twitter

Tali gantung yg diimport diperbuat dari jenis jut yg paling bagus & dibalut dgn kulit lembut supaya tak mencederakan kulit banduan yg bakal digantung. setiap satu berharga di antara RM4,000-RM5,000. sebaik diterima dari ejen pembekal, tali gantung akan diuji ketahanannya dgn menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam. setiap tali gantung mempunyai nombor siri & diklasifikasikan sebagai senjata serta disimpan di dalam peti besi. di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yg berfungsi utk mematahkan tengkok banduan.

di Penjara Kajang, banduan yg dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir & ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. banduan akan menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka & hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yg bertugas. banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yg membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan & Jemaah Pengampunan Negeri. sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran utk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung pada hari Jumaat, selepas solat subuh. bagi yg bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza. selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dgn pengarah penjara yg akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. Biasanya banduan akhir akan tahu apabila dia dibawa keluar dgn tangan bergari & dikawal ketat, keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku. semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarga akan dimaklumkan seminggu lebih awal & menunggu di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir. suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir itu. banduan juga diberi pilihan utk "hidangan terakhir" bernilai RM7.50.

kebanyakan banduan akhir yg menjalani hukuman gantung "poie dengan rela" setelah menunggu begitu lama utk hukuman dilaksanakan. banduan yg rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dgn tenang & sudah bersedia. hanya beberapa orang saja yg menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir. terdapat juga sesetengah banduan puas hati & beritahu nasib mereka lebih baik dari orang lain kerana mereka tahu bila mereka akan mati. ada yg meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. selain itu, banduan juga boleh memilih pakaian apa yg hendak dipakainya pd hari hukuman. hukuman gantung hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah & doktor berpuas hati dgn keadaan banduan pd hari hukuman akan dilaksanakan.

pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik. di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. bunyi pintu perangkap yg terbuka dgn kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung & pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung utk menarik "gear" yg akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. semuanya perlu dibuat dgn lancar dan kematian akan berlaku dlm masa di antara 30 saat hingga satu minit & banduan akan diturunkan & diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

ni antara dialog sorang wartawan jenayah dgn sorg banduan akhir :-

“Abang, siapa yang tidak takut bila mengetahui dirinya akan menemui mati di tali gantung, tetapi saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya dah tahu bila saya akan mati ."

“Pernah tak abang terfikir, elok dok bergembira dengan kawan-kawan tiba-tiba abang diserang sakit jantung dan terus ‘jalan’ ."

“Pernah tak terfikir waktu kita masuk tidur tiba-tiba esok rupanya kita dah dalam liang kubur kerana mati mengejut ."

“Sekurang-kurangnya bila bergelar BA, saya dah tahu yang saya akan mati dalam tempoh terdekat, seperti sekarang, saya dah tak tinggal solat dan beribadat semahu-mahunya ."

“Saya rasa bahagia sangat ketika ini, malah saya juga redha sekiranya ditakdirkan esok saya diperintahkan menemui Tuhan,” katanya sambil tersenyum.

bayangkan jika kita menghadapi suasana seperti itu. bayangkan saat-saat kesakitan sakaratul maut dalam masa 30 saat ke 1 minit itu. bayangkan kita yg tergantung-gantung di situ. bayangkan jika malaikat maut datang menyapa kita sebentar lagi. Sudahkah kita bersedia sebagaimana si Banduan Akhir ini? Sempatkah kita..??..WALLAHUALAM...
03 July 2010 | 1 KoMeN |

1 KoMeN:

  1. Othman Juliana
    Jul 4, 2010, 12:10:00 AM

    masyaAllah~ bekalan memang tak cukup untuk kembali padaNya! hanya doa agar kita sudah bersedia bila tiba masanya. insyaAllah.

Post a Comment