenangan indah yg terukir di sana melainkan perkenalan Yasmin dgn seorang pelajar lelaki bernama Fakhrul yg menjadi tempat dia meluahkan perasaan serta cerita...setahun kemudian Yasmin telah berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang & kemudiannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri...ketika di sekolah Yasmin seorang pelajar yg amat disenangi oleh teman2nya...selain pintar, dia juga tidak pernah lokek utk menghulurkan bantuan jika diperlukan...Yasmin juga mempunyai seorang lg teman rapat yg bernama Fira...mereka sering bersama2 tatkala di sekolah mahupun di luar sekolah...Fira dilihat seperti adik kembar kepada Yasmin...hubungan mereka terlalu akrab...segala permasalahan, akan dikongsi bersama2...


Yasmin mempunyai minat yg mendalam bermain catur & piano selain daripada membaca & melayari internet...dia mula menceburkan diri dalam permainan catur sejak berada di sekolah rendah lagi...melalui minatnya ini telah membawa Yasmin memasuki pelbagai pertandingan catur mewakili sekolahnya...dia antara pemain catur yg cukup digeruni bukan saja di sekolah malah lawan di peringkat daerah...selain daripada itu, Yasmin juga berbakat dlm bermain piano...menyedari minat yg mendalam anak gadisnya itu, Encik Johan telah menghantar Yasmin memasuki kelas piano & ternyata pengorbanannya itu tidak sia2 apabila Yasmin berjaya melalui ujian demi ujian hingga ke gred 4...Yasmin sering mengisi masa rehatnya dgn bermain piano utk menghilangkan stress belajar selain daripada meningkatkan lg kebolehan yg sedia ada...


Memiliki personal blog dgn menggunakan nama pena Yasmin J. Hunwick (http://www.misschronicz.blogspot.com) -Her Illusionist-, Yasmin seringkali mencoretkan kisah hidupnya utk dikongsikan bersama2 pembaca lain...hampir setiap hari dia akan update blognya itu...kisah suka duka, susah senang, sedih gembiranya akan dirakam, diconteng, ditulis, lalu dicatatkan di dalam blognya itu...blog Yasmin umpama diari kedua buat dirinya...


malam tanggal 3 Jun 2012, Yasmin telah keluar dari rumahnya dek kerana merajuk apabila berselisih faham dgn papanya...niat hatinya ingin ke rumah teman baiknya Fira...namun sudah suratan takdir, malang itu tidak berbau, motor yg di bawa oleh Yasmin bersama2 dgn 2 org kawannya telah dirempuh oleh sebuah van pelancongn di persimpangan lampu isyarat...dentuman yg kuat menyebabkan tubuh Yasmin serta 2 kawannya itu tercampak jauh daripada motorsikal yg ditunggangi...
Malam itu, ketiga2 mereka telah diberi bantuan oleh seorang pekerja di sebuah kedai yg kebetulan terletak tidak jauh dr persimpangan itu...Yasmin telah dipangku oleh wanita itu & diajar mengucap khalimah syahadah...terketar2 Yasmin melafazkan khalimah itu dgn sempurna sebelum nafasnya terhenti...puteri kesayangan Encik Johan & Puan Sazlina telah pergi mengadap Tuhan yg telah menciptanya...


Jenazah Yasmin telah dibawa ke Masjid Aisyah utk disempurnakan...tiada kata yg mampu diucapkan oleh ahli keluarga & teman2 arwah...hanya dgn linangan air mata mengiringi pemergian Yasmin...semua yg hadir memberi penghormatan terakhir kpd arwah...wangian ditabur di setiap helaian kain putih...wajah Yasmin tampak bersih & tenang seperti sdg tidur diulit mimpi indah...selesai disembahyangkan selepas solat zohor, jenazah Yasmin telah diusung ke tanah perkuburan yg terletak tidak jauh dr masjid...
Dikala, jenazah Yasmin diturunkan ke dlm liang lahat, langit menjadi mendung seolah2 turut meratapi pemergian arwah...suasana menjadi bertambah pilu tatkala tanah mula dikambus...linangan air mata berjujuran di pipi masing2...


Pemergian yg tidak disangka pd usia yg cukup muda meninggalkan seribu duka kpd mereka yg mengenali arwah Yasmin...kini tiada lg kedengaran suara manja Yasmin, tiada lg petikan piano jemari Yasmin, hilang sudah pencabar hebat dlm catur, hilang sudah blogger Yasmin, yg tinggal kini hanya memori Yasmin Binti Johan...
Kisah Yasmin mendapat perhatian meluas & diharap menjadi pengajaran kpd insan yg masih hidup di dunia ini bahawa ajal tidak pernah mengenal usia...
kepada Dia kita datang & kepada Dia juga kita kembali, semoga roh Yasmin & rakan2nya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan org2 yg briman...Insha Allah..
Love Yasmin...Al-Fatihah...


Pesanan arwah Yasmin kpd temannya, Fakhrul...
"Kadang2 kita terpaksa lepaskan sesuatu yg amat bermakna kpd diri kita utk sesuatu yg lebih baik..Kadang2 juga, kita perlu tunggu masa yg sesuai utk perkara yg lebih baik pd masa yg akan datang.."


**credit kpd Syimir Yunusi dgn usaha beliau menerbitkan novel Love Yasmin & hasil drpd jualan novel telah didermakan kpd tabung aman Palestin...semoga segala usaha baik beliau akan diberkati oleh Allah swt...Amin...
30 November 2013 | 2 KoMeN |

2 KoMeN:

  1. Admin
    Mar 18, 2014, 12:09:00 PM

    Moga novel ini menjadi inspirasi buat sesiapa yang membaca untuk jadi lebih baik ~ pembaca novel Love Yasmin

    - storyinmywall.blogspot.com -

  1. Saif HaQiem
    Jun 14, 2014, 5:31:00 PM

    terima kasih kerana sudi singgah blog ni...

Post a Comment