twitter

Aku rasa korang semua mesti pernah jumpa dengan individu yang terlalu obses dengan warna…kalau boleh semua benda dia nak warna yang sama..dari sekecil2 barang hinggalah ke barang yang besar…dari barang yang nampak di mata hinggalah yang tak nampak di penglihatan…semua 1 warna je…aku ada sorang member perempuan yang obses sangat dengan warna pink…semua barang2 dia warna pink…teruja sangat kalau dia nampak barang yang dia berkenan tu warna pink…mesti terus beli…hhhmmm..ada apa dengan warna ek??? Entry hari ni aku nak up citer pasal warna…korang bacalah…
Pernah tak korang terfikir hidup ini tanpa warna?? Bebaskan diri korang seketika dari pengalaman, lupakan semua yang pernah anda pelajari dan mula bayangkan keadaan sekeliling korang berwarna hitam & putih…bagaimana perasaan korang?? Mesti korang tak nak hidup dalam dunia yang macam tu…itulah yang aku fikirkan..
Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang. Julat panjang gelombang kelihatan utk cahaya dikenali sebagai spectrum yang terbentuk melalui pantulan, hantaran @ pancaran..terdapat 3 warna asas @ primer yang hebat kuasanyer iaitu merah, biru & kuning...melalui campuran 2 warna primer akan terbentuk warna sekunder & warna tertier pulak terbentuk melalui campuran antara warna primer & sekunder…Kepelbagaian warna tidak hanya memudahkan pengenalan kepada sesuatu objek. Sebaliknya keselarasan warna yang sempurna di alam semesta ini memberikan kenikmatan yang besar dalam jiwa manusia...warna jugak turut memperlihatkan watak seseorang individu tu secara umum…jom tengok perwatakan korang melalui warna yang korang minat…pilih 1 warna yang paling korang obses dalam hidup korang…

1- Warna merah - warna emosi & menyediakan sumber energi. Sorang yang sangat berwibawa. Sorang yang comel & disayangi ramai. Kamu jugak suke disayangi & menyayangi. Sentiasa ceria & gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'. Walaupun sering kali bergaul & bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir & berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta. Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang & boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

2- Warna biru - melambangkan kepercayaan @ keyakinan. Sorang yang punya keyakinan diri yang rendah & terlalu memilih sangat. Kamu tergolong sebagai sorang yang pemurung & selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan & ketenteraman. Sukar dalam pergaulan & percintaan kerana cenderung menyembunyikan perasaan. Tapi kamu mudah sangat jatuh cinta & seringkali juga putus cinta. Kamu juga cederung ke arah kesenian & sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap.


3- Warna kuning - warna yang mempengaruhi kekuatan idea & kebangkitan kebolehan fizik. Kamu sorang yang manis, tenang & sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang2 yang ada di sekeliling kamu. Kamu memiliki sifat optimis, sorang yang periang, senang bergaul & tak memiliki penampilan yang suram. Mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Sifat tolong-menolong yang menebal ada dalam diri kamu & tak pernah memperkecilkan sesiapa walaupun orang tu lemah mahupun kurang bijak. Selain itu, kamu jugak lebih suke menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kamu ni sorang yang jiwang karat jugak.

4- Warna hijau - warna yang melambangkan sensitif & cita-cita yang tinggi. Turut mempengaruhi tumbesaran, simpati & ketenangan. Berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari & minda yang terbuka. Merupakan warna kekuatan & persahabatan. Melambangkan kegopohan, cemburu & ketidakpercayaan. Cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata2 kamu. Kamu tergolong antara orang yang sangat romantic, menyukai keindahan, menyenangi alam semulajadi & selalu memegang pada prinsip diri. Soal cinta, kamu mengidamkan calon teman hidup yang penuh toleransi & boleh dipercayai. Kamu jugak ingin diri kamu disayangi & diberi perhatian penuh oleh kekasih hati.

5- Warna jingga - warna yang melambangkan hangat, kreatif & emosi. Kamu jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bijak mengambil hati orang2 disekeliling kamu & ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini & sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia.

6- Warna ungu - warna yang mewakili kehangatan & misteri. Turut mempegaruhi hati, minda, semangat berdikari & intuisi. Kamu sorang yang benar2 luar biasa, berkeinginan & cita-cita yang tinggi. Kamu jugak sorang yang kuat menghadapi masa depan tanpa ada ragu2, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik & bijak mengikuti perkembangan zaman. Kamu tak pernah pentingkan diri sendiri & agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Warna ini turut menunjukkan imaginasi erotik yang tebal, mempunyai kebolehan utk menarik simpati orang lain & sorang yang sukar utk memahami orang lain. Soal percintaan, hanya mereka yang kuat mental saje yang dapat menekati & menjadi kekasih kamu. Cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan & agak stabil kewangan.

7- Warna pink - warna kasih-sayang, kecantikan & kesunyian. Ia turut mempengaruhi keceriaan & semangat setiakawan. Menunjukkan kamu sorang yang amanah & berwawasan. Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain & mengambil tahu tentang orang2 disekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya & sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata2.

8- Warna putih – warna kesucian. Kamu dilahirkan dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat yang anggun, idealis & memiliki moral yang tinggi. Tak pernah angkuh, senang menghulurkan bantuan kepada sesiapa saje yang memerlukan bantuan kamu. Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup & berusaha keras untuk mendapatkannya. Kamu ini kuat cemburu orangnya & kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang kerana sikap cemburu buta kamu.

9- Warna hitam - warna yang amat mengelirukan & jugak warna perlindungan. Menunjukan kamu sorang suka melindungi diri kamu sendiri, pantang dicabar & suke berahsia. Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saje. Kamu jugak sorang yang lincah dalam hal2 tertentu saje. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Jika kamu berada dalam lingkungan yang tidak di sukai, kamu akan menjadi murung. Selalu tampil menarik & rapi. Ramai orang cuba mengejar & merebut cinta kamu. Namun kisah cinta kamu begitu mencabar & perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan yang berkekalan.

10- Warna pelangi – aku rasa orang yang suke warna ni tak mempunyai pendirian yang tetap. Macam lalang ditiup angin..& yang paling penting orang tu mesti suke makan aiskrim paddle pop…kwahkwahkwahkwah….

So dah baca?? Tepat @ tak perwatakan korang dengan warna kegemaran korang?? hhmmmm…walau apa pun yang tertulis, itu hanya ramalan semata2 yang di kaji oleh manusia biasa..setiap yang tercipta @ yang berlaku semuanyer datang dari Tuhan yang satu..hanya Dia saje yang mengetahui..Terpulang pada korang sama ada nak percaya @ tak…
Ok la..tu je utk kali ni…adiooss..!!!

aku??? Tak tipu, aku obsess dengan warna biru…tapi tak la obsess tahap gaban…dari dulu sampai sekarang suke warna biru…banyak barang2 aku warna biru…pada aku warna biru begitu menenangkan…ibarat seperti langit yang terbentang luas…cantik, damai, luas & kuat…


SaiF’4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...

06 August 2009 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment