twitter

- Tragedi Tsunami - 26 Dis 2004

Tanggal 26 Disember 2004, sudah pasti akan terus terpahat dalam lipatan sejarah. Ini kerana pada tarikh berkenaan dunia menyaksikan satu bencana yang amat dahsyat iaitu ombak besar tsunami.Dengan kelajuan yang dianggarkan 800 kilometer sejam dan ketinggian menyamai lima tingkat bangunan, ombak besar itu menghempas pantai dan daratan di Indonesia, Sri Lanka, India, Thailand, Maldives dan Malaysia.
Sudah pastilah negara yang paling teruk merasai bahana bencana alam tersebut ialah Aceh yang menyaksikan hampir suku juta penduduknya terkorban.
Aceh berubah wajah. Dari sebuah wilayah yang indah termasuk perkampungan nelayan di persisiran pantai ia bertukar menjadi 'padang jarak padang tekukur'.

Jeritan manusia dalam kesakitan dan meminta pertolongan menghiasi setiap penjuru wilayah tersebut yang sudah sekian lama berjuang untuk memperoleh kuasa autonomi.
Mayat bergelimpangan di setiap sudut wilayah berkenaan serta kemusnahan dapat dilihat di mana-mana sahaja. Jumlah kematian sebenar rakyat Aceh tidak mampu diberikan secara tepat oleh mana-mana juga pihak.Malah sehingga ke hari ini juga, masih terdapat mangsa yang tidak dapat dikesan dan dianggap mati tanpa meninggalkan batu nesan. Kawasan perkuburan massa yang menempatkan ribuan mangsa yang tidak dikenali menjadi tempat untuk ahli keluarga berdoa.
Bagi golongan pakar, ombak besar tsunami biasanya berpunca daripada gempa bumi yang berlaku di bawah dasar laut dengan gegarannya dapat dirasai beribu-ribu kilometer jauhnya. Selain itu, mereka turut mengaitkannya dengan perbuatan sekelompok penduduk di wilayah itu yang dianggap mencemarkan kesucian makam seorang wali keramat di wilayah berkenaan iaitu Syiah Kuala, apabila mereka mengadakan pesta keramaian sehari sebelum tsunami melanda.Malah ada juga yang mengaitkan tsunami di Aceh sebagai pembalasan Tuhan terhadap keingkaran pemerintah wilayah itu melaksanakan syariat Islam seperti mana diuar-uarkan.
Justeru tidak hairanlah ada yang menganggap bencana berkenaan sebagai peringatan Allah kepada umat Islam Aceh supaya melaksanakan syariat Islam secara bersungguh-sungguh.Tidak kiralah apa pun tafsirannya apa yang pasti tsunami telah memusnahkan Aceh. Ombak besar berkenaan menghempas bumi Serambi Mekah itu tanpa belas kasihan.
Semenangnya tsunami telah menjadi Aceh seolah-olah sebuah kawasan baru yang harus dibangunkan semula. Segala-galanya musnah termasuklah infrastruktur.Berikutan keadaan itulah, rakyat Aceh berada dalam keadaan trauma setiap kali gempa bumi berlaku.Bagi mereka, ombak besar yang tercetus sebaik sahaja gempa bumi berakhir pada 26 Disember 2004 adalah satu mimpi ngeri. Ia bagaikan ombak besar yang membawa khabar mengenai kematian.
Namun kini mereka cuba bangkit semula daripada kemusnahan yang berlaku dengan bantuan masyarakat antarabangsa termasuk dari Malaysia.
Sebagai negara jiran terdekat dan dianggap bersaudara, Malaysia telah menghulurkan pelbagai bantuan kepada Aceh termasuklah mendirikan rumah-rumah anak-anak yatim.Sikap persaudaraan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia itu sudah tentulah mampu mengubati kesedihan dan penderitaan yang dialami.

**time gegaran gempa Tsunami ni, aku dpt merasa pergerakan tanahnyer..aku sdg sdap membuta pagi tu (dlm kul 9 pagi)..aku rasa katil bergegar..aku ingatkn da org nk kene kan aku..tp dlm kul 10 pagi baru aku dpt tau berita sebenar...memang sedih...hhhmmm...menyayat hati...






01 May 2010 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment