twitter

syukur alhamdulillah, genap 27 thun aku bernafas di bumi ciptaan Allah ini & selama itu jugak aku tabah menyusuri erti kehidupan..semakin luas aku melihat dunia, semakin kecil aku merasakan diri ini..
terima kasih tak terhingga buat ayah & emak yg tak pernah mengenal erti lelah mbesarkan aku, juga buat adik-beradik yg mbesar bersama2 diri ini..aku sayang keluarga aku..
buat Geng Budak Biadap, terima kasih kerana mjadi teman merangkap sahabat aku selama ini..tak dilupakan schumi & joe..susah senang kita tumpang berlindung bersama..semoga kekal abadi persahabatan kita..turut diingati kawan2 yg mengenali diri ni secara langsung @ tidak langsung, terima kasih aku ucapkan kerana sudi mjadi kawan aku..aku sayang semuanya..
dlm setiap nafas ini, tiada apa yg aku harapkan melainkan gigih & kental meredah kehidupan sambil mengalas impian & harapan..biar kejam mana hidup ini, aku akan terus melangkah walaupun sendirian kerana aku percaya hanya Tuhan yg tahu setiap jejak langkahan aku..semoga diri ini diberkati selalu..insyallah...
19 March 2012 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment