twitter

SELAMAT DATANG KE TAMAN REKREASI GUNUNG LANG IPOH...
Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam, kap, dan tilapia.


Dengan peruntukan sebanyak RM8.4 juta, Taman Gunung Lang kemudian dibangunkan melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara. Majlis Bandaraya Ipoh merancang untuk meneruskan projek pembinaan fasa ketiga taman rekreasi itu dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9).



Datuk Bandar Ipoh, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman berkata, projek berkenaan akan diteruskan bagi menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara ke taman terbabit yang dibuka sejak lima tahun lalu. Peruntukan sebanyak RM5 juta akan dikemukakan kepada kerajaan untuk melengkapkan pelbagai kemudahan lain di taman rekreasi itu seperti tapak perkhemahan, tandas awam, dapur dan dewan serba guna.



Taman ini disediakan laluan pejalan kaki meliputi keseluruhan taman yang dilengkapi dengan menara pandang jauh, rumah tradisional Perak, dataran warisan, wakaf terapung, pergola, gerbang warisan, tandas dan surau.



Pulau yang kelihatan menghijau dari jauh, sebenarnya mempunyai tarikan tersendiri di mana ia menghimpunkan pelbagai spesies bunga ditanam seperti heliconia (sepit udang), musa (pisang) dan bougainvillea (bunga kertas).



Fasa kedua taman ini menghimpunkan puluhan spesies Heliconia atau yang dikenali sebagai `sepit udang' untuk menjadikannya taman terbesar yang pernah menghimpunkan spesies heliconia di Malaysia.
Kebanyakan spesies bunga ini sukar didapati dan hanya tumbuh meliar di tengah hutan di luar negara.Spesies ini dijadikan tanaman hiasan kerana keunikannya yang pelbagai jenis dan mempunyai pelbagai saiz, warna dan bentuk yang mampu menarik minat terutama penggemar tanaman hiasan ini.



Jenis pisang hutan turut ditanam dengan pelbagai jenis dan saiz yang mana kebanyakan spesies pisang hutan ini lebih kecil saiznya berbanding pokok pisang biasa.
Manakala jenis daunnya pula bersaiz kecil, berlainan warna seperti warna kemerahan dan jantung pisang berwarna merah jambu, merah hati dan yang paling uniknya berwarna kuning.

**time kitaorg p kat sini, ada la sekumpulan tah perisik antarabangsa mana tah buat training escort org2 kenamaan..poyo giler...dgn spec mata hitam...konon ala2 james bond la...huh..!! mcm jebon ada la...hahahahahahahahaaha.....
29 June 2010 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment