twitter

baru2 ni heboh dalam surat khabar, Rumah Titian Kasih bakal dikosongkan..mahkamah telah mengarahkan semua penghuni rumah banglo tersebut berpindah dan semalam dengan berat hati, semua penghuni yang berjumlah 70 orang, berusia dari dua bulan sehingga 85 tahun telah bertindak mengosongkan rumah tersebut pada pukul 11 pagi semalam. mereka yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) telah menumpang buat sementara waktu di sebuah lagi RTK yang menempatkan penghuni lelaki di Lorong Maran. cuba bayangkan 1 rumah dikongsi hampir 100 orang..sesak tak?? nak bernafas pun tersekat2...tak tau la mcm mana keadaan mereka semua tinggal di situ..
Pengetua rumah tersebut, Sharifah Adlan atau Mak Pah terpaksa mengalah dengan arahan mahkamah. pelbagai cara telah di lakukan oleh pengetua tersebut utk membeli rumah tersebut termasuk dgn cara mengumpul dana, menjual kraftangan & kuih-muih namun jumlah yg terkumpul masih belum mencukupi...
di mana keprihatian rakyat malaysia yg selamai ini memiliki sifat dermawan..?? di manakah mereka semua..???..kenapa kesusahan @ bencana yg menimpa rakyat luar sering mendapat perhatian ttapi tidak bg rakyat malaysia sendiri..??.apa bezanyer mereka..??.mereka tetap jugak manusia berdarah merah..apa salahnyer kalau kita membantu meringankan beban mereka..??..
hhhmmmm...aku tak faham dgn mentaliti rakyat malaysia..org luar lebih di agung2kan tp rakyat sendiri menderita...kalau sekadar nak menunjuk2 yg kita ni rakyat malaysia berhati mulia, pemurah sering membantu rakyat negara lain..baik lupakan..tak ikhlas namanyer...sepatutnyer rakyat sendiri di dahulukan baru la kita ambik berat rakyat negara lain..ni terbalik pulak...tah la...huhuhuhu..
aku tau mesti ada yg kata, kutuk aku dlm hati...pandai menulis tp diri sendiri pn tak reti nk hulurkan bantuan..cakap tak serupa bikin..tak pe la...boleh cakap apa pe je...cara ni je yg aku mampu membantu mereka & diiringi dgn doa...aku bukan anak org kaya..dgn keadaan diri aku yg masih terkontang-kanting ni...memang susah utk aku membantu dr segi wang ringgit..hanya doa aku sampaikan pd penghuni RTK..semoga tabah menghadapi dugaan..insyallah, akan di permudahkan segala urusan selepas ini..amin...
02 July 2010 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment