twitter

baca ni…mesti korang ingat…
1. Kita membesar dengan menonton rancangan G-Force, Transformers, Thundercats, SilverHawk, Woody Woodpecker, Chipmunks & Mickey Mouse. Tak lupa Ninja Turtles, Mask, Smurfs & Voltron. Jugak citer Gaban & Ultraman.
2. Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan? mencangkung kat tepi longkang dengan classmates semua kat sebelah...
3. ingat tak, misi kat sekolah masuk kelas dengan list dentist appointment..Pastu bunyi gigi member kita kene gerudi kat sebelah. ada gigi yang berlubang, kene tampal.
4. ni sure korang ingat...program minum susu kat sekolah. nak galakkan budak2 time tu minum susu. sekotak 30 sen je…tapi zaman tu 30 sen pun dah kira mahal beb…
5. cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris kayu panjang warna kuning tu..Pukul kat tapak tangan... tak pun kat punggung..kan?
6. semangkuk mee sup ke, mihun sup ke, 50 sen je kat kantin sekolah…sekarang ni dapat kuah je wei…huhuhu..
7. time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah jenama Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal la..
8. internet? email? binatang ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah la dengar.. Tiket wayang pun 4, 5 ringgit je.
9. kita p kedai runcit, beli Cikerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam dia, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'TiKam'.
10. bila dah habis exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family la, ping- pong la dalam class. Tak ada keje nak buat…hehehehe…
11. lagi satu loceng masa nak p rehat. budak2 yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal. Best jadi dorang…hehehehe..
12. lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola la, rounders la, bola baling la...
13. permainan kegemaran, main guli, gasing, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola’, 'Police Sentry', main aci duduk, aci nyorok, aci kejar, main getah, jengket-jengket..tak kira laki, tak kira pompuan, semua belasah je…
14. kita hilangkan dahaga dengan aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada banyak2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 dia.
15. lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni, baling2 kapur...
16. hmm...budak2 sekarang, bagi dorang, mana penah dengar lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang dorang tau, yang Westlife nyanyi...... .bukan Billy Joel nyanyi...
17. budak sekarang mana kenal kumpulan rap Malaysia..dulu kita ada group 4U2C, KRU, NICO, FEMININ, INDIGO, ELITE….kalau ada yang kenal pun mungkin tak tau ahli asal group tu & lagu yang famous masa dulu…
17. AIDS wujud sejak dorang lahir.
18. CD pun wujud time dorang lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu.
19. Dorang percaya Spiderman dengan Incredible Hulk tu filem2 baru.
20. Dorang tak boleh bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
21. Dorang tak percaya penah ada TV hitam putih.... dan dorang sekarang tak reti nak switch on TV kalau tak ada remote control.
22. dan dorang jugak tak paham macam mana kita boleh survive dekat sekolah & universiti tanpa handphone...

hmm...jom kita check sama ada kite ni dah tua ke tidak :-
1. korang faham apa yang korang baca kat atas ni, dan korang sure tersenyum...
2. kebanyakan member2 sekolah menengah kita dah kawin...
3. korang sure pelik bila tengok budak2 kecik main komputer, selamba je...
4. kita geleng kepala bila tengok budak2 sekolah rendah & menengah guna handphone...
5. kita dah tak banyak sembang2 dengan member2 melalui telefon lagi setiap hari...
6. bila jumpa member2 lama dari semasa ke semasa, seronok bilabersembang pasal citer2 lame, citer2 kelakar yang kita alami masa dulu timekecik2, nakal2 dulu...
7. last sekali, bila dah baca ni, korang akan terfikir untukberciter kat member2 lame korang. Sure dorang suka & ketawa terbahak2...hehehe
tapi apa yang pentingkan…bila kenangkan saat ni semua denganmendalam..mungkin ada diantara kita yang mengalirkan air mata..yelah mana taknya bebudak zaman sekarang walhal anak sendiri pun takkanlalui zaman yang sebegitu lagi..sayangnya masa begitu pantas berlalu....Dimanakah kita sekarang??? Yang penting kenangan tu tak akan aku lupakan sampai bila-bila...


SaiF’4eveR
aku tidak lagi berharap biarpun keinginan itu masih ada…
22 September 2009 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment