twitter

- Tragedi kebakaran Kompleks Campbell KL - 8 April 1976

Mei 1973, sebuah kompleks berharga RM10 juta dibuka dan secara tidak rasmi menjadi mercu tanda Kuala Lumpur pada masa itu kerana ia satu-satunya bangunan pencakar langit di pusat bandar raya yang menjadi kebanggaan warga kota. Kompleks Campbell itu mengandungi podium setinggi empat tingkat menempatkan gedung pakaian, kedai kamera, kedai jahit, restoran, bar, sebuah kelab malam serta bangunan pejabat setinggi 20 tingkat. Ketika usianya baru mencecah tiga tahun, bangunan itu hangus dijilat api pada 8 April 1976 yang disifatkan tragedi paling besar pada era 70-an kerana pasukan bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa hampir 30 jam untuk memadamkan kebakaran itu. Kejadian dikatakan bermula pada jam 10.30 malam dan api marak sehingga jam 2 pagi di bangunan yang menempatkan 180 kedai serta 20 tingkat bangunan pejabat. Bangunan itu menempatkan Ibu Pejabat Bank Kerjasama Rakyat, Lembaga Latihan Persijilan Perusahaan Ketukangan Kebangsaan, seksyen akaun Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Kebakaran itu mula disedari seorang pengawal keselamatan yang bertugas di tingkat dua kompleks selepas ternampak kepulan asap keluar daripada sebuah kedai batik kira-kira jam 10.45 malam dan asap mula menyelubungi seluruh tingkat berkenaan.Ketika itu, kebanyakan kedai di situ sudah ditutup kerana hanya beroperasi sehingga jam 10 malam setiap hari. Pengawal keselamatan bersama seorang lagi rakannya cuba memadam kebakaran awal menggunakan alat pemadam api tetapi gagal kerana api marak terlalu cepat. Pasukan bomba mula memasuki bangunan dengan memakai topeng gas serta membawa tangki oksigen untuk menyelamat dan memadam kebakaran tetapi usaha awal mereka selama dua jam tidak begitu berhasil.Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut membantu mengawal keadaan dan Jalan Campbell mula ditutup kepada orang ramai bagi memudahkan usaha mengawal dan memadam kebakaran.
Seorang peniaga, Yap Leong Hoem, 59, maut selepas terjun dari tingkat dua kompleks berkenaan manakala lebih 1,000 orang hilang pekerjaan – antaranya pekerja Emporium Campbell, pejabat, gerai kompleks, kedai pakaian, alat solek, kedai kasut, kedai rekod dan syarikat pelancongan. Mangsa yang terkorban, Yap Leong Hoem, dikatakan berada di tingkat dua dan terlalu panik menyebabkannya membuat pilihan nekad dengan terjun bangunan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Enam lagi termasuk wanita yang berada di kelab malam di tingkat lima turut pengsan kerana terhidu asap tebal. Kebakaran itu dikatakan menyebabkan kerugian kira-kira RM50 juta dan difahamkan, bangunan itu diinsuranskan sebanyak RM30juta. Setiap kedai di situ dilapor mengambil insurans sekurang-kurangnya RM100,000. Kejadian itu turut menarik perhatian Menteri Kebajikan Am, Aishah Ghani; Ahli Parlimen Bukit Bintang, Lee Lam Thye serta Penolong Ketua Polis Negara, Datuk Mahmud Yunus.
**masa ni aku tak lahir lagi..tapi aku ada jugak tengok2 kat sekitar KL lokasi bangunan ni..tah aku pun tak tau kat mana...ada 1 building tu nama campbell, mungkin tapak kejadian kot...huhuhu
01 May 2010 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment