twitter

Entry kali ni aku nak share dgn korang tentang drama & filem dari air tangan pengarah yg aku anggap terhebat & kreatif- KB @ KABIR BHATIAR-
Hasil kerja dia memang power & ada aura tersendiri…aku bukan je suke dgn jln citer dia tp jugak set pengambaran dia, para pelakon yg dia pilih, dialog2 yg di garap, lagu2 latarbelakang cerita…semuanyer terbaeeekkkkk….tak lupa jugak kerjasama dia dgn penulis skrip dia…memang gandingan hebat..aku memang jatuh cinta dgn karya dia ni…tengok banyak kali pun aku tak jemu kot…hahahaha…
Sini aku share sikit filem & drama yg berjaya mencuri hati aku…tak lupa jugak dialog mantap yg menarik perhatian aku…






Filem :- Cinta
Pelakon :- Dato’ Rahim Razali, Fatimah Abu bakar, Nanu Baharudin, Que Haidar, Sharifah Amani, Piere Andre, Rita Rudaini, Rashidi Ishak, Fasha Sandha, Eizlan Yussof
Sinopsis :-
Bertemakan cinta, filem ini menceritakan lima pasangan dengan kisah masing-masing di kota yang indah - ada yang sedang mencari cinta, ada yang bertemu cinta dan ada yang kehilangan cinta. Menerusi film ini, cinta dapat juga dilihat dari pelbagai sudut - cinta suami isteri dan anak, kasih sayang di antara adik beradik dan juga cinta di antara warga emas. Setiap cerita adalah berbeza dan unik, namun setiap watak berkait menerusi keadaan dan peristiwa.

Dialog :- Scene Dato’ Rahim Razali dgn Fatimah Abu Bakar




“Isteri bukan hak milik, tapi anugerah..”






Filem :- Sepi
Pelakon :- Afdlin Shauki, Vanidah Imran, Nasha Aziz, Baizura Kahar, Sean, Piere Andre, Rizman Khuzaimi, Tony Eussof, Eja
Sinopsis :-
Filem drama romantik ini mengisahkan tiga orang yang berasingan mengenal erti CINTA, KEHILANGAN dan KESEPIAN. Adam, seorang tukang masak berjaya, meluaskan kerjayanya dengan mereka hiasan masterpiece untuk majlis perkahwinan. Tetapi dengan segala kejayaan beliau masih membujang dan belum bertemu dengan pasangannya sendiri. Kemudian seorang jejaka bernama Sufi yang sekian hari cuba melenyapkan memori pemergian isterinya yang telah mati. Akhir sekali Imaan seorang penulis teater muda yang menjadikan pentas teater sebagai tapak memahami masa silamnya dan kupasan demi kupasan kedalam masa depannya sendiri. Ketiga-tiga mereka akhirnya berkait didalam satu insiden dramatik yang akan merubah kehidupan mereka buat selamanya.
Dialog :- Scene Eja dgn Tony Eussof



“awak ni lari meninggalkan sesuatu atau awak lari kepada sesuatu..??”





Drama :- Nur kasih
Pelakon:- Tiz Zaqiyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Umi Nazeera, Sharifah Sofia, Ayu Raudah
Sinopsis :-
Mengisahkan bagaimana pengorbanan seorang wanita yang nasibnya ditentukan oleh permintaan keluarga, dikahwinkan pada usia yang agak muda dengan lelaki yang tidak dicintai, mengalami masalah rumah tangga yang agak teruk kerana suami yang tidak bertanggungjawab dan terpaksa melalui liku-liku hidup bersendirian, digantung tak bertali pada suatu tempoh masa yang agak lama sebelum mendapat kembali nikmat cinta dari seorang suami tersayang. Begitu juga pengorbanan seorang abang yg terpaksa menguburkan niat untuk mengahwini seorang gadis yang diminati demi kebahagian adik nya dan demi permintaan seorang ayah. Selain itu, turut di garap kisah penyesalan seorang lelaki terhadap kesilapannya yang asalnya bertuhankan keegoan dan nafsu semata-mata, menyebabkan penderitaan teruk pada dua hati yang tidak bersalah.
Dialog :- Scene Dato’ Jalaludin Hassan dgn Liza Othman


“abg tak ada apa nak bg pada jah…”
“jah tak nak apa2 bang...”
“selalu ckp mcm tu…isteri org ada intan belian…isteri abg..??”
“isteri abg ada abg…”





Drama :- Gemilang
Pelakon :- Shaz Jazle, Tiz Zaqiyah, Tasha Shila, Kamal Adli
Sinopsis :-
GEMILANG menyingkap perjuangan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977 bagi menjamin masa depan mereka.
Dialog :- Scene Shaz Jazle dgn Tiz Zaqiyah


“awak org yg nmpk kejayaan dlm kekalahan..awak org yg akan maju kehadapan bila org lain dah berundur…awak org yg tak pernah putus asa bila org lain dah mengalah..itu awak..”



Ni antara daram & filem yg aku minat sampai hari ni…memang superb la citer2 KB…aku suke…aku suke…aku harap lepas ni ada lagi citer2 yg sebaik ini dari KB…sekarang ni tengah tunggu filem NUR KASIH THE MOVIE…akan berada di panggung pada 19 may ni…datang la beramai2 utk menyaksikan kesudahan citer yg disambung dari drama ni…mesti gempaq giler…hahahaha..siap promote…tak tahan…wwwweee……


jangan lupa saksikan filem terbaru dari KB...NUR KASIH THE MOVIE di pawagam yg berhampiran k...chou...!!!
27 April 2011 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment