twitter

salam...kita continue balik dgn entry 'TRAGEDI YANG SEMAKIN DILUPAI'...ni tragedi yg ke-9 aku up dlm blog aku..nak jadikan citer semalam ada 1 agent from A1A building kat KL call aku & dia explain la pasal insurance & polisi..then aku tanya mak ttg building tu..mak aku kata building tu famous sbb pernah kene tawan..so aku rasa mcm teruja nk tau pasal kisah tu..aku pun search internet..ni la hasilnyer..tak banyak info yg aku dapat tapi boleh la kalau setakat nak share dgn korg semua..at least boleh diambil sebagai pengetahuan am..
tawanan yg dibawa keluar oleh JRA dari bangunan AIA Kuala Lumpur

kejadian tebusan Bangunan AIA berlaku pada hari Isnin, 4 Ogos 1975. pengganas Tentera Merah Jepun (JRA) merampas bangunan American International Assurance (AIA) di Jalan Raja Chulan / Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia. rampasan ini tiga tahun selepas peristiwa Black September di Munich, Jerman pada 5 September 1972.
JRA adalah serpihan daripada Liga Tentera Merah Komunis Jepun & juga dikenali sebagai Anti-Imperialist International Brigade (AIIB), Briged Perang Suci dan Barisan Demokratik Anti Peperangan. Pegasas JRA ialah Fusako Shigenobu, seorang wanita Jepun. Amerika terlibat dalam Perang Vietnam 1957-April 1975. matlamat perjuangan JRA ialah menghapuskan kerajaan Jepun dan sistem monarki di Jepun dengan melancarkan revolusi di seluruh dunia sejak September 1969 . JRA dalam bahasa Jepun ialah 'Sekigun-ha'. pemimpin intelektual JRA iaitu Takaya Shiomi telah dipenjarakan pada 1970. Ahlinya seramai 200 orang, bergabung dengan Rengo Sekigun atau United Red Army pada Julai 1971. 12 daripada ahlinya mendapat latihan senjata di puncak gunung Jepun.
bangunan AIA (American Inssurance Associates), Kuala Lumpur yg menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat & Sweden telah dirempuh masuk oleh 10 orang Tentera Merah Jepun & menawan 53 orang di dalamnya selama 3 hari. Semua tebusan dikumpulkan di tingkat 9, bangunan AIA, Jalan Ampang & ditahan selama 79 jam. Jika tuntutan tidak dipenuhi, semua 53 tebusan akan dibunuh. Akhirnya kerajaan Jepun berkompromi dan menghantar banduan dari penjara Jepun ke Malaysia dengan Syarikat Penerbangan Jepun (JAL). Kapal terbang yang sama membawa pengganas JRA ke Libya.
hasil rundingan, JRA berjaya membebaskan lima orang pemimpin mereka yang dipenjarakan di Jepun dan Sweden . Seterusnya mereka diterbangkan dengan DC8 pada 7 Ogos 1975 ke Libya.
Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdul Razak & Ketua Polis Negara pula ialah Tan Sri Mohammed Hanif Omar. Menteri Dalam Negeri ialah Tun Ghazali Shafie yg ketika itu, berada di Indonesia berjaya berunding dengan tawanan. beliau berada di dalam bangunan selama 3 hari utk berbincang dgn JRA. hasilnya pegawai kedutaan Amerika berjaya dibebaskan. tokoh yang ditukar ganti dalam tebusan itu ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Dato’ Ramli Omar & KSU kementerian Tan Sri Osman Samsuddin Cassim. Dua orang ini menjadi pengiring JRA ke Lapangan Terbang Subang. Kapal terbang DC8 sudah sedia menunggu , yang mereka rampas dari Korea Selatan.
kapal terbang singgah di Lapangan Terbang Colombo, Sri Lanka. kemudian singgah di Lapangan Tripoli, Libya. Mereka sampai di Tripoli pada petang 8 Ogos 1975. Osman Samsuddin Cassim dan Ramli Omar kembali ke Malaysia pada 10 Ogos 1975. dalam kejadian ini tiada pertumpahan darah yg berlaku.
selepas peristiwa itu, Amerika memindahkan kedutaannya di lokasi baru di persimpangan Jalan Ampang. Raja Sweden Carl XVI Gustaf menganugerahkan Royal Order of the Polar Star kepada Tan Sri Osman Samsuddin Cassim pada 16 September 2009.
16 July 2010 | 1 KoMeN |

1 KoMeN:

  1. Anonymous
    Sep 11, 2013, 3:53:00 PM

    A good one :) tq 4 sharing.. Cerita begini patut dikongsi dgn rakyat.. Saya tonton drama "soldadu merah" yg ditayangkan di astro mengenai peristiwa ini. Rasanya mcm kurang promosi.. but it was a good effort.

Post a Comment