twitter

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum semua pembaca blog ni…kita berjumpa lagi dgn entry baru…kali ini aku ingin sekali berkongsi cerita mengenai sorang insan yg pada aku cukup istimewa…cukup mulia…tiada insan seperti dia…aku juga tak mampu menjadi seperti dia…beliau yg aku maksudkan ialah AHMAD AMMAR AHMAD AZAM. Beliau salah seorang pelajar Malaysia yg menuntut  di Marmara University (Goztepe) Istanbul dlm bidang sejarah…sejak akhir2 ni nama beliau sering menjadi sebutan, terutama di laman2 sosial…beliau bukan seorang artis mahupun pemimpin terkenal namun jasa & sumbangan beliau amat besar sehingga nama beliau meniti dr bibir ke bibir…


AHMAD AMMAR AHMAD AZAM merupakan anak keempat & satu-satunya anak lelaki pasangan TUAN HAJI AHMAD AZAM ABD RAHMAN & PUAN NUR AZLINA AZIZ. Bapa beliau ialah mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yg tidak asing lg bagi para pendakwah & gerakan islam di negara ini…AHMAD AMMAR AHMAD AZAM telah dididik oleh keluarganya dgn ilmu agama, ibadah, dakwah & pengorbanan…beliau jugak dikhabarkan akan keluar dr rumah setelah membaca Al-Quran dlm tempoh yg panjang…beliau jugak amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yg baik, tekun, berdisplin, taat, bercita-cita tinggi & menghormati org yg lebih dewasa…selain daripada kuat ilmu agama, beliau turut aktif dlm dakwah memperjuangan Agama Islam sehinggakan beliau turut dihormati oleh org lain...


Dalam bidang pelajaran, beliau ialah seorag pelajar cemerlang dlm SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja & telah memilih utk menyambung pengajian dlm bidang sejarah di University Marmara dgn mendapat biasiswa dr kerajaan Turki…seperti cita-cita ayah & bonda, beliau menanam semangat yg tinggi utk melihat Kerajaan Islam kembali ke landasan yg lurus…pada usia yg cukup muda, beliau telah mengembara keserata tempat utk menuntut ilmu, menimba pengalaman & mencurah bakti pd mereka yg memerlukan…beliau jugak telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa buah negara di dunia seperti di Syiria…ketika menjadi sukarelawan ke Syiria, merupakan misi yg begitu menyayat hati…walaupun letupan demi letupan meletus di serata tempat namun beliau tidak pernah gentar, berputus asa untuk terus membantu rakyat Syiria…AHMAD AMMAR AHMAD AZAM tertinggal hatinya di Syiria…itulah ungkapan beliau…selain itu beliau jugak pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan…ALLAHUAKHBAR…!!!


Buat pengetahuan semua pembaca, AHMAD AMMAR AHMAD AZAM yg berusia 20 tahun telah meninggal dunia pd 2 November 2013, jam 1.30 petang iaitu 3 hari sebelum umat islam dunia menyambut 1 Muharram 1435 (Maal Hijrah) akibat dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki…rentetan daripada hasrat beliau utk mati Syahid, para sahabatnya telah menggelarkan beliau sebagai ‘SYAHID YANG TERTANGGUH’…


Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM telah disembahyangkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul & ketika itu, ribuan masyarakat setempat serta rakan-rakan Allahyarham hadir utk menyempurnakan solat jenazah serta mengiringi Allahyarham ke tanah perkuburan…Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM telah disemadikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn yg mana telah menempatkan lebih daripada 60 jasad Para Sahabat Nabi, Auliya’, Panglima Uthmaniyyah & org2 kenamaan berhampiran dgn makam sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub Al-Ansari yg telah berjihad utk membebaskan Goztepe…Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM & menjadi rakyat Malaysia pertama disemadikan di sini…




Begitu besar keagungan Allah swt, masihkah kita mengingati sejarah hijrah Rasulullah saw dr Makkah ke Madinah, dgn hidayah Allah swt, unta tunggangan Baginda Rasulullah saw telah memilih rumah Saidina Abu Ayyub Al-Ansari & maka itu Baginda Rasulullah saw telah menjadi tetamu di rumah Saidina Abu Ayyub Al-Ansari…Allah swt telah memilih Saidina Abu Ayyub Al-Ansari utk memuliakan Rasulullah saw di rumahnya…begitulah takdir utk Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM yg berhijrah ke Turki utk menuntut ilmu sama seperti hijrahnya Baginda Rasulullah saw dr Kota Makkah ke Kota Madinah…Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM kini menjadi tetamu kepada Saidina Abu Ayyub Al-Ansari di permakaman Eyup, Turki…inilah rezeki yg tertulis utk Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM yg pastinya menggembirakan hati seluruh ahli keluarganya yg diselubungi kesedihan atas pemergian anak lelaki tunggal dlm keluarga…


Pada pagi 2 November 2013, Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM sempat mencatatkan sesuatu sebelum keluar rumah menuju ke rumah pelajar-pelajar baru dr Asia Tenggara dgn niat untuk berkongsi ilmu & bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi…

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian..Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting..Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak, maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun..Kerana itula sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini..”

Inilah catatan terakhir Allahryarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM & ketika melintasi jalan, beliau kehilangan imbangan badan lalu terjatuh & dirempuh oleh sebuah ambulans…


Janji Allah swt itu pasti…
“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah...Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani…”
-Ayat 100 Surah Al-Nisa-


Dari Dia kita datang & pada Dia jugak kita pergi…Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM telah menunaikan kewajibaannya sebagai seorang khalifah di muka bumi ini…kini berakhirlah tugasan beliau di alam fana ini…semoga Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman & tenang di sana…Al-Fatihah…


*sejujurnya aku tidak mengenali Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM…namun sejak video & ceritanya menjadi perkongsian di laman2 sosial, aku menjadi ingin mengenali Allahyarham…bila aku mula menjejaki Allahyarham di laman sosial…sebak…itulah perkataan yg mampu aku ungkapkan… Subahanallah…besar sungguh pengorbanan Allahyarham…
Alhamdulillah, Allah swt masih memelihara agama ini dgn adanya insan seperti Allahyarham…pemergian Allahyarham satu kehilangan besar buat seluruh umat islam… Allahuakhbar…mampukah kita menjadi seperti Allahyarham…???..
Salam takziah daripada aku buat keluarga Allahyarham AHMAD AMMAR AHMAD AZAM…Al-Fatihah…
            ‘AHMAD AMMAR AHMAD AZAM – Syahid Yang Tertangguh’


26 November 2013 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment