twitter

aku kembali lagi...hari ni aku nak share la sikit pasal isu2 terkini yang mearik perhatian aku sejak akhir2 ni..boleh kata hampir setiap hari aku mengikuti perkembangan berita ni...
isu paling hangat yg diperkatakan sejak akhir2 ni ialah kes buang bayi...isu ni bukanlah baru lagi..sejak aku pandai membaca surat khabar lg dh ada isu ni..cuma skrg ni makin kritikal..bayi yg tak bersalah dibuang merata2, sesuke hati tanpa ada rasa ihsan & menyesal dalam hati..mereka2 ni manusia ke @ setan..?? sedangkan binatang pun tahu sayangkan anak..nikan kita sebagai manusia yg dikurniakan akal fikiran..betol la org kata, bila nafsu dh mengusai diri, memang cetek akalnya..dlm kes mcm ni aku sebagai masyarakat tak tau nak salahkan sapa..ibubapa @ anak2...kalau betol didikan ibubapa, pasti anak2 tak jadi mcm ni..tapi kalau anak dah degil tahap setan nirojim, nak salahkn ibubapa pn tak patut...skrg ni dh diwujudkan kempen kami prihatin..tujuannya utk membanteras & mengelakkan gejala ini dr berterusan berlaku..pd sapa2 yg rasa tak nak membela anak yg dikandung secara tak sengaja tu, boleh la mendapatkan khidmat kaunseling @ serahkan baby yg tak berdosa tu pd jabatan kebajikan masyarakat..wajarkah kempen seumpama ini diadakan??bkn ke mcm menggalakan lg gejala sumbangmahram??hhmmm...rasionalnyer mesti ada sebab yg kukuh kempen ini diadakan..betul tak??aku sokong je selagi ianya baik utk masyarakat maka baiklah utk aku...SOKONGLAH KEMPEN KAMI PRIHATIN...
***************************************************************************
sejak akhir2 ni dh mula dh kes perbicaraan anwar ibrahim & saiful bukhari..rasanyer dh lama sgt isu ni tertangguh dek sikap dolak-dalik anwar..sian kat saiful..huhuhuhu...dalam isu ni aku tak sokong sape2 sbb tak tau kebenaranya..susah nk dijangka..kalau ikutkan rekod, sememangnyer anwar pernah dipenjarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinyer sekitar tahun 1998 dulu & terbukti dia memang melakukannyer..cuma sekarang tak pasti dia melakukan @ tak..kalau ikutkan logik, mcmne saiful boleh kata dia diliwat secara paksa??mcmne dia boleh ikut je arahan anwar masa kat dlm kondominium tu??org tu suruh p mandi, dia mandi..org suruh pakai towel, dia pakai..org tu peluk dia, nape dia tak lawan??pelikkan..??tapi aku tak la kejam sgt sampai nk menjatuhkan menghukum saiful sebelum perbicaraannyer berakhir..kalau saiful dh sanggup bersumpah di dlm masjid, mungkin dia di pihak yg benar..dia teraniaya..kalau tengok muka pn, baik je..sejuk mata memandang..siap ada 2 tanda hitam kat atas dahi tanda dia ni kuat imannyer..tapi pandangan mata tak boleh nk menilai org secara zahir tanpa mengenali seseorg itu dgn lebih dekat..kalau dah nafsu dh menguasai diri, org muda seperti saiful pasti tak dpt melawan kudrat si tua..sian kat saiful, umur masih muda..pjg lg perjalanan hidup dia..dh jadi mcm ni..sabar je la..dugaan Tuhan..apa2 pn aku harap kes ini diadili dgn seadil2nyer agar pihak yg bersalah dihukum & pihak yg teraniaya dibela nasibnyer..
***************************************************************************
piala thomas, malaysia ke separuh akhir..hhhmmm...aku bukan la nk condemn pasukan malaysia..ini sekadar pendapat aku..pasukan malaysia tak mempunyai semangat juang yg tinggi...rakyat malaysia beria2 la sokong bagai nak rak tapi dorg main sambil lewa..terutamanyer hafiz hashim time lawan jepun..buang masa je training berbulan2 tp bila tima lawan kecut buahnyer..(ooppss...)kalau malaysia kalah di tangan indonesia @ china, aku boleh terima lg..aku faham tp dgn jepun..aduuyaiii...!!!tak tau nk ckp la...tapi nasib baik semalam hafiz tebus kekalahan dia dgn menewaskan pemain denmark..kalau tak balik kampung gantung raket je la hafiz oii...korang mesti cakap, aku ni pandai bercakap je..cuba main, tengok!!!betol tak..??ini cuma pendapat aku je..dh main kat tempat sendiri, dgn sorakan penonton yg tak jemu2 bg sokongan, main la betol2, sungguh2..kalah tipis boleh lg diterima...ni main seperti tak nak melawan..aku rasanyer dh tiba masa persatuan badminton buat strategi baru..ketengahkan bakat2 muda yg mana dh pernah menang kejohanan di peringkat antarabangsa..ganti je muka2 lama yg rasanyer dh boleh la duduk dibangku penyokong @ menjadi jurulatih..pada pemain yg setakat menang 1 kejohanan dh terus nk kekal jd pemain tetap, lupakan je la...contoh terbaik hafiz hashim..menang all england..tah zaman bila tah...lepas tu tak menang apa2 dh..buang karan, buang duit je bagi latihan kat dia... baik cari bakat baru..kalau stakat prestasi dia yg dh berkurun nk dijadikan kayu pengukur utk kejohanan masa depan, baik lupakan je..level energy dia masa all england dgn zaman skrg bukan sama lg..kene terima hakikat...apa2 pun aku tetap bangga dgn dato lee & pasangan beregu pertama malaysia (tak ingat nama la...)bagus & bersungguh2...tu la namanyer pemain sejati..begitu jugak dgn pasukan piala uber..walaupun sekadar suku akhir tp mereka berjaya capai target...well done..!!..anyway aku tetap akan sokong dunia sukan tanah air...aku bukan anak malaysia murtad k...hahahaha..CHAYOK2 MALAYSIA..!!!
***************************************************************************
ok la..tu je rangkuman isu2 semasa yg aku nak kongsi dgn korg semua..mmg sejak akhir2 ni..isu2 ni je la yg aku baca dlm news..dengar berita pun aku dengar benda yg sama..nak komen lebih2 pun aku bukan org yg arif..sekadar pandangan cetek dari aku...tu je...addiiiiioosss semua..jumpa lagi...sharing is caring k..!!!
13 May 2010 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment