twitter

Penjara Pudu dalam kenangan...
akhirnyer tembok penjara berusia 100 tahun yg menjadi dinding pemisah antara banduan dan orang awam dirobohkan. Tembok sepanjang 394 meter dan setinggi 4.5 meter itu terpaksa dirobohkan untuk memberi memberi laluan kepada projek persimpangan bertingkat serta laluan bawah tanah di situ. Bersama-sama runtuhnya tembok berkenaan yang menjadi salah satu ‘ikon’ Kuala Lumpur ialah monumen yang merakamkan sejarah apabila beberapa banduan penjara itu menunjukkan kreativiti mereka melukis mural yang terpanjang di dunia.
Penjara Pudu, yang juga pernah dikenali sebagai Pudu Goal, mula dibina pada 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895. Tembok daripada batu bata yang diimport dari Britain itu mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892. Kos bagi pembinaan tembok ini bernilai RM15,360.90 (harga pada tahun 1800-an). Penjara Pudu hanya sebuah penjara yang mengurung beribu-ribu pesalah sama ada dikurung dalam masa tertentu atau menjadi bilik transit ke tali gantung. Penjara Pudu mula dibina pada 1891 dan siap sepenuhnya pada tahun 1895. Ia direka bentuk menyerupai Penjara Kandy Bogambia, Afrika yang berbentuk huruf X.
Bagi yang kali pertama melangkah kaki ke Kuala Lumpur dan jika tidak betul-betul memandang, pasti mereka akan mengatakan Penjara Pudu adalah sebuah galeri seni kerana keindahan lukisan muralnya. Adakah kecantikan mural ini menyebabkan ada hati yang begitu sentimental dengan nilai sejarah penjara yang berusia lebih satu abad itu. Bagi menyiapkan tembok penjara yang menempatkan mural itu sahaja mengambil masa hampir dua tahun sejak ia mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892. Namun cantik di luar bukan bermakna cantik di dalam. Penjara Pudu tetap menjadi tempat pesalah jenayah menjalani hukuman penjara. Individu seperti Wong Swee Chin mungkin tidak memberi makna kepada masyarakat Malaysia walaupun itulah nama sebenar penjenayah paling digeruni, Botak Chin. Ketika berusia 28 tahun, riwayat Botak Chin sebagai penjenayah ganas dan kejam berakhir di tali gantung di Penjara Pudu pada 11 Jun 1981.
Penjara Pudu ibarat nasib banduan akhir di Blok D yang menempatkan banduan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati di situ, namun akhirnya Penjara Pudu telah menerima 'hukuman'nya sendiri kelmarin setelah 'berjasa' lebih satu abad. Mungkin itu karmanya. Kalau runtuh Penjara Pudu, penjara Sungai Buluh mengambil alih peranannya kini...

agak mengejutkan apabila kerajaan mengumumkan berita ni..dulu aku hanya pernah dengar pasal penjara pudu..aku hanya tahu mengenai kisah2 bangunan & banduannyer melalui pembacaan aku..hanya melalui imaginasi dan gambar2..aku sendiri tak pernah sampai ke situ...tapi sejak rajin menjejakkan kaki ke KL lepas habis study ni, baru aku tau mana letaknyer penjara pudu, macamne rupa penjaranyer...agak unik sebab berbentuk X di dalamnyer & tambah unik dgn kehadiran lukisan mural di sepanjang tembok penjara...sgt kreatif...pada aku penjara pudu mempunyai sejarah tersendiri, juga value sentimental yg susah nk dapat di tempat lain..walaupun tempat tu sendiri bukan la tempat yg baik namun nilainyer tetap ada terutamanyer dr segi bahan binaan, rekabentuk penjara, lokasi penjara & juga lukisan di tembok tu..sgt tinggi nilai warisan sejarahnyer...ok la kita tolak @ tutup sebelah mata dgn sejarah penjara tu sendiri yg mana telah menempatkan beribu2 banduan yg telah melakukan pelbagai kesalahan..cuba kita lihat dr sudut yg lain..mmg susah utk kita miliki sejarah begini...kalau tak silap aku di luar negara, africa rasanyer tempat nelson mandela dipenjarakan, penjaranyer masih ada & menjadi sejarah yg sukar utk dimusnahkan...malaysia pun boleh, tak salah kalau kita sekadar ingin mengekalkan temboknyer biarpun isi dlmnyer telah rata dirobohkan utk tujuan pembinaan...lagi 1 di korea, ada 1 building berusia lebih dr 100 tahun & terletak ditengah2 bandaraya yg sibuk tp kerajaan korea tetap mengekalkannyer sebab harga sejarah yg dimiliki bangunan itu...mereka cukup peka & sayang pd sejarah yg tercipta sejak berzaman..di malaysia..???..hhhmmm...semuanyer tak minat sejarah..aku tau...
bila di umumkan utk merobohkan tembok penjara pudu hanya utk memberi laluan pd pembangunan di sekitar kawasan tersebut, hati aku terdetik mengatakan negara bakal hilang 1 kawasan tarikan pelancongan...aku bukan cakap kosong tp melalui pemerhatian...setiap kali aku melalui kawasan penjara tu, memang ramai terutama pelancong asing bergambar kenangan & tertanya2 tembok apakah itu..bila di terangkan dgn detail, mereka kagum...bukan dgn sejarah silam banduan tp kagum dgn berdiri teguhnyer tembok yg berlatarkan mural hasil kerja banduan itu..itu la nilai sebenar tembok penjara pudu...& itu yg dinamakan pelancongan...walaupun ianyer sekadar tembok penjara namun sentimentalnyer tetap ada..bukan senag kita nak tengok lukisan mural yg terpanjang di dunia yg dilukis sendiri oleh banduan penjara itu sendiri..boleh korang bayangkan mcmne pegawai2 penjara memantau banduan2 ni ketika melukis di tembok tu???..sampai hari ni aku masih cuba membayangkannyer tp tah la..tak tergambar langsung di minda...hhmmmmm...
pada aku, robohnyer tembok penjara pudu 1 kerugian besar utk industri pelancongan...hanya kerana mengejar pembangunan moden kita lupa nilai2 sejarah yg secara tidak langsung boleh menjana pendapatan negara...tah la, duit & kemodenan pembangunan mengatasi sekalanyer..pada yg mempertahankan tembok penjara pudu dari dirobohkan, kita hanya suara golongan minoriti yg tak mungkin didengari oleh kumpulan besar...what to do...terima je la dgn redha..lagi pun temboknyer telah pn dirobohkan...kini tembok penjara pudu dalam lipatan sejarah & tinggal kenangan...semuanyer tak mungkin akan sama walaupun tembok itu dibina semula dgn rekabentuk yg sama....sejarah tak mungkin berulang...

salam..adiiioosss....
25 June 2010 | 1 KoMeN |

1 KoMeN:

  1. Khairiz
    Jun 28, 2010, 4:50:00 PM

    itu la bila difikirkan balik..sepatutnya x perlu la robohkan,sebab itu dah dikategori kan sejarah..
    entah la..kita hanya mampu bersuara tetapi kita x mampu untuk buat keputusan

Post a Comment